Lurus jari telunjuk Amira ke arah mukaku sambil mukanya bagaikan ingin menahan ketawa yang ingin meletus. Matanya semakin sepet menahan otot mulut yang ingin bergerak.
"Wah, merahnya pipi kau. Macam udang kena bakar. Macam tomato pun ada."
Cepat tanganku memegang kedua-dua belah pipiku. Terasa kehangatan di situ. Ya Allah, kuat benar penangan ayat sakit jantung Emir tadi. Manakan tidak hampir sahaja aku menjerit kuat. Kalau boleh, memang aku rasa macam nak bungkus diri sendiri dan masuk dalam tanah. Nasib baiklah Amira tak dengar ayat terakhirnya tadi. Kalau tidak, mana aku nak letak muka?
Malu kuasa empat.
Aku cerlung mata ke arah Emir. Dia hanya angkat kening dan meneruskan suapan di meja makan. Tanpa dipelawa, dia terlebih dahulu melahap di meja makan. Dia ni tahap kebuluran level berapa? Berapa hari dah tak makan? Seminggu?
"Emir buat apa kat dalam bilik tadi?"
Soalan cepumas Amira menyebabkan aku terasa mahu menghantukkan diri tepi dinding. Soalan yang aku tidak tahu bagaimana untuk memberi jawapan.
Aku diam. Lebih baik untuk tidak memberikan sebarang jawapan dan komen. Jalan yang mudah dan selamat. Amira angkat kening sebelah sambil mulutnya sudah tersengih. Matanya seolah-olah membayangkan sesuatu yang nakal. Ohhhh, please! Jangan fikir bukan-bukan. Otak Amira ni boleh tahan juga sengetnya.
"Dah, jom makan. Karang nanti Emir habiskan semua, tak sempat nak makan." Aku tarik lengan Amira dan mengambil tempat di sebelahnya. Emir pula berhadapan denganku. Malangnya belum pun sempat nasi masuk dalam mulutku, penyataan yang keluar dari mulut Emir menyebabkan aku rasa nafsu makan hilang serta merta. Nasi seperti berpasir ditelan tadi.
"Malam ni aku nak tidur kat sini."
"Apa?! No, Emir! Tak boleh!"
Cepat aku bangkang.
"Kenapa pulak?" Emir kerut dahi. Sambil itu, mulutnya meneruskan suapan.
"Rumah awak sendiri ada kan. Gatal tidur kat sini kenapa?"
"In case you forgotten about something, I am your husband, dear wife. Seorang isteri haruslah berada di sisi suaminya."
Tercekik tulang ikan aku dengar ayat yang keluar dari mulut Emir. Siap pakej suara machonya keluar plus dengan hujahnya lagi. Manakala Amira di sebelahku sudah meletuskan ketawanya.
"Haa, betullah kata Emir tu. Aku sokong."
Aku jeling maut ke arah Amira. Sejak bila jadi penyokong Emir ni? Ohh, lupa nama pun hampir sama. Emir dan Amira. Alangkah bagusnya kalau mereka dua yang kahwin. Bolehlah aku jadi sidekick. Tapi sekarang?
"kau sepatutnya sokong aku, bukan Emir. Siapa kawan aku sebenarnya ni?" Aku tahan perasaan sakit hati yang berkumpul dalam diriku.
Amira senyum tayang gigi.
"Aku kawan kau tapi sokong laki kau."
Emir di hadapanku senyum senget. Sinis dan gembira. Gembira bila ada sidekick yang menyokongnya dalam diam. Aku mendengus geram.
"Eh, nak pergi mana pulak ni?" Amira menegurku apabila melihat aku membawa nasi yang masih berbaki ke sinki.
Aku toleh Amira sambil tarik nafas. Nafsu makan sudah hilang sepenuhnya akibat Emir. Hilang melayang bersama angin yang datang menerpa tatkala penyataan Emir keluar dari bibir merahnya.
Erk! Sempat pulak aku mengushar bibir Emir. Aku terasa mahu menampar pipi sendiri. Sekadar peringatan siapa Emir Hafiz yang sebenar. Jangan sampai kepala dia yang aku tampar sekali. Berani ke aku? Jangan sampai Emir mengadu dengan babah aku naik tangan dengannya, mahunya aku dijentik babah melayang sampai ke menara KLCC di Kuala Lumpur sana. Babah pula macam suka aje Emir jadi menantunya. Teringat lagi aku, bukan nama Emir yang disebutnya, tapi nama kedua Emir, Hafiz. Dari pertama mengenali lelaki itu, hanya nama Hafiz sahaja yang keluar. Sampai aku sendiri naik hairan.
"Kenyang. Lagipun banyak lagi kerja aku nak buat. Korang yang kamceng ni silalah menambaheratkan lagi tali silaturahim tu."
Amira jongket kening sebelah.
"Lain macam aje ayat kau. Jealous ke?" Amira angkat kening dua belah.
Aku buat rolled eye. Macam nak terkeluar anak mata mendengar ayat Amira.
"Kalau kau rasa nak hidup lama lepas ni, sebut lagi kenyataan tak bernas kau tu. Aku baling kau dengan pisau sebelah aku ni."
Amira tunjuk muka gerun. "Weh, aku sayang nyawa aku. Yelah, demi nyawaku yang tiada dua tiga ini, aku tak sebut lagi depan kau."
Aku senyum puas. Puas hati Amira dengan janjinya. Manakala Emir hanya memandang aku tanpa sebarang riak. Senyum senget jugak sudah tiada. Yang hanya adalah muka selambanya sahaja. Nasi di pinggan sudah lama habis. Amira sudah angkat langkah membasuh pinggannya sendiri dan mengemas meja makan. Tinggal pinggan Emi dan gelasnya sahaja lagi. Dia ni nak tunggu siapa? Nak tunggu orang gaji ambil pinggan dia dan cuci kat sinki?
Maaf, kat sini semua sendirian berhad. Sila basuh sendiri. aku bukan babu nak sok sok suci baik hati nak tolong basuh untuk dia sekali. Banyak cantik. Sendiri basuhlah. Aku merungut di dalam hati. Ketika aku melangkah meninggalkan ruang dapur, suara Amira yang berbisik kepada Emir cukup jelas di pendengaran aku. Telinga lintahku semestinya berfungsi pada waktu dan saat yang tepat.
" Emir, jinakkan nanti isteri kau dalam bilik tu."
Aku cerlung mata ke arah Amira. "Amira Jehanna!"
Suaraku melengking kuat. Amira menoleh ke arahku sambil mengekek kuat. Sebelum sempat aku membaling sekala barang yang di tanganku, secepat kilat kakinya berlari masuk ke dalam biliknya. Nasib kau selamat, Amira!
Aku mencerun mata ke arah Emir yang senyum senget, malah semanis honey sesinis senyumannya. Pinggannya sudah dibawa ke sinki dan dibasuh. Nasib baik.
"Pesan kat kau kawan kau, aku tahulah macam maca cara jinakkan kawan dia sorang ni."
Sungguh, seram sungguh ucapan Emir ketika ini. Terasa bulu romaku berdiri 180 darjah. Tak campur lagi dengan ayat yang dituturkannya tadi. Telingaku belum pekak lagi untuk menangkap ayat yang baru keluar dari mulutnya ketika itu, selepas keluar dari bilik.
"Itu baru aku kiss pipi. Tak lagi kiss kat tempat lain."
Aku terasa mahu gali kubur Emir sekarang tu jugak. Entah apa lagi ayat yang boleh menyebabkan jantung aku sesak untuk seminit dua. Woahhhh! Althea, kau ni suka sangat ke dengar ayat stop jantung Emir ke?
"Balik sekarang Emir! Rumah awak adakan... so sila balik!" Sebelum aku halau kau dengan cara yang paling terbaik sampai Donald Trumph tabik spring dengan aku, sambungku di dalam hati.
Emir buat muka double jerk. Amaran aku hanya dibiar sepi malah dengan selambanya sahaja dia beralih ke arah tepi sofa. Mengambil begnya yang terletak elok di tepi. Aku tidak sedar bila dia membawa begnya. Dia ni nak tdur berapa lama kat sini? Ohhh, jangan cakap dia nak tidur sini selamanya. Nehiii!
Bagaikan dapat membawa fikiranku, Emir berpaling sambil tersenyum manis. Manis senyumannya sehingga aku dapat mentafsir bahawa ada sesuatu di sebalik senyuman tersebut. Seperti udang di sebalik mee maggi goreng.
"Oh, aku tidur sini seminggu." Bersama dengan ayat tersebut dia melangkah masuk dalam bilikku dengan selamba, meninggalkan aku yang sudah seperti roh melayang-layang keluar. Rahangku terjatuh, bagaikan ditarik tarikan graviti ke lantai. Sungguh, kalaulah tiada yang dapat menahan mataku, nescaya semua skru longgarku terjatuh dan anak mataku jatuh tergolek keluar.
What !!!!!! The hell Emir nak tidur kat sini. Ini kerja gila namanya. Buatnya kejiranan syak sesuatu bila melihat Emir yang keluar masuk rumah ini, bukankah itu merupakan satu petanda yang sangat terlebih baik? Sangat menjamin untuk ditembak oleh mokcik pokcik bawang serai halai lengkuas semua secara berjemaah.
"No, Emir! Tak boleh. Awak gila dah ke nak tidur sini? "
Aku pantas mengekori langkah Emir. Emir hanya menoleh sahaja dan menghantar pandangan sejuk beku maut dia. Udah, kenapa pulak dia ni? Tadi bukan main sengih senget. Sekarang boleh pulak bertukar emosi, sesenang macam perempuan tengah PMS. Sesaat macam kerang busuk, sesaat macam naga jantan. Sesaat macam mambang.
Sungguh aku tak faham dengan lelaki ni.
"Habis tu kau nak suruh siapa tidur sini? Ilham?"
Suara dingin Emir membuatkan aku garu kepala. Kenapa nama Ilham pulak masuk list sekarang ni? Suaranya yang berbaur perasaan sakit hati menjentik hatiku.
"Eh, gila ke? Ilham tu bukan suami sayalah!" Aku peluk tubuh. Berbakul umpatan aku tengah jalankan di dalam hatiku. Geram dengan tindakan Emir sehingga aku sendiri gagal untuk memahami tingkah lakunya.
"Good! That's mean you know who is your husband ."
Perkataan 'your husband' dia sabdu betul-betuk di hujung ayat. Aku genggam tangan dengan erat. Tak payah nak announce satu dunia kau tu suami aku. Serasa mahu sahaja aku menjerit. Melepaskan segala perasaan yang tidak aku dapat tafsirkan yang mana satu sekarang ini. Semunya bercampur. Marah. Geram. Sakit hati. Rasa nak cekik Emir. Semuanya ada.
Eh, sekejap! Emir tidur kat rumah aku tapi dia nak tdur kat mana? Jangan cakap dia tidur dekat dalam bilik aku? Don't say tidur sekatil?
Ommmm!
Ommmm!!
Ommmm!!
Ommmmaakkkkauuuu! Tidakkk! Cepat kakiku melangkah ke dalam bilik. Namun, sebaik sahaja aku melangkah masuk, hilang semua diksi-diksi ayat yang ingin dituturkan. Emir dengan seksinya hanya bertuala putih di hadapanku. Bersiap sedia untuk mandi. Malah, barangnya sudah dikeluarkan dari beg dan diletakkan di atas katil.
Emir jongket kening melihat aku yang sudah kehilangan kata. Mulutnya senyum seksi. Malah badannya yang lean muscular kelihatan begitu seksi dihadapanku. Malah ketika tangannya diangkat bicepnya tampak seksi.
Woahhhhh! Althea! kenapa semua Emir ini dikaitkan dengan seksi? Adakah mata aku sudah dibutakan dengan keseksian Emir?
Althea! Sedar! Bangun! Aku cepat tampar pipiku. Tidak mahu hanyut dibawa keseksian Emir. Ohh, Althea bawa mengucap.
Tiba-tiba Emir ketawa. Aku pandang muka Emir.
"Ohhh my! You are just to cute Althea. Make me want to eat you."
Aku tarik nafas yang terasa sesak sesaat. Malah rentak jantungku bertukar irama tatkala ayat tersebut meluncur keluar dari mulut Emir. Ya Allah, kenapa arini Emir seksi?
Woahhhhh! Althea. Sedar cepat! Bangun Althea! Bukak mata luas-luas. Sayangnya, masih tiada kata yang keluar dari mulutku. Bagaikan sudah hilang dan lesap dan lenyap sebaik sahaja Emir menunjukkan keseksiannya di hadapanku. Ini baru Emir bertuala, cuba dia bukak semua apa yang akan terjadi agaknya.
Wait! Wait a minute! Rewind balik! Rewind. Aku ke tu? Ohh, sungguh otakku tak betul sekarang. Terasa mahu menghantukkan kepala sendiri ke dinding, untuk menyedarkan aku ke alam nyata.
"Care to join me in the bathroom?"
Ayat terakhir Emir menyedarkan aku realiti. Sekali lagi aku kehilangan kata. Diksi ayat terus berterbangan keluar. Mahu pitam aku ketika itu. Mulut melopong dan mata terbeliak.
Dan Emir hanya tergelak memandang aku bersama senyuman seksinya.
Silap! Senyuman miang buluhnya.
Share this novel