Bab 4 Jodoh Tak Diduga

Fantasy Completed 183890

Peluh telah membasahi bajuku,aku lihat Tengku Farhad sedang menarik kereta gading yang berisi buah sawit untuk di longgokkan di suatu tempat.Supaya mudah untuk lori datang ambil buah sawit itu. Bila teringat kembali kali pertama Tengku Farhad menarik kereta gading tu, aku akan tersenyum seorang diri. Mengingatkan macam mana keadaan Tengku Farhad terjatuh di dalam longkang bersama motorsikal dan kereta gading. Walaupun banyak juga modal yang terpaksa keluar untuk membaiki motorsikal dan kereta gading. Apa lagi aku terpaksa membeli tong racun yang baru.

Sekarang Tengku Farhad dah boleh menarik kereta gading tu,dan sudah cekap juga menolong aku di kebun ni. Kerja aku sudah agak mudah kerana ada yang boleh membantu aku.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi. Aku memanggil Tengku Farhad.

"Farhad,jom kita balik,"kataku mengajak Tengku Farhad pulang.

"Okay,"sahut Tengku Farhad.

Lalu aku dan Tengku Farhad berjalan ke arah motorsikal masing-masing dan menunggangnya. Sampai di halaman rumah aku lihat adikku Darwisya datang menghampiriku.

"Kak Diana,abang Farhad, ayah minta kita bertiga jumpa dia dalam bilik.Bila kak Diana dan abang Farhad dah balik dari kebun,"kata Darwisya memberitahu.

"Baiklah,tapi kak Diana nak mandi dulu,"kataku.

"Abang pun nak kena mandi juga ni,"kata Tengku Farhad.

"Tak pa, kak Diana dan abang Farhad pergilah mandi dulu. Nanti dah selesai kak Diana dan abang Farhad berpakaian kemas baru kita pergi jumpa ayah,"kata Darwisya memberi cadangan.

Setelah siap mandi dan berpakaian aku segera keluar dari bilik. Aku lihat Tengku Farhad sudah berada di ruang tamu sedang menunggu aku. Manakala Darwisya keluar dari dapur menghampiri aku.

"Jom,kita pergi jumpa ayah sekarang,"kataku mengajak mereka berdua pergi bertemu ayah.

Lalu aku,Tengku Farhad dan Darwisya berjalan menuju ke arah bilik ayah. Sampai di depan pintu bilik ayah,aku membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam.

"Ayah kami bertiga dah datang ni,"kataku sambil memandang ke arah ayah.

Perlahan-lahan ayah menoleh ke arah kami bertiga. Ayah mengukir senyuman di bibirnya.

"Ada apa ayah nak jumpa kami bertiga ni?"soalku ingin tahu.

"Ayah nak minta sesuatu dekat,Farhad,"kata ayah sambil matanya memandang ke arah Farhad.

"Pak Cik,nak minta apa dari saya. Jika saya mampu saya akan berikan,"kata Tengku Farhad agak sedikit hairan.

Aku dan Darwisya juga agak hairan dengan kata-kata ayah. Apa yang ayah inginkan dari Tengku Farhad.

"Macam ni...Pak Cik nak kamu nikah dengan anak Pak Cik. Pak Cik yang akan mewalikan anak Pak Cik nanti,"kata ayah. Membuatkan aku tergamam dan tidak sangka itu permintaan ayah kepada Tengku Farhad.

Aku tak habis fikir kenapa ayah mahu Tengku Farhad menjadi menantunya. Aku dapat mengagak bahawa akulah yang bakal menjadi isteri Tengku Farhad,kerana aku anak sulung dan umurku pun sudah 22 tahun.Walaupun aku sedar adikku Darwisya memang sangat menyukai Tengku Farhad. Kerana dari mula bertemu dengan Tengku Farhad, Darwisya yang nak sangat menolong. Kadang-kadang pandangan matanya ke arah aku dan Tengku Farhad nampak seolah-olah dia cemburu.

"Saya akan terima permintaan Pak Cik untuk saya nikah dengan, Diana,"kata Tengku Farhad sambil tersenyum lebar.

Hati aku juga sudah berbunga-bunga bila Tengku Farhad menyebut namaku. Aku juga sudah mula jatuh hati dengan ketampanan Tengku Farhad. Walaupun ada perasaan bersalah terhadap adikku Darwisya. Aku dapat melihat riak wajah Darwisya berubah dan hanya terdiam. Mungkin hatinya sangat kecewa sekarang ini.

"Bukan dengan Diana, tapi dengan Darwisya,"kata ayah sambil memandang ke arah Tengku Farhad dan aku.

Aku terkejut mendengar ayah meminta Tengku Farhad bernikah dengan adikku Darwisya. Aku tidak pasti kenapa ayah mahu Darwisya yang menjadi isteri Tengku Farhad. Sedangkan Darwisya masih gadis remaja baru berumur 18 tahun. Sedangkan umurku sudah 22 tahun dan aku juga anak sulung,kenapa ayah nak nikahkan Darwisya dengan Tengku Farhad.

Aku lihat Darwisya juga nampak agak terkejut mungkin tidak menyangka ayah akan menjodohkan dirinya dengan Tengku Farhad.

"Kenapa ayah nak Farhad nikah dengan Sya? Sedangkan Sya baru je habis sekolah,"kataku sambil menatap wajah ayah.

"Macam mana, boleh terima tak permintaan Pak Cik ni?"tanya ayah sambil memandang ke arah Tengku Farhad. Sepertinya ayah tidak mahu menjawab pertanyaanku.

Aku lihat Tengku Farhad terdiam seperti memikirkan sesuatu. Setelah lebih kurang dalam tiga minit ia mendiamkan diri barulah ia bersuara.

"Mmmh...saya sudi menjadikan Darwisya sebagai isteri saya,"kata Tengku Farhad.

Aku terdiam mendengar kesudian Tengku Farhad menjadikan Darwisya sebagai isterinya. Hatiku sakit ibarat di ramas-ramas. Ada perasaan cemburu terhadap adikku. Kerana ayah ingin adikku Darwisya yang bernikah dengan Tengku Farhad. Di fikiran aku berlegar-legar ingin tahu kenapa ayah tidak memilih aku yang bernikah dengan Tengku Farhad.

"Baguslah macam tu...nanti lagi 2 hari ayah akan nikahkan kamu dengan Darwisya,"kata ayah memberitahu.

"Kenapa cepat sangat?" tanya Darwisya.

"Sebab ayah rasa hidup ayah ni tak lama dah,"kata-kata ayah membuatkan aku merasa sebak dan sedih.

"Ayah jangan cakap macam tu, Diana percaya umur ayah masih panjang lagi,"kataku.

"Sya, yakin ayah akan hidup lama lagi,"kata Darwisya sambil tangannya mencium wajah ayah.

" Sekarang ni ayah nak berbual berdua dengan Diana saja...ayah harap Farhad dan Darwisya bolehlah keluar tinggalkan kami berdua,"arah ayah.

"Baiklah,Sya dan abang Farhad akan keluar dari bilik ni,"kata Darwisya lalu mengajak Tengku Farhad keluar.

Tengku Farhad dan Darwisya melangkah keluar dari dalam bilik.Setelah keluar, Darwisya menutup kembali pintu bilik itu. Tinggallah aku berdua dengan ayah didalam bilik.

"Diana tak setuju ke ayah nak nikahkan Darwisya dengan Farhad?"tanya ayah.

"Tak lah...Diana setuju je dengan keputusan ayah,"jawabku merasa serba-salah.

"Ayah tahu Diana juga menaruh hati dekat Farhad kan. Tetapi Diana dan Darwisya berbeza, Diana dah pernah mempunyai teman lelaki. Dan Diana lebih matang dari Darwisya,manakala Darwisya jenis diam dan selalu menyembunyikan perasaannya. Jika sesuatu hari nanti ayah dah tiada di dunia ni,ayah tak mahu Darwisya merasa sunyi,kerana hidupnya hanya mendampingi ayah sahaja selama ini,'kata ayah cuba membuat aku faham.

"Ayah jangan risaulah...Diana faham,"kataku.

Aku faham dengan kata-kata ayah tentang Darwisya. Iya, memang betul Darwisya memang selalu mendampingi ayah,jarang sekali Darwisya bergaul dengan rakan sebayanya. Darwisya juga tidak pernah ingin keluar pergi melepak atau bertemu dengan kawan-kawan sekolahnya di luar. Selama ini Darwisya sering berada di rumah untuk membantu ayah.

"Tetapi nanti jika Farhad pulang kembali ke negara dia,ayah harap dia akan datang kembali ke sini secara sah. Dan akan bernikah kembali dengan Darwisya mengikut undang-undang negara,"kata ayah.

"Baiklah,nanti Diana akan beritahu Farhad tentang perkara ni,"kataku.

Bersambung....

Ramai yang harap Diana yang akan bernikah dengan Tengku Farhad.Kenapa agaknya tidak ada keluarga Tengku Farhad yang mencari keberadaannya. Kenapa agaknya Tengku Farhad ni banyak musuh,sedangkan Singapura adalah negara maju. Sudah tentu setiap hotel mempunyai CCTV kenapa tidak ada yang ingin mencari keberadaan Tengku Farhad. Adakah Tengku Farhad ni sudah mempunyai kekasih atau isteri di negaranya. Tapi satu je nak bagitahu orang kalau terdesak mereka akan cuba berbuat baik dan tak akan menunjukkan sikap sebenar mereka.Watak Diana saya cipta adalah untuk menolong adiknya Darwisya. Nak tahu macam mana kerektar sebenar Tengku Farhad tunggu Tengku Farhad pulang kembali ke negaranya.

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-05-03 23:46:30 

ok setia menunggu kisah seterusnya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience