Lutfi pulang agak lewat malam itu menyebabkan Tengku Mikael dan Puan Nancy memandang anaknya tidak terurus masuk ke dalam rumah bermuka ketat.
"Assalamualaikum, Lutfi balik".
“Waalaikumsalam. Abang, lewat balik?, ke mana?”.
“Tak ke mana pun mak, ada kat pejabat tunggu pomen tarik kereta ke bengkel”, menghempaskan tubuhnya di sofa dengan perasaan sedikit marah.
“Amboi, kenapa kereta tu?, mogok?", giliran Tengku Mikael menyoal anaknya tanpa melihat muka Lutfi.
Lutfi ceritakan apa yang telah berlaku sebaik tiba di keretanya petang tadi dengan muka penuh emosi ke abahnya. Puan Nancy bangun sebaik suaminya menepuk bahunya memberi isyarat.
“Itu yang buat Lutfi bengang bah. Pancit satu tak apa lagi Lutfi boleh tukar sendiri. Masalahnya sekarang siapa yang busuk sangat hati tu pergi pancitkan dua-dua tayar depan kereta tu bah”, degusnya.
“Hah, dua-dua?”, terhenti memandang televisyen dan beralih ke muka anaknya yang sedang kepenatan serta marah.
“Ya, dua-dua abah. Panas hati tengok masa sampai kat parking. Lagi panas bila dia bocorkan sampai tak boleh tampal tayar kereta tu bah", beremosi dengan tangan-tangan bergerak namun muka bertutup dengan blazernya dengan posisi separuh baring separuh duduk di sofa.
"Habis abang kena tukar baru tayar tu?", soal Ramy menyampuk muncul dari dapur bersama seorang anak kecil.
"Ya Ramy, tak pasal-pasal aku kena tukar dua tayar baru lagi sekali. Ni kereta dah masuk bengkel area situ, aku balik guna kereta pejabat", balasnya tanpa menoleh dengan mukanya masih ditutup blazer kepenatan.
Tengku Mikael menggeleng bila dapat tahu apa yang menimpa anaknya hari ini. Dia mula tidak sedap hati bila mendengar cerita dari Lutfi. Jauh di fikirannya mula fikir yang bukan-bukan.
"Ramy nanti tolong abah check cctv. Siapa buat kereta abang kau tu. Marah betul dia dengan abang kau ni. Pelik-pelik orang sekarang ni".
"Baik ayah", balas Ramy tenang.
"Ayah", anak kecil berlari mendapatkan Lutfi di sofa bersebelahan atuknya.
Lutfi sedikit terperanjat anaknya Izraq sudah memeluk kakinya. Dia senyum dan terus mengangkat anaknya ke dalam pelukkannya. Rindu sungguh dia pada anaknya setelah sebulan berpisah.
"Bila masa Izraq sampai, ayah tak tahu pun Izraq datang sini?", mencium kedua-dua pipi anaknya serta mengusap lembut kepala anaknya.
"Mama hantar petang tadi. Mama nak work. Izz duduk sini dengan ayah".
Lutfi terus memandang abah dan adik lelakinya namun kedua-duanya mengangkat bahu tidak tahu sebab apa Izraq ada di rumah itu hinggalah Puan Nancy muncul membawa minuman panas untuk suami dan anak-anaknya.
"Ni kenapa semua pandang mak?", terasa hairan anak-anak dan suaminya memandangnya.
"Rina sendiri yang hantar Izraq mak?", sedikit terteleng Lutfi memandang maknya yang tidak berapa jauh darinya.
"Ya, dia minta abang jagakan Izraq sementara dia kena kerja luar Malaysia katanya. Mak tak kisah, lagipun mak sorang-sorang kat rumah bosan juga. Ada Izz tak sunyi ".
Berubah muka Lutfi mendengar jawapan dari ibunya. Entah kenapa dia seperti tahu Rina sengaja lepaskan tanggungjawabnya ke Lutfi selepas mendapat duit darinya. Sedangkan dulu beria dia minta hak penjagaan anak dari Lutfi berserta duit belanja anaknya sekali. Tengku Mikael hanya menghadiahkan senyuman perli ke anaknya dan mengambil cawan yang dihulurkan isterinya. Sekali lagi Lutfi lihat abahnya memberi isyarat kepadanya menggunakan cawan di tangannya seperti memberitahunya tanggung sendiri masalah yang datang. Dia tahu abahnya cukup tidak berkenan bekas isterinya dari awal.
"Mama kau ni Izz memang tau.. Izz duduk sini saja terus dengan ayah kan senang", rungutnya sendirian memandang wajah anaknya yang masih tidak faham apa yang berlaku antara mama dan ayahnya.
"Izraq good boy, tidur dengan siapa malam ni?. Sorang-sorang dalam bilik awak boleh?", usik Ramy sudah mengambil tempat agak jauh sedikit dari keluarganya selepas meneguk air yang di tuang maknya.
"Izz nak tidur dengan ayah. Izz ayik tidur sorang-sorang tak best", rungut anak kecil itu baru berusia 2tahun lebih buat Ramy dan Puan Nancy ketawa terhibur.
Namun tidak bagi Tengku Mikael dan anaknya Lutfi yang masih jauh fikirannya ketika ini. Yang ada hanyalah tubuhnya di ruang tamu. Puan Nancy perasan sikap dua beranak itu yang tiada di ruang tamu secara tiba-tiba.
"Boleh sangat Izraq, ayah awak tu pun sebenarnya rindu nak peluk Izraq", balas Puan Nancy menghulurkan tangan mengajak cucunya ke pelukkannya.
Izraq turun dari kaki Lutfi dan berlari ke neneknya.
"Abang, ooohhh, Lutfi.... pergi mandi, lepastu makan. Mak dah simpankan lauk untuk abang atas meja dapur", cuba mengelak dari anaknya mengelamun jauh serentak juga menepuk kaki suaminya agar sedar di dunia yang nyata.
" Terima kasih mak. Izz nak teman ayah mandi tak?", balasnya tenang.
"Nak, nek boleh kan?", mendongak memandang neneknya.
"Boleh cu. Pergilah ikut ayah".
Lutfi senyum, terus mengangkat anaknya yang berlari ke arahnya dengan senang hati. Sempat mereka bergurau senda dalam perjalanan menuju ke bilik. Tengku Mikael perasan anaknya Ramy sedang duduk tersenyum sendirian memandang telefon.
"Nancy, abang rasa awak dapat menantu bongsu dulu tak lama lagi?", mencuit pinggang isterinya.
"Kenapa abang?, ada calon ke untuk Ramy?", terasa teruja dan membetulkan duduknya.
"Tu tengok.. anak awak tu... senyum, sengih sorang-sorang. Bukan angau namanya. Jarang sekali anak awak yang bongsu tu perangai seperti tu".
Puan Nancy menoleh, serentak Tengku Mikael memandang Ramy sambil ketawa kecil. Perlahan tangan Puan Nancy menarik bantal kecil di belakang suaminya dan di lemparkan ke arah anaknya tepat menyebabkan Ramy melatah menyebut nama Rien.
"Amboi, nama sapa tadi ya mak dengar tadi abahnya?", ketawa mengekek di bahu suaminya melihat telatah anak bongsunya.
"Aduhhh.... tersasul pula... mak ni..", rungut Ramy terbongkok mengutip telefon di lantai gara-gara serangan hendap dari mak sendiri.
Tengku Mikael senyum tidak menjawab, dia hanya memerhati gelagat anknya berdepan dengan isterinya yang merupakan pengerusi JKK pencarian jodoh pencen.
"Siapa dia Ramy?, tak mau kenalkan kat mak ke? cantik ke?. Orang mana?. Muda ke tua?. Anak dara ke janda?".
"Isyhh.. mak... belum lagi mak. Baru usik-usik, kenal gitu-gitu saja", senget tubuhnya cuba menepis soalan Puan Nancy.
"Sejak bila pula pandai usik anak orang ni. Sepanjang mak ni jadi mak Ramy selama 27 tahun, Ramy ni bukan suka berkawan. Sampaikan kawan-kawan mak pun takut nak ambil Ramy menantu", lebar senyumnya ketika ini.
"Aduh mak ni, ayat dia maut terus kena... Mana ada usik, sentuh pun belum apatah lagi cuit. Dia yang present diri dia depan Ramy tanpa sengaja", menggaru kepala yang tidak berapa gatal.
Makin berdekah-dekah Puan Nancy ketawa mendengar jawapan anaknya serentak tangannya memukul suaminya. Tengku Mikael hanya mampu senyum dan menahan diri di belasah isterinya yang sedang gelakkan anaknya. Dia juga melihat cara anaknya menjawab dan menepis serangan tajam dari mulut maknya sendiri.
"Suka-suka kau saja nak oii... apa bang present.. aduh.. lenguh pipi mak gelakkan kau Ramy..".
"Bila cakap betul-betul tak percaya pula.. terpulang", rungutnya terus bangun beralih dari mak dan abah.
Sempat Tengku Mikael menangkap tangan anak bongsunya dari pergi meninggalkan dia dan isterinya.
"Ramy, jangan la terasa hati. Bukan selalu mak kau ni dapat gelakkan kau. Nanti dah rasmi, kenalkan dengan abah ya".
"Hmm, yelah.. tapi dia biasa-biasa saja abah", masih berdiri berbual.
"Orang juga kan, ada mata, ada hidung,.. janji jangan alien sudah la Ramy. Abah tak nak cucu abah jadi alien...", melepaskan tangan anaknya serentak itu juga Puan Nancy sambung gelak bila giliran suaminya mengusik anaknya Ramy.
"Punah la dapat mak pak lagu ni", mengeleng terus pergi namun dia turut ketawa bila abahnya mengusik.
"Semua salah Airien", bisiknya sendirian.
"Nancy, awak ikut abang ke KL malam esok. Hari Isnin abang ada mesyuarat sana".
"Saya boleh saja abang tapi seperti biasa la kan... saya dengan Izraq bukan sorang".
"Ya sayang.. boleh.. Tapi jangan lewat balik hotel. Ada masalah terus call abang", mengusap lembut kepala isterinya.
Tengku Mikael senyum memikirkan rancangannya yang secara tidak sengaja petang tadi. Dia berharap segalanya berjalan lancar tanpa pengetahuan anaknya Lutfi.
**
Hari minggu, jam menunjukkan 11.30pagi. Airien keluar berjalan-jalan melepaskan bosan dari duduk memerap di bilik. Dia berjalan kaki sendirian menuju ke Mall yang tidak berapa jauh dari hotelnya. Walaupun mall itu tidaklah segah seperti di Kuala Lumpur, cukup jugalah buat Airien mencari barang keperluannya selama di sini.
Airien berpakaian seringkas yang boleh. Hanya berseluar jeans hitam, menyanggul rambutnya tinggi ke atas dan memakai tshirt lengan panjang elak dari bahang matahari mencium lengannya. Sedang leka di bahagian biskut, melihat bermacam jenis biskut yang ada di situ muncul hamba Allah yang entah dari mana menyerangnya.
"Mak", seorang anak kecil memeluk kaki Airien secara tiba-tiba saat Airien sedang memegang bungkusan biskut kering bergula.
"Erkk.. Bila masa aku ada anak dengan Martin ni?", rungut Airien melihat seorang budak lelaki bertopi memeluk kaki Airien yang kurus.
Perlahan Airien merendahkan tubuhnya dan menolak sedikit topi untuk melihat muka anak kecil itu.
"Hai handsome, auntie not your mom. Your mother is more beautiful than me right".
"Yeah I know, but I want you", memegang jari Airien lembut.
Tegak kepala Airien mendengar jawapan dari anak kecil itu dan buatkan Airien sedikit tersedak dan berdehem memandang kelilingnya jika waris budak depan dia ni berdekatan dengannya. Airien hanya mampu senyum walaupun ada versi pelatnya menyebut tapi jelas dia faham apa yang Airien bualkan dengannya.
"Eh, tak boleh. Nanti ayah awak cari awak?".
"Start hari ni, makcik dah jadi mak saya tau, makcik jangan lupa nah...", dengan muka tidak bersalah terus lari meninggalkan Airien yang terpinga-pinga sendirian di situ.
"Lain macam budak sekarang ni. Jenis-jenis ni senang kena culik. Semua orang dia belasah", sedikit menggeleng dan terus bangun menyambung membelek barang-barang yang untuk di beli.
Airien sambung membeli-belah tidak fikirkan hal yang berlaku sebentar tadi. Akhirnya dia terus ke kaunter pembayaran dengan mata terbuntang melihat semua kaunter dipenuhi manusia membeli keperluan harian sama sepertinya. Yang bezakan mereka dengan Airien adalah kapasiti muatan di dalam trolinya.
