"Dia ni asyik sorang sorang je, takde kawan ke? aku pun bosan takde kawan. dia tu macam okey je. tah pape tah. aku nak kawan dengan dia taknak. hm... eh dia masih marahkan aku lagi ke?" Faizul mengomel sambil kakinya dihayun kepondok dimana gadis itu duduk seorang diri
"ehem!" spontan itu Humairah berpaling. kalini dia tidak lari, dia hanya diam menguis tanah.
"Humairah okey ke?" Humairah angguk kecil.
"Betul ni?" Humairah angguk muka dan menatap wajah tampan itu.
Faizul hairan, wajah gadis itu pucat. bibirnya juga kebiruan.
"awak taksihat kah Humairah? muka awak pucat ni." soal Faizul risau. Humairah hanya senyum kecil.
"Saya okey. awak pergilah main jauh jauh. jangan main dekat sini. saya taksuka." Humairah memalingkan wajahnya memandang kearah lain. dia mengelamun. entah kenapa, hatinya mulai sebak. masih ada orang yang prihatin dengan dirinya.
Humairah memandang wajah lelaki itu. lama dan dalam. 'terima kasih.' bisik hatinya. senyuman manis dipamerkan
"saya pergi dulu." saat gadis itu bangun, dia jatuh pengsan disitu.
"Allahu, apa aku nak buat ni?" Faizul panik. dia menjerit meminta pertolongan. beberapa murid datang berlari kearah mereka. Faizul meminta mereka untuk panggilkan cikgu
*****
Faizul menangis. taksangka apa yang dibacanya itu.
Assalamualaikum semua. maafkan Humairah sebab taklayan korang. Humairah bukan taknak layan dan berkawan dengan korang. Humairah cuma taknak kita terlalu kenal dan rapat. Humairah taknak korang sayangkan Humairah. Humairah taknak korang rasa kehilangan suatu hari nanti.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, HUMAIRAH MENGHIDAP PENYAKIT BARAH TAHAP TIGA DAH. SEJAK KECIK LAGI HUMAIRAH ADA PENYAKIT NI. INILAH PUNCA KENAPA HUMAIRAH TAKNAK KORANG RAPAT DENGAN HUMAIRAH. MAAFKAN HUMAIRAH YA SEMUA.
FAIZUL ,
SAYA MINTA MAAF BANYAK BANYAK PADA AWAK. SAYA MARAH AWAK HARITU. SAYA TAKSENGAJA MENANGIS DEPAN AWAK HARITU. TAPI ,KALAU AWAK NAK TAHU HATI SAYA CUKUP SAKIT BILA AWAK CAKAP SAYA MACAM TU. SEDANGKAN AWAK TAKTAHU KISAH SEBENARNYA YANG SAYA PENDAM SELAMA INI. MAAFKAN SAYA YA. SAYA BUKAN TAKNAK TERIMA AWAK JADI KAWAN SAYA. SAYA CUMA TAKNAK AWAK SEDIH KALAU SAYA DAH PERGI NANTI.
MASA SAYA TAKBANYAK PUN, ADALAH DALAM BEBERAPA BULAN LAGI. TAPI, MINTA DIPANJANGKAN UMUR LAH. INSHAALLAH AMIIN. KALAU AWAK NAKTAHU, SAYA SELALU SELITKAN NAMA AWAK DALAM DOA SAYA. SEBABNYA, SAYA SUKA BERKAWAN DENGAN AWAK. AWAK BAIK SANGAT, PRIHATIN TENTANG SAYA. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK YA.
Hm okeylah, ini jelah kot untuk harini. maafkan Humairah ya semua. harap korang sentiasa doakan Humairah dan ingat Humairah sampai bila bila. Assalamualaikum. ?????
*****
"Humairah...kenapa?"
Bahunya diusap perlahan. Air matanya masih mengalir laju. "sabarlah. kita doa yang terbaik saja untuk Humairah." pujuk Khairi.
"Saya berdosa dengannya bang. saya dah sakitkan hatinya masa dia nampak sihat dulu. kenapa dia perlu sorokkan hal ni? kenapa dia takterua terang saja? bang...saya ikhlas nak berkawan dengan dia. walauapapun yang terjadi, saya tetap mahu berkawan dengan dia. tolong saya bang..."
"shhh dahlah, kita doa yang terbaik je untuknya. moga moga dia sihat macam selalu. walaupun dia sorang je yang rasa, biarlah dia tenang. dia mesti sedih kalau tengok Faizul macam ni." pujuk Khairi.
Faizul angguk lemah. dia memandang sayu wajah pucat itu.
"abang keluar dululah. Faizul nak apa apa tak? air ke roti ke? abang belikan dekat cafe?"
"takpelah bang. saya taknak apa apa. cuma saya nak minta izin temankan Humairah dekat sini. boleh ya bang?"
Khairi angguk. "yelah, abang pergi dulu. kejap lagi ibu dengan abah dia datang. Faizul duduk ajelah dekat sini. abang izinkan."
"Terima kasih bang..."
Share this novel