BAB 8

Romance Completed 4317

Bukan dia tidak cuba menafikan, tetapi semakin dia menidakkan perasaan itu, semakin kuat rasa sayangnya buat Yusra. Namun untuk meluahkannya kepada Yusra, Dahlia tidak mampu.

Dia tidak mahu kecewa walaupun dia dapat merasakan Yusra juga punya perasaan yang sama sepertinya. Daripada cara lelaki itu melayannya, dia yakin bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Lia, nanti kalau awak dah habis belajar, jangan lupa saya tau? Kalau awak nak kahwin, jangan lupa jemput saya,” kata Yusra dengan nada mesra.

Ketika itu mereka berdua sedang duduk di tepi gelanggang sambil menyaksikan perlawanan futsal antara fakulti yang sedang berlangsung.

“Saya mahu kahwin dengan siapa?” balas Dahlia sambil mengerutkan dahi. Dia tahu Yusra cuma bergurau.

“Dengan siapa-siapa yang nakkan awaklah.” Selamba Yusra menjawab. Dahlia menggeleng.

“Tapi kalau saya nda mahu sama orang itu?”

“Kenapa? Awak dah ada pilihan hati sendiri eh?” gurau Yusra sambil tergelak mengusik. Dahlia terdiam sebentar. Dia ada jawapan untuk soalan itu tapi jawapannya bukan untuk didengari Yusra.

“Hmm... kamu?”

“Saya?” Yusra bertanya, merujuk kepada diri sendiri. Dahlia mengangguk.

“Saya mana ada kekasih. Kat sini pun, saya paling rapat dengan awak aje.”

“Samalah dengan saya. Saya mana ada siapa-siapa, cuma saya paling rapat dengan kamu,” balas Dahlia laju. Separuh hatinya lega dengan jawapan Yusra. Sekurang-kurangnya dia tahu hati Yusra masih belum dimiliki sesiapa.

“Kalau macam tu... awak kahwin dengan saya ajelah.” Yusra sengih mengusik. Dahlia menunduk. Wajahnya memerah tiba-tiba.

“Blushing?” tegur Yusra. Kemudian dia ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience