"Bodohnya kau...,"
Ucap Farid Husin kelihatan mengenggam penumbuknya sambil mengetap gigi
"Kenapa kau gie cakap kat diaorang bodoh?,"
Wajah Fazura terlihat terpinga-pinga
"Kitakan nak kahwin, apa salahnya saya beritahu,"
Lantas kedua-dua tangan Farid Husin mencengkam kepalanya,
"Aku! cuma nak bapak! aku je yang tahu, bukan satu Teguh holding, bukan satu Malaysia nie tahu, bodoh,"
"Janganlah cakap saya bodoh, lain kali beritahulah saya awal-awal manalah saya tahu,"
Dan di saat itu pintu Lif Vip terbuka di ruang Lobi bangunan, Farid Husin segera menarik lengan Fazura menapak ke arah pintu lobi sambil di perhatikan staf-staf yang berada di ruangan lobi
"Kita nak gie mana nie encik Farid?,"
Tanya Fazura dengan wajah bingung
Farid Husin tidak menjawab terus menarik lengan Fazura sehingga ke tempat parking keretanya
"Aku hantar kau kat mahkamah syariah, nanti kau bawa semua dokumen yang aku dah sediakan, kat sana nanti ada orang akan bantu kau, lepas tu kau terus balik ke rumah, jangan datang kerja"
Kata Farid Husin sebelum masuk ke dalam kereta bersama Fazura
"Saya takutlah encik farid,"
Kata Fazura sambil menarik tali pinggang keledar
"Kau takut apa, kan aku dah cakap kat sana nanti ada orang bantu, jangan risau orang tu perempuan,"
Ujar farid Husin berkerut wajahnya masih memikirkan masalah yang di buat Fazura tadi, dia yakin satu bangunan Teguh holding akan melendak di sebabkan berita perkahwinannya
**************
Di dalam kereta yang sedang bergerak laju, Fazura hanya memperhati tingkah Farid Husin sejak tadi mengaru-garu rambut, dengan wajah berkerut kadang-kala bercakap-cakap sendiri sudah seperti orang yang tak siuman
"Encik Farid marah ke?,"
Tanya Fazura dengan raut wajah bimbang
"Ha..?,"
Farid Husin melopong seketika memandang Fazura kemudian mengetap giginya
"Eh mana ada aku marah, aku cuma geram je kat kau cerdik, sampai aku rasa nak cekik-cekik je leher kau tu,"
"Marahlah tu,"
"Eh, Takdelah,"
Balas Farid Husin sambil mengetap giginya dengan riak wajah geram
****************
Sebuah kereta BMW berwarna merah kelihatan memarkirkan kereta di lot parking di hadapan bangunan mahkamah syariah Kuala Lumpur
Farid Husin mengetuk-ngetuk dahinya di stereng kereta sambil di perhatikan Fazura,
kepalanya saat itu seakan-akan sedang mengembang seperti belon yang akan meletup bila-bila masa, tindakan Fazura benar-benar di luar jangkaannya, dia tidak menduga Fazura akan berani memberitahu pada Fadil Fitri tentang perkahwinan mereka, bahkan kesemua rakan-rakannya turut mendengarnya dan sekarang, semua yang telah dia rancang bagaikan hancur berkecai berkeping-keping,
Dia memang berniat untuk menceraikan Fazura selepas dia mendapat duit wasiat dari arwah neneknya dan dia yakin ayahnya juga akan setuju jika dia ceraikan Fazura atas alasan status namun sekarang semua itu sudah di luar rancanganya kerana dia hanya ingin ayahnya saja yang tahu tentang perkahwinannya dan sekarang pula bukan ayahnya saja yang akan tahu bahkan seluruh Malaysia akan tahu tentang perkahwinannya itu
"Encik farid tak apa-apa?,"
tanya Fazura, hatinya mula risau bila melihat tingkah Farid Husin serba tak kena
Farid Husin perlahan-lahan mengalih wajahnya di pemukaan stereng memandang wajah Fazura, di tatap wajah wanita muda itu yang kemungkinan akan menjadi isterinya buat selamanya
"Fazura.. Fazura?,"
Fazura lantas tersenyum
wajah Farid Husin seakan ingin menangis
"Boleh pulak kau tersenyum lepas apa kau buat,"
"Takdelah, saya cuma gembira je bila encik farid sebut nama saya,"
Farid Husin mengeleng kepala
"Kau tahu tak, aku memang ada niat dari awal nak ceraikan kau lepas kahwin, mungkin selepas seminggu atau dua minggu,"
Fazura kelihatan tenang mendengar kata-kata Farid Husin memang dari awal dia tahu niat lelaki itu memandangkan dia hanya seorang cleaner
"Cerai jela kalau awak dah ada niat macam tu, saya tak kisah pun,"
Farid Husin duduk menegak sambil menatap wajah Fazura
"Niat aku tu, jika sorang dua atau tiga je yang tahu tentang perkahwinan kita, masalahnya sekarang bukan satu, dua atau tiga je yang akan tahu, tapi satu Malaysia bahkan satu dunia mungkin akan tahu, cerdik,"
"Biar jelah diorang tahu, yang kahwin dengan saya awak, yang akan ceraikan saya juga awak, bukannya orang lain"
"Pandai ye kau bercakap, kau ingat mudah ke nak ceraikan kau lepas seminggu dua kahwin, lepas semua orang tahu, tentulah diorang akan mengata, mengejek, bergosid kat laman sosial,"
"Alaa.. encik faridkan dah biasa orang kutuk encik farid dari belakang,"
Farid Husin mengeleng kepala
"Kalau diorang kutuk aku je aku tak kisah, tapi macam mana pulak kalau diorang kutuk kau?,"
Wajah Fazura mengerut menahan tangis
"Tahyah lah risau pasal saya, nanti saya baliklah kampung,"
Jawab Fazura sambil mengesat-ngesat air matanya
Farid Husin mengeluh berat
**************
Pejabat pengerusi Teguh holding
"Apa!!.. Farid dah kahwin!,"
pekik Dato sri Hassan kamarudin sambil berdiri dari kerusinya bila mendengar berita itu dari anak keduanya
"Ayah nie pun, tak usahlah pekik,"
Kata Fazilah sambil menutup kedua telinganya
"Shida!,"
pekik Dato sri Hassan kamarudin lagi, sambil menapak ke arah sofa dengan wajah berang
"Ya Dato?,"
sahut setiausaha Dato sri Hassan kamarudin setelah membuka pintu pejabat
"You pergi turun sekarang, bawa sekali pengawal, seret Farid ke sini"
Arah Dato sri Hassan kamarudin
"Baik.. baik Dato,"
Fazilah mengeleng kepala memperhati tingkah ayahnya serba tak kena
"Suruh jela si farid tu naik Yah, tak perlulah
sampai nak serek dia"
Dato sri Hassan kamarudin mengusap-ngusap wajah berangnya
"Sampai hati Farid tu buat ayah macam nie, kahwin senyap-senyap, ayah pulak dah pecaya, dia akan kahwin dengan anak Tan seri tu, sekarang nie mana ayah nak sorok muka,"
Fazilah mengeleng lagi kepala
"Salah ayah juga, cepat sangat nak suruh si farid tu kahwin,"
Dato sri Hassan kamarudin mengeluh berat kemudian jalan mundar mandir sambil mencekak pinggang
"Angah tahu Farid tu kahwin dengan siapa?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin
"Alamak, itu Angah lupa pulak tanya,"
"Kau nie tahu daripada siapa, ha?,"
"Dari Alang,"
"Kenapa Angah tak tanya dia tadi,"
"Angah tak sempat nak tanya, angah terus naik ke atas nak beritahu ayah,"
Dan di Saat yang sama pintu pejabat di buka secara tiba-tiba
"Ayah, Farid dah kahwin,"
Kata Fuad sobri sambil berdiri di depan pintu
Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala
"Ayah dah tahulah Long,"
Jawab Fazilah
"Ha.. Along tahu tak Farid kahwin dengan siapa?,"
Tanya Fazilah
"Farid kahwin dengan dia punya cleaner Yah,"
"astaghfirullahalazim..."
Dato sri Hassan kamarudin terus rebah tak sedarkan diri
"Eh ayah.."
"Ayah...!"
******************
Share this novel