HAMPIR dua minggu Juwita menjadi penghuni hospital. Hari ini dia dibenarkan pulang. Tak sabar rasanya ingin bertemu adik-adiknya.
Walau sering bertekak, merekalah dunianya. Sebahagian dari kegembiraan dan kebahagiaannya.
Kepulangannya disambut oleh mereka. Wajah Juwita tak lepas dari menerima kucupan dari adik-adiknya. Bahkan tubuhnya juga dipeluk erat. Bergenang air matanya.
"Eee... apa ni? Tetiba jadi cengeng pulak!" Marah Junaidi. Berkerut dahi Junaida melihat air mata Juwita.
"Diamlah kau." Marah Junaida pula. Dia menghampiri Juwita. Tangan kakaknya digenggam erat.
"Sakit ke kami peluk? Sakit kat mana? Ida minta maaf ye." Junaida tertunduk. Serba salah membuatkan Juwita mengalirkan air mata.
Juwita mengusap lembut pipi Junaida sebelum meraih tubuh itu ke dalam dakapannya.
"No! Tak sakit. Tapi akak rindu nak gaduh dengan korang." Buntang mata Junaidi dan Junaida dibuatnya. Juwita ketawa riang.
"Macam mana exam?" Juwita sedia maklum peperiksaan STPM telah bermula dua hari yang lalu. Hatinya sedikit gusar memikirkan mereka berdua. Apatah lagi setiap kali ada peperiksaan, mereka akan meminta Juwita menghantar mereka ke sekolah.
"Alhamdulillah boleh jawab. Harap dapat score." Junaida bersemangat. Tersenyum gembira Juwita mendengarnya.
"Akak doakan adik-adik akak lulus dengan cemerlang." Juwita mengusap lembut kepala mereka.
Ya... dia sedar, dia harus kuat demi mereka. Dia kena kuat menempuh dugaan hidup. Selagi namanya hidup, selagi tu takkan lari dari dugaan.
Air matanya mengalir saat teringat pertemuaannya dengan baba tercinta ketika dia tak sedarkan diri dulu.
'Ju janji, Ju akan terus tabah baba. Ju janji, Ju akan bahagiakan ibu dan adik-adik.'
"Hey... kenapa menangis?" Zaitun tergamam melihat air mata Juwita. Kerisauan mula air mata Juwita. Sakitkah dia?
"Ju happy dapat jumpa adik-adik." Juwita lempar senyum. Tidak mahu Zaitun gelisah.
"Bu, esok Ju nak pergi ziarah kubur baba boleh?" Juwita mengharap. Semenjak mereka menetap di rumah pusaka Tuan Zaleha, mereka sudah lama tidak menziarahi kubur Sazali.
"Baik Ju. Esok kita pergi." Juwita tersenyum bahagia.
*****
SETELAH hampir seminggu berehat di rumah. Juwita kembali bekerja. Maka dengan itu secara rasminya Tuan Mansur bersara.
"Boleh uncle tumpu pada ibadah pula lepas ni. Uncle rancang nak bawa aunty dan ibu Ju pergi menunaikan umrah." Terharu Juwita mendengarnya.
Kalaulah tidak disebabkan ugutan Adrian dulu, boleh Juwita menghantar ibunya menunaikan umrah menggunakan duit simpanannya sendiri. Namun kini semuanya hancur.
Seakan mengerti apa yang tersirat disebalik wajah mendung Juwita, Tuan Mansur mengusap lembut kepala Juwita.
"Allah sebaik-baik perancang Ju." Juwita tersenyum kelat.
"Oh ye... minggu depan Ju perlu berjumpa dengan Dato' Anas untuk bincang mengenai pembinaan resort di Pantai Klebang. Uncle dah minta Shamsul arrangekan meeting. Plan pun dah siap. Cuma perlu dibentangkan je." Wajah Juwita berubah riak.
"Uncle, Ju tak biasa attend meeting. Lagipun Ju bahagian akaun, kan sebelum ni." Juwita kelihatan gelisah.
"No worries sis. I kan ada. I akan turut sama attend meeting tu nanti. So temporary ni, I akan assist you." Entah dari mana munculnya Haris, Juwita pun tak tahu. Juwita menghelakan nafas berat.
"Kenapa bukan Haris je yang take over?" soal Juwita lemah. Tersenyum Tuan Mansur melihatnya.
"Haris dah janji akan sama-sama menerajui syarikat ni dengan Ju. Selepas bertahun, akhirnya dia nak juga berkhidmat dengan syarikat ni. Semuanya sebab Ju." Wajah Juwita merona merah.
"Okeylah. Uncle kena pergi dulu. Dah janji nak bawa bidadari-bidadari pergi shopping barang dapur." Mereka sama-sama ketawa. Faham benar siapa bidadari yang dimaksudkan.
"So, macam mana? Dah sedia nak mula bertugas?" Haris mengambil tempat di hadapan Juwita sebaik sebaik saja Tuan Mansur berlalu meninggalkan mereka.
"Haris, macam mana dengan Maisara?" Tersentak Haris dengan soalan Juwita.
"Ju, kita cakap hal lain boleh?" Haris cuba untuk mengubah topik.
"Tak nak. Aku nak tahu macam mana Maisara." Haris melepaskan keluhan berat entah bagaimana dia ingin memulakan.
"Haris..." Nada Juwita sedikit tinggi apabila melihat Haris seakan membiarkan soalannya tergantung.
"Maisara dah tak ada." Hanya itu yang mampu diucapkan.
"Huh? Tak ada? Maksud kau?" Juwita tak puas hati. Dia ingin tahu cerita sebenar.
"Pihak polis jumpa mayat Maisara sebelah mayat Adrian. Hasil dari bedah siasat, Maisara di dapati minum racun sehingga meragut nyawa dia sendiri. Dan pihak polis juga sahkan yang Maisara mengalami masalah mental disorder." Juwita tergamam.
"Kau bertuah sebab pihak polis tiba tepat pada masanya. Tapi masa tu pun mulut kau dah berbuih. Kami dah tak tenteram masa tu. Mujur ada Zai. Dia yang pandu kereta ke hospital. Kalau kau nak tahu, sepanjang kau kat hospital dia pun jaga kau sama." Haris buka cerita. Juwita terdiam.
Ye... dia selalu mendengar suara Zailani dan juga Zaitun menyuruhnya untuk cepat bangun. Kuatkan semangat. Tapi dia pula seolah-olah selesa berada di dunia itu.
"Ju, aku nampak Zai sayang sangat kat kau. Korang ada apa-apa ke?" Haris cuba korek rahsia. Wajah Juwita berubah riak.
"Aku dan dia bertahun membesar bersama sebelum ayah dia dipindahkan ke negeri lain. Bertahun juga kami berpisah. Tapi bila jumpa balik, dia bukan Lan yang aku kenal dulu." Giliran Haris pula berubah riak. Cuba mencerna maksud Juwita.
"Dulu dia tak lembut macam kurita. Aku masa memula jumpa dia memang aku ingat dia Lan. Tapi bila dah bergedik-gedik macam kurita. Dah panggil pun Zai, terus aku ingat pelanduk dua serupa. Rupa-rupanya memang dia. Entah tabiat apa buat dia jadi macam tu, aku pun tak tahu." Jelas Juwita serba ringkas. Ketawa Haris apabila Juwita menggelar Zailani, Kurita.
"Aku sambung kerja dulu. Jumpa lunch nanti." Haris terus berlalu meninggalkan Juwita sendirian.
Share this novel