22

Romance Completed 132664

Mona menghubungi Jasmine setelah yakin Hazim sudah keluar dari perkarangan rumah. Kali ini biar dia sendiri melihat sejauh mana kecurangan suami sendiri di belakangnya.

Pulang sahaja Hazim dari business trip, Hazim tidak bercakap sepatah pun. Menambahkan lagi kesangsian di hati Mona.

Kereta Audi A7 milik Hazim diekori membawanya ke sebuah kafe berdekatan apartment milik Atilia Hana yang diserang tempoh hari.

Hazim dilihat keluar dari kereta dan menuju ke arah sebuah meja. Hazim mengambil tempat di sebelah gadis yang dipercayai tidak lain tidak bukan Hana.

Mona mengepal-ngepal penumbuk kegeraman apabila melihat Hazim mengusap wajah Hana dari dalam kereta.

Tidak lama kemudian suaminya menarik pula Hana ke dalam pelukan. Semakin membara api cemburu di hati Mona. Lantas iphone nya dikeluarkan dan segala tindak tanduk dua merpati sejoli di hadapannya dirakam.

Kini Mona mempunyai bukti kecurangan si suami dan perempuan simpanan. Akan digunakan untuk mengugut kedua-duanya.

Hazim mengikuti Hana untuk pulang. Cadangnya mahu bermalam di rumah Hana bagi menemani isterinya itu.

Di samping itu mahu memujuk Hana kerana kali terakhir dia meninggalkan Hana, mereka dalam keadaan gaduh besar.

Hazim merenung Hana yang baru selesai dari membersihkan diri keluar dari bilik air hanya memakai tuala. Suatu perubahan ketara yang dia perasan, tubuh Hana yang kini semakin mengecil.

Bila ditanya, Hana sekadar menjawab bahawa dia demam biasa.

Jelas terbentuk tulang selangka Hana, dan bahagian pinggul gadis itu yang meleper. Hazim dalam diam memerhatikan Hana yang sedang mengenakan pakaian.

Lalu dia terpandang akan kesan biru di tepi bibir Hana. Malah terdapat juga bekas-bekas sama di lengan Hana. Hazim lantas menuju ke arah isterinya.

Sentuhan Hazim pada lengan Hana mengejutkan gadis itu yang baru selesai menyarungkan sehelai t-shirt.

"Kenapa ni? What happen to you?" tangan Hazim naik mengusap lekuk senyum Hana.

Hana berdecit perlahan akibat kepedihan. Takkanlah dia mahu bilang dia ditampar Mona baru-baru ini?

"Tadi tak ada pun? Kenapa ni, answer me Hana." Hazim bertanya serius. Barangkali kesan lebam itu tadi terlindung dek solekan Hana sehinggakan dia tidak perasan.

"Tak ada apa, i ... j-jatuh. Sikit je.." Hana laju mengalihkan tangan Hazim dari wajahnya.

Bukan sekarang waktunya dia berterus terang. Hana tidak mahu Hazim malah bergaduh besar dengan Mona.

"Jatuh apa sampai macam ni? Ini lebam-lebam ni kenapa? Cakap betul-betul dengan i?" Hazim menahan nafas yang rancak sambil memeriksa kedua belah lengan Hana.

Dia tahu Hana tidak bercakap benar. Dia yakin isterinya diserang seseorang.

"I tak apa apa, i jatuh. Serious." Hana mengelak dari diperiksa lagi oleh Hazim saat lelaki itu sudah menyelak t-shirt yang dipakainya pula.

"Jangan tipu i. Look at me, Hana. Siapa yang buat you macam ni?" suara Hazim sudah naik seoktaf, hatinya membara melihat isteri disakiti sedemikian rupa.

"Takda siapa.."
Hana memandang wajah Hazim takut-takut. Matanya berair, lalu kepalanya digeleng kiri dan kanan. 'Jangan beritahu, Hana'

"Tell me!!" marah Hazim.

"TOK TOK TOK!"

Bunyi pintu rumah diketuk, diselangi dengan bunyi loceng bertalu-talu.

"Stay here. Jangan keluar." Hazim mengarah.

Langkah lelaki itu dipercepatkan ketika si tetamu ibarat sudah hilang sabar mengetuk pintu rumah. Tombol pintu digenggam Hazim beberapa saat, sebelum dia membukanya luas.

Mona Ellisa yang sedang menahan marah mencerlung tajam ke arah Hazim.

"Huh... I memang dah agak! I memang dah agak you datang rumah perempuan ni!!"

Mona ketawa buat-buat, padahal di hatinya bukan main sakit melihat Hazim tercegat di dalam rumah Hana.

"I told you Jes. Hahahah!!" Jasmine yang turut menemani Mona seakan tidak percaya melihat kemunculan Hazim. Maka benarlah suami Mona berlaku curang dibelakangnya.

"The fuck is wrong with you Mona??" Hazim melangkah keluar dari rumah.

"You tell me what's wrong Hazim! You fucking lie to me you son of a bitch!" Mona menjawab kembali sambil tangannya memukul-mukul dada Hazim.

"Kau nak apa?!" Hazim sudah tidak mengendahkan tanggapan dua wanita di hadapannya kini. Tanpa rasa bersalah dia mengelak dari dibantai Mona.

"Aku nak jumpa betina tu! Mana dia??! Woi pompuan sial! keluar kau!" jerit Mona ibarat orang hilang akal. Laju Mona melangkah masuk pintu rumah yang terbuka.

"Hana!!! Keluar kau!"

Hazim terpempan apabila Mona menyebut nama Hana. Ternyata rahsianya selama ini terbongkar.

Hana yang sudah berjuraian air mata ketakutan tercegat kaku melihat Mona yang kini di hadapannya. Serta merta tragedi beberapa hari yang lepas kembali menjengah ingatannya.

"Sini pun kau pompuan tak sedar diri!!" belum sempat Mona bertindak, Hazim terlebih dahulu menghalangnya daripada mendekati Hana.

"Jangan sentuh dia!!" Hazim cuba menahan pukulan Mona sedang mereka bergelut.

"Kenapa?! Let me go Hazim!" Mona menjerit di hadapan muka Hazim bagi melepaskan amarahnya. Makin dilihat wajah Hana, makin dia baran.

"I will leave you, Mona! You touch her like that again, and i will fucking leave you!" Hazim menentang keras.

"Why! Apa kau dah buat dengan dia! Apa kurangnya aku Hazim! Kenapa perempuan jijik macam ni yang kau pilih!" jeritan Mona bersulam tangisan membelah suasana.

Hatinya bagai dirobek-robek apabila Hazim mengugut untuk meninggalkannya. Tidak pernah dia rasa sesedih ini. Selama ini ditahan segala kata-kata Hazim terhadapnya. Tapi kali ini amaran Hazim benar-benar membuatnya terkesan.

"Jaga sikit mulut kau, Mona!"

"Kau tak payah mengajar aku! Kau menyundal dengan pompuan lain belakang aku, kau ingat aku ni apa?! Aku bukan tunggul! Aku isteri kau! Sedap sangat ke dia layan kau?!" kini sebuah penampar pula singgah di pipi Hazim.

Hazim melepaskan Mona sejurus ditampar. Perit, namun dia cuba untuk tidak sama emosi. Hana yang tersedu-sedu menahan tangisan di suatu sudut membuatkan hatinya bertambah luluh.

"Memang pun! Kau tak layak nak hina dia! Kau ingat aku tak tahu ke yang kau serang dia!"

"Memang aku! Memang aku yang ajar dia! Kau dengan dia sama-sama tak guna!"

Hazim sudah mengangkat tangan untuk melempang mulut celupar Mona, tetapi sempat ditahan Hana.

"No! Jangan, please." Hana merayu agar Mona tidak disakiti.

"Tak payah pura-pura baik! Kau nak tampar aku kan? tampar lah!" Mona mengesat air mata dengan belakang tapak tangan.

Terasa bodoh menangis di hadapan Hazim dan Hana yang telah meremukkan seluruh hatinya. Jasmine pula menarik dia menjauhi pasangan itu. Mona yang masih mengalirkan airmata dipeluk bagi menenangkan sahabatnya itu.

"Mona, dah! Jom balik. You don't deserve to be hurted like this." Jasmine berkata sambil menjeling sinis ke arah Hazim.

"Tak sangka you buat i macam ni, Hazim. I takkan biarkan you dengan perempuan ni. Never. Mark my words. Aku sumpah kau takkan bahagia, Hana. Not with my husband." ujar Mona sebelum angkat kaki dari situ.

Tangisan Mona kedengaran semakin jelas walaupun langkahnya sudah berlalu pergi. Hana yang mendengar turut merasa bersalah yang amat. Makin laju airmatanya.

"Maafkan Ati, abang. Maaf.. Semua ni salah Ati..." Hana melirih saat Hazim menariknya ke dalam pelukan.

"Shh.. bukan salah Ati. Abang yang bersalah. Abang punca segala-galanya." Hazim mengeratkan dakapan.

Benar, dia yang bersalah dalam hal ini. Dia penyebab dua orang wanita menitiskan air mata. 'Kau kejam, kau bodoh Hazim. Semua ni sebab kau!'

.
.

Pagi itu Hazim sudah dihubungi Rashed. Laju sahaja berita tentang pergaduhan dia dan Mona tersebar. Hingga ada orang luar juga bercerita tentang hal itu. Rashed sudah pasti individu yang paling marah waktu itu.

Kontroversi sebegitu pastinya akan mencalarkan reputasi Hazim, sekaligus nama syarikat juga akan terpalit.

Hazim memandu pulang ke rumah dengan berat hati. Mahu tak mahu, ada perkara yang perlu dijelaskan dengan isteri keduanya. Walaupun masih marah terhadap Mona yang berani menyentuh Hana, Hazim mengakui salahnya juga dalam hal itu.

Hazim kebuntuan. Hendak ditelan mati emak, diluah mati bapa. Tersepit antara dua.

Waktu sampai di rumah, kelihatan Mona sedang mematung di ruang tamu. Sedar akan kewujudan Hazim di situ namun dia langsung tidak beriak. Malah Mona segera angkat punggung ingin naik ke bilik.

"Wait!" panggil Hazim.

Mona tetap tidak menjawab, menyampah pula mendengar suara Hazim. Hazim cuba mengatasi langkah Mona. Dapat dicapainya lengan Mona.

"Mona.."

"Don't touch me! Lepas!" Mona cuba meleraikan pegangan Hazim pada pergelangan tangannya. Malangnya tenaganya tidak setanding Hazim.

"Dengar dulu!"

"Dengar apa? You nak tipu i apa lagi?"

"You tak boleh salahkan i!"

"Habis tu salah i?!"

Hazim menarik nafas dalam.

"I dah cakap awal-awal Mona. I have no feelings for you.."

Mona terdiam. Tubir mata yang sedang bergenang ditahan. Mona mengalihkan pandangan seketika.

"You don't even try.. Takkan tak ada langsung ruang dalam hati you?" suara Mona bertukar perlahan.

Hazim hanya membisu. Hatinya tawar setiap kali bersama Mona.

"Hazim, look at me. I love you. I really love you. Please. We can start all over again. I tak kisah." Mona menyentuh kedua belah pipi Hazim.

Sungguh dia cintakan lelaki itu. Merayu pun dia sanggup.

"I'm sorry. I'm sorry sebab sakitkan hati you. Please, bagi i peluang. Hazim, tolong." Mona membiarkan tangisan yang membasahi pipi.

Dahinya dibawa bersatu dengan dahi Hazim. Sebaliknya, lelaki itu masih membatu. Mona mencium pula tangan Hazim.

"Hazim... please.."

Hazim tetap diam. Wajah sedih Mona ditatap penuh simpati. Kemudian dia menggeleng perlahan.

Tangisan Mona makin menjadi-jadi. Lalu dia melepaskan tangan Hazim kasar.

"I hate you!" Mona mendorong bahu Hazim dengan kuat dan berlari meninggalkan lelaki itu terkulat-kulat.

Hazim meraup wajah dalam kekesalan. Bunyi dentuman pintu yang kuat menandakan Mona sedang marah benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience