Keesokan paginya,Farhad baru bangun dari tidur. Dia sepatutnya pergi ke kilang besi pada hari ini untuk bekerja tetapi disebabkan luka di muka dan badan berasa sakit kerana kesan dari pukulan malam tadi,Farhad terpaksa mengambil cuti sakit.
Sedang Farhad mengambil tualanya,handphone Farhad berbunyi. Panggilan dari rakannya,Haikal.
"Hello. Haa ada apa nih" kata Farhad.
"Weh Ad. Kau tau tak Fuad eksiden semalam ?" kata Haikal yang berada di panggilan.
"Apa ?! Bila dia eksiden nih" kata Farhad. Farhad terkejut bukan kepalang.
"Malam tadi. Kat highway Shah Alam. Kereta dia kena langgar dengan hilux. Dua kereta dengan dua motor pun terlanggar hilux tu jugak" kata Haikal.
"Macam mana dia sekarang ?" tanya Farhad dengan cemas.
"Fuad dah meninggal...." kata Haikal. Farhad terdiam.
"Innalillahiwainnalillahirajiun" ucap Farhad.
"Fuad meninggal terus lepas eksiden tuh. Cedera parah kat kepala. Dua motor tu meninggal jugak. Yang lain cedera sikit je" kata Haikal.
Tiba-tiba air mata Farhad bergenang di pipinya mengenangkan kembali antara Farhad dan Fuad sebagai rakan sekerja di kilang.
"Bos nak jumpa kau sebenarnya tadi. Sebab masa malam tadi kau ada dengan dia" kata Haikal.
"Aduh weh Haikal. Macam mana bos tu boleh tahu yang aku dengan Fuad keluar malam tadi" kata Farhad.
"Aku rasa bos tu duk lama perhatikan kau. Aku rasa dia tahu kerja kau dengan Fuad selama nih. Cuma dia tak bagitau kau. Aku dah bagitau bos yang kau ada masalah family" kata Haikal.
"Takper takper aku siap-siap pastu aku pergi rumah arwah Fuad. Bye" kata Farhad lalu mematikan telefonnya.
Farhad segera mengambil tuala dan bersiap-siap untuk ke rumah arwah Fuad.
Fuad merupakan anak yatim piatu dan rumahnya berada di Bandar Klang sahaja. Dia duduk seorang sahaja dan mempunyai dua adik beradik sahaja. Abangnya,Fahmi sudah berkahwin dan tinggal di Gombak bersama dengan isterinya.
Setelah bersiap,Farhad keluar dari rumah dan menaiki motorsikal ke rumah arwah Fuad kira-kira 10 km dari rumahnya.
Pukul 11 pagi Farhad telah tiba di rumah arwah Fuad. Rumah arwah Fuad dipenuhi orang. Abang Fuad iaitu Fahmi datang bersama dengan isterinya. Rakan-rakan Fuad ada yang berkunjung ke rumah arwah Fuad. Cuma sebahagian rakan-rakan Fuad seperti Acai,Man dan Fadil tidak hadir,mungkin mereka rasa bersalah atas kejadian malam tadi.
Farhad masuk ke dalam rumah dan disambut oleh abang Fuad iaitu Fahmi.
"Assalamualaikum bang. Takziah bang" kata Farhad lalu bersalaman dengan Fahmi.
"Terima kasih. Kau kawan adik aku ke ?" kata Fahmi.
"Ya bang saya kawan dengan dia. Kawan sekerja. Susah senang saya ada je dengan dia" kata Farhad.
"Ouh yeke. Fuad tuh selalu cerita pasal kau. Yela kau kan kawan satu tempat kerja dengan kau. Kau tahu ke kenapa dia eksiden semalam" kata Fahmi.
"Bang,meh la keluar jap. Duduk belakang jap" kata Farhad. Fahmi mengangguk. Mereka pergi ke luar rumah dan berdiri di tepi jalan berhampiran motorsikal Farhad.
"Muka kau ni merah-merah pastu biru nih. Pastu kau jalan terhincut-hincut ni. Kena pukul ke ?" kata Fahmi.
"Takde la bang. Semalam jatuh tangga masa nak turun bawah kat kilang. Tu yang sakit-sakit badan ni pastu muka merah nih" kata Farhad
"Kalau muka dah macam nih entah-entah kena pukuk ke. Haa macam mana adik aku boleh eksiden semalam" kata Fahmi.
Pada mulanya Farhad terdiam sebentar kerana dia tak mahu menceritakan hal sebenar. Abangnya tidak tahu kegiatan adiknya selama ini.
"Macam nih bang. Malam tadi dia ajak saya pergi Subang sebab ada hal. Pastu dia hantar saya balik rumah malam tu. Fuad kata kat saya dia nak pergi jumpa kawan,tapi saya tak kasi. Dia degil nak jumpa jugak. Pastu saya dah tak ambik tahu semua pasal dia. Pagi tadi saya baru tahu yang dia eksiden" kata Farhad dengan muka yang muram.
"Oh macam tu. Tau tak abang jumpa polis tadi masa nak cam mayat kat hospital. Dia kata dia eksiden sebab dia mabuk. Polis tua jumpa banyak ubat dalam kereta. Polis cakap tu macam dadah. Tapi abang nafikan semua tu. Takkanlah Fuad nak ambik barang pulak" kata Fahmi.
Farhad terdiam. Apa yang dia harus jawab kepada Fahmi ? Dia tak mahu mengecewakan abangnya
"Dalam kereta tu ada dadah ? Yeke bang. Aduh saya memang tak tahu sangat yang dia ambik barang. Abis polis tu macam mana bang ?" kata Farhad.
"Polis tu tengah siasat kes dadah dalam kereta tu. Kalau nak suruh kau yang siasat tak boleh la. Kau pun takde bukti. Jadi abang cakap la dengan polis tu yang barang tu bukan adik aku punya" kata Fahmi.
"Ouh memang la. Saya memang tak tahu apa-apa pasal dadah ke apa ke. Saya teman je dia. Dia tak pernah tunjukkan saya benda-benda macam tuh" kata Farhad.
"Lagi satu kan,polis cakap dengan abang tadi kereta yang eksiden tuh kereta yang dikehendaki polis tau sebenarnya. Sebab kereta tu disyaki ada dadah dalam tuh. Semalam polis tu ada kejar kereta tu tapi kereta tu dah lepaskan diri. Abang lagi la rasa hairan" kata Fahmi. Farhad bertambah cuak.
"Err...errr...mungkin masa tuh polis tuh kejar kereta Fuad tuh. Dia bawak laju tu yang eksiden agaknya" kata Farhad. Fahmi merenung lama kepada Farhad. Bagai ada sesuatu yang menyembunyikan dari Farhad sendiri
"Takkanlah kau tak tau something pasal adik aku nih. Kau kan member baik dia" kata Fahmi.
"Betul bang saya tak tahu sangat-sangat" kata Farhad.
Farhad berasa menggelabah. Dia tak mahu dicekup oleh pihak polis. Mana mahu letak mukanya kepada ibu bapanya nanti ?
"Eh jom la tolong angkat adik aku masuk dalam van. Rasanya dah selesai baca yasin tu" kata Fahmi lalu mereka masuk ke dalam rumah untuk menguruskan jenazah arwah Fuad.
12 tengah hari
Jenazah Fuad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang. Farhad ingin pulang ke rumahnya untuk berehat seketika. Fahmi datang menuju ke arah Farhad yang sedang duduk di atas motorsikal memerhatikan tanah kubur milkk arwah Fuad. Dia telah menjadi penghuni tetap kubur itu.
"Kau nak balik ke Farhad. Abang ada benda nak bincang dengan kau nih" kata Fahmi.
"Ada apa ye bang" kata Farhad.
"Macam nih. Esok abang dengan bini abang nak balik Gombak sebab ada kerja. Kau boleh tak jaga rumah arwah Fuad. Ataupun kau pindah je rumah dengan kawan-kawan kau" kata Fahmi.
Farhad terdiam sebentar.
"Ala kau jangan risau. Bil api air semua aku bayarkan. Kau jangan risau. Kau dengan kawan-kawan kau boleh la pindah rumah tu. Aku hadiahkan kat kau sebab kau banyak berjasa kat adik aku. Terima kasih sangat-sangat Farhad" kata Fahmi.
"Betul ke bang ? Lagipun saya kawan dengan dia beberapa bulan je. Sebab Fuad dengan abang kan anak yatim piatu. Abang sibuk kerja kat Gombak tu. Fuad sorang kat rumah tapi dia rajin bekerja. Sebab tu la saya rapat dengan dia. Lagipun dia banyak tolong saya pasal hal kerja kat kilang tu" kata Farhad.
"Betul Farhad. Abang ikhlas. Kalau ada apa-apa cari abang je kat Gombak. Nah kad abang. Apa-apa kau call je abang. Kau jangan lupa datang rumah Fuad malam ni. Ada tahlil. Ajak la kawan-kawan kau" kata Fahmi.
"Insyaallah bang. Okay lah bang saya nak gerak dulu tau. Nak balik rehat" kata Farhad.
"Okay Farhad. Abang nak pergi rumah adik aku jap. Nak kemas-kemas" kata Fahmi lalu bersalaman dengan Farhad.
Farhad menghidupkan motorsikal dan bergerak menuju pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan,Farhad asyik memikirkan apa yang akan berlaku selepas Fuad meninggal dunia.
Yang paling menakutkan adakah hutang Fuad akan dibayar oleh Farhad sendiri ? Farhad tidak mahu memikirkan semua itu. Yang penting Farhad harus memikirkan bagaimana ingin mendapatkan wang untuk membayar hutang Halim Tokan ?
Apabila Farhad tiba di rumahnya,Farhad terkejut kerana Halim Tokan dan orang-orangnya berada di hadapan rumahnya. Mujurlah rakan-rakannya tidak berada di rumahnya.
Farhad memberhentikan motorsikal dan berjalan perlahan-lahan ke arah Halim Tokan.
"Apa kau nak lagi. Kau cakap tempoh sampai hari isnin kan" kata Farhad.
"Amboi kasar bahasa kau. Kau nak lagi ke sampai kau cacat pastu makan nasi dengan air je ? Hahahahahaha" kata Halim Tokan sambil tergelak besar.
"Apa kau nak Halim ? Kau nak rompak rumah aku sebab nak cari duit ke ? Kau ingat rumah aku banyak duit ke ?" kata Farhad.
Halim Tokan naik angin lalu menendang Farhad ke atas jalan. Kepalanya terhentak di atas jalan dan sedikit berdarah. Orang-orang Halim Tokan menahan Farhad.
"Hoi ! Aku datang sini sebab ada benda nak cakap. Buat apa nak rompak rumah kau yang tak seberapa nih. Aku dengar kawan baik kau...si Fuad dah mati kan malam tadi ? Nak ke aku buat kau macam kawan baik kau yang dah mampus tu ?" kata Halim Tokan.
"Apa kau nak lagi Halim ? Kau nak lepaskan aku ke ?" kata Farhad.
"Kau dengar sini ! Aku bagi kau tempoh dua hari lagi sampai hari Selasa. Malam tu kau datang tempat aku,aku nak 9k atas meja aku. Kau ingat ek. Selasa nih 9k atas meja aku !! Kau inga apa akibatnya kalau kau tak bayat hutang aku semua. Aku rugi beribu-ribu sebabkan kau dengan kawan kau tuh !!" kata Halim Tokan.
"Apahal pulak aku kena bayar 9k kat kau. Kau bagi aku bunga pokok tinggi ke apa nih ?" jerkah Farhad. Halim Tokan menumbuk muka Farhad.
"Kepala otak kau aku bagi bunga tinggi ! Kau ingat aku ni ah long ke ? Fuad tu dah mati. So kau yang masih hidup nih ganti la tempat arwah kawan baik kau tuh. Bayar 9k kat aku. Kalau tak,kau tanggung akibat. Kau lari ke Thailand sekalipun aku dengan orang-orang aku akan cari kau sampai lubang cacing !! Dah blah" kata Halim Tokan. Farhad dilepaskan oleh orang-orang Halim Tokan dan terbaring di atas jalan kerana kesakitan di kepalanya.
Kereta Halim Tokan sudah hilang dari pandangan Farhad. Dia bangun dengan perlahan-lahan dan menolak motorsikalnya masuk ke dalam kawasan laman rumah. Farhad masuk ke dalam rumah dan terbaring di atas sofa. Kepalanya masih berdarah kerana kesan hentakan di atas jalan.
Farhad berasa kepalanya pening. Mana hendak mencari RM 9000 untuk membayar hutang Halim Tokan ? Farhad sudah buntu dan mati akal.
Takkanlah nak meminjam atau meminta duit dari ibu bapanya. Ibu bapanya tidak tahu kegiatan Farhad sendiri. Ibunya suri rumah sahaja. Walaupun ayahnya bekerja sebagai CEO syarikat,dia tak berani meminta mahupun meminjam ayahnya wang sebanyak itu.
Farhad tidak mahu keluarganya tahu tentang kegiatan menjual dadah itu. Nanti keluarga sendiri yang akan kecewa. Silap-silap Farhad akan meringkuk di dalam penjara.
"Arghhhhhhh aduhhhh mana aku nak cari 9k tuhhh. Aku mesti lari dari sini !! Aku tak nak kerja lagi dah. Serabut kepala aku !!" jerit Farhad seorang diri. Farhad terbaring sahaja di atas sofa lalu tertidur.
3 petang
"Ad...Ad bangunnnn !!" kejut Shah kepada Farhad yang ketiduran di atas sofa.
Farhad terjaga dari tidurnya. Shah,Fariz dan Haikal sudah pulang dari tempat kerjanya. Cuma Zul sahaja yang tiada di rumahnya.
"Aduhhh sakit kepala aku nih !! Ambikkan aku kain basah Fariz" kata Farhad. Fariz cepat-cepat mengambil kain dan membasahkannya. Darahnya melekat di atas bantal. Shah membuka sarung bantal yang dibasahi darah dan diletakkan dalam bakul baju yang kotor.
Fariz membawa sebekas air bersama kain yang dibasahkan. Farhad mengambil kain basah dan mengelap luka di kepalanya.
"Kenapa dengan kepala kau pulak ni Ad. Kau jatuh ke apa ?" tanya Haikal.
"Si Halim bodoh tu datang lagi la. Pastu aku kena tendang dengan dia sampai jatuh atas jalan. Tu yang kepala aku berdarah" kata Farhad.
"Aduh dia lagi. Apa yang dia nak sebenarnya ?" tanya Shah.
"Dia suruh aku bayarkan hutang Fuad sekali. Aduhhh serabut dah aku" kata Farhad.
"Berapa pulak dia nak nih ?" kata Fariz.
"9k. Campur dengan hutang aku semalam" kata Farhad. Shah,Haikal dan Fariz terkejut.
"Astaghfirullah Ad. 9000 tuh mana kau nak cari nih. Kita report polis lah" kata Fariz. Shah dan Haikal menggeleng-geleng kepala.
"Tak bolehh Fariz. Nanti aku akan terlibat sekali. Si Halim ni bijak tau kalau nak lepaskan diri. Kalau dulu tempat dia proses dadah pun boleh terlepas,apatah lagi kalau dia tangkap nanti. Dia mesti bebas gak sebab dia takde bukti. Sudahnya aku yang kena nanti sebab aku yang tanggung hutang semua tuh" kata Farhad.
"Habis nk buat macam mana sekarang nih" kata Fariz. Farhad teringat rumah arwah Fuad yang boleh dijadikan tempat tinggal sementara.
"Lepas berbuka nanti kita pergi rumah arwah Fuad. Nanti jumpa la abang Fuad jap. Nama dia Fahmi. Dia nak jumpa kita semua nanti" kata Farhad.
"Elok la tuh. Yelah Fuad dah tinggalkan kita. Hm" kata Haikal. Shah mengambil sesuatu di dalam begnya.
"Eh Ad ni ada surat untuk kau. Bos bagi tadi and dia suruh bagi kat kau" kata Shah.
"Ouh okay. Bos ada ke cakap apa-apa pasal aku" kata Farhad.
"Takde apa pun. Tapi bila bos ada tadi,dia rasa lain je bila dengan kita tadi. Aku rasa betullah,dia tahu kegiatan kau dengan arwah Fuad tuh. Korang kan jual barang kat staf-staf kilang tuh" kata Shah.
"Siapa pulak yang bocorkan pulak nih. Aduh masak aku kalau bos tahu nanti" kata Farhad.
"Tak tahu lah. Baik kau baca surat tuh. Entah-entah penting sangat ke" kata Fariz. Farhad membuka surat itu. Surat itu tertulis.....
"PEMBERITAHUAN NOTIS PEMBERHENTIAN KERJA KEPADA FARHAD DANISH BIN SHUHAIMI"
"What ? Bos pecat kau ke Ad ?! Aduh kena pujuk bos nih. Haih kesian kau nih Ad tiba-tiba kena berhenti pulak" kata Shah
Farhad menyimpan surat dan meletakkan di atas meja. Farhad berasa tidak ada apa-apa yang berlaku dan pemberhentian kerja sebagai suatu benda yang mudah sahaja.
"Eh kau nih Ad. Buat biasa je kenapa. Kau tak rasa sedih ke bila berhenti ? Kalau kau nak kerja balik,kitorang boleh pujuk bos kau balik. Tapi kau sendiri la hadap bos kau tuh" kata Haikal.
"Memang aku nak sangat berhenti kerja. Aku nak pindah sebenarnya. Nak kerja lain. Aku nak lari dari diorang tuh. Mana aku nak cari 9000 tuh. Diorang takkan cari aku" kata Farhad.
"Kau nak lari ? Kitorang ni macam mana nanti ? Kau nak kitorang mampus sebabkan kau ke ? Tak fikir kitorang ke ?" kata Shah.
"Sebab tu lah aku nak ajak korang datang rumah arwah Fuad malam nih. Abang dia nk jumpa kita nanti. Ikut je malam ni. Lagipun malam ni ada tahlil kan ? Kita ikutlah sekali" kata Farhad.
"Ada apa nak pergi rumah arwah Fuad tuh. Yang dah pergi,pergi jelah" kata Haikal.
"Aduh kau nih. Ikut jelahh. Aku rasa ni jalan terbaik kita. Nanti kita cari la kerja lain yang gaji sedap ke. Tak payah nak kerja kilang besi dah" kata Farhad. Shah,Haikal dan Fariz mengangguk tanda bersetuju.
"Korang jangan cerita pulak pasal aku dengan arwah Fuad kat abang dia tu duk jual barang la apa la. Buat biasa je" kata Farhad. Mereka mengangguk.
"Aku kena call Zul bagitau pasal nih. Nanti dia tak tahu pulak" kata Shah.
"Eh haah lah. Zul kat mana ek tak balik lagi. Patutnya pukul 1 dah sampai rumah awal" kata Farhad.
"Zul tu shift sampai pukul 6. Ganti tempat kau lah time kau takde harini. Nasib dia okay je. Kalau aku tak kuasa la aku nak siapkan kerja kau tuh" kata Fariz.
"Amboi kau Fariz tolonglah member sikit. Aku dah luka separuh badan pun nak berkira dengan aku" kata Farhad.
"Luka-luka tuh sebab kau sendiri lah. Berkira apanya" kata Fariz.
11 malam
Setelah selesai majlis yasin dan tahlil untuk arwah Fuad,Farhad keluar bersama dengan rakan-rakannya untuk menghisap rokok.
"Mana abang Fuad nih" kata Haikal.
"Sabar la. Tuh dia dah keluar" kata Farhad sambil melihat Fahmi yang baru keluar dari rumahnya dan menuju ke Farhad dan rakan-rakannya.
"Okay bang. Ni kawan-kawan saya. Fariz,Haikal,Shah dengan Zul. Diorang satu kerja dengan saya dengan arwah Fuad" kata Farhad. Shah,Haikal,Fariz dan Zul bersalaman dengan Fahmi.
"Takziah ya bang" kata Zul. Fahmi mengangguk.
"Macam nih. Abang dah bincang dengan kawan kau si Farhad nih pasal nak pindahkan rumah kat sini. Pendapat korang macam mana. Nak pindah tak rumah tu bila nanti ?" kata Fahmi.
"Ouh kitorang okay je. Lagipun susah la nak cari duit sekarang nih. Gaji welding pun berapa ratus je dapat" kata Fariz.
"Haah la bang. Sebulan 300 pulak tuh. Terpaksa lah share duit sewa. Barang-barang kat rumah tu cukup-cukup makan je. Macam telur,bawang,kicap dengan nasi je kita beli" kata Haikal.
"Ouhh yeke. Hmm takperla. Lepas ni duduk je rumah Fuad nih. Jaga rumah nih elok-elok. Bil api air abang settlekan semua. Kalau korang dah confirm pindah ni,bila nak pindahnya nanti ?" kata Fahmi.
"Kalau hari Selasa boleh tak. Masa tu kitorang cuti kecuali kawan saya yang Shah nih. Dia kerja hari Selasa tapi dia kerja petang. Kalau pagi-pagi lepas sahur kita pindahkan semua la amacam ?" kata Zul. Mereka semua mengangguk tanda setuju.
"Okay boleh. Nanti abang datang rumah korang. Kita sahur dulu pastu kita pindahkan semua barang pergi ke rumah Fuad nanti" kata Fahmi.
"Boleh bang. Cantik jugak tuh. Boleh teman sahur nanti kan ? Lagi ramai lagi bagus. Hahahaha" kata Farhad.
"Lepas ni korang nak balik ke. Balik la dulu. Apa-apa whatsapp je. Number abang ada kat kawan kau Farhad tuh" kata Fahmi.
"Okay bang thanks sangat-sangat bagi tempat tinggal kat kita nih. Moga murah rezeki abang aminn" kata Shah memuji sikap Fahmi.
"Aminn terima kasih. Eh ada orang call abang nih. Abang kena gerak dulu. Terima kasih sebab datang" kata Fahmi lalu bersalaman dengan Farhad,Shah,Haikal,Fariz dan Zul.
"Baik betul abang tuh kan. Senang sikit kita nanti" kata Shah. Haikal tersenyum sahaja.
"Kau pasti ke diorang tak tahu kita tinggal kat sini nanti ?" tanya Zul.
"Aku rasa tak. Halim Tokan tuh tak pernah datang kat sini. Kalau apa-apa urusan,dia buat depan rumah aku je. Aku rasa diorang takkan tahu. Tapi aku tetap nak cari kerja lain" kata Farhad.
"Dapat kerja tu gaji sedap ajak lah kitorang. Senang la kita nanti. Kau tak payah jual barang kesian pulak dengan kau" kata Haikal.
"Korang tak cuti raya ke" tanya Farhad kepada rakan-rakannya.
"Eh mestilah. Hari Khamis dah start cuti. Kau tuh bila nak cari kerja nanti" kata Fariz.
"Aku ingat nak cari kerja esok la. Pastu aku balik la and aku tolong korang lusa nanti. Ingat lepas raya nak start dah kerja. Jom lah gerak" kata Farhad. Dalam hatinya ada kelegaan sedikit tentang beban yang dihadapinya oleh Farhad.
Mereka menghidupkan motorsikal masing-masing dan bergerak pulang ke rumahnya.
Share this novel