Epilogue

Action Completed 789

Selepas kejadian hari tu,segala aktiviti dan misi SOLUTION dihentikan selama 7 bulan atas arahan pihak kerajaan untuk mencari sisa-sisa pengkhianat dan mereka yang pernah bekerja dengan tuan Taiyou.Apabila saya pulang ke rumah,saya telah diberitahu oleh ibu yang White telah menyedarkan dirinya.Saya berasa amat lega dan tenang setelah mendengar khabar berita itu.
     
      Kemudian,Blacky memberitahu saya bahawa Akai sebenarnya telah diculik oleh pembunuh upahan kerana pembunuh itu menyangka bahawa Akai ialah anak orang kaya.Bertuahnya,dia berjaya dilepaskan dengan bantuan polis dan pembunuh upahan itu berjaya ditangkap tanpa sebarang nyawa yang hilang.
     
      Selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital,saya pulang ke rumah ibu bapa saya untuk meluangkan masa saya yang kosong ini dengan mereka.Ketika berada di sana,saya telah banyak menghabiskan masa melakukan kerja sambilan seperti bertani,menjadi pelayan di restoran dan saya juga diterima sebagai polis sukarela di pekan ini.Seperti yang dijanjikan,saya membawa ahli keluarga saya pergi bercuti dan beriadah bersama-sama.Setiap hari saya bersama mereka dipenuhi dengan penuh senyuman dan gelak tawa sehinggakan saya terlupa yang sebelum saya ke sini,saya telah bertarung di dalam pertarungan yang boleh menggadaikan nyawa saya.
     
      Bzitt,bzitt.Telefon saya menunjukkan seseorang sedang menelefon saya.
     
      "Ah,Anima.Awak sudah sihatkah?" orang yang menelefon itu ialah Anima.
     
      "Haha,awak ingat saya ni lemah macam awak?Saya sudah boleh menyambung aktiviti idola saya dan jika pergi bertarung pun saya boleh"
    
     Selepas kejadian hari tu,Anima telah ditahan di wad kecemasan untuk beberapa hari.Berdasarkan apa yang doktor kata,Anima perlu berehat untuk jangka masa yang lama tetapi setelah mendengar kata-kata dia yang penuh angkuh tadi tu,saya rasa dia lebih dari sihat sekarang.Anima beritahu saya bahawa abang Light telah menjadi pengurus bagi dia supaya Anima tidak diserang oleh musuh-musuh yang masih berdendam dengan abangnya.Selain itu,abang Light juga telah dilantik sebagai ketua SOLUTION yang baharu bersama dengan encik Shiden sebagai penasihat.
    
     Selepas itu,kami dikhabarkan bahawa abang Rex telah dibunuh beberapa bulan yang lalu.Sebabnya masih tidak diketahui tapi ada khabar angin mengatakan yang dia cuba membelot tuan Taiyou setelah tahu rancangan sebenarnya.Jadi orang yang saya bertarung bersama selama ini cumalah sekadar patung yang kosong.Berita ini memang mengejutkan saya tetapi ia tidak dipendam lama.Seterusnya,ayah Kitai dikatakan dipanggil ke balai untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes berkaitan tuan Taiyou.
    
     Sebelum saya terlupa,saya telah menceritakan kepada Anima semua perkara yang berlaku pada saya ketika Anima ditangkap.Saya juga memberitahu ada seorang budak yang menggunakan perisai sebagai senjata datang menolong saya.Berdasarkan apa yang Anima kata,budak tu mungkin ialah ahli kumpulan perwira yang dinamakan 'Eiyuu'.Mereka boleh dikatakan pasukan perwira yang menyelamatkan orang ramai seperti di dalam komik dan mereka ialah kumpulan yang berasal dari timur negara ini.Tiada banyak sangat maklumat tentang mereka dan juga latar belakang mereka tetapi mereka agak terkenal di kalangan orang di timur.
    
    

Setahun kemudian,
     SOLUTION akhirnya kembali berkhidmat.
    
    
     "Baiklah,kita telah sampai" kata abang Light.
    
     "Err,aba-maksud saya tuan Light,apa yang kita buat dekat Taman Hiburan ni" tanya saya.
    
     "Shirou,kamu terfikir tak kenapa saya bawa semua ahli bersama"
    
     "Sebab tempat ini ialah lokasi yang menduduki tempat pertama di dalam senarai SEVEN HORROR OF THE WORLD dan juga lama kita tidak jumpa,ShiShi" sebelum saya sempat menjawab,seorang lelaki yang tidak asing lagi bagi saya iaitu Anima muncul di hadapan saya.
    
     "Heh,jadi awak sudah selesai dengan jelajah awak sebagai idola tu.Saya yakin awak sangat rindukan sa-aarggh" tidak sempat saya menghabiskan ayat,ahli lain berkerumun di hadapan Anima.
    
     "Eh,senior Anima ialah idola!!!Kami tidak tahu pun!Kenapa awak rahsiakan?Untuk Privasi awakkah?" seorang demi seorang bertanya padanya.
    
     "Awak semua memang tidak tahu yang saya idolakah?"
     Mereka semua mengangguk kepala.
     "Eh,Soul tu idola terkenal lah!Saya tidak ubah muka saya lansung pun dan muka saya telah terpapar di merata tempat" mereka semua menjadi bingung kerana semua ahli di sini lansung tidak tahu tentang Soul.
    
     "Tengok saya dah cakap sebelum ni.Itu bermakna saya sudah menang.Ayuh,mana wang taruhan awak" dengan muka yang penuh bangga,saya berkata pada Anima.
    
     "Cis,tak guna betul.Nantilah saya hantar ke akaun bank awak" Anima berasa kecewa kerana kesemua ahli SOLUTION kecuali saya dan abang Light lansung tidak tahu tentangnya.
    
     Clap,clap
     "Baiklah,cukuplah tu.Awak semua sudah lupakah sebab kita di sini?Hari ini,misi kita ialah untuk menghapuskan setiap roh yang mengganggu tempat ini.Walaupun tempat ini merupakan salah satu daripada SEVEN HORROR OF THE WORLD dan ia berada di tempat pertama tetapi saya mahukan awak semua bekerjasama dan lakukan yang terbaik.Satu-satunya arahan yang saya ada sekarang ialah kamu semua perlu pulang dengan selamat.Saya tidak benarkan seorang dari kamu korbankan diri.Oleh itu,bersedia lah!"
    
     "ShiShi,awak sudah bersedia?"
    
     "Hehe,saya sudah bersedia dari setahun yang lalu"
    
     "Baiklah,AHLI SOLUTION SEKALIAN!AYUH KITA PERGI!"
    
     "BAIKLAH!"

                             TAMAT

            "Tu-tuan!General Taiyou telah mati dan segala rancangan dia telah dihancurkan di dalam letupan"
           
            "Oh,jadi dia telah dikalahkan ya.Haha,lagipun saya memang tidak mengharapkan apa-apa pun dari dia"
           
            "Ta-tapi tuan,dia merupakan antara general elit kita.Tidak mengapakah untuk kita berdiam diri sahaja?"
           
            "Jangan risau, kehilangan dia cumalah kehilangan 0.01% kuasa kita sahaja.Kita mempunyai kuasa yang sangat berkuasa.Lagipun,kita ada benda lain yang lebih menyusahkan sekarang ini.Organisasi SOLUTION itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan Eiyuu.Hapuskan Eiyuu lebih penting bagi kita.Itu sahaja,kamu boleh beredar"
           
            "Ba-baiklah,tuan"
           
            "Heh,nampaknya permainan sebenar baru sahaja bermula"

Saya mahu mengucapkan terima kasih bagi yang membaca Death Wish hingga ke penghujung.Cerita ini ialah cerita pertama yang saya tulis dan mempunyai ending jadi mungkin boleh dilihat yang beberapa bahagian terlampau rush dan juga memang dari awal saya sudah merancang untuk membuat beberapa chapter sahaja untuk novel ini.Walau bagaimanapun,kisah di dunia Death Wish ini belum lagi berakhir.Ahad ini,saya berkemungkinan besar akan post novel terbaharu saya iaitu 'Eiyuu' ataupun dalam bahasa melayunya bermaksud wira.Novel tersebut mengisahkan tentang seorang budak lelaki sekolah tinggi di bandar Midoriyama.Untuk cerita baru ni,settingnya mungkin akan lebih kepada keJepunan berbanding Death Wish yang banyak kepada benda-benda yang menggambarkan kemodenan.Oleh itu,sekali lagi saya mengucapkan terima kasih pada yang membaca sama ada dari awal hingga ke akhir ataupun lompat-lompat chapter.Saya berharap para pembaca akan setia membaca cerita saya ini. TERIMA KASIH!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience