Bab 16 : Teori

Adventure Completed 1867

Selepas selesai memandikan penjaga kawasan berbunga itu, mereka mengucapkan selamat tinggal sebelum berpisah. Kotor pakaian dan wajah mereka akibat berperang lumpur tadi. Semasa berjalan ke arah rumah pokok, tiba-tiba Nik Akhil bersuara.

“Nanti dulu!” terhenti langkah mereka.

Mereka menoleh ke arah Nik Akhil. Nik Akhil mendekati Siti Syazanah selepas mengeluarkan jaketnya daripada beg galasnya.

“Apa awak buat ni, Nik Akhil?” terkejut gadis itu apabila secara tiba-tiba matanya ditutup menggunakan jaket jejaka itu.

“Apa awak buat ada Syaza, Akil?” pelik Ismail Razak.

“Saya tak nak perkara yang sama berlaku apabila kita masuk ke dalam pokok tu nanti. Korang mesti tahu apa akan terjadi jika tugasan kita selesai, kan?” balas Nik Akhil sambil mengikat jaketnya pada belakang kepala Siti Syazanah yang dilitupi dengan tudung itu.

“Ooh. Kami faham,” serentak mereka.

“Apa yang akan berlaku?” pelik Siti Syazanah.

“Jangan risau. Syaza. Akil buat semua ni untuk kebaikan awak juga,” senyum Shasya Edrina sambil memaut lengan kanan gadis itu.

“Biar kami bantu awak berjalan,”

Nur Halimah turut memaut lengan kiri Siti Syazanah sebelum mereka sambung berjalan.

Apabila tiba di dalam rumah pokok, mereka melihat dinding di mana terletaknya suis lif itu bercahaya. Masing-masing menelan air liur apabila ternampak cahaya emas itu.

“Mari kita duduk dulu,” kata Ismail Razak.

Lalu mereka duduk dalam bulatan di atas lantai pokok.

“Boleh saya tanggalkan jaket ni?” tanya Siti Syazanah sambil bersedia untuk menanggalkan ‘penutup’ matanya.

“Jangan!” serentak mereka.

Tersentak Siti Syazanah apabila mendengar sepatah perkataan itu.

“O..okay,” ringkas jawapan Siti Syazanah sambil menurunkan tangannya dari jaket tersebut.

“Fuh..,” lega yang lain.

“Baiklah. Mari kita bincangkan sepanjang kita berada di alam aneh ini. Jadi, ada sesiapa nak berkongsi pemikiran dia?” ujar Ismail Razak.

“Biar saya mulakan dulu,” kata Tengku Ehsan.

Semua mata memandang Tengku Ehsan kecuali Siti Syazanah yang hanya menundukkan kepalanya sambil memasang telinganya.

“Apa yang saya tahu, kita berada di alam yang mempunyai 4 musim, iaitu Spring, Summer, Autumn dan Winter. Saya yakin, selepas ini, kita akan berada di kawasan yang sejuk dan bersalji,” bicara Tengku Ehsan.

“4 musim? Tetapi, bukan ke turutan musim kat alam ni terbalik? Mula-mula, kita berada di musim luruh, diikuti dengan musim panas dan sekarang musim bunga,” fikir Ismail Razak.

“Saya pun terfikir juga. Mula-mula saya tak yakin. Tetapi, selepas kita tiba di kawasan berbunga ni, saya yakin yang alam ini mempunyai 4 musim tetapi dalam turutan yang terbalik,” sokong Tengku Ehsan.

Kebiasaannya di negara yang mempunyai 4 musim, bulan Disember sehingga bulan Februari merupakan musim sejuk, bulan Mac sehingga bulan Mei merupakan musim bunga, bulan Jun sehingga bulan Ogos ialah musim panas dan bulan Setember sehingga bulan November merupakan musim luruh.

Tetapi, di alam aneh itu, musim dimulakan dengan musim luruh, kemudian musim panas dan diikuti dengan musim bunga.

“Logik juga apa yang korang cakap tu,” faham Shasya Edrina yang pernah pergi ke negara 4 musim.

“Jadi, dengan menekan suis yang bercahaya tu, kita akan berpindah ke musim yang lain?” tanya Nik Akhil.

“Betul tu, Akil. Saya yakin yang suis tu yang membawa kita berpindah ke musim yang lain,” yakin Tengku Ehsan.

“Adakah gegaran yang kita rasa tu, lif?” bersuara Siti Syazanah.

“Apa maksud Syaza?” soal Ismail Razak.

“Cuba tengok buku nota saya. Saya ada lukis sesuatu,” kata Siti Syazanah sambil mengeluarkan buku notanya dari beg galas miliknya.

Nik Akhil mengambil buku tersebut sebelum menyelak ke halaman yang mempunyai lukisan. Selakan Nik Akhil terhenti apabila melihat tiga kotak yang dilukis.

Ketiga-tiga kotak itu dilukis secara menegak. Kotak paling bawah tertulis ‘luruh’, kotak kedua tertulis ‘panas’ manakala kotak ketiga tertulis ‘bunga’. Di atas kotas ketiga mempunyai simbol tanda soal (?).

“Saya rasa yang kita berada di dalam lif yang membolehkan kita berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain,” hujah Siti Syazanah.

“Saya setuju dengan kata-kata Syaza. Lagipun, cahaya itu pun berbentuk seperti suis lif. Tidak mustahil kita sekarang berada di dalam lif,” sokong Nur Halimah.

“Maksudnya, kemungkinan besar, selepas ini merupakan musim terakhir dan tugasan terakhir kita,” kata Ismail Razak.

“Tak sabarnya nak akhiri semua ni,” luah Tengku Ehsan.

“Kenapa awak diam, Nik Akhil?” soal Siti Syazanah secara tiba-tiba.

“Baguslah dia diam, Syaza. Kenapa awak tanya, Syaza?” pelik Shasya Edrina apabila gadis yang bertutup mata menggunakan jaket itu bertanyakan tentang jejaka yang selalu bergaduh dengannya itu.

“Biasanya, jika dia diam, bermaksud dia ada sesuatu yang disimpan di dalam hati. Cuba awak beritahu kami, Nik Akhil,” balas Siti Syazanah.

Mereka mengalihkan pandangan ke arah Nik Akhil yang sedang memikirkan sesuatu dengan serius.

“Saya tak pasti sama ada betul atau pun tidak teori saya ni. Tetapi, saya dapat rasakan kita seperti berada di dalam game je,” bersuara Nik Akhil.

“Game?” serentak mereka.

“Ye. Seperti permainan yang mempunyai beberapa aras (level). Mula-mula, kita berada di aras 1. Selepas kita berjaya selesaikan misi, kita boleh naik ke aras 2 pula dan seterusnya.

Sama seperti keadaan kita sekarang. Selagi tugasan kita belum selesai, kita akan tetap berada di aras itu. Apabila selesai, cahaya lif tu pun muncul,” tersentak mereka dengan kata-kata Nik AKhil.

“Jadi, kemungkinan besar, selepas ini, tugasan kita akan semakin susah,” kata Nur Halimah.

Masing-masing menelan air liur yang terasa pahit itu. Dapatkah mereka menyelesaikan tugasan seterusnya dan terakhir itu? Adakah mereka boleh kembali ke dunia mereka semula? Pelbagai persoalan yang bermain di dalam fikiran mereka.

“Saya yakin yang kita berenam dapat melakukannya. Walau apa pun yang berlaku, kita pasti dapat melakukan yang terbaik. Saya percayakan korang,” senyum Siti Syazanah untuk menaikkan semangat mereka.

“Betul tu. Sebelum ni, pelbagai ujian dan cabaran telah kita tempuhi. Tetapi, semuanya kita dapat selesaikan dan tanganinya. Saya yakin dengan kerjasama dan kelebihan yang kita miliki, kita dapat selesaikan semua tugasan ini dengan jayanya,” bersemangat Ismail Razak.

“Dan kita dapat kembali ke dunia kita semula!” celah Tengku Ehsan.

Tergelak kecil mereka apabila mendengar suara Tengku Ehsan yang lantang.

“Baiklah. Mari kita ke aras 4. Bersedia semua?” tanya Nik Akhil yang sudah bersedia untuk menyentuh suis lif yang bercahaya itu.

Mereka membalas dengan anggukan. Dengan lafaz bismillah, Nik Akhil menyentuh suis lif itu. Gegaran selama seminit berlaku.

“Eh?” Siti Syazanah terasa jaket yang menutup matanya dileraikan.

Secara perlahan-lahan, dia membuka matanya. Tidak lama kemudian, jaket tersebut sudah terletak kemas pada tubuhnya.

“Tak apalah, Nik Akhil. Saya ada kot saya dalam beg saya,” kata Siti Syazanah sambil menanggalkan jaket jejaka itu.

“Pakai jelah. Sekarang ni musim sejuk,” tegas suara Nik Akhil tanpa memandang wajah gadis itu.

“O..ok,” jaket tersebut dipakaikan kembali pada tubuhnya.

“Saya rasa, lebih baik korang berdua ni kahwin je. Dah terlampau ‘sweet’ Ed tengok,” usik Shasya Edrina sambil memakai baju sejuknya yang diambil dari beg miliknya.

“Biar saya dan Raz jadi saksi semasa akad korang nanti ye,” Tengku Ehsan turut mengenakan sahabatnya itu.

Merah muka Siti Syazanah apabila mendengar usikan tersebut. Terdiam dia buat seketika. Geli hati yang lain apabila melihatnya.

“Bisinglah kau!” pantas Nik Akhil memukul belakang Tengku Ehsan.

“Aduh! Sakitlah, Akil!” kesakitan Tengku Ehsan sambil mengusap belakangnya yang dipukul tadi.

“Macam-macamlah korang ni.  Sudah sudah. Kita berehat dulu. Selepas semua dah bersedia, baru kita keluar,” bersuara Ismail Razak.

Mereka hanya akur dengan arahan jejaka yang sentiasa mengetuai sejak mereka tiba di alam aneh itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience