“No wonder la tak nak fly back. Dah sangkut la BFF Hana ni” Hana Aishah tersenyum bahagia saat dia berbicara.
“Don’t smile. I`m so mad at you right now” suara Emir kedengaran tegang. Pandangan Emir semenjak tadi dihalakan ke kolam renang. Rahang Emir bergerak – gerak menahan marahnya.
Tangan Hana Aishah diangkat sebelum tangan Emir yang digumpal itu dipegangnya. Bibir Hana Aishah tersenyum pahit. Air matanya di tahan kerana saat itu rasa bersalah mencengkam jiwanya. Terlalu banyak pengorbanan Emir untuk mereka dua beranak.
“I`m fine Em. I want you to start living your life. You`ve paused your life long enough for me and Adam. Please don’t do this to yourself” bibirnya bergetar menahan sebak saat kata – kata itu meniti bibir Hana Aishah.
Saat Emir hadir tadi, Datin Fatimah memberi ruang kepada mereka. Mata merah Emir tajam merenung saat lelaki itu melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah.
“What is this nonsense, Hana. If I didn’t call Uncle , you will just hide everything is it? Damn it. You got hurt and that’s not ok” Hana Aishah menarik nafas dalam melegakan sesak di dada. Masing – masing diam untuk seketika melayan emosi.
“She`s beautiful” Hana Aishah menujukan komen itu kearah Wanita yang sekarang sedang duduk kekok keseorangan di meja yang panjang yang diletakkan di laman bunga mahligai Tan Sri Fadhil.
“Of course. She`s mine” Hana Aishah tersenyum simpul seketika.
“And I suppose you`ve told her” mengetahui Emir dia dapat mengagak jawapan yang bakal dia terima.
“She knows” pecah tawa Hana Aishah saat itu.
“Why is it that all men in my life just tend to assume that woman can read their unspoken word” jelingan daripada Emir membuatkan tawa Hana Aishah bertambah kuat. Sampai senak perutnya.
“Marahnya dia” Hana Aishah mengusik lagi.
“Mika is going to nag my ear off once he knows about this” Hana Aishah mengeluh berat saat dia nampak kerisauan di mata Emir.
“Sian korang. Since we`ve crossed path, Ive been troubling you boys to no end. Hana mintak maaf” sebaknya ditelan.
“Was it another attack” pandangannya dilarikan saat Emir bertanya.
“Lets go back to London. This place is not good for you” Hana Aishah dapat merasakan genggaman Emir semakin menguat ditangannya saat suara lelaki itu kedengaran terdesak memujuknya.
“Let me see the cut. Is it bad?” Hana Aishah laju mengelak saat Emir bertanya. Satu kerana dia pasti ibu bapanya sedang merenung dengan tajamnya dari tempat pendudukan mereka melihat dia dan Emir saat itu. Kedua , lelaki itu akan terkejut kerana luka jahitan yang panjang sekaligus memberitahu Mikhail.
“Sikit je la. Hana clumsy tu yang jatuh” Hana Aishah mengelak laju.
“You can lie to anyone else but I`m not buying that shit” suara Emir sudah naik satu oktaf dan saat dia melihat wajah Hana Aishah yang kelihatan pucat itu penyesalannya berbuku.
“Sorry Hana. Shit. I didn’t mean to shout at you” tubuh Hana Aishah mahu ditarik ke dalam pelukan untuk memujuk sahabatnya tetapi Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.
“Em. Don’t” kalau tadi wajah Hana Aishah yang terluka saat itu, Emir pula menunjukkan reaksi itu.
“Abah and mak is here. Its already chaotic enough. Hana penat la Em. More than you I want to end this and run away again but I cant” air mata Hana Aishah bertakung.
“You can” Hana Aishah tertawa sinis mendengar kata – kata Emir.
“I wish its that simple” Emir mengeluh kasar tetapi melihat wajah kusut Hana Aishah terus mematikan bicaranya. Matanya merenung kea rah lelaki yang menjadi punca segala permasalahan ini.
Fakhrul sedang meribakan Adam sambil menyuap buah oren. Adam tersenyum gembira dalam setiap baitan kerana setiap kali itu, pipi gebu Adam menjadi habuan Fakhrul.
Kemudian matanya beralih pula kepada Wanita yang sedang berbual dengan Puan Sri Maria. Dhyia. Wanita yang sekarang termasuk dalam kombinasi yang membuatkan mindanya sibuk. Hana Aishah dan Adam membuatkan dia sentiasa kerisauan semenjak dahulu lagi tetapi sekarang ada penghuni baru. Bibirnya tersenyum secara automatik mengingatkan pertemuan mereka semula selepas 15 tahun.
“You love her” kenyataan yang Hana Aishah bicarakan di iyakan hatinya tanpa berfikir walau sesaat pun tetapi bibirnya kelu berbicara. Emir bergelut dengan emosinya sendiri.
“If you love her say it. Nanti melepas gigit jari lah Em” nada Hana Aishah mengusik tetapi dia mahu Emir sedar sebelum terlambat.
“Dah jom. My baby is calling for chu chu already” Hana Aishah berdiri perlahan – lahan untuk mengelakkan kepalanya daripada pening. Dari kejauhan dia dapat melihat Adam yang sudah menggelisah di atas riba Fakhrul.
“Hana. Biar Em jaga Adam. At least till you heal. Just stay with me at my condo. Once Hana dah ok, I don’t mind. Dekat sini you`re obviously not taken care of. Sibuk jaga orang lain sampai pengsan” Emir memaut lengan Hana Aishah membawa sahabatnya menuju kea rah Adam sambil dia membebel.
“You know what will happen if I do right. This is not London Em. I lead a different life here” Emir tertawa sinis mendengar hujah Hana Aishah.
“Don’t be a hypocrite, Hana. I`m sorry if I sound harsh, tapi apa yang Hana dapat berkorban untuk semua orang. You are just hurting yourself again and again. Aren’t you tired of getting hurt trying to make everyone happy?” Hana Aishha tersenyum tawar. Saat dia mendekati meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai juadah itu , lengannya di Tarik daripada pegangan Emir.
“Maybe Scott was right. I find pleasure in pain” Hana Aishah berseloroh tetapi Emir masih berwajah masam.
“Em. Its complicated. I`m just build like that. I`m like Bob the Builder you know. Whatever people throw at me, I just take and build something from it eventhough I get hurt in the process” Emir mengetap bibirnya mendengar bicara merepek Hana Aishah.
“Its not funny Hana” Hana Aishah menarik nafas dalam saat mereka mendekati keluarga besarnya.
“Its ironic right. When I was small, I always wanted to grow up and be adult so I can understand what they are talking about. But once I went through adulthood, I want nothing than to be with the kids. Just living without the care of the world” Hana Aishah menghentikan langkahnya saat dia menghabiskan katanya di situ. Wajah Emir dia tenung. Wajah yang menanggung kerisauan yang tidak ada pada wajah Fakhrul sewaktu dia kesakitan.
“Hana wants my 3 musketeers to live their life. It’s been too long you guys paused your life for me and Adam. I will be ok. Hana janji , I will take a better care of myself so I won’t worry my three guardians angels” Hana Aishah tersenyum manis sambil dia memeterai janji.
Buktinya memang ada di depan matanya malam itu. Apabila dia dan Adam tiada di depan mata Emir dua puluh empat jam seminggu, lelaki itu menjumpai cinta hatinya. Dan dia pasti Scott dan Mikhail juga akan dapat kehidupan mereka kembali.
“And that wasn’t nice of you , leaving her alone like that. Awkward tau” Hana Aishah menepuk bahu Emir menegur lelaki itu. Emir tadi meluru datang kearahnya saat lelaki itu bertaut mata dengannya. Dhyia ditinggalkan terkapai – kapai di kalangan keluarga Kapten Azam dan Tan Sri Fadhil.
“Mi. Mimi. Pa. Up. Up” suara Adam sudah memanggil mereka berdua dan langkah mereka disambung.
“Pa up. Am up up” Emir tersenyum lebar saat melihat Adam yang sudah gelisah mahu diangkatnya.
“I miss you baby boy” saat Adam berada di dalam rangkulan Emir, pipi gebu itu dicium berkali – kali sebelum dibisikkan kata – kata itu. Wajah Fakhrul bertukar kelat melihat kemesraan Adam dan Emir.
“You`ve gotten bigger aren’t you. Papa big boy” tawa Adam bergema menghiasi malam itu. Hana Aishah dapat merasakan dadanya mekar dengan rasa bahagia.
Matanya jatuh pada Wanita yang persis model. Teman Emir itu sedang merenung kea rah Emir dengan cahaya yang sama ada pada mata Emir. Hana Aishah tersenyum manis sebelum melangkah ke arah Dhyia yang duduk di sebelah ibu mertua Hana Aishah. Renungan Dhyia melekat pada Emir.
“Hi. I`m Hana” Hana Aishah menegur sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Wanita itu.
“Oh. Hi. I`m Dhyia” kedua – dua belah pipi Dhyia menjadi merah saat tertangkap merenung kea rah Emir.
“Handsome right” Hana Aishah mengeyitkan matanya saat menegur. Lagilah merah pipi Dhyia saat itu.
“I`m that handsome boy mother by the way” pecah tawa Puan Sri Maria saat melihat Hana Aishah mengusik gadis itu. Terkulat – kulat wajah Dhyia dikenakan sebegitu.
“Hana. Stop bullying my woman” Emir menegur sambil menghampiri mereka. Pandangan Hana Aishah bertaut sejenak dengan Fakhrul. Hana Aishah sudah lali dengan wajah tawar Fakhrul setiap kali Emir hadir tetapi bibir Fakhrul akan dikunci rapat.
“Adam. Lets meet Mama D ok” saat itu Hana Aishah tidak dapat menahan tawanya lagi. Reaksi Dhyia yang tiba – tiba dilontarkan dengan kenyataan berani mati Emir benar – benar lucu saat itu. Dia kasihankan Dhyia kerana dia pernah berada di posisi itu.
Dhyia sudah terpinga – pinga saat Adam disuakan ke tangannya untuk didukung oleh Emir.
“This is Mama D. Mama. D” satu persatu perkataan ditutur Emir kepada Adam supaya anak kecil itu dapat mengikuti bicaranya.
“Erkkk. Wait. I … em… I don’t…don’t know how to carry a kid” Dhyia sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Sukanya adik gelakkan orang” Kapten Azam menegur saat melihatkan anaknya sampai mengalir air mata tertawa.
“Sorry Dhyia” walaupun kata maaf di tutur Hana Aishah masih belum berhenti tertawa.
“Been in your shoe. Suddenly kena kawin sebab apparently no need to confess anything from the guy side. We are just suppose to understand and accept our fate you know” wajah Dhyia berubah saat mendengar realiti yang dilontarkan oleh Hana Aishah itu.
“Ok sorry sorry. Let me spell it out for you okay” Hana Aishah merenung kea rah Dhyia.
“What he is trying to say is. You are his girl. That he loves you. That he is going to marry you. Cam tu. Ok” kenyataan berani mati Hana Aishah dibalas dengan jawapan balas yang tidak disangka Emir.
“No!” Dhyia terus berdiri tegak merenung kea rah Emir. Matanya mencerlung menjeling Emir.
“Yes. What do you mean by no?” suara Emir ikut naik satu oktaf.
“Seriously. You`re crazy” Dhyia membalas geram sebelum melangkah meninggal mereka di meja itu. Semua terpinga – pinga dengan kejadian yang baru berlaku.
“What the hell D?!” saat Emir menjerit geram , tangan Hana Aishah naik mencubit pinggang Emir.
“Ahhh! What the hell Hana?!” sekali lagi pinggangnya dicubit Hana Aishah.
“No cursing infront of Adam remember. And secondly what the fish do you think you are doing. That’s not macho if that’s what you are aiming for” Hana Aishah menjulingkan matanya ke atas memarahi Emir.
“I wasn’t trying to be one” mata Emir sudah menggelisah memandang kea rah teman wanitanya yang sudah menghilang ke dalam banglo Tan Sri Fadhil.
“Then what are still standing. Go after her…” belum sempat Hana Aishah habis berkata, dengan Adam sekali diangkut Emir untuk memujuk Dhyia.
“Ya Allah. Em , Adam tu tinggal la dekat Hana” Hana Aishah melaung kuat.
“No. I need my boy now” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar balasan Emir.
“Ya Allah sabarkan hati ini” Hana Aishah mengomel sebelum gelas berisi air oren tu dicapai.
“Glass mama kan?” Puan Sri Maria menganggukkan kepala sebelum tersenyum melihat Hana Aishah meminum rakus air itu.
“Ya Allah hausnya” kelegaan jelas saat dia berbicara.
“Mama kenal ke Dhyia tu?” Hana Aishah bertanya persoalan yang bermain di mindanya semenjak tadi. Puan Sri Maria kelihatan mesra dengan gadis yang dia pasti adalah kacukan. Cuma tidak pasti kacukan apa.
“Business partner papa. Tan Sri Dillon” mulut Hana Aishah menjadi huruf o saat mendengar.
“Macam mana Em boleh kenal Dhyia though?” Hana Aishah membebel sendiri sambil mengunyah buah jambu yang diletakkan di depannya itu.
“Mama pun dah lama tak join any event. Cant remember the last time I met her parents” Puan Sri Maria menyambung.
“Always making excuse everytime I want to bring you to event” Hana Aishah tertawa mendengar suara rajuk Tan Sri Fadhil.
“I dah tak cantik. Nak bawak buat apa. Isteri tua macam I simpan dekat rumah je” Hana Aishah terkejut mendengar ayat Puan Sri Maria. Sangkanya Puan Sri Maria bergurau tetapi melihat wajah sayu ibu mertuanya Hana Aishah merasa tidak sedap hati.
“Mama ni apa la cakap nonsense macam tu. Kan Pa?” Hana Aishah memujuk.
“Mama ni siang malam pagi petang duduk tunggu Hana. Mana nak layan papa. Ni Hana dah balik dapatlah papa tengok mama senyum” Hana Aishah menelan air liurnya Cuba menghilangkan gumpalan di tekak tetapi terasa perit. Rasa bersalah kembali mencengkam dirinya.
“But now you are back. Everything will fall right back to its place. It feels like home again” tangan kanan Puan Sri Maria mengelus pipinya.
Hana Aishah terkedu seketika. Harapan yang terpancar di anak mata ibu mertuanya membuatkan dia terasa seperti tersangkut saat itu.
“Hana. You tell Dhyia, she didn’t believe me!” lauangan Emir kedengaran dan menggunakan peluang itu , Hana Aishah terus bangun berdiri dan menuju kea rah Emir.
“Em. Ya Allah. Yang bawak Adam sekali buat apa” Hana Aishah membebel sambil menuju ke arah Emir.
Hana Aishah mengigit bibirnya melihat wajah cemberut Emir. Nampak sangat sayangnya sahabat baiknya itu dengan Dhyia. Adam melentokkan kepalanya di bahu Emir sambil menghisap ibu jari kanannya.
“Give me Adam” Hana Aishah menghulurkan tangannya tetapi dibalas dengan gelengan daripada Emir dan Adam.
“No!” kedua - dua lelaki itu menyuarakan bantahan.
“Em. Go sort your issue with Dhyia. Give me Adam” Emir kelihatan seperti mahu membantah saat mendengar arahan Hana Aishah tetapi satu jelingan daripada Hana Aishah terus bibirnya Emir dizip.
“Go!” Hana Aishah menolak badan Emir sebelum Adam yang sedang meraung itu dibawa menuju ke meja makan tadi.
“Enough Adam!” suara Hana Aishah naik satu oktaf saat dia melabuhkan punggung di kerusi tadi. Adam mula membentak keras.
“Hana. Its fine , just …” Hana Aishah memotong kata - kata Emir yang dia pasti sedang menuju ke arahnya.
“I`m serious Em. Go now or I wont let you take Adam for this weekend trip” Hana Aishah mengugut.
Emir merapati dua beranak itu sebelum dia memeluk Adam dan Hana Aishah. Pipi Adam yang sudah basah dengan air mata itu dikucup sebelum dia merenung ke arah Hana Aishah.
“Mean” Emir menjeling ke arah Hana Aishah.
“I`m serious. Go now or this weekend is cancel” Hana Aishah mengugut lagi sebelum Emir melangkah berat pergi.
“Pa. No. Am go pa” raungan sayu Adam bergema tetapi Hana Aishah masih berwajah bersahaja.
“Rapatnya dia dengan Emir” Wazir memecahkan kesunyian meja itu. Hana Aishah malas mahu merenung kerana dia pasti aksi Emir sebentar tadi yang memeluknya telah menimbulkan pelbagai reaksi yang tidak menyenangkan.
“Mengada lebih budak ni” Hana Aishah mengomel manakala Adam masih meneruskan raungannya.
“Alright. Come here to Tokpa. Why are you so upset. Papa had pressing issue to handle, thats why he need to go” Tan Sri Fadhil mengambil Adam daripada ribaan Hana Aishah.
“Papa” suara sayu Adam mengadu. Hana Aishah merenung ke arah Tan Sri Fadhil yang sedang membawa Adam pergi menuju ke kolam ikan. Kolam ikan yang dia cuba elak seboleh mungkin.
“Ibu teringat pulak the first time Hana came to our house” Hana Aishah mengalihkan pandangannya kea rah Datin Fatimah yang duduk di sebelah Dato` Karim itu. Ahh pasangan itu mana pernah berpisah. Sentiasa melekat bersama di mana sahaja mereka berada.
“Hana nak hempuk Fakhrul guna periuk sebab masuk meminang” Datin Fatimah tertawa mengingati memori itu.
“Patut hempuk awal. Tak adalah ended up marrying him and ruin my life” Hana Aishah membalas selamba.
“Adik watch what you say” Kapten Azam menegur lembut tetapi tegas.
“Betullah bah. Kalau adik dah hempuk guna periuk mak, he either regain his sanity or become insane. Either way I wont have to marry him. Hence, minus all this drama” saat Hana Aishah habis berbicara, tangannya ditaut Puan Sri Maria. Hana Aishah tidak mahu memandang kea rah ibu mertuanya , dia akan kalah dengan emosinya.
“Everything happens for a reason. Hana pernah cakap dengan mama kan. Mama dah jumpa reason. InsyaAllah one day Hana will find the hikmah too” Hana Aishah menarik nafas dalam beberapa kali cuba melegakan sesak di dada.
“Mak tak ajar adik persoalkan takdir Allah. Whatever He gave is the best for us. Eventhough it looks bad” Teacher Basirah menambah rencah ke dalam lukanya.
“Its easy for us to say. Tapi yang lalu tu Kak Dik mak. Yang sakit tu Kak Dik” Alif Haziq yang semenjak tadi membisu mempertahankan kakaknya. Kasihan dia melihat Hana Aishah yang sentiasa dipersalahkan.
“The issue is him so address the issue to him not to Kak Dik” Alif Haziq menambah tajam. Renungannya menusuk kea rah Fakhrul yang hanya diam membisu.
“Alif Haziq!” suara Kapten Azam naik meninggi.
“Baby don’t” Hana Aishah menggelengkan kepalanya meminta pemahaman adiknya.
“No. Alif tak boleh diam. I`m not trying to be rude to abah but you lost your right on her the day she left. I know Kak dik. She wont leave unless its … its … its too painful. You promise me that you`ll take care of her. You failed so give her back to me. I`ll take care of Kak Dik and Adam. They don’t need a jerk like…” kata – kata Alif Haziq dipotong Teacher Basirah.
“Alif Haziq bin Azam. Mak tak ajar awak jadi kurang ajar. Apologize to your brother in law now” suara Teacher Basirah meninggi mematikan segala bunyi dia meja makan itu.
“Alif drop it” suara Hana Aishah merayu melihat kedegilan adiknya. Dia tahu Alif Haziq mahu melindunginya tetapi bukan dengan car aini. Hana Aishah dapat melihat wajah tegang ibunya. Dengan pembedahan yang tidak sampai dua minggu itu , dia risau dengan keadaan jantung ibunya.
“I`m out” Alif Haziz mengangkat punggungnya dan berlalu pergi.
“Sorry. Salah ibu. I went and ramble….” Hana Aishah memotong saat Datin Fatimah meluahkan kekesalannya.
“Not your fault ibu. It`s not anyone fault. Its just how it is and will always is” Hana Aishah membalas. Matanya bertaut dengan Fakhrul. Fakhrul yang diam membisu seribu bahasa saat Emir hadir.
“I`ll excuse myself first. Hana penat” Hana Aishah mencium tangan Puan Sri Maria yang menggenggam tangannya sebelum pegangannya diputuskan. Kakinya melangkah masuk tanpa melihat wajah mereka yang lain.
“Aunty Dik. Yaya want to follow you” sebelum sempat Hana Azuwa menahan, kaki anak daranya sudah berlari laju menuju kea rah ibu saudaranya. Hana Aishah mendukung Hana Walieya yang sudah berusia enam tahun itu.
Hana Walieya membaringkan kepalanya di bahu ibu saudaranya dan untuk seketika haruman anak saudaranya menenangkan hatinya. Seketika Cuma kemudian seperti selalu awan gelap itu kembali. Hana Aishah melangkah berat. Seberat beban di mindanya. Dia hanya mahukan satu hari tanpa drama. Satu hari yang dapat dilalui secara normal. Besar sangat ke permintaan dia.
********************************************
Pintu bilik tidurnya dibuka. Tetapi hari itu , perasaan yang dia selalu rasai saat melangkah masuk ke bilik itu hilang. Malam itu haruman tubuh isterinya dimeriahkan lagi dengan haruman tubuh anaknya memadam segala duka yang menyelubungi hatinya setiap kali melangkah masuk ke bilik itu.
Hana Aishah sedang berbaring di sofa di tepi tingkap di biliknya. Sofa berwarna putih yang sebelum ini kelihatan kosong sekarang sudah berseri kerana surinya telah kembali. Tubuh isterinya yang membelakanginya saat itu ditenung penuh bahagia. Nafas perlahan Hana Aishah menandakan isterinya sudah terlena.
“Either I`m sane or insane , I`ll choose you. Over and over again” kata - kata itu meniti di bibir Fakhrul.
Hati Fakhrul sakit setiap kali air mata Hana Aishah tumpah. Hati Fakhrul sakit setiap kali Hana Aishah melarikan diri daripada Fakhrul ke dalam pelukan Emir. Hati Fakhrul sakit setiap kali harapan yang di bina untuk membina kembali rumah tangganya yang sudah hampir roboh itu , diruntuhkan kembali oleh insan - insan lain.
Sakit tetapi ubat dia Hana Aishah sahaja. Tiada ubat lain. Seribu kali dia diberi pilihan pun , dia tetap akan pilih Hana Aishah. Kerana itu dia tidak boleh melepaskan Hana Aishah. Dia sudah berjanji akan mengubati kembali segala luka Hana Aishah sehingga akhir nafasnya.
Gerakan Adam yang sudah terlentok dibahunya membawa Fakhrul kembali ke realiti. Tangannya lincah menguruskan anak terunanya. Pampers anaknya ditukar sebelum disarungkan baju tidur Adam. Pergerakaannya dibuat seperlahan mungkin supaya tidak menggerakkan Adam sekaligus mengejutkan Hana Aishah.
Saat Adam dibaringkan di dalam kot bayi , Fakhrul bernafas lega. Dia tidak mahu Adam mengganggu Hana Aishah. Wajah isterinya yang kusut itu dicampur dengan kesakitan yang cuba disembunyikan membuatkan Fakhrul risau. Hana Aishah perlukan rehat tetapi seperti dahulu , Hana Aishah sentiasa akan memikirkan orang lain dahulu.
Kakinya melangkah perlahan sebelum dia duduk di atas permaidani di kaki sofa itu. Memori malam ketiga mereka sebagai suami isteri kembali menggamit memori. Fakhrul dapat merasakan sesak di dadanya kembali. Janji yang dia meterai malam itu dia mungkari. Hana Aishah cuba bertahan selama yang isterinya mampu tetapi dia lukai hati isterinya tanpa sedikit pun simpati.
“I`m sorry although I know a million sorry wouldnt even suffice” kemaafan yang Fakhrul tahu sudah terlambat tetapi dia tidak akan pernah berhenti meminta dan menebus kembali dosanya terhadap Hana Aishah.
Hana Aishah yang berjubah itu masih memakai tudung sarung. Perlahan - lahan tudung sarung itu diselak Fakhrul. Kawasan kepala isterinya yang telah dibotakkan itu dilindungi oleh plaster. Mata Fakhrul terasa hangat saat mengingati apa yang dijumpai di dalam beg tangan isterinya.
“Does she have any underlying or on any long time medication?” persoalan yang kalau dahulu ditanya Fakhrul dia akan menjawab dalam sesaat. Segalanya tentang Hana Aishah dia akan pastikan dirinya tahu.
“Her liver doesnt look good. We are running some test to be sure but I just want to rule out any drug induce toxicity. Is she on any supplement?” persoalan yang membawa dia kepada penemuan yang memberi satu tamparan hebat kepada Fakhrul.
“No… Arghhh… No… Adam…” igauan Hana Aishah mengejutkan Fakhrul. Tubuh isterinya yang sedang cuba berpusing - pusing itu ditahan supaya tidak bergerak dan menyakitkan lagi luka jahitan di kepala Hana Aishah.
“Sayang. Hey, wake up. I`m here” Fakhrul mengejutkan Hana Aishah lembut tetapi Hana Aishah masih sedang bergelut di dalam tidurnya.
“Sayang” Fakhrul memanggil lagi lembut sebelum dia mendudukkan dirinya di atas sofa itu sekaligus menegakkan tubuh isterinya.
“Sayang. I`m here. Abang ada dekat sini” Fakhrul memujuk lagi lembut sebelum tubuh isterinya dirangkul erat.
“Adam. No don’t… Adam… Adam” suara yang tadi ketakutan bertukar sayu dalam kemamaian Hana Aishah. Hati Fakhrul dipangguk rasa bersalah.
“Adam is here. Abang is here. I`ll take care of you and Adam. I`m sorry. I`m so sorry” suara Fakhrul bertukar sebak cuba memujuk Hana Aishah yang masih dalam igauan ngeri itu.
Pelukan erat Hana Aishah bertukar renggang selepas beberapa ketika. Sekiranya tadi tangan itu mencengkam erat T- shirt Fakhrul saat itu , tangan isterinya dijatuhkan. Tubuh yang Fakhrul rindunya itu dijauhkan. Wajah yang mahu dia tatap setelah 4 tahun dia hidup dalam kenangan isterinya, ditundukkan.
“Sayang. Are you ok?” Fakhrul bertanya selepas beberapa ketika dan di saat dia cuba menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya , Hana Aishah mengundur lebih jauh kebelakang.
“Sayang…” kata – kata Fakhrul terus dimatikan saat dia dapat melihat butiran air mata yang sudah gugur jatuh ke baju isterinya. Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.
“I want my handbag. Can you give me my handbag” Hana Aishah meminta di dalam sebaknya.
“Abang ada dekat sini. You can talk to me” Fakhrul merapatkan tubuhnya kea rah Hana Aishah tetapi perkara itu membuatkan Hana Aishah lebih menjauh dan sebelum sempat dia menggapai Hana Aishah jatuh tergolek daripada atas sofa itu.
“Astaghfirullahalazim” sepantas kilat Fakhrul cuba mendapatkan Hana Aishah yang sudah mengerang kesakitan itu.
“Don’t come near me please. Lepas kan I tolong. Please” Hana Aishah meraung saat Fakhrul memeluk tubuhnya erat.
“I`m never letting you go. We`ll go through it together. Im sorry I hurt you. I`m sorry for turning you like this. I`m sorry. I`m sorry” malam itu Fakhrul menangis. Menangis di saat dia menyedari akibat kerakusan dia dahulu.
“I`m sorry sayang. Abang mintak maaf for hurting you. For abandoning you and our firstborn. For letting you go through everything alone. Please let me fix this” Fakhrul merayu dalam sebaknya. Tubuh Hana Aishah yang mengigil kuat itu dipeluknya erat.
************************************************************
Hana Aishah sedang mengigil di birai katil. Tubuhnya yang hanya dibaluti tuala itu dipeluk erat. Mengigilnya saat itu bukan kerana kesejukan. Matanya meliar mencari punca ketenangannya.
Matanya jatuh pada Adam yang sedang tidur nyenyak di dalam kot bayi yang memenuhi bahagian kanan katil kayu jati yang besar itu. Untuk seketika mindanya yang berkecamuk dengan pelbagai emosi itu tenang tetapi untuk sesaat kemudian perasaan – perasaan tadi kembali.
Kakinya melangkah mencari beg tangannya. Tetapi hanya beberapa tapak sebelum Fakhrul yang tadi berada di dalam bilik air memunculkan diri.
“Sayang nak pergi mana tu?” Fakhrul bertanya sambil berjalan menuju ke arahnya. Lelaki yang hanya berseluar pijama itu mendekati Hana Aishah dengan baju tidur itu berwajah tenang. Hana Aishah hanya menggelengkan kepalanya laju.
Dari saat dia bangun daripada tidurnya sehingga saat Fakhrul membaringkan kembali Hana Aishah di pembaringan usai memakaikan Hana Aishah baju tidur kelawar, Hana Aishah diam menurut. Di mindanya saat itu bukan Fakhrul.
“Lets sleep. Its been a long day” Hana Aishah memejamkan matanya erat saat dia dapat merasakan kucupan di bahunya sebelum tubuhnya di Tarik ke dalam pelukan Fakhrul.
Detik berlalu tetapi matanya tidak mahu lelap. Di mindanya segala macam senaria sedang bermain. Memori silam dan senario yang tidak masuk akal sedang bermain – main mencuri tidurnya seperti selalu. Dia perlukan beg tangannya.
Dalam setiap saat yang berlalu , jantung Hana Aishah berdegup semakin kencang cuba mencuri nafas. Tangannya terasa amat sejuk tetapi semakin lama permukaan tangannya semakin basah. Segala macam zikir sudah dibacanya. Kegelapan malam itu dicampur dengan mindanya yang sedang bermain segala macam perkara hanya memburukkan lagi keadaannya.
****************************************************
Wajah Fakhrul berkerut – kerut buat seketika apabila dia terdengar bunyi bising dari kejauhan. Tidurnya yang lena malam itu diganggu bunyi yang sudah menghilang tadi. Saat keadaan menjadi sunyi kembali, kelopak mata Fakhrul kembali memberat.
Tangannya yang terasa kosong itu menggapai punca tidurnya lena setelah hampir empat tahun dia tidur dalam kesunyian. Dalam kegelapan malam itu , tangan Fakhrul meraba – raba sisi katilnya yang masih terasa suam itu. Sisinya yang kembali kosong bukan seperti sewaktu dia tidur tadi.
Matanya terbuka luas seiring dengan degupan jantungnya yang laju, tubuhnya terus bangun dari pembaringan dalam masa tidak sampai sesaat. Mata Fakhrul meliar mencari dalam kesamaran malam sebelum dadanya kembali berentak tenang. Adam yang sedang tidur dalam keadaan meniarap itu melegakan ketakutan yang menyelubungi hatinya.
“Astaghfirullahalazim” dia beristighfar beberapa kali melegakan ketakutan yang dirasainya. Traumanya masih belum hilang mengingatkan hari pertama di mana dia kembali ke rumah kosong tanpa surinya.
Saat itu bayangan Hana Aishah kembali dan barulah dia betul – betul menyedari ketiadaan Hana Aishah di sisinya. Dadanya kembali berdegup kencang saat matanya meliar mencari Hana Aishah di sekeliling bilik tidur itu.
“No. She`s here” bibir Fakhrul berbisik menyedapkan hatinya sebelum kakinya berhati – hati turun melangkah dalam kegelapan malam itu. Sempat dia singgah di tempat tidur anaknya dan membetulkan kaki Adam yang sudah terjuntai di antara palang kot itu.
Deria pendengarannya difokuskan mencari kembali bunyi yang mengejutkan tidurnya tadi. Fakhrul menuju kea rah bilik persalinan di biliknya. Kakinya seperti ditarik ke situ. Bilik yang gelap dan sunyi itu dia tuju.
Saat pintu bilik itu dibuka , Fakhrul dapat menangkap harumah tubuh Hana Aishah walaupun dia tidak dapat melihat gerangan isterinya. Tangannya mencapai suis lampu di dinding.
“Sayang” tekak Fakhrul terasa kering saat melihat keadaan Hana Aishah waktu itu.
“You ambik ubat I ke. Please give it back. I need…. I need it” Hana Aishah meminta dalam esakannya. Fakhrul mendekati Hana Aishah tetapi isterinya semakin menjauh daripadanya.
“Sayang. Come here” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Wajah isterinya sudah basah dengan air mata. Fakhrul dapat melihat almari baju yang sudah berterabur itu. Dia tahu apa yang Hana Aishah cari tetapi dia tidak akan beri.
“Please. Just give me… give me the …. the” Fakhrul memotong kata – kata Hana Aishah laju.
“The drug you mean” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju.
“No” kata putus Fakhrul merubah emosi isterinya dalam sekelip mata. Wajah yang tadi meminta sayu bertukar marah. Air mata Hana Aishah masih mengalir laju.
“Give it back Fakhrul. I nak ubat I balik. Bagi balik!” Hana Aishah menengking kuat. Mindanya yang serabut dengan pelbagai bayangan dan emosi itu tidak boleh menanti lagi. Dia mahu tidur. Tidur yang lena tanpa sebarang mimpi ngeri.
Fakhrul menarik pintu bilik persalinan itu tutup. Pernafasan Hana Aishah bertambah laju saat melihat Fakhrul yang menuju ke arahnya dalam keadaan bilik yang sudah bertutup itu. Fakhrul melihat mata Hana Aishah yang sudah merah meliar mencari jalan keluar.
“Sayang come here. Abang ada, you don’t need the meds” Fakhrul memujuk lagi tetapi Hana Aishah asyik menggeleng laju.
“No. Lepas . Lepas!” tidak sampai beberapa saat , Hana Aishah sudah berada di dalam pelukan Fakhrul dengan rontaan kuatnya.
“I`m never letting you go. Ever again” Fakhrul membisikkan kata – kata itu ditelinga Hana Aishah.
“Sayang ingat Allah. Ingat Allah” Fakhrul memujuk Hana Aishah yang masih lagi meronta cuba melepaskan dirinya. Zikir dan selawat tidak putus dari bibirnya sehingga Hana Aishah penat dan terkulai di dalam pelukannya.
“Aishah nak tidur. Please… Abang please. Aishah tak nak tengok muka Adam. Nak tidur. Give me my meds” tubir mata Fakhrul terasa hangat saat anak mata coklat yang penuh dengan kesakitan itu merenung kea rah meminta.
“They kept coming. They… hurt… hurt Adam. Please. Please abang” suara Hana Aishah meminta lagi di dalam kepenatan.
“No one going to hurt Adam. No one is going to hurt you. Abang ada. I wont let anyone hurt both of you. Abang janji. Please trust me” mata kuyu Hana Aishah berkedip merenung sebelum kepalanya disandar ke dada Fakhrul.
“I trusted you. Adam trusted you. You let both of us down” Hana Aishah membalas tetapi tiada nada memerli lansung. Hanya kenyataan yang Hana Aishah dan Fakhrul perlu hidup dengan.
“Abang tinggal…. Tinggalkan Aishah …. You… Babah …. Babah biar Adam get hurt” air mata Fakhrul gugur. Pernafasan Hana Aishah yang laju tadi beransur perlahan.
“You`re going to leave again. Aishah tahu….” Hana Aishah membalas. Fakhrul dapat merasakan rontaan Hana Aishah yang sudah terhenti sepenuhnya.
“They are going to hurt Adam like how they hurt his abang. You are going to stand and watch. Aishah tahu. I know.. I …” penat dia mahu berkata saat itu. Mata Hana Aishah tertutup saat irama degupan jantung Fakhrul membawa pergi renungan Adam bersama suara – suara yang menghalang lenanya semenjak malam semalam.
Bukan renungan bahagia Adam sekarang. Renungan yang dipenuhi kesakitan dan penantian abang Adam. Muhammad Adam anak sulungnya.
*************************************************
“She`s taking the meds again?” suara Emir yang tadi mamai bertukar resah saat itu.
“How long has she been taking it?” Fakhrul bertanya. Fakhrul merenung kea rah kolam ikan itu. Usai solat subuh tadi , Adam yang terjaga mahu menyusu. Kerana itu dia berani meninggalkan Hana Aishah sendirian.
Sepanjang malam tadi selepas kejadian di bilik persalinan itu , Fakhrul tidak mampu melelapkan matanya. Hana Aishah melekat dengan dia seperti magnet. Saat subuh tiba , Fakhrul cuba memisahkan tubuh mereka dan akibat Hana Aishah bangun tidak sampai beberapa langkah dia ambil.
Bibir isterinya diam membisu dari saat itu sehinggalah dia meninggalkan Hana Aishah dan Adam sebentar tadi. Saat itu hanya satu insan sahaja yang dapat memberikan jawapan untuk dia. Segala egonya dibuang ke tepi saat itu dan dia keluar sebentar menuju ke kolam ikan yang menjadi tempat kegemaran Hana Aishah di mahligai Tan Sri Fadhil.
“Few years. I`ll come and pick her up. She cant stay with you guys” Emir laju memberi kata putus.
“No” Fakhrul membalas tenang.
“What the hell do you mean no?” tengkingan Emir tidak mengugat lansung keputusan Fakhrul.
“She`s my wife so I will take care of her” Fakhrul menahan marahnya saat Emir tertawa kuat memerlinya.
“And look what a good job you did. Bravo dude. You make her like that. You push her to a point that she cant even have a proper sleep. You…” Fakhrul memotong kata – kata pedas Emir.
“She slept well yesterday without the pil. She slept with me and she didn’t wake up and they were no nightmare involves. I did this to her like you said, so I`ll fix this” Emir terdiam di hujung talian.
“She sleeps and didn’t wake up in between?” Emir bertanya beberapa minit kemudian mahukan kepastian.
“Nope. I need her medical report from her doctor. Is she under psychiatry follow up?” Fakhrul bertanya. Walaupun dia tidak mahu mengakui hakikat Hana Aishah perlukan bantuan pakar psikiatri tetapi saat itu dia perlu berfikir secara praktikal. Emir senyap membisu. Kalau tidak kerana bunyi nafas lelaki itu, Fakhrul pasti ingat Emir telah memutuskan talian.
“I know I messed up ok but I can’t help her if you wont tell me what happen in the past 4 years. I know you want the best for her so help me help her” Fakhrul tidak lagi menyembunyikan penyesalannya saat itu tetapi Hana Aishah perlukan dia.
“I gotta go” Fakhrul mengeluh kasar saat talian dimatikan. Telefon bimbitnya terasa mahu dicampak ke dinding di hadapannya saat itu.
Terlalu banyak rahsia di antara mereka semenjak awal perkahwinan lagi dan sekarang segala rahsia yang semakin bertambah itu akan memburukkan lagi keadaan. Hana Aishah memang mati hidup balik tidak akan memberitahunya , jadi dia mengharapkan Emir dapat membantunya tetapi tahap kebencian lelaki itu pada Fakhrul melebihi tahap Emir menyayangi Hana Aishah.
Dia tidak boleh silap percaturan saat itu. Dua insan yang menjadi talian hayatnya akan dibawa badai pergi menjauhinya lagi. Punggungnya dilabuhkan di gazebo di luar rumah.
“Ya Allah , kau bawak dia balik dengan penuh luka disebabkan perbuatan aku. Guide me so I can fix whatever mistake that I did” Fakhrul berdoa di saat langit mulai cerah.
Matanya meliar melihat ke sekeliling rumah yang membawa terlalu banyak luka berbanding bahagia sehinggalah saat dia bawa Hana Aishah ke situ. Perlahan – lahan memori luka itu tenggelam oleh memori manis bersama Hana Aishah tetapi kerana kebodohan dia , dia melukakan Hana Aishah yang sentiasa mahu membahagiakan dia.
Fakhrul melihat pembantu – pembantu rumah yang sedang menyediakan sarapan di ruangan makan yang dibuat khas untuk menempatkan keluarga Tan Sri Fadhil dan Kapten Azam semalam. Meja kayu panjang yang dapat menempatkan 30 orang itu , disediakan dalam masa tidak sampai 3 jam.
Tidak lama lagi , ahli dan tetamu mahligai itu akan bangun untuk menikmati sarapan. Terlalu banyak kalau yang Fakhrul mahu ungkapkan tetapi sebagai seorang muslim dia tidak boleh. Saat itu dia perlu memintak petunjuk untuk merungkai simpulan yang terjadi akibat ego dan ketidaksabaran dia.
Saat matanya merenung ke jendela di biliknya, jantung Fakhrul berentak irama bahagia. Hana Aishah sedang merenung kea rah dia sambil mendukung Adam yang sudah terlentok di bahu isterinya. Wajah itu yang di mahu sentiasa tersenyum bahagia , dia sendiri jadikan sentiasa bersalut duka.
Pesanan whatsapp yang masuk menarik perhatiannya daripada merenung kea rah Hana Aishah yang sedang termenung merenung kea rah kolam ikan itu. Fakhrul pasti , kerana kalau Hana Aishah perasan kewujudannya di situ , pasti wajah itu dilarikan lama dahulu.
~This is not for you. This is for her. Don’t mess this up~ Emir
Di bawah pesanan whatsapp itu, ada satu fail dihantar. Bibirnya mengucap syukur berkali – kali saat itu. Tanpa menanti walaupun sesaat , dia membuka fail itu. Air matanya yang disangka tidak akan gugur sepanjang hidupnya , gugur lagi pagi itu. Matanya merenung kea rah Hana Aishah dan saat itu pandangan mereka bertaut.
“Ya Allah , what have I done” Fakhrul dapat merasakan satu kesakitan yang tidak dapat dia ungkap saat itu. Sakitnya sama seperti saat Hariz menelefonnya memaklumkan pemergian Adam.
*************************************************
~Dude , how soon you get to Malaysia~ Emir
Mikhail baru selesai memberi pembentangan terakhirnya saat dia menerima pesanan whatsapp daripada Emir.
~What happen? Is she ok? Anything?~ Mikhail
~Nah. Just asking. Cause I miss you -_^~ Emir
Pecah tawa Mikhail saat itu dan sekaligus mengkantoikan dirinya yang sedang bermain mesej.
~Ass~ Mikhail
~Serious question, when are you coming? You`re coming here straight right?~ Emir
Hati Mikhail kembali tidak sedap kerana dia seperti dapat merasai Emir sedang cuba menyembunyikan sesuatu. Sudah dua hari Hana Aishah tidak memanggilnya tetapi dia tetap menerima pesanan whatsapp setiap hari.
~Why? Anything pressing? Its not like you`re getting married~ Mikhail
~Actually I think I am getting married~ Emir
~Not funny~ Mikhail
~Serious talk. I think I`ve finally found the one so when are you coming~ Emir
~WTH, you didn’t care to share about her to me and suddenly want to get married. You`re getting it from me~ Mikhail
~I`m coming in 2 weeks time. They are dragging this shit for almost 2 months already. I`m done no matter if they are done or not in couple of week~ Mikhail
~Ok nice. Drag that piece of shit with you too. I think something is up with him too. I`m staying here till you come anyway~ Emir
~You`re getting married so maybe he knocked someone up. Dunia sudah terbalik sekarang T_T ~ Mikhail
~Drama. Come fast , your Queen and prince is waiting for you~ Emir
~Damn , I missed them lots T_T ~ Mikhail
~Dude , Im off. They are marking mine. Take care of my Queen and prince for me. Coming as soon as I`m out of this hell. Not doing this shit anymore ever~ Mikhail
~Take care man. It`ll be worth it , its for your dad right~ Emir
Mikhail menarik nafas dalam sebelum melegakan sesak di dadanya. Tuhan sahaja tahu betapa dia mahu pergi ke Malaysia setiap saat dia berjauhan dengan Hana Aishah dan Adam. Tetapi mengingati janjinya pada bapanya sebelum permergiaan bapanya , Mikhail menguatkan hatinya.
“Total score of 4.9 out of 5” Mikhail tersenyum kelegaan saat mendengar keputusan pembentangan terakhirnya.
“This is for you papa” Mikhail berbisik di dalam hatinya.
Share this novel
eve bila nk lepaskan hana drp kesakitan ni. biar je hana bahagia dgn mika pls. jgn seksa hana dgn stay with fakhrul. let her go pls.... tak semua manusia akan dpt peluang kedua. move on to the new chapter. i yg baca pon x sanggup dh dgn penderitaan hana. dh menyampah tahap top level dgn fakhrul and his family