CHAP 20

Romance Series 74213

Senyap dan canggung makan tengah hari mereka. Bahr di sebelah Sherry manakala Anya sebelah Zahin. "So, bila korang nak khawin?" soal Zahin memecahkan suasana. Bahr tersenyum, "mungkin selepas Sherry balik dari USA, no korang pula? Bila nak khawin?" soal Bahr, pertanyaan kepada Zahin, namun renungan matanya ke arah Anya, yang hanya tunduk memandang makanannya.

"Insha Allah, bulan depan hantar rombongan, tunang dulu. Satu dua tahun baru kahwin." kata Zahin, senyum kepada Anya. "Great.. Cik Anya boleh lah rekakan baju kahwin kami dulu, boleh?" soal Sherry. Anya hanya tersenyum, "boleh.." kata Anya.
***
"So, macam mana makan tengah hari tadi? Kenapa balik muram je aku tengok kau.." tegur Becky. "Aku terserempak Sherry dan Bahr tadi." kata Anya, mengeluh terus duduk di sofa berdekatan. "Aik? Dah kenapa pula boleh korang berjumpa?" soal Becky. "Entahlah.." kata Anya.

"Kau memang nak lari ke dari Abang Bahr? Tak salah kut kalau kau berterus terang?" soal Becky. "Untuk apa Becky? Untuk apa .. persahabatan kami yang dulu pun hanya terpaksa." kata Anya. "Tapi, Anya.. aku yakin, persahabatan korang tu ikhlas. Sangat ikhlas.. Aku tak yakin Abang Bahr akan buat kau macam tu. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kau.." kata Becky.

"Malas lah aku nak fikir Becky. Ahh.. anyway, ni Zahin ajak kita makan malam dekat syarikat dia.. dan, jangan risau.. kali ni no more fashion show. Kita memang akan ada meja khas." kata Anya. "Yess.. Akhirnya, kau on kan sahaja. Dan, biar aku mekap kau, kau wajib nampak cantik malam tu. Barulah netizen gossip kau, bakal isteri kepada usahawan muda." kata Becky.

Mereka tergelak bersama.
***
Bahr masih lagi memikirkan mengenai Anya. "Hish, kenapa aku asyik fikirkan dia ni? Dia ni sebenarnya ada apa dengan aku? Dah lah aku panas tengok dia dengan Zahin, siap suap-suap lagi tu. Dah kenapa macam aku nak tumbuk je si Zahin tu." kata Bahr.

Hatinya panas, sakit, bergabung semua. "Siapa Anya ni sebenarnya? Serius, aku sakit hati bila nampak dia makan berdua dengan Zahin, kau dah kenapa Bahr.." kata Bahr Malik.

Kemudian, dia teringat sesuatu. "Baik aku cek.. mana lah tahu, dapat tahu apa-apa tentang Anya ni." gumam Bahr. Telefonnya berbunyi, "Hello.. bro, ye kenapa?" soal Bahr, Zahin menghubunginya. Entah kenapa.

"Oh.. boleh je, tapi aku pergi seorang jelah.. Sherry dah bertolak dah waktu tu. Okay.. boleh-boleh. Nanti aku datang ye." kata Bahr terus mematikan panggilan. "Where should I start? Tentang Anya Inayla?" soal Bahr.
***
"Cantik bakal tunang saya malam ni, teringat waktu makan malam syarikat Bahr. Cantiknya masih sama. Tak sabar nak kahwini ratu ni." puji Zahin. Anya hanya tersenyum. "Sabar.. dah jomlah. Becky dah lapar tu." kata Anya. "Oh.. baru nak fikirkan aku. Tadi, siap sibuk bercintan cintun korang." marah Becky. "Sorry, Becky.. jangan lah marah." kata Zahin.

"Nasib kau pujuk." kata Becky. Anya hanya mengelengkan kepalanya. Mereka duduk di kerusi masing-masing, tapi.. ada satu tempat kosong sebelah Anya. Kerana Becky di sebelahnya, dan sudah tentu Zahin perlu duduk di meja hadapan mereka kerana dia pengarah syarikat.

"Kenapa ada satu tempat kosong dekat meja kita?" soal Becky. "Entahlah.. mungkin sengaja lah kut supaya habis je majlis formal, Zahin terus duduk sini. Entahlah.." kata Anya. Mereka sedang ralit mendengar ucapan pengacara majlis. Anya sekali sekala sedang mereka baju di Ipadnya, memang waktu bosan, Anya manfaatkan dengan begitu, tanpa sedar seseorang sudah duduk di tempat yang kosong.

Anya sedang memilih warna untuk baju gaunnya. Antara ungu muda atau warna emerald hijau. Anya bingung memilih warna. "Saya rasa ungu muda sesuai." kata suara tu. Dengan pantas Anya mengangkat wajah dan terkejut apabila Bahr yang duduk di tempat kosong tersebut.

"Ehh.. Abang Bahr. Abang Bahr duduk sini ke?" soal Becky. Agak canggung Anya apabila Bahr yang duduk di tepinya. "Ya, Zahin jemput Abang, Abang kenalah pergi." kata Bahr. "Okay ." kata Becky. Anya terus senyap dan mematikan Ipadnya. "Eh, kenapa Anya bagi mati? Teruskan melukis rekaan tu.." kata Bahr.

Anya hanya tersenyum, "err.. takpelah.. lagipun, nak makan dah kan." kata Anya, canggung. Bahr hanya tersenyum. Suka hatinya apabila dia duduk sebelah Anya, entah kenapa hatinya berbunga-bunga bila rapat dengan Anya. Jujur, dia tidak rasa begini apabila dekat dengan Sherry. Tapi, gadis di sebelahnya ini. Lain! Tu yang boleh dia katakan.
***
Anya sedang khusyuk menyaksikan persembahan artis tempatan yang sedang membuat persembahan. Zahin di hadapan sekali sekala menoleh belakang untuk memberikan senyum kepada Anya. Dia takut Anya tidak selesa, dan dia juga takut Anya disakit oleh Bahr.

"You look so beautiful tonight, Anya.." bisik Bahr. Tersentak seketika. Bahr. Anya hanya senyum kecil. "Biasa je, tak secantik bakal isteri awak, Sherry. Dia lagi cantik." kata Anya. "Tapi, awak buat jantung saya berdegup. Entah kenapa?" kata Bahr, sambil mengaru kepalanya.

Anya hanya diamkan sahaja. Lebih baik dia mencipta jurang selebarnya. Dia tidak mahu apabila Bahr mengetahui hal sebenarnya.. Bahr akan sakit hati.
***
"Congratulations Bro." kata Bahr, menyalam tangan Zahin, sekurang-kurangnya.. peristiwa lalu merapatkan lagi hubungan Bahr dan Zahin. "Terima kasih sebab datang. Dan, jagakan bakal tunang aku ni, aku perasan juga ramai usha dia." kata Zahin.

"Orangnya lawa, apa boleh buat. Aku pun hampir jugalah nak jatuh cinta dengan dia. Nasib aku dah ada yang punya bro." ketawa Bahr. Anya menelan air liurnya. Risau.. kenapa boleh Bahr berkata begitu kepada Zahin.

"Okaylah aku balik dulu." kata Bahr. Ditinggalkan Anya dan Zahin berdua. Becky pula sudah lama balik ke rumah kerana mengantuk. "Terima kasih sebab datang sayang.." kata Zahin, romantis.. "Sama-sama, tak salah menyokong bakal tunang kan?" senyum Anya.

"Kalau lah kita dah kahwin.. you know what I'm gonna do to you.."bisik Zahin. "Buat apa?" soal Anya. "Marry me first, and you will know. Hati-hati memandu, inform saya kalau dah sampai. Okay?" soal Zahin. "Okay.." senyum Anya. Zahin menghantar Anya ke tempat keretanya.

Zahin masuk ke keretanya dan melambaikan tangannya. Dia dahulu sudah berlalu. Anya masih lagi berada di dalam kereta. Sedang mencatatkan jadualnya untuk esok. Tiba-tiba kedengaran pintu keretanya dibuka dari arah luar.

"Arghhh!" terkejut Anya. Serius dia takut. Kenapa dia yang membuka pintu kereta dan kenapa dia ada di sini,bukan kah dia sudah meninggalkan mereka dan pulang tadi?

"Kau nak ikut aku tak ?" soal lelaki itu secara tiba-tiba. Entah apa anginnya. "Mungkin cara aku macam sedikit memaksa. Tapi, aku tetap nak kenal kau siapa dalam hidup aku. Sekarang, kita berdua sahaja. No Becky, No Zahin. Aku tahu kita dulu ada hubungan istimewa, kalau tak.. kenapa sampai sekarang aku masih cemburu bila kau rapat dengan Zahin." kata Bahr.

"Please.. I need to know the truth. Biarpun pahit. Dan aku janji selepas ni aku tak kacau kau daa." kata Bahr, berharap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience