seminggu berlalu. aku berlari kearah jamban. ingin mengeluarkan isi dari perut. amir yang terkejut melihat aku berlari terus bangun dan mengetuk pintu jamban.
"sayang ok?" tanyanya dengan penuh bingung.
uwekkkk. terasa lemah lututku. 'kenapa ni'. tanya ku dalam hati. aku bangun dan membuka pintu jamban. amir yang dari tadi menunggu diluar jamban memegang bahuku.
"muka pucat, mata kuyu, tangan sejuk. jom bersiap pergi klinik." dia mengajak namun aku menggeleng.
"liya nak baringlah. tak larat nak jalan." aku berkata dengan lembut. menyembunyikan suara yang bergetar.
"sayang duduk kat sofa dalam tu." dia memapah kearah sofa. lalu dia pergi naik keatas.
"peningnya." aku memicit kepalaku perlahan
tiba tiba amir memasang tudung ke kepalaku dengan lembut. " ic sayang ada dalam beg ni kan?" aku mengangguk perlahan. lalu dia memapahku sehingga ke kereta. dia menurunkan kerusi agar aku boleh baring. "selesa tak?" dia menanya. aku hanya mengangguk.
setibanya di klinik, dia mengambil kerusi roda kerana aku mengatakan yang aku tidak larat untuk berjalan. amir menolak kerusi roda dengan perlahan. kosong klinik tersebut. maklumlah, baru pukul 11.15 pagi. hari sabtu kurang orang pergi klinik. kerusi roda ditolak sehingga betul betul depan sebuah bangku. lalu dia duduk di bangku hadapan.
"abang." aku memanggilnya lembut. tangannya ku kuis manja.
"ye?" dia mencuit daguku.
"takde pape." aku mencubit pahanya. rindu hendak bermesra walaupun bgn pagi tadi sudah bermesra.
"manja ek" amir mencubit pipiku kuat hingga aku melepaskan jeritan kecil. tertawa riang kami sebelum namaku dipanggil. aku angkat dari kerusi roda tetapi dihalang olehnya
"kenapa tak duduk je. biar abang tolak". dia menahan bahuku.
"seganlah. nampak manja sangat" aku menarik tangan nya untuk bangun.
"yelah yelah" seraya itu amir turut bangun dan memapah aku masuk.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"tahniah, encik dan puan. puan mengandung 4 minggu." aku terkejut mendengar kata kata dari mulut doktor perempuan india tersebut. amir terus menarik aku kedalam pelukannya.
"syukur ya Allah. alhamdulillah. syukur sayang." berkali kali dia mengucapkan rasa syukurnya.
didalam kereta amir bernyanyi keriangan. mengikut lagu yang terpasang di radio. aku hanya tergelak suka.
"abang" lembut ku memanggil
"erm?"
"tak sangkakan kita dah nak jadi ibu bapa orang." aku mengusap perutku perlahan. amir juga memegang perutku juga.
"semoga anak dalam kandungan ni membesar menjadi anak yang baik." aku tersenyum mendengar katanya.
Share this novel