Semua mata terus tumpukan perhatian ke arah Munirah. Mereka semua tidak menyangka Munirah akan bertindak seperti ini. Kyra hanya mampu menahan sebaknya melihat keadaan Munirah seperti ini. Dia sudah tidak mengenali diri Munirah lagi. Mikhail cuba mendekati Munirah tetapi En Shukri menghalang. Mereka mahu mendengar penjelasannya dahulu. Begitu juga dengan Hajah Fazilah sudah lama menangis kerana tidak sanggup melihat keadaan ini lagi. Hajah Fazilah pasti ini semua bukan salah Munirah. Mesti ada orang disebalik semua ini yg cuba memerangkapnya. Munirah menghela nafas perlahan-lahan. Dia berjalan menhampiri anak tangga. Berat saja kepalanya rasa ketika ini. Kesan kebas ditampar oleh Azhar tadi masih terasa di pipinya. Munirah terus melabuhkan punggungnya di atas anak tangga. Semua mata tidak lepas memandang ke arahnya saja. Kelakuan Munirah sangat pelik ketika ini. Sedikit pun dia tidak rasa menyesal selepas bertindak sedemikian. Munirah terus mengangkat pandangannya. Matanya melihat tajam ke arah Azhar. Yaa, seorang suami yg sanggup mencederakannya demi Mira. Betapa pentingnya Amira Athirah kepada Azhar. Munirah masih lagi mampu bersabar dengan semua ini. Disebabkan itulah Munirah duduk. Melepaskan amarah yg sudah menguasai lubuk hatinya ini. Selagi dia marah selagi itulah semua ini tidak akan selesai. Fikirannya masih lagi waras dan mampu berfikir apa yg buruk dan baiknya. Dengan selafaz bismillah..
Jadi..memang benar abang sudah berkahwin dengan Mira? Tanya Munirah mendatar saja ton suaranya itu. Pandangannya masih lagi tepat memandang ke arah wajah Azhar. Mahu satu kepastian yg benar darinya. Biarlah rasa sakit ini akan tinggalkan kesan selepas ini asalkan Munirah dapat mendengar sendiri kebohongan ini dari mulut Azhar. Orang yg dia letak satu harapan dan jaminan kebahagian. Orang yg dia dapat berkongsi kasih sayang selamanya. Yang paling penting kepercayaan dekat Azhar tak pernah pudar di benak hatinya. Tiada sesiapa yg Munirah percayakan selain Azhar seorang saja. Suami yg telah banyak membantu dan mengembalikan sinar kehidupan untuknya. Munirah masih percayakan semua ini. Mahu saja dia menunggu jawapan "tidak" yg tubir dari mulut Azhar. Munirah masih berharap dengan semua ini.
Tergamam Azhar selepas mendengar soalan Munirah itu. Segera dia membetulkan kedudukan Mira dahulu. Datin Zubaidah memamapah tubuh Mira untuk duduk di atas sofa. Habis wajahnya ada kesan bengkak dan berdarah. Tak sanggup Datin Zubaidah melihat keadaan anaknya begini. Sampai hati Munirah sanggup mencederakan Mira. Mira hanyalah mangsa keadaan saja. Dengusan Mira kasar sekali. Dia cuba menahan sakit di wajahnya. Dia masih berdendam dengan Munirah. Pandangan tajam terus diberikan kepada Munirah. En Shukri dan mendengar soalan Munirah tadi terus bangun dari tempat duduknya. Jika benar apa yg dikatakan Munirah ini, En Shukri tidak akan maafkan Azhar. Mereka yg lain sudah mengetahui semua ini hanya menundukkan pandangan ke bawah sahaja. Tidak sanggup melihat keadaan ini lagi. Azhar melangkah kaki perlahan-lahan untuk mendekati Munirah. Dia faham apa yg Munirah rasa sekarang. Munirah sedang mengalami tekanan. Hanya dirinya saja yg boleh membuat Munirah tenang semula. Tidak mungkin Azhar akan memberitahu semua ini kepadanya dalam keadaan yg begini. Munirah terus mengangkat tangannya ke arah Azhar. Tanda 'Stop' daripada Azhar terus melangkah kaki mendekatinya. Azhar hanya menuruti saja apa yg Munirah mahukan sekarang. Dia tidak mahu mencederakan Munirah lagi. Sakit hatinya rasa bila melihat kesan merah di wajah Munirah. Azhar tidak sengaja berbuat demikian. Dia hanya cuba untuk menenangkan diri Munirah saja.
Munirah..tolong..kita berbincang kemudian..Awak tak sihat sekarang..Jangan buat macam ini lagi..saya tahu awak tak sengaja mahu cederakan Mira. Saya tahu itu bukan diri awak yg sebenar. Mari sini..kita berehat dulu.. Jangan paksa diri awak Munirah. Pujuk Azhar lembutnya supaya Munirah kembali bertenang dengan semua ini. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Munirah lagi. Hanya dirinya saja yg faham situasi Munirah sekarang. Dengan orang lain Munirah mungkin akan mencederakan mereka pula. Azhar sanggup menjadi mangsa asalkan Munirah kembali tenang dulu. Munirah memandang tajam ke arah wajah Azhar selepas itu dia mengukirkan senyuman dan ketawa. Mereka yg lain mula rasa takut selepas melihat situasi Munirah seperti itu. Sudah seperti di rasuk syaitan saja dirinya. Hanya walid dan Azman saja yg faham situasi Munirah sekarang. Sebelum ini mereka sudah melihat perkara yg lebih dasyat dari ini lagi.
Shuu...jangan dekat. Malah jangan berani datang dekat lagi. Maaflah ye..saya rasa kelakar pula tadi. Ok..Sekarang kita berbalik ke topik utama perbincangan kita. Saya rasa mahu tamatkan hari ini jugalah. Saya rasa tak mampulah nak tunggu lama lagi. Apa kata abang berterus terang sekarang..please jangan buang waktu lagi. Saya tak rasa sakitlah..Owhh btw, mesti yg lain masih belum tahukan saya ni sakit apa. Saya ada masalah mental..tekanan jiwa. Alah biasalah..kisah silam. Semua orang adakan. Maaflah ye kalau tadi saya sudah takutkan semua orang. Saya ok je sekarang. Tak perlu semua orang terkejut sangat dengan semua ini. Yang Mira ada masalah mental semua tak takut pula. Saya manusia juga yee..tak perlu semua nak takut bila dengar semua ini. Now, Abang..silakan..Ujar Munirah sambil memberikan senyuman manis ke arah mereka semua. Seolah tiada apa yg berlaku sekarang ini. Munirah sudah pasrah dan redha dengan semua ini. Biarlah selepas ini orang akan memandang hina dan mencaci dirinya asalkan Munirah dapat tahu juga kebenaran ini. Selepas ini Munirah mungkin akan pergi jauh dari semua orang. Membawa diri dan mencari kehidupannya sendiri.
Hampir luruh jantung Puan Ruziah selepas mendengar semua ini. Apa yg diujar oleh Munirah itu betul-betul menusuk jiwanya. Tersedu-sedan Puan Ruzaih menangis kerana rasa sakit di hatinya melihat keadaan Munirah seperti ini. Bukan ini yg dia harapkan akan berlaku ke atas anak perempuannya sendiri. Remuk hati seorang ibu selepas mendengar semua ini keluar dari mulut anaknya sendiri. Mikhail terus datang memeluk tubuh Puan Ruziah. Cuba menenangkan dirinya dahulu. En Shukri mengusap kasar wajahnya. Dia mengucap banyak kali. Rasa sebak mendengar segala luahan Munirah kali ini. Pasti semua ini berpunca dari kisah silamnya yg mengubah hidup Munirah sehingga menjadi seperti ini. Farah memegang baju Huzair. Menyuruh Huzair bawa bertenang dahulu. Dia faham Huzair sedang marah sangat dengan semua ini. Huzair tidak sanggup melihat keadaan Munirah seperti ini lagi. Seolah semua ini salah dirinya saja. Suasana terus bertukar menjadi sepi dan sunyi. Masing-masing menundukkan pandangan ke bawah. Azhar menghela nafas perlahan sebelum bersuara. Dia menatap sayu wajah Munirah yg masih memandangnya itu.
Bbaiklah..Kalau ini yg awak mahukan..Saya akan beritahu perkara sebenarnya..pertama sekali, Saya mahu minta maaf kepada Abah dan Umi. Maafkan atas segala kekhilafan saya ini. Saya tak berniat nak sembunyikan semua ini dari pengetahuan Abah dan umi. Saya buat semua ini demi..demi menjaga hubungan saya dan Munirah. Saya tak tergamak hendak melukakan hati Munirah lagi. Munirah..Maafkan saya..Saya tak bermaksud nak sembunyikan semua ini dari pengetahuan awak. Saya cuma terlalu sayangkan awak Munirah. Saya hanya mahu lindungi awak. Saya tidak mahu kehilangan awak..Saya..saya mengaku saya sudah bernikah dengan Mira. Itu pun atas sebab tertentu. Maafkan saya Munirah..Saya tak berniat nak kecewakan awak. Beritahu Azhar segalanya di depan semua orang. Azhar memegang kedua belah tangan Munirah sambil berkata begitu. Dia menatap dalam anak mata Munirah. Azhar betul-betul maksudkan 'maaf' ini. Dia tidak sanggup meneruskan semua ini lagi. Melihat wajah Munirah pucat lesu seperti ini lagi membuat hatinya sakit.
Walid sudah lama berlalu keluar duduk di luar sahaja. Penat lelahnya belum habis lagi melayan para tetamu yg bertandang sejak dari pagi lagi. Dia tidak sanggup mahu hadap semua ini lagi. Walid rasa bersalah dan berdosa saja merahsiakan semua ini dari keluarga Munirah. Walid hanya mampu menunggu semua ini berakhir dahulu. Biarlah Azhar cuba menyelesaikan semua ini dahulu. Jika apa-apa yg berlaku nanti barulah walid akan masuk campur. Hajah Fazilah datang mendekati Puan Ruziah lalu memeluknya. Dia tidak sanggup melihat bisannya ini menangis lagi. Bonda turut mengalirkan air matanya. Sebagai seorang ibu siapa saja yg sanggup mendengar kebenaran seperti ini. Begitu juga dengan Datin Zubaidah dan Datuk Rizman yg sedang memeluk tubuh Eisya yg sudah dibuai mimpi. Mereka berdua tiada hak dalam hal ini untuk bersuara. Hubungan Azhar dan Mira hanya atas perjanjian saja. Mereka akan redha jika Mira akan diceraikan Azhar tidak lama lagi. Sekarang ini, hubungan Azhar dan Munirah lagi penting.
Dah berapa lama.. Pendek saja soalan itu ditujukan kepada Azhar. Pandangan Munirah sudah turun ke bawah. Dia memejam matanya rapat sekali. Menahan sebak di dadanya tiada siapa yg tahu. Seperti ditusuk lembing saja. Walaupun dia akan terima jika semua ini benar hatinya tetap rasa sakit dan jiwanya mula merintih. Satu kebenaran ini amat menyakitkan buat Munirah. Munirah mengenggam erat pergelangan tangan Azhar yg masih memegangnya. Sakit sangat apa yg dirasainya ketika ini.
Maafkan saya Munirah..saya terpaksa tipu awak..Maafkan saya. Saya buat selama ini sebab saya terlalu sayangkan awak..Saya tak sanggup nak kehilangan awak. Kata Azhar sudah mengalirkan air mata di pipinya. Azhar tak sanggup nak teruskan semua ini lagi. Azhar tak sanggup nak sakitkan hati Munirah. Bukan ini yg dia mahukan begitu juga dengan Munirah. Perlahan-lahan Azhar mengangkat wajah Munirah. Terkedu Azhar melihat buiran jernih di wajah Munirah sudah lama mengalir. Munirah terus melepaskan tangan Azhar. Satu pandangan sayu diberikan kepada Azhar. Munirah menyengka kasar air mata di wajahnya.
Saya tanya..sudah berapa lama?? Soal Munirah lagi sayup saja ton suaranya kali ini. Munirah benar kecewa dengan Azhar. Tersedu-sedan Munirah menahan tangisannya. Semua orang di situ mula memandang sayu ke arah mereka berdua. Ada yg sudah menangis dan ada juga yg sudah pasrah dan redha. Masing-masing tidak suka berada dalam keadaan yg begini. Semua rasa kasihan saja dekat Munirah. Seolah dirinya diperbodohkan oleh Azhar sendiri. Memang umur Munirah masih lagi muda tetapi tahap kematangannya tidak boleh dibandingkan lagi. Munirah sudah boleh lalui situasi seperti ini. Azhar juga menyengka kasar sisa air matanya itu. Dia masih memandang wajah Munirah. Perlahan-lahan Azhar cuba memberitahu perkara itu kepada Munirah.
Maafkan saya.. Perkara itu..Di hari yg mana saya memberitahu awak untuk pergi ke Kem selama 3 hari tapi sebenarnya...saya..saya pergi ke Songkla, Thailand. Saya..saya bernikah dengan Mira di sana. Beritahu Azhar dalam keadaan tergagapnya. Pandangan Azhar terus jatuh ke bawah kerana dia tidak sanggup lagi mahu menghadap wajah Munirah. Hampir luruh jantung Munirah dengar semua ini. Dirinya terus rasa kosong dan sepi. Satu kebenaran inu benar-benar sudah menghancurkan hatinya. En Shukri mengusap kasar wajahnya. Bahang amarah ini sudah tidak dapat dikawal lagi. Bila-bila masa saja akan meletus. Sanggup Azhar permainkan perasaan Munirah sendiri. En Shukri menyangka selama ini Munirah di layan baik olehnya tetapi perasan ini meleset dari simpang terus. Azhar sudah memungkiri janjinya. Pada bila masa saja En Shukri akan mengambil Munirah kembali. Munirah terus bangun perlahan-lahan sambil tangannya memapah pemegang anak tangga itu. Lemah saja tubuhnya ini. Munirah sudah tiads kudrat lain untuk menghadap semua ini. Munirah ingin pergi dari sini. Tiada apa lagi yg perlu ia dengarkan.
Share this novel