Benteng

Poetry Series 2151

Menerima dan mencintai kau itu aku sudah bersedia.
Dakapan yang aku sua sebesar lautan ini,
hanya menunggu masa untuk kau selam bersama aku.

Tapi kau bilang,
"Tunggu sebentar , belum masanya lagi. Hati aku masih parah. Aku belum temukan rentak hatiku kembali"

Makanya,
aku bina benteng.
Ya,
Benteng untuk bersiap sedia.
Supaya bila aku harus hilang kau, aku sudah bersedia.

Masih belum kukuh, aku sedang berusaha.

Kerana, aku sudah belajar dari yang lalu.
Mencintai itu tidak seharusnya memiliki.
Melepaskan itu perlu pengorbanan dan perlu sentiasa bersiap sedia.

Sebab hari esok,
kejutan yang kita tak pernah mampu duga.

Tapi tolong tahu,
benteng ini aku bina untuk lindungi hati aku sendiri.
Sebab kelak, kalau kau tinggalkan aku,
kau tak akan pernah mahu peduli hati aku.
Jadi , aku jaga siap-siap.
Supaya parut yang aku dapat nanti,
bisa aku rawat sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience