BAB 16

Mystery Series 6391

"Kalau macam tu, saya balik dulu lah ye."

Zuhair mengangguk-angguk sambil melambai ke arah Irene. Selepas sahaja sosok Irene hilang dari pandangannya, mata Zuhair terus beralih memandang ke arah Tania. "So, kau kerja dengan Khairi?" Tania mengangguk perlahan.

"Awak still lagi kawan dengan dia eh. Saya ingat dah putus kawan dah.." selamba Tania berkata. Zuhair tersenyum menahan geram. "Kau kalau aku cili mulut kau mesti tak rasa pedas kan?" Tania hanya tersengih. Dia kemudiannya berkata, "Yang awak tu, saya gam mulut tu baru tahu. Ada ke cakap yang kita pernah mandi sama-sama? Malu dia tahu tak?" Zuhair hanya ketawa kecil.

"Aku panic lah. Kalau kau pun sama je kan." Tania hanya mengeluh perlahan. Malas mahu melayan lelaki yang berada di sebelahnya itu. Zuhair menatap wajah Tania lama sebelum bertanya, "Kau nak melawat Khairi ni, Dah makan ke? Kau macam ibu hilang anak je aku tengok." Tania hanya tersenyum kekok. Dia sebenarnya baru sedar yang cara pemakaiannya agak pelik sekarang. Kasut pun sebelah lain-lain.

"Saya risau lah, wak. Mana sempat nak makan tukar baju semua." Zuhair mengeluh perlahan. "Jom! Aku belikan kau baju. Makan dulu baru melawat dia." Tania tersenyum gembira. Dia cepat-cepat mengikuti langkah kaki Zuhair.

--

'Dah bangun ke belum?'

'Mana lah aku tahu. Boleh kau diam tak?'

Khairi membuka perlahan-lahan kelopak matanya. Dua orang yang berada dihadapannya itu dipandang pelik. "Yang korang ni bising sangat kenapa? Aku nak tidur pun susah.." Khairi bangun dari pembaringan nya. Dia memandang tajam ke arah Zuhair dan juga Tania itu.

"Khairi! Risau saya dekat awak tahu tak?" Khairi hanya tersenyum kecil. Dia kemudian memandang ke arah Zuhair pula. "Ada apa kau datang ni? Demam ke?" Zuhair hanya ketawa kecil.

Dia mengambil tempat di sebelah Khairi. "Salah ke aku nak melawat kawan aku ni. Aku ada call Haikal. Nanti dia datang." Zuhair berkata tanpa melihat pandangan mata Khairi.

"Siapa suruh kau call dia? Kau lupa ke kes Faris dulu?" Zuhair menggeleng perlahan. Dia menepuk-nepuk bahu Khairi kemudian bangkit dari duduknya. "Korang kena berbaik. Aku rimaslah tengok kawan-kawan aku bergaduh ni." Khairi mendengus kasar.

Pintu yang tadinya tertutup, dibuka dari luar. Terpapar wajah Haikal dan juga Qistina di balik pintu itu.

--

Suasana menjadi sunyi sebaik sahaja Haikal dan Qistina muka masuk ke dalam. Wajah Khairi tidak menyembunyikan langsung rasa tidak sukanya kepada Haikal.

"Awak duduk luar boleh?" Soal Haikal kepada Qistina. Dia tidak mahu kalau-kalau Khairi mengamuk, Qistina akan terkena tempiasnya. Lagipun, seminggu lagi mereka akan menikah. Dia tidak mahu ada apa-apa terjadi pada bakal isterinya.

Qistina mengangguk perlahan. Dia melangkah keluar tanpa sebarang bantahan. Tania yang melihat hanya tersengih kemudian mengikuti langkah Qistina keluar dari bilik itu juga. Dia pun tak nak kena tempias. Muda lagi nak mati hehe.

Kini tinggal mereka bertiga. Dia, Zuhair dan juga Haikal. Khairi hanya menatap datar wajah bekas rakan baiknya itu. "Kau still tuduh aku ke?" Soal Haikal setelah lama mereka bertiga berdiam diri. Khairi tidak menjawab. Dia hanya menatap sahaja wajah Haikal dari tadi.

Zuhair yang mula merasa kekok terus membuka bicara, "Jangan macam ni. Kita dah lama kawan kan? Buat apa gaduh lama-lama. Lagipun, kita tak cukup bukti nak tuduh Haikal yang bunuh Faris." Zuhair berkata sambil tersenyum kekok. Dia memandang bersilih ganti wajah kedua rakan baiknya itu.

Khairi mengeluh perlahan. Sungguh sebenarnya dia mahu berbaik dengan Haikal tetapi keadaan Irene tidak membenarkan perkara itu terjadi. "Aku minta maaf, bro." Haikal mula meluahkan isi hatinya. Entah apa yang dia lakukan dan entah apa salah dirinya tetapi dia merasa dia lah yang perlu meminta maaf.

Khairi mengangguk perlahan. Dia kemudiannya mengukirkan senyuman buat Haikal. "Aku pun." Katanya dengan senyuman dibibir. Zuhair tersenyum. "Ha! Ni baru kawan-kawan aku. So, berbaik?" Haikal dan juga Khairi kedua-duanya mengangguk serentak.

"Berbaik."

--

"Awak.."

Khairi memandang ke arah Irene tangan sedang menatapnya itu. Wajah wanita itu dipandangnya lembut. "kenapa?" Soal Khairi. Dia tahu apa yang akan dikatakan oleh Irene sebentar lagi. Mesti berkenaan dengan dia dan Haikal yang sudah berbaik.

"Saya nak jumpa dengan Qis. Saya rindu dia.." Khairi tersenyum kecil. Dia kemudiannya mengangguk perlahan. "Awak boleh jumpa dia. Tapi awak kena maafkan bakal suami dia dulu. Kita tak cukup bukti nak tuduh Haikal. Awak pun tahu kan?" Irene mengangguk perlahan.

"Tadi diorang ada datang. Haikal minta maaf dekat saya. Awak pun maafkan dia kan?" Entah apa yang terjadi tetapi Irene terus mengangguk tanpa memikirkan perasaan nya saat ini. Senyuman diukir buat lelaki itu.

"Saya dah boleh keluar esok. Sebelum balik, saya nak jumpa ibu dulu.." Khairi berkata perlahan. Irene hanya mendengar tanpa banyak berkata.

Hi semua. apa khabar? sihat ke tu? Terima kasih sebab sampai sekarang masih baca cerita tak seberapa saya ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience