Rate

BAB 48 - INAS PULANG

Romance Completed 454604

"Rohana!"

Tergesa-gesa Rohana berlari ke arah Maya.. Yang sedang berdiri menunggu kedatangannya di depan tangga..

"ya Tun.." sahut Rohana yang sebaik sampai di hadapan Maya..

''ini! Ambil ubat ni! Mulai pagi ni.. Kamu bagi manja makan ubat ni sehari dua kali.. Pagi dan malam.. Dengar tak ni?'' tanya Maya. Memberikan botol ubat yang berwarna putih itu kepada Rohana. Tangan Rohana menyambut botol ubat yang dihulurkan oleh Maya.. Kini botol ubat yang tadinya ada tangan Maya sudah beralih tangan ke tangan Rohaya.

'sehari dua kali? Pagi dan petang.. Ehhh malam? Bukan ke sebelum ni.. Sehari sekali je? Kenapa pula dua kali..?' berkerut dahi Rohana merenung ke botol ubat yang ada di dalam genggamannya.. Nak dia cuba bersuara bertanyakan hal itu.. Tapi takut juga akan di marahkan kembali oleh Tun..

'' bagi dia makan dua kali.. Dengar! Saya tak nak tengok dia mengamuk macam tadi.. Nanti kalau dia mengamuk.. Kamu jugak yang susah , nak jaga dia nanti.. Faham ke tak ni?'' tanya Maya sekali lagi, memberi penjelasan kepada pembantu rumahnya.. Bila dia melihat Rohana sedang merenung lama akan botol ubat yang ada di tangannya .

''ya Tun baiklah.. Nanti Manja bangun.. Lepas dia sarapan saya bagi dia makan ubat ni..'' kata Rohana..

''sarapan dah siap?'' tanya Maya berjalan ke arah meja makan..

''Dah Tun.. semuanya dah siap..'' jawap Rohana sopan.. Dia berjalan mengikut di belakang Maya ke ruang Makan..

Selesai melayan Maya makan sarapannya, Rohana menghantar Maya ke pintu utama rumah tersebut.. Sambil tangannya membawa sebuah beg milik Maya.. Yaakob sudah menunggu di hadapan pintu..

''Ingat pesan saya tadi... Kalau apa - apa cepat - cepat call saya.. Dengar tak ni?'' tanya Maya..

''Dengar Tun..'' jawap Rohana menganggukkan kepalanya.. Tanda dia menerima arahan dari Maya.

Kini sudah puas Maya mendengar apa yang keluar dari bibir Rohana.. Barulah dia melangkah turun anak tangga kebawah berjalan ke arah kereta yang sudah tersedia di halaman rumah.. Yaakob membuka pintu belakang buat Maya untuk masuk kedalam kereta.. Dia kemudiannya masuk duduk di bahagian pemandu.. Beg kerja Maya diletakkan di kerusi di sampingnya.

Tangannya memegang stering kereta.. Didalam hatinya membaca doa agar perjalananya selamat sampai ke destinasi.. Baru saja kereta itu begerak melepasi pagar tinggi itu..

''sepanjang saya tak ada disini? Ada apa-apa yang perlu saya tahu Yaakob?'' tanya Maya yang sedang bersandar di kerusi belakang.

'apa-apa yang dimaksudkan oleh Tun tu apa? Kenapa soalan dari Tun kedengaran pelik bunyinya..' Yaakob mengintai melalui cermin pandang belakang.. Matanya kembali dilarikan semula bila melihat sepasang mata dari belakang sedang merenung tajam kearahnya dari pantulan cermin yang ada dia atas tengah kenderaan itu.

'' tak ada apa-apa pun Tun .. Semunya baik- baik sahaja..'' jawap Yaakob .. Wajahnya menarik sebaris senyuman.

'apa yang dia nak tahu sebenarnya.. Dia nak tahu setiap pergerakkan yang dilakukan oleh pasangan tu ke? Perlukah aku laporkan semuanya.. Perlukah! Tapi itu kan hak mereka.. Dah jadi laki bini kan.. Atau dia nak tanya kemana dua tu menghilang seminggu tu? Atau dia nak tanya kenapa manja ke pejabat?' Yaakob memandang lurus ke hadapan.. Memandu walaupun di dalam kepalanya sedang berserabut dengan pelbagai persoalan.

'' hmmm... Baguslah kalau macam tu.. Saya cuma nak tahu kenapa tiba- tiba manja boleh sakit semula.. Manalah tahu Yaakob tahu apa-apa yang terjadi..'' Maya memasang umpannya. Memancing Yaakob untuk berbicara dengannya..

'' hmm.. Sepanjang Tun tak ada.. Inas jaga Manja baik Tun.. Tak pula Manja sakit..'' kata Yaakob ... Kata-kata yang baru dituturkan oleh Yaakob bagaikan sebuah perangkap yang dilemparkan kepada Maya, perangkap yang bakal menjeratnya semula.

''baguslah kalau macam tu.. Pandai Inas jaga manja.. Saya risau juga kalau dia tak boleh jagakan manja.. Mereka kan pasangan yang baru khawin.. Kenal pun tidak kan .. Takut juga saya..'' kata Maya memegang dadanya.. Ada gelakkan kecil keluar di bibirnya..

''alhamdulillah .. Nampaknya mereka pasangann yang dijodohkan bersama.. Sehati sejiwa..'' kata Yaakob sekadar menarik bibirnya tersenyum..

''ya! Alhamdulillah .. Jadi pilihan saya untuk jadikan Inas menantu saya tak salah lah kan?'' tanya Maya.

''ya.. Tepat sekali '' balas Yaakob menganggukkan kepalanya beberapa kali..

Maya yang ada di kerusi belakang menarik bibirnya tersenyum melebar..

Rohana melihat Raif yang sedang menuruni anak tangga kebawah.. Sambil memeluk bantal yang ada gambar kucing di tangannya..

''manja nak makan?'' tanya Rohana perlahan dan lembut.. Sudahlah semalaman Raif mengamuk.. Meracau meminta sesuatu yang tak jelas dikatakan dibibirnya.. Pening seisi rumah melayan akan kerenah Raif itu..

''tak nak!'' balas Raif pantas..

''makan lah sikit.. Manja.. Nanti nak makan ubat.. Nanti manja sakit macam mana? Manja nak sakit ke?'' tanya Rohana dengan lembut..

''tak nak sakit..'' balas Raif mengelengkan kepalanya..

''kita makan yea.. Lepas tu makan ubat.. Mak cik Ann suapkan yea..'' pujuk Rohana..

''mama mana?'' tanya Raif memandang kearah kiri dan kanan mencari kelibat mamanya..

''mama dah pergi kerja.. Nanti mama balik lah.. Kita makan dulu.. Nanti mama balik lah.. Manja anak baik kan...?'' Raif menganggukkan kepalanya.. Berjalan kearah ruang makan yang di iring oleh Rohana..

Sebaik sampai di ruang makan Raif duduk di kerusi.. Bantal yang ada ditangannya di renung lama..

''mana dia?'' tanya Raif menunjuk kearah bantal kucing yang ditangannya..

''dia? siapa manja? Ash ke?'' tanya Rohana.. Raif mengelengkan kepalanya..

''manja cari manis ke?'' tanya Rohana.. Nasib dia ingat yang bantal itu dibeli oleh Inas sebelum ni .. Kalau tak, penat dia bermain teka- teki dengan Raif seharian.

''mana manis?'' tanya Raif..

'sudah! Dah kenapaa pula dia tak ingat yang dia sendiri yang hantar kan Inas pergi berubat ayah dia.. Ni nak aku jawap apa pula ni? Kalau salah jawap mau mengamuk pulak dia ni..'

''hmmm.. Manja ada call manis? Tanya dia ada dimana?'' Raif mengelengkan kepalanya..

''call lah.. Kesian dia tunggu manja tu.. Mana phone manja?'' tanya Rohana.. Raif menganggkat kedua-dua bahunya keatas.

'boleh pula dia jawap macam tu.. Main angkat-angkat bahu pula.. Orang zaman sekarang ni mana boleh berpisah dengan telefon bimbit kan ..'

''nak mak cik Ann call kan manis.. '' Rohana mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya.. dia melihat Raif sedang menggelengkan kepalanya...

'pening akulah, dengan keluarga Tun ni.. Pelik-pelik saja perangainya...' telefon bimbit ditangan disimpan semula kedalam poket..

Rohana menyuap makan kepada Raif.. Selesai makan dia memberikan ubat sesuai dengan perintah Maya.. Raif masuk kedalam bilik bacaan.. Menghabiskan masanya didalam sana.. Bila sampai waktu tengah hari, Rohana masuk ke bilik itu untuk mengajak Raif makan tengah hari..

''lah tidur ! Tidur siang pula.. Malam nanti.. Berjaga pula..'' Rohana melihat ke arah lantai di mana ada kucing peliharaan Raif yang dibiarkan bermain sendirian di bilik itu..

''tuan kamu lepas kamu yea.. Dah puas main kan.. Jom kita masuk balik..'' Rohana mengutip seekor demi seekor kucing Raif untuk dibawa masuk kedalam rumah kucing semula.

Inas membuka matanya bila melihat syiling putih di hadapanya.. Berat terasa sekujur tubuhnya.. Tekaknya terasa kering dan perit.. Kepala yang berdenyut dipegangnya..

''kenapa dengan aku ni?'' tanya Inas cemas..

''bangun dah..'' suara Amni kedengaran dari luar biliknya.. Inas berpaling kearah pintu yang terbuka luas.. Memandang kearah luar.. Melihat Amni yang sedang berjalan kearahnya..

''kamu demam Inas.. Itulah seharian duduk diluar tu.. Panas- panas berjemur di bawah matahari.. Tak pernah di buat orang..'' bebel Amni.. Dia membawa sarapan buat Inas..

'seharian duduk di bawah matahari..''

''ibu? Raif datang tak?'' tanya Inas.. Menatap dalam wajah ibunya..

'diri sendiri sakit.. Tak hirau.. Raif jugak yang dia tanya kan..' hati ibu mana nak tenang tengok anaknya dalam keadaan macamni. Berat hati nak menjawap.. Yang Raif belum juga datang.

''ibu.. Raif dah datang ke?'' Inas memegang kedua-dua tangan ibunya..

''tak.. Tak datang pun. Kamu dah call dia?'' tanya Amni.

'tak datang? Kenapa? Ada apa- apa terjadi ke? Terjadi sesuatu semasa dia dalam perjalanan ke sini ?' mata Inas mula berkaca-kaca.

''tak mau macam tu.. Call lah tengok mana tau.. Dia sibuk.. Minta kamu tinggal lama sikit disini..'' Amni memujuk anaknya.. Inas berpaling melihat kearah beg pakaiannya yang sudah siap sedia di hujung katil..

''Inas nak balik.. Inas tak sedap hati lah Ibu.. Boleh la Ibu?'' Rayu Inas..

''bukannya Ibu nak halang kamu.. Tapi dengan keadaan kamu ni.. Buat ibu risau.. Kalau jadi apa-apa dalam perjalanan nanti macam mana.. Tambah-tambah ayah kamu tu.. Bertambah risau dia nanti..''

''tak apa mak.. Inas Okay ni..'' potong Inas..

''mak call adik kamu lah minta dia datang sini.. Temankan kamu balik ke kampung..'' cadang Amni.

''Ibu.. Tak payah nak susahkan Anas.. dia kan tengah belajar.. Ibu tak payah ganggu dia.. Inas balik naik kapal terbang saja nanti.. Terus sampai sana..'' Inas mengambil telefon bimbitnya dan terus membuka laman web untuk menempah tiket penerbangan..

''ikut kamu lah.. Tapi sebelum tu.. Pergilah bercakap dengan ayah kamu dulu.. Jangan risaukan dia..'' kata Amni..

Puas dia memujuk ayahnya untuk membenarkannya pulang.. Menyakinkan Izhar yang dia berada dalam keadaan sihat dan mampu pulang sendiri.. Berat hati dua orang tua itu untuk melepaskan anak perempuan mereka pergi tanpa ditemani oleh sesiapa.. Inas dalam keadaan yang lemah begitu.. Tapi Inas tetap juga berkeras dengan keputusannya..

Teksi yang ditempah sudah sedia menunggu dihalaman pusat rawatan menanti Inas untuk dihantarkan ke lapangan terbang.. Ini pertama kali buat Inas menaiki kapal terbang.. Hati yang gugup dibiarkan saja.. Dalam kotak pemikirannya.. Dia mahu selamat sampai dan berjumpa dengan Raif segera.. Sebaik selamat pesawat itu mendarat ke tanah.. Tanpa berlengah lagi Inas berjalan keluar mengambil teksi yang sudah beratur panjang di sepanjang jalan. Berdebar- debar Inas rasakan sepanjang perjalanan Inas pulang ke rumah...

Sebaik dia melihat pagar utama rumah itu.. Debaran itu semakin hebat.. Inas membayar tambang teksi dengan tangan yang terketar-ketar.. Suis loceng yang ada diluar itu ditekannya.. Kemudian dia melihat pagar utama itu dibuka dengan sendirinya.. Berjalanlah Inas masuk kedalam..

''manja!'' terkaku dia melihat Raif yang sedang memeluk bantal yang bergambar kucing seperti Ash itu.. Duduk menunduk di tangga luar sendirian disitu..

Raif menganggkat wajahnya melihat kearah Inas.. Dia bangun.. Berlari turun kebawah terus memeluk Inas.. Terkaku Inas melihat keadaan Raif.. Terlepas beg pakaiannya yang ada ditangan tadi.

''manja kenapa ni?'' Inas cuba untuk meleraikan pelukan itu.. Raif malah mengeratkan lagi pelukan itu.. Tak mahu melepaskan Inas..

'kenapa?'

Selesai untuk harini.. Selamat membaca dan berhujung minggu... Jaga diri.. Ikut s.o.p yang ditetapkan kan.. Jaga jarak.. Terus berjuang.. Terima kasih kepada semua, pembaca setia MANJA.. Terima kasih sudi luangkan masa menjenguk MANJA harini ... Muaahhh muahh muaahhh

Share this novel

Ella Halim
2020-11-07 20:30:01 

kesian inas

WaneyZack
2020-10-25 22:42:04 

Ya.. Go inas.. Kena kuat untuk raif kembali pulih

WaneyZack
2020-10-25 22:41:50 

Ya.. Go inas.. Kena kuat untuk raif kembali pulih


NovelPlus Premium

The best ads free experience