“Pocong wehh !! Blah lah pocong jangan kacau kitorang lahh !!” jerit Aida.
Pocong itu melompat-lompat menghampiri mereka bertiga. Ijat pula bersembunyi di celah pokok kerana ketakutan. Adirah terkumat-kamit membaca ayat Al Quran yang terlintas di otaknya.
Adirah menyuluh pada pocong tetapi pocong itu tidak mahu berganjak pergi dari situ. Tetapi semakin dekat pocong itu kepada mereka bertiga. Apabila Adirah menyuluh, muka pocong itu diselaputi kapur putih.
“Allahuakbar !! Pergi sana kauu !!!” jerit Adirah.
Tiba-tiba pocong itu berkata…
“Klu itu berada di celah batu tu…..” kata pocong itu.
“Kejadah apa pocong boleh cakap nih. Eh Aida klu tuh cuba cari dekat celah tuh” kata Alisha. Aida mencari klu dan menjumpai satu sampul surat. Dia membuka dan terdapat satu lukisan peta menunjukkan jalan pulang ke sekolah semula.
“Ikut jalan yang ditetapkan pada peta….berhati-hati korang. Tunggu wisel berbunyi” kata pocong itu.
“Ni bukan pocong betul-betul kan ?” tanya Ijat sebaik sahaja keluar dari celahan pokok tersebut.
“Ish bukan lah. Ni aku Azam fasi korang. Aku menyamar jadi pocong. Tahu pun takut korang sampai bertakbir hehehe” kata Azam sambil tersengih.
“Ish tak kelakar la bang. Macam mana abang boleh berjalan dengan laju macam nih ?” tanya Alisha.
“Dioragh ikat tak ketat sangat. Tu yang aku boleh lompat dengan senang. Kalau ketat sangat takleh bernafas aku. Dah lah aku nak kacau orang lain pulak” kata Azam.
“Aku ingat pocong betul la tadi. Fuhh” kata Aida.
“Hmm kenapa aku tengok korang macam ada terlebih satu ? Kan empat orang je. Aku pergi dulu lah” kata Azam lalu pergi ke arah lain.
Ijat menelan air liur apabila Azam berkata begitu.
“Siapa sorang lagi yang terlebih ? Aku kau Aida dengan Ijat lah” kata Adirah.
“Empat orang kan ? Yang sorang lagi ni siapa pulak ?” kata Ijat. Aida berasa seram sejuk.
“Jangan memain lah tengah malam nih” kata Alisha.
Ijat ternampak seperti seseorang sedang berjalan di dalam hutan. Dia menggosok matanya. Apabila dia melihat semula, orang itu telah hilang.
“Aik mana orang tuh ?” tanya Ijat.
“Orang mana nih Ijat ? Jangan bukan-bukan kita berempat je nih dekat sini” kata Aida.
“Betul weh tadi aku nampak ada orang berjalan pergi hujung sana” kata Ijat. Aida, Adirah dan Alisha memandang ke arah kanan mereka. Tiada apa pun.
“Mana ada Ijat. Kau ni menakutkan kitorang lah. Dah lah kita duduk je atas nih. Aku mengantuk nih” kata Alisha.
“Sama lah aku. Ijat kau dengar la sikit wisel tuh. Kalau apa-apa jadi kau karate lah hantu tuh” kata Aida.
“Ah kau hantu mana pandai karate. Dahlah tidur la korang. Nanti aku kejutkan korang” kata Ijat. Alisha dan Aida tidur bersandar di batu besar itu.
“Ijat aku nak tanya kau lah” kata Adirah.
“Apa dia ?” kata Ijat.
“Betul ke kau ada syok dengan Mimi tuh ?” tanya Adirah.
“Kalau aku jawap ya pun, kau bukan suka pun” kata Ijat.
“Mana ada. Siapa yang cakap camtuh ? Kitorang okay je kalau kau suka kat Mimi pun” kata Adirah.
“Kembar kau la si Isha tuh. Macam marah je kalau aku duduk depan Mimi tadi” kata Ijat.
“Takdelah. Dia gurau je tuh. Well kalau kau minat dekat dia. Kau ejas la dia. Bagi nombor ke pastu ajak la dating. Tapi jangan la kecoh kat sini nanti. Kang ramai yang jealous susah kau” kata Adirah.
“Memang la aku nak buat macam tu. Aku ingat lepas habis kem ni aku nak jumpa dia” kata Ijat.
“Sangat bagus. Rileks je aku takkan bagitau siapa-siapa. Cuma kalau kembar aku dengar mula lah dia nak kecoh satu sekolah. Hehe” kata Adirah.
“Yelah thank you Irah. Erm aku nak tanya kau pulak boleh. Tapi kau jangan la terasa” kata Ijat.
“Okay aku dengar nih. Tanya lah” kata Adirah.
“Aku dengar cerita orang kampung yang ayah kau dah balik sini. Betul ke ?” tanya Ijat.
“Kau biar betul ? Kau ni memandai je. Kenal ke rupa ayah aku macam mana ? Ayah aku dah tinggalkan aku lama dah masa aku dengan Isha kecik lagi” kata Adirah.
“Irah. Semua orang tahu apa yang jadi bertahun-tahun dulu. Mak ayah aku selalu cerita pasal apa yang ayah kau buat dekat mak sedara kau dulu. Walau benda ni dah lama pun semua orang dah lupakan semua tuh. Cuma ada sesetengah orang nampak ayah kau kerja dekat sini” kata Ijat.
“Ayah aku kerja mana sekarang ?” tanya Adirah.
“Katanya kerja kedai makan. Dekat traffic light nak pergi ke Ipoh. Diorang la yang nampak. Mak ayah aku pun nampak” kata Ijat.
“Kalau ayah aku ada pun, aku dengan Isha tak nak jumpa dia pun. Sampai hati dia tinggalkan aku dengan Isha masa kitorang kecik dulu. Mak sedara aku dulu cedera parah sebabkan dia” kata Adirah.
“Aku tahu semua tuh. Tapi maybe ayah kau dah berubah kan. Sekarang ni semua orang makin okay je dengan dia. Sebab ayah kau memang betul-betul berubah” kata Ijat.
“Aku tak boleh terima lah kalau ayah aku bunuh mak aku sendiri. Lepastu sanggup tinggalkan aku dengan Isha dengan nenek aku je. Cuba kalau kau jadi aku ? Fikirlah” kata Adirah.
Ijat diam sahaja membisu apabila mendengar kata-kata Adirah.
“Apasal diam ? Kau tak suka ke aku cakap camtuh ?” tanya Adirah.
“Takdelah Irah. Aku nak buang air besar. Tak tahan weh. Tak jauh pun. Lagipun berapa minit lagi nih. Kejap je eh” kata Ijat lalu berjalan seorang diri untuk melepaskan hajat.
“Mintak izin dulu Ijat. Jangan main buang je” kata Adirah.
“Ya aku tahu. Mak ayah aku dah ajar aku macam mana nak mintak izin. Tunggu sini and dengar wisel bunyi nanti” kata Ijat. Adirah melihat sahaja Ijat menghilang begitu sahaja.
10 minit telah berlalu. Adirah terlelap di atas riba Aida. Dia terbangun dan melihat jam tangannya telah menunjukkan hampir pukul 1.30 pagi. Ijat pula tidak kelihatan sejak dia membuang air tadi.
“Ya Allah dia nih. Berak batu ke apa nih lama sangat pergi membuangnya pun. Dah nak berbunyi ni
Tiba-tiba dia mendengar wisel berbunyi menandakan semua pelajar pulang ke sekolah semula. Adirah mengejutkan Aida dan Alisha yang sedang nyenyak tidur.
“Weh bangun korang. Wisel dah bunyi nih” kata Adirah mengejutkan Aida dan Alisha.
“Eh cepatnya wisel berbunyi” kata Aida.
“Dah kau tidur nyenyak memang la cepat maa berlalu. Lekas lah balik…eh Ijat mana Irah ? Kau tak tidur tadi kan ?” tanya Alisha.
“Eish mamat ni kata pergi berak. 10 minit pergi berak lama betul ni kenapa” kata Adirah.
“Aduh jangan la buat hal si Ijat. Kang tak pasal-pasal lambat kita kena denda pulak” kata Aida.
“Hah tu pun Ijat. Dia berjalan je kenapa. Tak dengar ke wisel dah berbunyi” kata Alisha. Dia ternampak Ijat sedang berjalan perlahan sahaja ke arah Aida,Adirah dan Alisha.
“Woi cepat lah Ijat. Kalau kita lambat sampai mati kita weh” jerit Adirah.
Ijat berjalan perlahan sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia menghampiri Aida.
“Jom lah Ijat. Kau okay tak nih ? Muka kau pucat semacam je nih. Tak sihat ke ?” tanya Alisha.
“Erm takde apa lah. Jom lah kita cari jalan pulang. Nanti kena denda pulak” kata Ijat perlahan sahaja.
“Yelah yelah. Jom lah kau pun berjalan perlahan sangat kenapa” kata Adirah.
“Aku sejuk lah. Rasa nak pitam je” kata Ijat. Aida menyentuh leher Ijat.
“Weh…asal sejuk sangat kau nih ? Eh jom cepat ikut peta tuh. Lepastu kita jumpa ketua fasi. Aduh dia nak demam pulak” kata Alisha. Mereka semua berjalan menuju pulang ke sekolah dengan cepat.
“Terus je. Nampak je tanda kayu pangkah nanti susur ke kiri. Lepastu depan lagi jumpa obor dekat pokok. Susur kiri jugak lepastu depan lagi sampai lah dekat padang sekolah” kata Adirah khusyuk membaca peta itu.
“Betul ke kau baca tuh. Dia buat macam waze pulak main navigate hutan nih siap ada susur tanda nih bagai” kata Aida.
“Entah lah. Aku baca-baca je ikut peta nih. Lekas lah kang pengsan nanti susah kita” kata Adirah.
Ijat diam sahaja tidak berkata apa-apa. Selalunya dia paling banyak bercakap dalam kumpulan.
“Pelik lah dia nih. Masa kita datang sini kemain becok dia cakap. Kali ni senyap pulak” kata Adirah.
“Itulah haih aku tak tahu dia ni kenapa. Macam kena sampuk hantu je nih” kata Aida.
“Senyaplah ! Bab hantu kau jangan cakap kat sini. Tengah hutan nih” kata Adirah.
“Ya Allah aku terlepas cakap. Sorry weh” kata Aida.
Mereka meneruskan perjalanan untuk pulang ke sekolah semula melalui peta yang ditetapkan. Ijat terbatuk-batuk dengan kuat.
“Eh Ijat kau okay tak nih ? Batuk teruk nih. Rasanya dia tak sihat nih. Jom la cepat jumpa ketua fasi” kata Adirah.
“Pelik dia nih. Tadi dia sihat je. Tiba-tiba je dia demam and batuk teruk macam tu sekali. Muka dia pucat semacam je” kata Adirah.
“Takper. Kita jalan je cepat sikit. Cepat jumpa sekolah cepatlah kita bawak dia jumpa ketua fasi” kata Aida.
Aida memapah Ijat yang kelihatan berasa letih dan penat apabila berjalan. Adirah membantu memapah Ijat. Alisha berjalan dengan cepat untuk mencari jalan keluar.
“Okay set ! Depan lagi kita jumpa padang sekolah. Alhamdulillah jumpa dah jalan keluar” kata Alisha.
“Jom cepat kesian aku tengok si Ijat nih. Demam pulak dia nih” kata Adirah.
Mereka meneruskan perjalanan dan lima minit kemudian barulah mereka menjumpai jalan keluar ke kawasan padang sekolah. Terdapat beberapa kumpulan yang telah sampai dahulu.
“Takper lah kita kalah. Asalkan kita bukan group last sekali. Tengok group sikit je nih” kata Aida.
“Jom kita jumpa ketua fasi. Cepat sikit Ijat jalan tuh” kata Aida sambil memapah Ijat menuju ke blok sekolah untuk bertemu dengan ketua fasilitator.
“Abang !! Nih Ijat tiba-tiba dia demam panas nih. Boleh tolong tengokkan dia tak ?” kata Aida menjerit ke arah ketua fasilitator yang sedang berbincang dengan ahli lain. Pelajar yang sedang duduk di atas padang terkejut dengan apa yang disaksikannya.
“Eh apahal korang ni terkejut tengok Aida. Dahla kitorang penat nih angkut si Ijat ni” kata Adirah.
“Entahnya pelik lah” kata Alisha.
Hazim yang terkejut dengan jeritan Aida tersentak apabila Aida memapah ‘seseorang’ yang tidak disangka. Salah seorang fasilitator iaitu Azad bertanyakan soalan kepada Aida. Pelajar-pelajar sudah pun bangun dan pergi ke arah ahli fasilitator yang lain. Muka masing-masing kelihatan takut.
“Aida. Kau bawak balik siapa nih ?” tanya Azad.
“Aik ? Kawan saya Ijat lah. Dia demam panas nih tolong lah dia. Nanti dia pengsan” kata Aida.
“Kau pandang muka dia siapa yang kau bawak balik tuh” kata Azad.
Aida memandang muka orang itu. Dia terkejut lalu terduduk di atas padang. Syamimi berlari menuju ke arah Aida yang masih terkejut. Rupa-rupanya Ijat yang dibawa balik itu adalah seorang manusia yang tiada rupa dan bajunya koyak rabak !
“Weh korang ! Mana korang pergi hah ? Korang tinggalkan aku ke tadi ? Tadi aku lama sangat membuang sebab aku sakit perut ? Ya Allah korang bawak balik siapa tu” kata Ijat yang sampai di padang sekolah bersama dengan pelajar lain
“Alamak Isha. Siapa yang kita bawak balik tadi ?” kata Adirah.
“Aku tak tahu. Dahla takde muka ya Allah seramnya” kata Alisha
.
“Apa yang jadi lepas tu ?” tanya Faridah.
“Si Azad tuh baca-baca kat hantu tu last-last hilang lenyap macam tu je. Kitorang salah bawak balik kawan pulak. Bawak balik hantu yang takde muka” kata Adirah.
“Kau nak tahu ? Esoknya semua orang balik rumah sebab takut sangat. Masing-masing demam teruk tiga hari. Dengan aku Irah demam sekali sebab takut sangat. Patutnya esok last kem tu tapi terpaksa kena balik awal lepas Subuh tu” kata Alisha.
“Erm kau jangan continue cerita korang. Aku dah rasa meremang nih. Eh tidur lah lewat nih” kata Faridah lalu cepat-cepat baring di atas tilam.
“Hehehe takut ehh. Yelah jom lah Isha. Esok nak belajar buat ketupat” kata Adirah dan mereka keluar dari bilik Faridah.
Faridah tidur dengan berselubung selimut ke seluruh tubuh badannya kerana ketakutan.
“Seram gila cerita diorang. Takut aku” kata Faridah seorang diri.n
Share this novel