Tujuh

Other Completed 44787

"Papa Luth nak Sarah kuat tau. Lawan sakit tu. Bila Sarah ok nanti Papa janji bawak Sarah jalan-jalan." Kata Luthfi.

"Mommy, Daddy nak Sarah kuat tau. Mommy sayang Sarah." Kata Layla.

"Sarah Daddy kuat tau. Daddy nak sangat Sarah macam dulu. Ceria ketawa macam dulu." Fakhrul duduk menekur lantai.

Tak sanggup melihat anak yang ditatang selama ni terbaring diatas katil menanggung penyakit yang dideritai anaknya Luekimia.

"Luth keluar dulu." Kata Luthfi kepada Kakak dan abang iparnya.

Dia berlalu selepas mengucup ubun-ubun Sarah. Dan sanggup melihat satu-satunya anak saudaranya terbaring begitu.

Ya Luthfi pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis kacukan Melayu Belanda. Namun siapalah dia melawan takdir, Allah telah mengatur jodohnya hanya bertahan sebulan lebih sahaja apabila dia menemui sang isteri sedang berselingkuh dibelakangnya disebuah bilik dihotel milik sahabatnya.

Mulai saat itu dia sudah tidak mempercayai hampir kesemua wanita yang ingin mendekatinya. Banyak wanita yang menggilai Adam Luthfi Seorang Peguam Bela yang sangat digeruni.

Duduk diruangan menunggu sebelah bilik yang menempati Cinta Jasmin, Dia mendongak menatap keatas.

Tak sedar seorang doktor masuk keruangan bilik Cinta, Dia menutup kelopak matanya. Pintu ward Cinta tak tertutup rapat. Jelas ditelinganya percakapan dua orang didalam ruangan.

"Sebulan awak terbaring disini. Abang dan adik awak setiap hari datang dan malam akan pulang semula." Kata suara lelaki itu.

"Sebulan?" Tanya segadis.

"Hmm hentakkan dikepala awak tu cukup parah. And awak masih didalam pantauan kami. Maybe dalam seminggu dua ni." Kata Doktor itu.

"Lamanya." Kata sigadis pula.

"Bertahanlah. Tak lama." Kata Doktor itu lagi.

"Hmm." Balas sigadis lemah dipendengaran Luthfi.

Luthfi membuka matanya. Hendak mendengar lagi perbualan diantara mereka.

"Dok, boleh saya tahu, Ayah sya dimana sekarang?" Tanya sigadis.

"Yang saya dengarlah dia seoarang dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan 4 sebatan atas cubaan membunuh anak sendiri dikhalayak ramai." Kata Doktor itu.

Luas mata Luthfi mendengar apa yang dikatakan doktor tadi.

Dia ke yang dimaksudkan oleh mereka. Anak Farouk yang koma akibat hentakkan pasu besar dikepalanya? Hatinya berbisik.

"Luth?" Panggil Layla.

Luthfi menoleh melihat Kakaknya yang menuju kearahnya.

"Akak ingat kau dah balik?" Kata Layla lagi.

"Macam mana aku nak balik Kak. Selalu ada Sarah teman Luth kat rumah." Kata Luthfi.

Balik saja Luthfi dari pejabat guamannya, Dia menerima panggilan dari Layla, kesihatan anak saudaranya menurun selepas tiga hari ditempatkan didalam hospital ini.

"Luth tak boleh macam ni. Kalau Sarah lihat Papa Luth dia macam ni apa yang akan rasa." Kata Layla.

"Tapi Luth tak kuat. Sarah penguat hati Luth lepas Angle buat luth hampir tersungkur." Kata Luth.

"Lupakan masa lalu Luth, Bina masa hadapan. Tak semua perempuan sama macam Angle." Kata Layla.

Doktor keluar dari dalam ruangan Cinta lalu melihat Layla dan Luthfi yang duduk diruangan menunggu.

"Hye Layla." Sapa Doktor tu.

"Hye Jadden." Balas Layla.

"Macam mana Sarah?" Tanya Jadden lagi.

"Alhamdulillah." Balas Layla.

"Susah nak cari penderma darah jenis "O" Positif. Pihak hospital sekarang kekurangan darah jenis tu." Kata Doktor Jadden.

"Saya faham. Kami tak salahkan pihak hospital. Malah kami berterima kasih sebab dah buat yang terbaik buat anak kami." Kata Sarah.

"Itu dah kerja kami." Kata Jadden.

"Macam mana dengan gadis sebelah ni?" Tanya Layla.

"Dia baru sedar tadi pagi. Lepas sebulan Koma." Kata Jadden.

"Syukur Alhamdulillah." Kata Layla.

"Hmm Tuhan masih panjangkan umur dia." Kata Jadden.

"Kenapa?" Tanya Layla.

"Kalau nak dilihat dari cedera yang dia alami, Jelas tiada harapan. Walaupun dia sedar mungkin 20 persen dia akan hilang ingatannya. Tapi tak. Dia ingat semuanya. Sebab tu saya kata Tuhan masih nakkan dia bernafas dibumi ni." Kata Jadden.

"Yelah." Balas Layla.

"Ok. Saya nak lihat pesakit lain." Kata Jadden lalu meninggalkan mereka berdua.

"Amboi Kak mulut doktor tu boleh tahan ek?" Kata Luthfi.

"Dia memang macam tu. Cakap lepas je." Kata Layla.

"Err akak tahu ke kes kat sebelah ni?" Tanya Luthfi.

"Haah. Akak dan Abang beberapa hari ni nampak dua lelaki selalu melawat dia. Tepat masa tu Jadden yang merawatnya. Akak tanya lah." Kata Layla.

"Apa sakitnya?" Tanya Luthfi lagi.

"Dengar - dengar, Dia cuba menyelamatkan diri dan adiknya namun ayah dia bertindak dibawah pengaruh alkohol lalu menghempas belakang kepala dia dengan pasu besar menyebabkan dia menerima beberapa jahitan dikepalanya." Kata Layla.

"Kesian." Kata Luthfi.

"Jadi, Luth faham tak apa yang akan difikirkan oleh gadis tu kepada Ayahnya?" Tanya Layla.

"Kebencian." Kata Luthfi.

"Macam luth juga. Benci pada Angle namun Luth samakan semua gadis kat luar sama macam dia." Kata Layla.

"Entah lah Kak. Luth tak boleh nak buang jauh kejadian tu. Masih jelas terbayang." Kata Luthfi.

"Sebab tu akak nak Lutj buktikan pada Angle yang Luth mampu mencari pengganti yang lebih baik dari dia." Kata Layla.

"Luth ni Duda kak. Mana ada perempuan nak." Kata Luthfi.

"Hah? Duda hot ni takde nak kejar. Kak Layla tak percaya." Kata Layla.

Dia tahu banyak yang mengejar adiknya. Namun dia juga tahu, Sukar untuk luth lupakan apa yang dilakukan oleh Angle suatu masa dulu hingga meninggalkan kesan yang dalam dihati seorang Adam Luthfi.

"Macam gadis kat dalam tu juga Luth. Dia yang masih berusia 19 tahun. Ibunya dibunuh depan matanya, Ayahnya hampir menjualnya pada lintah darat untuk melangsaikan hutang." Kata Layla.

Luthfi mendengar kata Layla. Timbul perasaan kesian pada sigadis.

"Namun apa yang boleh dilakukannya adalah kuat. Sebab ada adik dan Abang yang harus dia fikirkan." Kata Layla.

"Darl, Sarah bangun cari Darl dan Papa Luth." Kata Fakhrul mendekati mereka berdua.

"Apa Sarah dah sedar." Kata Luthfi lalu meninggalkan Sarah dan Fakhrul dibelakangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience