Wartwan kelihatan menganggukkan kepala dan saksi kembali ke rumahnya. Wartawan memang semula ke kamera.
“Mangsa yang dikenali dengan nama Abraheem Adib, 28 tahun dan Morera Zia, 26 tahun telah dibawa ke hospital untuk melalui ujian forensik bagi mengetahui punca kematian. Pihak polis memberitahu bahawa buat masa sekarang, kes ini diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan terancang. Saya Ivanka Kwok, melaporkan dari tempat kejadian.”
Berita itu digantikan dengan paparan sebuah rancangan telefilem. Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki masih leka bermain. Tanpa mengendahkan keadaan diri sendiri.
Tit tit!
Nora Azman.
Hamiza melemparkan telefonnya ke atas katil. Dia kembali mengemas pakaian-pakaiannya tanpa menghiraukan mesej yang baru diterima itu. Sudah hampir seminggu dia berada di bumi Kanggaru itu, bermaksud sudah sembilan nama orang yang diterima daripada satu private number.
Sampai sekarang dia tidak tahu tujuan pengirim menghantar nama-nama tersebut. Dan dia sendiri tidak mahu mengetahuinya. Dia malas mahu mengambil tahu perkara yang sia-sia.
Telefonnya selama seminggu ini setiap hari pasti akan berbunyi menandakan mesej masuk dan pastinya dari private number.
Tit tit!
Mimi Hafiza.
Tit tit!
Chairil Rizuan.
Tit tit!
Faizal Sugianto.
Tit tit!
Ain Syahirah.
Tit tit!
Sylvia Arjuna.
Tit tit!
Chloe Robert.
Share this novel