CHAPTER 3 DKM

Action Series 21357

Hari sabtu telah pun tiba.Luth Hanief bercadang untuk keluar menenangkan diri.Jam loceng di atas meja di sisi katilnya dikerling sekilas.Jam menunjukkan sudah tepat lima pagi.Dia tersedar lebih awal dari selalu.Perlahan-lahan dia bangkit dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.Wajah diusap sehingga ke belakang kepalanya.Dia mengurut badannya yang terasa sakit.

Telefon pintar diambil dan dibuka aplikasi Whatsapp.Pesanan daripada Hakim dibuka.

Hakim : Esok jumpa dengan Dahlia dekat Angsana Mall.Dia balik bercuti.Dia tengah ada di Johor.Aku dengan yang lain akan perhati dari jauh.

Luth : Sibuk sangat korang ni pasal aku dah kenapa ? Terdesak betul ya ? Lebih-lebih dari mak aku pula ?

Hakim : Hakim is typing...

Hakim : Kitaorang kena lebih dari mak kau.Supaya dia tak kahwinkan kau dengan Mikayla.Nampak macam terdesak.Tapi percayalah.Mungkin ini jodoh kau yang allah dah jaga selama ni.Sekarang tiba masa kau pula yang bertanggungjawab pada dia.

Luth : Haih korang ni , seganlah aku.

Hakim : Itulah , kadang aku kesian dengan kau ni.Masalahnya budak perempuan ni tak reti segan.Harap dia tak buat kau kaku depan dia.Kau punya malu kalah anak dara sunti.

"Kurang asam betul jantan ni." kutuk Luth Hanief.Dia meletakkan telefon pintarnya di atas katil.Dia bangkit dari duduknya.

Tok ! Tok !.

Pintu diketuk dan pantas Luth Hanief membuka pintu biliknya.Tersua wajah adik bongsunya Lutfya Humaira.Wajah gadis itu membengkak kerana menangis.Terkedu dia melihat adik bongsunya itu.

"Eh , adik.Kenapa nangis ni ?." soal Luth Hanief.Dia menarik Lutfya Humaira lembut kedalam dakapannya.Hambur tangis Lutfya Humaira apabila dipeluk oleh abangnya Luth Hanief.

"Ibu marah Humai.Ibu kata Humai menyusahkan dia saja." luah Lutfya Humaira di dalam tangisannya.Luth Hanief mengucup lembut ubun adik perempuannya itu.Dia menggosok tubuh belakang gadis itu bagi gadis itu rasa tenang.Dia mengeluh kecil.

"Ibu mana ?." soal Luth Hanief kepada Lutfya Humaira.

"Ibu keluar dengan an...angah." jelas Lutfya Humaira di dalam esakannya lagi.Luth Hanief masih memujuk adiknya supaya berhenti menangis.

"Sudah , adik jangan nangis lagi.Along ada dengan adik.Jangan nangis ya sayang." dahi luas Lutfya Humaira dikucup lembut dan penuh kasih.

"Along , adik takut kalau along takda kat rumah selalu.Sebab ibu suka buat kitaorang tertekan.Dia sayang angah saja." ujar Lutfya Humaira yang semakin reda tangisnya.

"Angah dah pergi kerja ke ?." soal Luth Hanief kepada adik bongsunya Lutfya Humaira.

"Dah , dia pergi dengan ibu." jelas Lutfya Humaira kepada Luth Hanief.

"Sudah , pergi ambil wudhuk.Lepastu kita solat berjemaah ya.Panggil Hazra dan Hayra sekali.Kata along suruh solat.Okay.Along tunggu di hall tingkat dua." jelas Luth Hanief kepada adiknya Lutfya Humaira.

"Okay along." akur Lutfya Humaira.Dia terus meninggalkan abangnya.Luth Hanief masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Salam diberikan ke kanan dan ke kiri.Berebut Hazra , Hayra dan Humaira hendak bersalaman dengan abangnya itu.Setiap dahi dikecup lembut.Gadis-gadis itu tersipu malu dengan tindakan abang kesayangan mereka itu.

"Eh , ini kenapa peluk along lama ni ? Along nak siap nak keluarlah." jelas Luth Hanief kepada Lutfya Humaira.Dia terpaling rapat dengan Luth Hanief.Tetapi dia tetap menyambut pelukan adik bongsunya itu.

"Along , bila along nak bagi kakak ipar pada Humai ?." soal Lutfya Humaira selamba.Luth Hanief memicit manja hidung adik perempuannya itu.

"Nantilah , along bukan ada kawan pun sekarang ni." ujar Luth Hanief lemah lembut.Dia mengucup dahi Lutfya Humaira sekilas sebelum bangkit untuk bersiap ke tempat yang ingin dituju.

Hakim , Adam , Hafiya dan Hazira sudah tiba di Angsana Mall.Mereka duduk di satu sudut.Kelibat Luth Hanief sudah kelihatan.Jejaka itu seperti mencari sesuatu.Mereka hanya perhati dari jauh.Tiba-tiba kelihatan kelibat Hana Dahlia yang semakin menghampiri Luth Hanief.Mulut Hafiya ditutup oleh Adam.Takut sahaja isterinya terjerit.Mereka berdua sudah dimaklumkan oleh empat sahabat itu dari segi pemakaian yang bagaimana.Jadi senang untuk bertegur sapa.

"Luth Hanief ?." soal satu suara dari arah belakang.Luth Hanief memalingkan tubuh.

"Okay jom , kerja kita dah settle." ujar Hakim selamba.Mereka meninggalkan kawasan persembunyian mereka.

"Bunga ?." soal Luth Hanief kepada gadis di hadapannya.Berderau darah Hana Dahlia apabila jejaka itu menyeru namanya.Tetapi nama itu adalah nama timangan khasnya.Nama timangan yang diberi khas oleh seseorang.

"Abang Luth ?." soal Hana Dahlia pula.Dia amat mengenali lelaki di hadapannya itu.Dia terkaku.Tidak tahu mahu reaksi apa.Luth Hanief melangkah dua tapak ke hadapan mendekati Hana Dahlia.

"Ya , abang ingat bunga dah tak kenal abang.Bunga buat apa dekat sini ?." soal Luth Hanief lembut.Bergetar tulang rusuk Hana Dahlia.Tidak sangka 10 tahun lepas lelaki ini hanyalah seorang lelaki biasa tetapi harini dia sangat luar biasa.

"Abang pula buat apa dekat sini ?." soal Hana Dahlia yang ingin tahu juga.Tetapi dia sudah dapat mengagak jawapan dari Luth Hanief.

"Abang nak jumpa dengan seseorang." jelas Luth Hanief dengan senyuman yang mampu membuat para wanita pengsan.

"Siapa ? Dahlia pun nak jumpa dengan seseorang." jelas Hana Dahlia kepada Luth Hanief.Mereka saling berpandangan.Kemudian tawa mereka letus.Luth Hanief menggelengkan kepalanya.

"Macam-macam ya diorang ni.Tapi diorang bukan tahu pun yang kita pernah kenal." jelas Luth Hanief kepada Hana Dahlia.Kedua tangannya berada di dalam poket seluar.Dia merenung Hana Dahlia yang menunduk di hadapannya.Gadis itu rendah sedikit darinya.

"Bunga dah makan ?." soal Luth Hanief lembut.Hana Dahlia mahu saja melompat.Lelaki itu masih sama seperti dahulu.

"Belum lagi.Abang dah ?." soal Hana Dahlia pula.Luth Hanief tersenyum dan menggeleng kecil.

"Nak makan ? Kita cari tempat jom." ajak Luth Hanief.Akur sahaja gadis itu apabila Luth Hanief yang ajak.

"Jom." pantas Hana Dahlia membalas.Mereka menuju ke tingkat satu untuk mencari kedai makan.Kedai makan yang berada di dalam Angsana Mall itu tiada satu pun menarik minat mereka.

"Bunga nak makan apa ?." soal Luth Hanief kepada Hana Dahlia.

"Dahlia nak makan nasi." ujar Hana Dahlia kepada Luth Hanief.

"Dalam ni semua fast food bunga , jom kita makan dekat medan selera luar sana tu." tunjuk Luth Hanief ke arah pintu kaca di hujung sudut sana.Mereka berdua melangkah ke luar.

Makanan sudah dipesan , Luth Hanief dan Hana Dahlia mencari tempat duduk.Mereka ambil sudut di bahagian hujang medan selera.Katanya privasi.

"How are you , flower ?." soal Luth Hanief mesra terhadap Hana Dahlia.

"Dahlia sihat saja.Alhamdulillah.Abang sihat ke ?." soal Hana Dahlia kepada Luth Hanief.

"Alhamdulillah , abang sihat.Cuma abang sibuk sedikit sejak naik pangkat ni." jelas Luth Hanief tersipu-sipu.

"Wah abang naik pangkat ? Tahniah !." ucap Hana Dahlia kepada Luth Hanief.

"Terima kasih bunga." ucap Luth Hanief.Makanan yang dipesan telah pun tiba.

"Wah makan tak ajak." ujar Hakim yang datang dari mana pun tidak tahu.

"I'm not finished with you yet." jelas Luth Hanief kepada Hakim.Yang lain hanya memerhati sahaja.

Hakim , Adam dan Luth Hanief duduk di satu meja.Mereka sedang berborak tentang supercar.Luth Hanief memandang wajah Hakim tiba-tiba dia teringat kejadian siang tadi.Luth Hanief berdehem.Terdiam seketika Hakim dan Adam.

"Kau sakit tekak ke ?." soal Hakim selamba tanpa rasa bersalah.

"Sakit hati." jelas Luth Hanief selamba.Dia memandang tajam wajah Hakim.Lelaki itu sudah menelan liur kesat.

"Apa... ." takut Hakim hendak bersuara lebihan dengan Luth Hanief.Dia sudah masak dengan sikap lelaki itu.

"Apa yang jadi siang tadi ? Mana kau kenal budak perempuan tu ? Subuh-subuh kau dah chat aku suruh keluar jugak dengan budak tu." jelas Luth Hanief kepada Hakim. 

"Itu kawan Hafiya dan Hazira.Diorang satu team dalam TUDM.Dia pun single lagi.So , apa salahnya ?." soal Hakim selamba tanpa rasa bersalah.

"Aku taknak tahu dia kerja apa.Tapi kenapa dia ?." soal Luth Hanief kepada Hakim.

"Alaa , kau pun nampak mesra jer dengan dia.Kau suka dia eh ?." soal Hakim mengusik dengan riak wajah nakalnya.

"Kejap lagi bini aku datang dengan dia.Kau tunggu lah buah hati kau tu sampai." ujar Adam selamba.Luth Hanief menepuk dahinya.Penat dia melayan karenah kawan-kawannya itu.

"Assalammualaikum." ucap satu suara dari arah belakang Luth Hanief.Mereka bertiga segera memandang ke arah suara itu.Hazira , Hafiya dan Hana sudah berdiri di belakang Luth Hanief.

"Jom kita jalan dekat kawasan sana tu.Sana terang sikit ada lampu-lampu." ujar Hafiya kepada mereka yang lain.Tanpa berlengah.Mereka sudah berada di samping pasangan masing-masing termasuk Hana Dahlia disamping Luth Hanief.

"Bunga memang nak ikut diorang ke atau diorang yang paksa ?." soal Luth Hanief selamba kepada Hana Dahlia.Terkedua mereka berempat apabila mendengar panggilan manja yang dipanggil Luth Hanief itu terhadap Hana Dahlia.Bunga ?.

"Wah , laju kau buat kerja ya ? Bunga ? Mantappp." ujar Hakim mengusik.Luth Hanief mengerling.

"Takdalah , memang Dahlia nak ikut.Bosan duduk rumah.Tengah cuti ni rugi duduk rumah.Lebih baik keluar tengok dunia." jelas Hana Dahlia kepada Luth Hanief.Jejaka itu tersenyum melihat Hana Dahlia yang teruja melihat lampu-lampu di anjuran pesta itu.Seperti anak kecil.

"Bunga takda kawan lelaki ke ?." soal Luth Hanief tiba-tiba.Hana Dahlia memandang wajah Luth Hanief yang kosong itu.

"Pernah ada , tapi ayah tak suka.Lepastu , Dahlia dah takda kawan lelaki yang istimewa lagi.Kawan-kawan tempat kerja tu adalah.Tetapi yang istimewa tu dah takda.Dan mungkin takkan ada." jelas Hana Dahlia lembut tetapi dalam hatinya sayu semasa meluah.

"Bunga taknak kahwin ? Ada teman hidup." soal Luth Hanief.

"Tak terfikir lah abang.Kenapa abang tanya ni ? Abang tu takda kawan istimewa ? Apa kurangnya abang.Semua ada." ujar Hana Dahlia kepada Luth Hanief.Lelaki itu tertawa manis.

"Abang takdalah bunga.Susah nak cari calon isteri.Bukan senang.Nak cari isteri bukan macam cari baju , bunga.Banyak proses dan pengorbanan kena buat." jelas Luth Hanief kepada Hana Dahlia.

"Ibu dan abah sihat ?." soal Hana Dahlia.Dia tidak pernah lupa akan ahli keluarga Luth Hanief.Walaupun Puan Suraya Hani pernah berlaku dingin terhadapnya.Dia tetap menganggap keluarga itu sebahagian keluarganya.

"Abang ingat bunga dah lupa keluarga abang.Alhamdulillah , semua sihat saja.Keluarga bunga ?." soal Luth Hanief pula.

"Alhamdulillah , mak dan ayah sihat." jelas Hana Dahlia.Mereka sedang menyaksikan pertunjukan api yang dipersembahkan oleh kumpulan pertunjukkan api dari Negeri Johor itu.

happy reading yalllssss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience