BL26

Humor Series 177133

"SETELAH DUA JAM, Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan api di kilang tersebut." Tanpa mendengar butiran berita itu sehingga habis, Siaran televisyen itu di alihkan.

"Polis Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup 250 kilogram dadah jenis kristal methamphetamine di Tak Bai, Narathiwat. Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Anuruth Imarb berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari (waktu tempatan). Polis berjaya menahan sebuah lori yang mencurigakan dalam satu sekatan jalan raya di Tak Bai. Ketika pemeriksaan, polis menemukan 10 guni dadah jenis methamphetamine yang tersembunyi dalam lori itu.Dadah yang bernilai lebih 100 juta baht itu dipercayai hendak diseludup ke Malaysia." Lelaki itu mendengus dan sekali lagi siaran televisyen di tukar.

"Sindiket pemerdagangan manusia yang kini semakin berleluasa telah di serbu oleh pasukan polis dari kontijen Bukit Aman. Hasil daripada intipan dan serbuan dari pihak berkuasa Interpol dan kerjasama polis diraja malaysia telah berjaya menangkap seorang lelaki berwarganegara china yang didakwa merupakan salah seorang daripada konco-konco yang bergerak aktif dalam kegiatan haram ini."

Skrin televisyen yang memaparkan berita tentang perkembangan kegiatan Sindiket dadah dan pemerdagangan manusia itu terus bertukar hitam tatkala Mr. Arlo bertindak membaling botol kaca tepat pada screen televisyen itu.

Prang!!

"Celaka!" Maki Mr. Arlo.

Dia memandang tajam susuk tubuh wanita dan anak kecil itu yang sudah terikat di dalam dinding kaca di hadapannya. Wajah wanita ini teruk di pukul. Malahan anak kecil yang berada berdekatan wanita itu di ikat dan mata anak kecil itu di tutup dengan sehelai kain.

"Kau.. Memang anak tak guna!" Mr Arlo mencapai satu batang besi. Pintu dinding kaca di buka. Dia merapati tubuh Neyla. Batang besi di angkat lalu di hayun ke pada tubuh Nayla.

Dia yakin Nayla yang membocorkan segala maklumat kegiatan mereka. Kerana semua yang berlaku merupakan markas terbesar mereka.
Pengawal-pengawal yang menjaga di situ hanya menundukkan wajah mereka. Teruk wanita itu di kerjakan oleh bapa kandungnya dan Josua anak Nayla di ikat.

"Arghh!" Nayla mengigit bibirnya kuat apabila besi itu mendarat di belakangnya. Bimbang jeritannya itu kedengaran di telinga anaknya.

Air matanya laju membasahi pipi. Namun dia tetap tidak mengalah. Buat pertama kali, Dia rasa mahu teruskan hidup. Dan melihat sendiri musnahnya Empire besar milik Mr Arlo. Benar kali ini dia mahu melihat segala.

"I think you need to calculate how much loss you have suffered. Poor you!" Provok Nayla lagi. Walaupun dia takut mulut lancangnya itu boleh membuatkan amarah lelaki beralih ke pada anaknya. Tetapi dia tetap berharap seseorang itu tidak membiarkan dia dan anaknya terseksa.

Sekali lagi besi kayu itu di hayun pada tubuh Nayla.
Nayla memejamkan matanya menahan sakit yang semakin menyerang tubuhnya. Mata di buka. Dia mengeling sekilas anaknya yang terikat di atas kerusi dan mata di tutup dengan kain.

"Where are you." Gumannya perlahan.

Hampa.

Dan hampa.

Lelaki itu tiada.

Nayla mengalirkan airmata. Jika ini pengakhirannya. Dia redha. Dan dia berdoa semoga segalanya akan berakhir dan bapanya akan di kenakan hukuman setimpal.

Pintu besi yang dikuak kasar dari luar membuatkan semua menoleh. Lega Nayla rasa saat melihat lelaki yang muncul itu. Namun harapannya mati saat melihat wajah bersahaja lelaki itu.

Tanpa memperdulikan Nayla, Darlow terus melabuhkan punggung di kerusinya. Memerhatikan Mr Arlo.

"Am i late?"

Mr Arlo tersenyum sinis mendengar soal Darlow.

"You want to join?"

"Nah! it's Okey." Darlow mengangkat tangan menolak lembut pelawaan itu.

Kayu besi itu di hayun kuat sekali lagi. Kali ini di bahagian pelipat lutut Nayla.

Buk!

"Argh!" Terlepas jeritan di bibir Nayla. Nafasnya sedaya upaya di atur.

"Is that's all you can do." Provok Nayla lagi. Tekak terasa perit dan hidung terasa pedih. Kakinya kian lemah di atas lantai di bilik kaca itu. Namun dia sengaja ingin menaikkan amarah lelaki tua itu.

"Why don't you just take a gun and shoot me Father?" Nayla gagahkan diri untuk angkat kepala walaupun segala send tubuhnya terasa lembik tidak berdaya. Menentang pandangan tajam Mr Arlo.

Terasa diperhatikan, Nayla mengalihkan kepala. Terdiam dia saat melihat sepasang yang mencerun tajam menikam pandangannya.

Pandangan dingin itu...

"Huh."Nayla ketawa pelahan namun sinis.

Darlow bangkit, Langkahnya di atur mendekati Mr Arlo dan Nayla di ruang tengah bilik kaca itu. Pistol di belakang jaketnya di keluarkan. Lalu di berikan kepada Mr Arlo.

"Tunaikan permintaan dia."

Lama Mr Arlo memandang Darlow sebelum pistol itu bertukar tangan. Darlow mengangguk sedikit sebelum wajahnya di palingkan memandang Nayla. Langkahnya di atur mendekati Nayla.

"Closed your eyes." Bisiknya perlahan.

Setapak langkahnya kebelakang lalu dia memusingkan tubuhnya. Kembali memandang Mr Arlo. Mencabar kesabaran lelaki itu.

"Just do it." Bahu Mr Arlo di tepuk pelahan.

Mr Arlo menarik pancu pistol Glock 22 itu. Tanpa berfikir panjang. Tangannya di naikkan selaras dengan kepala Nayla.

1

2

3

Bang!

Serta merta ruangan itu berubah gelap. Sunyi seketika.
Toada langsung bunyi di dalam bilik itu.

"Shit!" Maki Mr Arlo bergema suara itu di ruangan kaca itu.

Namun hanya seminit lampu itu kembali terbuka. Dan ruang bilik kaca itu berubah sepenuhnya. Semua pengawal yang berada di dalam bilik itu sudah terbaring di atas lantai. Manakala Darlow, Nayla dan Josua sudah tiada di dalam bilik kaca itu.

"Shit Darlow! Kau permainkan aku. Pengkianat. Mati kau. Arghhhh!" Jerit Mr Arlo kuat.

NAYLA mengagahkan diri untuk bangun walaupun segala sendi tubuhnya terasa lembik tidak berdaya. Dia terdiam dia saat melihat sepasang mata hitam tajam memandang. Perlahan-lahan kepala di tunduk.

"You almost kill me." Ujar Nayla lemah.

"Kau patut bersyukur masih bernyawa lagi" Ujar suara dingin dan keras milik Darlow.

Nayla ketawa sinis sebelum kepalanya jatuh semula di atas katil empuk itu. Tak larat. Penat bertarung nyawa tadi.

"Dan kenapa kau tak biarkan aku mati.." Nayla senyum sinis. Ada airmata jatuh setitis ke pipi. Dia bersyukur Darlow telah menjadi penyelamatnya.Tapi pada masa yang sama dia kecewa. Kecewa akan hakikat sedikit pun lelaki itu tidak risau akan dirinya dan Josua.

"Macam mana kau boleh buat semua ni?" Ujar Darlow setelah agak lama dia membisu.

"Macam Mana?" Berkerut dahi Nayla mendengarnya.

"Kau bertindak tanpa berfikir panjang. Tengok Apa dah jadi sekarang. Kalau aku lambat kau dan anak kau dah mati." Ujar Darlow tidak bernada. Suaranya keras. Dingin. Dan ada amarah dalam kata-katanya.

Tawa kecil terlepas dari bibir Nayla. Sinis. Kenapa semua salahkan dia? Siapa sebenarnya yang merancang semua ini?

"Why is everyone blaming me?"Soal Nayla perlahan. Serak suaranya.

"Kalau bukan kau siapa lagi?" Tanya Darlow.

Nayla bingung sendiri. Malas mahu fikir, akhirnya mata dipejam seketika. Rasa sakit kian menguasai diri. Tubuhnya lesu dan lembik. Melihat keadaan Nayla ketika ini, Darlow melepaskan keluhan.

"Rehat la anak kau aku uruskan."

* Belanja lagi 1 chapter di :) buat korang selepas ni akan di unpblsh ye sebab akan di edarkan pada 18/06/2023 Jam 8 malam.

* Ada dua akan dia keluarkan Call Girl & Bunga Larangan

* dan untuk pembelian kombo RM20 & Single RM12 .

Untuk order boleh PM ?+60 14?646 8617?

Share this novel

norsila
2023-06-25 13:33:12 

dah tk keluar kat sini ke? nk kono li booknya ke? eemmm aduh..

Rohani Hussin
2023-06-19 16:54:24 

ala x best la mcm ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience