PROLOG

Action Series 75993

Current – MALAYSIA

THE DAYYAN'S MANSION

ARGHHH...!

Kedua belah kelopak mata beliau drastik terbuntang luas! Dadanya berombak deras beserta ritma nafas sudah tercungap-cungap.

Figuranya dibiarkan terlentang di atas katil buat beberapa ketika sebelum dia perlahan bangkit daripada pembaringan.

CLAK!

Kamar beradu yang malap kini sudah terang-benderang. Masih lagi berkeadaan ritma nafas yang mencungap tanpa bersuara... hanya panahan matanya sahaja mampu dibiaskan melihat orak langkah besar cemas mommy mendekatinya.

"Rania..."

Puan Sri Tiara Helena menarik lembut tubuh anaknya ke dalam pelukan... lalu dilurut lembut belakang tubuh Dayyan Rania Kim.

"Rania mimpi benda yang sama lagi mommy... daddy..." Begitu perlahan tonasi suara Dayyan Rania Kim dikala dia menyebut 'daddy' yang sungguh menegang seraut wajahnya. 

"Maaf kalau jeritan ngigau Rania tadi tu mengganggu tidur daddy."

Tan Sri Dayyan Rafael Kim merengus kasar, lantas terus berlalu keluar dari kamar beradunya.

"Rania sambung tidur ya sayang.  Esok kan hari penting untuk Rania." Puan Sri Tiara Helena bertutur lembut sambil mengusap pipi mulus anak perempuannya yang sudah terbentuk mendung itu.

"Dulu daddy tak pernah dingin macam ni dengan Rania.  Apa salah Rania mommy?" Dayyan Rania Kim bertanya penuh sayu.

"Tak ada apalah Rania. Daddy sayang sangat dekat Rania. Kaum lelaki ni memang complicated creatures sayang kalau mahu dibandingkan dengan kaum wanita macam kita." Puan Sri Tiara Helena merasa sedikit lapang dada mendengar bunyi ketawa halus anaknya itu.

*

DAYYAN Rania Kim membuka kelopak matanya kembali sebaik sahaja mendengar pintu kamar beradunya sudah terkatup rapat oleh mommy.

Dia mula menyandarkan badannya ke kepala katil, lantas menguak rambut panjang mengurainya seangin lalu dan meraup halus seraut wajah beliau berkali-kali.

Mimpi itu... makin hebat asak bertandang menerobos ke kotak mindanya.

Mimpi itu... layarnya sama sahaja.

Dan mimpi itu...

Arghhh!  Persetankan saja! 

Mimpi hanyalah sekadar mimpi!

****

G & G INTERNATIONAL HOTELS AND RESORTS

DAYYAN Rania Kim melepaskan sedikit lelah nafasnya sebaik sahaja beliau keluar dari ruangan Ballroom hotel. Melarikan diri sebentar daripada kesesakan majlis mocktails ringkas dalam memperkenalkan dirinya selaku CEO The Dayyan's Holdings baru menggantikan daddy yang mahu bersara awal dalam menerajui syarikat warisan keluarga turun-temurun The Dayyan's. Lokasi yang dipilih sudah tentulah hotel mewah milik keluarga Romania di belah mommy yang sungguh gah ini.

Beliau baru sahaja menamatkan pengajiannya dan barusan sahaja berusia dua puluh lima tahun... dan sudahpun bergelar CEO! Jurusan yang diambil jauh sungguh dengan jawatan yang disandangnya kini.  Namun apakan daya, dia tidak boleh membantah dalam keadaan sekarang.  Keadaan di mana beliau sendiri agak kebingungan memikirkannya.

Semakin hari semakin ketara dinginnya sikap dan perwatakan daddy terhadapnya.

Entahlah...

*

ATUR langkah elegan Dayyan Rania Kim yang sedang menuju semula ke Ballroom hotel sesudah beliau keluar dari lady's washroom terhenti serta-merta!

Dia mula mengatup rapat kedua belah kelopak matanya... lantas menarik sedalam nafas dalam menghayati satu bauan yang baru sahaja menyapa deria baunya.

Mungkin kedengaran terlalu mustahil tetapi bau ini sama harumannya di kala mimpi 'itu' mula berlayar layang di mindanya.

Dayyan Rania Kim mula membuka mata. Kepalanya mula berpaling rawak. Di lorong ini tiada kelibat sesiapa pun.  Hanyalah dia sahaja yang sedang berdiri statik seperti patung cendana di tengah laluan.

Bibir mungilnya mula bertinggung sinis tipis beserta kepalanya mula digelengkan berkali-kali.

Arghhh! Persetankan saja!

Lantas beliau kembali mengatur orak langkah elegennya menuju ke Ballroom hotel.

*

"TUAN Chan... Dato' Alang." Dayyan Rania Kim menyapa hormat dua figura lelaki yang seusia baya lebih kurang dengan daddy yang sedang berada di sudut luar lorong tidak jauh dari Ballroom hotel... menempatkan para tetamu hotel melepaskan asap nikotin dan tembakau di sudut tersebut.

"Seingat I, selaku salah seorang pemegang share saham di Dayyan's Holdings, dulu-dulu Tan Sri Rafael ada juga bawa anak dia ke pejabat... tapi budak tu lelaki. Terkejut jugalah I waktu Tan Sri perkenalkan anak dia selaku CEO baru tadi... perempuan!"

"Indeed!  I pun pernah juga bergurau dengan anak Tan Sri masa budak tu kecil lagi. Tapi yang buat I tertanya-tanya... umur Cik Rania kita tu muda sungguh!  Semacam tak berapa nak logik dengan umur budak lelaki yang Tan Sri Rafael bawa dulu ke Dayyan's Holdings dengan Puan Sri Tiara."

Dayyan Rania Kim memperlahankan atur langkahnya saat mendengar perbualan Tuan Chan dan Dato' Alang.

Budak lelaki?

Kotak mindanya mula diterjah kembali dengar layar layang mimpi yang satu 'itu'...

Mellbie ISR
29/10/2021

Share this novel

Mellbie ISR
2021-10-30 00:20:26 

Hain Intan Dan Zamri :) ya story baru hihihi

Intan Dan Zamri
2021-10-29 01:48:32 

Wahhh....citer baru... Xsabarnye...


NovelPlus Premium

The best ads free experience