"Mana nak selit?", serentak matanya mengira barang di dalam troli.
"Lebih pula... tunggu sajalah dude.. kau pun nak cepat-cepat pergi mana?. Balik memerap kat bilik juga dude".
Airien beratur dengan penuh sabar tahap kesabaran yang tinggi menunggu giliran. Hinggalah tiba gilirannya membayar, satu suara anak kecil memanggil Airien dengan gelaran mak sekali lagi buatkan Airien tersentak dan memandang ke belakangnya. Airien memandang muka pekerja kaunter yang sedang leka mengimbas barang yang di belinya tidak mengendahkan apa yang dia dengar tadi.
"Mak, mak... tunggu sat. Ni ayah ngan abang pun nak bayaq sekali".
Tergamam dia melihat budak yang memeluk kakinya tadi kini di depannya bersama seorang lelaki yang sedang memeluk barang-barang. Lelaki itu meletakkan barang-barang di atas kaunter lagi buat Airien kaku di situ.
"Maaf, nak bayar sekali ke?", soal pekerja di depan Airien.
"Adik, ni kira sekali dengan barang bini pakcik nah, satgi mau dia merajuk naya sungguhlah", spontan lelaki itu menjawab pada masa sama memohon maaf pada pelanggan yang berada di belakangnya.
Terjungkit-jungkit kening Airien memandang lelaki bertopi sama jenis dengan anak kecil yang memanggilnya gelaran mak dan bini. Dia hanya biarkan lelaki itu membayar barang keperluannya. Selesai bayar lelaki itu terus masukkan barang dan anaknya ke dalam troli Airien.
"Lah, dok terpacak lagi pasaipa, nuh orang lain pun nak bayaq jugak, bukan hang sorang ja..", menarik lengan baju Airien yang kaku di peti aiskrim depan kaunter.
"Hah, ya... ya... tapi bila pula saya kawin dengan awak?", mengikut belakang lelaki itu.
"Tadi", balas anak kecil di dalam trolinya dan menepuk tangan ke lelaki itu dengan riang.
Langkah Airien terhenti dan entah kenapa tangannya laju menepuk kepala lelaki di depannya melepaskan marah. Dia paling pantang orang tak kenal cuba mengusiknya tanpa sebab.
"Adoi, sakitlah Airien. Dok main kepala plak. Aku penat-penat belanja, hang tak reti nak bersyukur...", balas lelaki itu membetulkan topinya.
Airien tersentak sekali lagi bila namanya keluar dari mulut lelaki itu. Laju Airien menarik bahu lelaki itu agar dia boleh lihat wajahnya dengan lebih jelas. Dia terdiam sebaik lelaki itu menanggalkan topinya dan mengangkat kening ke Airien.
"Awak?".
"Ya, saya kenapa?. Tak percaya?", sambil ketawa.
"Lagi... jumpa awak?... tapi kenapa pakat dengan anak kenakan saya di kaunter?".
"Dak aih, kami nampak awak dari jauh tu yang kami mai kat awak. Saya suruh si kecik ni peluk awak, mana lah tau boleh jadi mak baru ka... Alhamdulillah sangat", balas Khairul bersahaja serta sengaja panjangkan muncungnya dan diakhiri ketawa bangga.
"Hisyh orang spesis ni pun ada, malas nak beratur. Sudahlah berapa tadi barang saya?. Saya bayar pada awak?", soal Airien berdiri depan troli mengutip barang-barangnya.
"Takpa saya belanja".
"Eh, mana boleh?", balas Airien dalam masa sama hidungnya kembang kempis berharap percuma kerana dapat dia jimatkan duitnya hari ni.
"Takpa, mak ayah saya belanja, mana nak tau kan kot-kot boleh jadi mak betui ka..".
Airien mengeleng melihat budak depannya ini petah berkata-kata mengalahkan orang tua mulutnya. Entah kenapa dua beranak di depannya ini boleh sekepala kenakannya.
"Tengok, budak pun pandai.. apalah Airien kita ni".
"Yalah, terima kasih handsome boy belanja auntie. Nanti kirim salam kat mak awak ya", mencubit pipi anak kecil itu.
"Mak kami dah takdak dah. Mak tunggu kami kat sana ka, kak"
Khairul senyum bila wajah Airien berubah dengar kata anaknya. Khairul angguk sebaik Airien mengangkat muka memandangnya sebelum sempat Airien mengajukan soalan.
"Maaf saya tak tahu encik...", perlahan nadanya.
"Airien, Khairul.. panggil Khairul saja bila di luar. tak usah guna encik tu. Aku bukan bos hang".
"Khairul, maaf ya. Saya beransur dulu. Lagipun saya ada janji dengan kawan sebenarnya. Apapun terima kasih belanja beli barang", memandang wajah Khairul tenang.
"Jumpa nanti di pejabat ...Airien", diakhiri dengan ketawa kecil.
Airien mengangguk dan terus meninggalkan Khairul, namun Airien memilih patah balik Sedikit berlari mengejar Khairul dan anaknya menuju ke pintu keluar pasaraya itu.
"Khairul tunggu", menyeluk poket sambil berlari.
"Ada apa Airien, ada tertinggal barang ke?. Ke tertinggal hati awak?".
"Tak nak bagi anak awak ni", menarik tangan anak Khairul dan pada masa sama mencium pipi anak kecil itu. Sempat dia berbisik ke anak itu sesuatu buat Khairul sedikit menjeling ke perempuan berambut perang itu.
Airien terus meninggalkan mereka sebaik selesai pesanan ringkas untuk anak Khairul. Agak berat langkahnya pulang ke hotel teringat kata-kata anak kecil itu.
"Rezeki kau dik..", rungut Airien berjalan dengan kedua-dua tangannya dipenuhi barang-barang.
Tiba sahaja di depan hotel, Airien lihat banyak motor-motor besar di tempat letak kereta. Kakinya melangkah masuk ke dalam dan cuba menyelit melepasi tetamu hotel itu sedang menunggu kunci bilik barang kali.
"Siapa tu, ramai-ramai nak pergi mana dude?", bebelnya di depan pintu mencari kunci bilik.
"Dude jom masuk.. Sibuk hal orang apa kes".
"Eh, kak kak... tunggu sat... ".
Tangan Airien terhenti menolak pintu sebaik suara yang cukup dia kenal dari sisinya.
"Apa dik?".
"Nah, tadi akak tercicir masa nak keluar. Saya tak sempat nak panggil masa tu".
"Terima kasih dik. Ini hilang, letih nak buat baru semuanya. Kiranya akak berjalan tadi tak bawa ic rupanya.. bawa duit saja. Ada polis tahan minta ic tadi tak haru jadinya....".
"Akak ni.. orang pun tau akak muka orang sini..Sama-sama kak", terus pergi tinggalkan Airien.
"Nasib baik si Khairul tadi belanja. Aku pun tak perasan wallet cicir... kau ni Airien cuainya... ".rungutnya.
Airien masuk dan sedikit menggeleng bingung bagaimana dia boleh tercicir beg duitnya di hotel. Barang-barang yang di beli di letakkan di atas katil. Entah kenapa dia teringat Janie saat ini.
"Janie, dah tiba masa aku buka ikatan semula", meraba poket mencari telefon.
Laju tangannya mendail nombor rakannya dengan muka gembira. Manakan tidak sebulan dia tidak hubungi rakan segilanya itu.
"Janie.... I miss you.... ", jeritnya sebaik mendengar suara Janie menjawab panggilan telefonnya.
"Aku sihat... warghh. rindu sangat kat kau... kau rindu aku tak?", tersenyum lebar dan sedikit teruja.
Manakala di dalam kereta Khairul bersama anaknya pulang menuju ke rumah.
"Bang, auntie tadi sembang apa?".
Anaknya meraba poket seluarnya dan menghulurkan ke ayahnya yang sedang mmandu. Khairul mengambil dari tangan anaknya. Sangkaannya hanya sekeping duit kertas 50ringgit, namun terasa tebal.
"Allah, banyaknya bagi. Ni salah bagi ke apa perempuan sorang ni?".
"Tak, dia kata buat belanja sebulan", balas anaknya.
Khairul memandu dengan perasaan rasa bersalah dengan Airien. Mana mungkin dia terima duit sebanyak tu dari Airien. Airien bukan rakan sekerjanya, dia hanya pembantu am dengan gaji yang tak seberapa.
"Bagi banyak-banyak, sedangkan baru dia gaji semalam. Lepastu minggu depan makan apa perempuan tu?. Eh dia ni.. Siap kau, aku cari kau esok di bilik Cik Sha".
Share this novel