BAB 3

Horror & Thriller Completed 175

“Ya. Kami berempat jer” Sahut Iffah. Yang lain masih sibuk mengangkat beg.

“Saya Nordin, pemandu dari Chalet Impian. Lambat jugak hari ni ya!” Luah
lelaki itu sebaik terlihat kelibat pemandu bot. Nada suara seakan marah.

Pemandu bot ekpress sempat menoleh. “Biasa la Din, enjin buat hal.
Lagipun orang tak ramai sangat kan..”

Cepat-cepat dia berlalu sebelum lelaki berbaju batik tadi mengomel lagi.

“Semua barang dah masukkan ke dalam van ke?” Nordin bertanyakan kepada
semua.

“Ada siapa yang tertinggal barang tak?” Iffah selaku ketua rombongan
menokok. Hanna yang sedang menjawab telefon hanya mengangkat tangan
dengan tanda bagus.

“Semua barang aku dah masuk” Lutfya membalas. Amira hanya mengangguk.
Mukanya masih sungul kerana dari tadi panggilannya ke rumah tidak berjawab.

Van yang membawa mereka meluncur laju meredah jalanraya. Kira-kira lima
belas minit berjalan, van tersebut menukar arah melalui sebatang jalan
bertanah merah. Jalan yang tidak rata dengan lopak-lopak air melimpah
akibat hujan.

“Betul ke jalan ni driver?” Tanya Iffah ragu-ragu. Beberapa kali
kawan-kawannya terjerit kerana van itu bergoncang merempuh lopak.

“Jalan ni paling cepat puan. Dalam sepuluh minit lagi kita sampai. Kalau
ikut jalan raya, lepas Magrib nanti baru sampai agaknya” Jawab Nordin
acuh-tak acuh.

“Tak bahaya ke lalu kat sini?”

“Ini laluan biasa saya puan. Musim hujan sahaja macam ni keadaannya.
Kalau musim panas tak ada masaalah langsung”

Mereka melewati kawasan yang agak curam berhampiran kawasan pantai. Dari
jauh deretan chalet kelihatan tersusun dan menarik. Namun mata mereka
tertumpu pada sebuah pondok yang kelihatan di cerun bukit berhampiran.
Jauh dari kawasan yang dibangunkan sekarang.

“Pondok apa pulak tu?” Soal Amira yang sempat merakam gambar dengan
telefon bimbitnya.

“Oh tu.. Pondok pemburu tu. Salah duduk kat situ, kalau ikutkan. Tapi,
diaorang pindah randah selalu..pondok kadang-kadang berpenghuni..kadang
tak “

“Macam orang asli..”

“Sini kami panggil orang pulau..mereka akan berpindah randah antara
pulau-pulau terdekat mencari rezeki” Terang Nordin, mengambil peranan
selaku pemandu pelancong.

“Macam orang asli pulau kat Hawaii ker?” Amira pula ingin tahu.

“Entahlah, Saya pun tak pasti…yang kami tahu mereka pendatang dari
tempat lain. Bukan penduduk asal sini..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience