Setiap hari, Naufal datang menemani Zetty di hospital. Zetty seperti biasa tidak selesa dengan kehadiran Naufal. Namun, kadang-kadang hatinya terasa gembira dengan kehadirannya.
“Assalamualaikum, awak apa khabar hari ni?”
Tanya Naufal.
“Alhamdulillah semakin sihat.”
Jawab Zetty.
Naufal melonggarkan tali lehernya. Dia terus melawat Zetty setelah pulang dari tempat kerjanya.
“Penat aje muka awak. Baru balik kerja ke?”
Zetty mengetahui serba-sedikit mengenai Naufal setelah hampir seminggu bersama dengannya.
“Hmm, agak penat. Banyak kerja hari ni. Awak bila boleh balik ni?
“Esok dah boleh discharge. Nasib kaki saya cepat baik. Kalau tak lagi lama kena tahan.”
“Zetty, ada benda saya nak bagitahu awak ni. Sebenarnya saya ada menyimpan sesuatu milik awak.”
“Milik saya? Apa dia?”
Naufal mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia menghulurkan seutas rantai emas kepada Zetty.
“Rantai saya!! Mana awak dapat? Eh kejap, jangan-jangan awak ni..”
Zetty tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Naufal memotong cakapnya.
“Yer saya la si pocong yang langgar awak dulu. Saya simpan rantai awak ni dan saya jugak mintak maaf apa yang jadi hari tu.”
“Dan hari saya jumpa awak tu sebenarnya saya nak pulangkan rantai awak tapi awak tuduh saya macam-macam pulak. Plus, siap kata saya ni penjual insurans lagi kan.”
“Hehe, maaflah pasal tu. Yang penting saya tak perlu nak lari satu bandar dek kena kejar dengan mak saya.”
Zetty kelihatan gembira.
“Dan ada lagi benda saya nak cakap. Sebenarnya saya..”
Tok-tok. Tok-tok.
Naufal tidak sempat menyudahkan ayatnya apabila ketukan bertalu di pintu menganggu perbualan mereka. Melissa dan Baizura masuk sambil membawa sebakul buah-buahan.
“Hey, kawan. Kau apa khabar hari ni?”
Tanya Melissa tanpa mengetahui situasi yang berlaku.
“Aku baik jer. Err..”
Zetty berasa serba salah jika ingin menyuruh kawannya senyap seketika.
“Naufal apa awak nak cakap tadi?”
“Takde apa lah. Lupakan jer. Saya pun dah lupa. Hehe.”
Naufal tersengih.
“Esok awak datang ke?”
“Esok, hmm tengoklah kalau sempat saya datang. Ok lah, saya mintak diri dulu yer.”
Naufal berlalu meninggalkan Zetty yang terpinga-pinga.
Baizura dan Melissa memandangnya pelik.
“Weh, korang ni ada apa-apa ke?”
Baizura bertanya hairan melihat reaksi kawannya itu. Yang tadi muka hambar dan sekarang muka Zetty pula ketat seperti diikat-ikat.
“Erk, eh takde apa-apa la. Korang tolong kemaskan barang-barang aku ni. Hehe.”
“Eleh, kau ni tu jela tujuan ajak kami datang, kan? Apa punya kawan la. Baik suruh Si Naufal tu aje kemaskan.”
Giliran Melissa berleter.
“Kau ni Zetty, memang clueless lah. Orang suka kat dia tapi dia buat tak tahu aje. Kau ni hati kering ke apa?”
“Ha’ah, takkan kau tak perasan langsung kot?”
“Ish, mana la aku tau. Hari-hari dia datang jenguk aku, takde pulak dia cakap dia suka aku. Haa, korang nak tau tak, Si Pocong yang langgar aku dulu tu budak ni lah. Selama ni dia cari aku sebab nak bagi rantai aku yang tercicir tu.”
“Haa, Naufal ke?”
Melissa dan Baizura saling berpandangan.
Serentak itu, mereka mengukirkan senyuman. Senyuman penuh makna.
“Apa korang senyum-senyum ni. Dah jangan gatal-gatal nak fikir bukan-bukan. Hubungan aku dengan dia setakat ni jer.”
Fikirannya meluahkan kata-kata sebegitu tetapi tidak hatinya. Terasa seperti ada perasaan aneh yang menjalar.
Share this novel