Pertandingan bola sepak antara kampus bakal berlangsung hari ini tetapi Ryan menjadi tak keruan akibat pinggangnya yang sakit kerana insiden kemalangan dengan si gula kapas semalam.
"Woi Ryan hang apa pasai macam tak sihat je aku tengok dari tadi hang jangan macam-macam wei hang tonggak team kita tau",ujar Ikhwan kawan baik Ryan merangkap kapten pasukan bola sepak Kolej Impiana.
"Aku okay cuma aku rasa pinggang aku ni terkehel la wei,"balas Ryan. insiden semalam bermain dia fikiran wajah comel pemilik skuter pink terimbas di depan mata. Muka comel persis patung dengan badan tak cukup kalsium itu membuatkan dia terpaku tetapi dia tersedar ketika si comel tersebut lebih2 merenungnya semalam dan tanpa sedar menyebabkan si comel tersebut memanggilnya mamat tiga suku. entah apa yang suku pun dia tak tahu.
"Macam mana pinggang hang boleh terkehel wei hang buat aksi apa atas katil semalam. ni hang boleh main dak kalau hang nak rehat ka apa ak panggil budak lain ganti hang,"ujar Ikhwan. Anak mami asal penang ini telah menjadi sahabat baik Ryan sejak mula masuk fakulti kejuteraan awam kolej tersebut. Ikhwan banyak tahu tentang hidupnya malah sahabat yang satu itu sudah dianggap seperti saudara kandung sendiri.
"Aku okay aku boleh main lagi ni jangan risau,"yakin Ryan. Permainan segera dimulakan kan antara Kolej Impiana dan Kolej Mutiara. Pelajar-pelajar dan orang ramai juga tidak sabar menyaksikan perlawanan ini kerana juara akan menjulang hadiah yang lumayan.
Ryan selaku penyerang pasukan tangkas mengelecek bola walaupun keadaan pinggangnya yang tidak memuaskan namun demi menjulang juara dia sanggup melakukan apa sahaja.
Dari jauh Zara memandang mamat tiga suku yang kerap berhenti memegang pinggang ketika perlawanan berlangsung.
"Jangan-jangan mamat tu cedera gara-gara aku langgar dia semalam. Kenapa aku tak tahu dia ni pasukan bola kolej aku ek,"ngomel Zara dalam hati.
"Zara,kau berangan ke kau tengah tengok senior Ryan kita tu,"potong Dian rakan sekelas Zara.
"Ha mana kau kenal Ryan tu,"tanya Zara.
"Serius la kau tak kenal senior kita yang hot tu Zara. Itulah kau aku ajak kau tengok diorang berlatih petang-petang kau tak nak kau asyik la dengan si drama korea tu. Meh sini aku nak bagitau kat kau senior kita tu memang hot tau selain kapten pasukan tu abang Ikhwan tu yang tall,dark and handsome tu,"ujar Dian yang kemerah-merahan apabila menyebut nama kapten pasukan bola itu.
"Ek memang mamat tu hot ek kenapa aku tak tahu ye yang aku tahu pelakon korea je yang hot.,"ngomel Zara. Tiba-tiba dia terkejut dengan sorakan yang kuat dari penonton di padang yang menandakan pasukan kolejnya memenangi pertandingan tersebut hasil jaringan dari Ryan aka mamat tiga suku. Namun matanya juga pantas memandang mamat tersebut rebah dia tepi padang sambil memegang pinggangnya.
"Wei Zara kenapa dengan abang Ryan tu risau aku,"ujar Dian. Jika Dian risau dia apatah lagi kerana yakin yang kecederaan Ryan disebabkan kemalangan semalam. Aduh dah tau sakit kenapa la semalam dia tak pergi klinik ke hospital ke ni tak. Agaknya dia tak pergi sebab nak bermain hari ini kot kalau tak pasti dia tak boleh masuk padang hari ini kan. Zara apa yang kau dah buat ni.
.....
Kesakitan yang dialami sudah tidak tertanggung setelah dia berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan tadi. Dia menahan dari awal permainan hingga akhir walaupun sahabatnya Ikhwan melarang dia bermain ketika waktu rehat separuh masa kedua tadi kerana dia asyik memegang pinggangnya yang sakit. Akibat kedegilan akhirnya dia perlu dipapah untuk diberi bantuan kecemasan sebelum dibawa ke hospital.
"Gula kapas ini semua sebab kau,"geram Ryan memikirkan kejadian semalam.
Akhirnya Ryan diberi cuti sakit selama seminggu kerana pinggangnya memerlukan masa untuk pulih. Bosan di rumah kerana ibu tirinya iaitu Datin Jasmin tidak suka melihatnya di rumah melainkan papa nya turut serta. Hidup sebagai anak isteri muda papanya memang bukan mudah kerana ibu tirinya cukup meluat melihat wajahnya kerana persis ibu kandungnya yang telah meninggal dunia ketika melahirkan dia. Ryan anak hasil hubungan rahsia antara ibunya dan papa. Memang bercinta tidak salah namun curang itu kesalahan yang sukar dimaafkan. Walaupun begitu buruk layanan ibu tirinya itu dia tak pernah menyalahkan ibu tirinya itu kerana faham perasaan yang dialaminya. Papanya juga telah berusaha membenarkan dia tinggal bersama ibu tirinya. Walaupun adik beradik tiri melayan dia dengan baik namun ibu tirinya masih sukar menerimanya.
Ryan mempunyai dua saudara tiri iaitu Kak Rania doktor Neurologi Hukm dan abang Razif yang berkerja bersama papanya dia Venture Holdings. Mereka melayan Ryan seperti adik sendiri dan tidak pernah mengungkit kisah silam papa mereka.
Bukan dia tidak mahu tinggal berasingan namun papanya berkeras mahukan semua anak-anaknya tinggal di villa ini.
Ketukan di pintu mematikan lamunan Ryan yang sedang berehat di dalam bilik.
"Ryan, mak jah ni. Mak jah bawa makanan untuk Ryan sayang," ujar Mak jah pembanyu rumah yang telah bertahun-tahun berkhidmat untuk keluarga Datuk Razak yang telah dianggap sebagai ibu yang membolehkan dia mendapat kasih sayang persis seorang ibu kandung.
"Masuk la Mak jah,"balas Ryan.
"Ni Mak jah buat nasi ayam spesial untuk kamu hari ni makan ye sayang. Macam mana pinggang kamu Ryan dah okay ke,"tanya Mak jah.
"Alhamdulillah dah baik sikit esok Ryan dah boleh pergi kuliah dah,"ujar Ryan.
"Alhamdulillah lega Mak jah dengar. Kamu muda belia ni jaga la kesihatan baik-baik lain la Mak jah ni dah tua dah,"balas Mak jah.
"Mana ada tua Ryan tengok helok lagi ni haha,"gurau Ryan.
"ish kamu ni Ryan ada je nak mengusik Mak jah. Dah la Mak jah nak hidang makanan dekat bawah kejap lagi mama Jasmin kamu nak makan pulak,"ujar Mak jah sambil berlalu pergi.
"Terima kasih Mak jah,"balas Ryan sambil menelan nasi ayam spesial dari Mak jah.
masih baru menulis sekiranya ada yang perlu diperbaiki boleh komen.terima kasih
Share this novel