Fea mengambil penerbangan pertama dari New York ke Dublin, Republic of Ireland.
Dia langsung tidak marah atau berasa kesal sedikit pun. Malah dia gembira kerana tugasannya kali ini membuatkan dia tidak berada satu pejabat dengan Drake.
Mendengar negara Ireland meniti di bibir Drake, hati Fea bersorak gembira. Apatah lagi saat abangnya menyatakan, 'selagi belum dapat projek tu, jangan pulang ke sini'. Yes! Hati Fea bersorak gembira. Inilah saat yang dinanti-nantikan.
Hampir 7 jam penerbangan, pesawat United Airlines selamat mendarat di lapangan terbang Dublin.
Dari jauh, Fea sudah dapat melihat susuk tubuh yang sangat dirinduinya.
"Fea" jerit wanita itu gembira. Tangannya dibuka seluasnya.
Fea yang begitu rindukan rakan lamanya itu, memeluk erat tubuh Fiona.
"Rindunya aku dekat kau Fea.." luah Fiona sambil menatap wajah dan penampilan Fea sekarang ini.
"Kau makin cantik, Fea. Aku seolah tidak percaya yang perempuan tu adalah kau. Aku hampir tak kenal kau" puji Fiona melambung-lambung.
"Kau juga sama Fi. Semakin manis dan yah..masih simple macam dulu" luahan Fea mengundang tawa keduanya.
"Mari, kau tentu penat" ajak Fiona. Dia mengambil bagasi yang dibawa Fea lalu membawanya.
Di dalam kereta, Fea menjengah keluar tingkap. Susun atur bangunan disekitar bandar Dublin begitu tersusun tetapi agak padat. Reka bentuk bangunan disini mempunyai gaya yang tersendiri yang lain dari negara-negara lain. Mungkin inilah salah satu daya tarikkan yang ada disini.
Perjalanan dari Dublin Airport ke Balbriggan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Sepanjang perjalanan itu juga, Fea sempat mengeluarkan kameranya.
"Ni kau baru lihat di kawasan bandar tau. Banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan cantik disini. Ada masa nanti, aku bawa kau jalan-jalan" ujar Fiona sambil matanya tertumpu kearah pemanduan.
Fea yang tadi sibuk menilik gambar-gambar yang baru diambilnya menoleh dan mengangguk pantas. Dia sudah tidak sabar.
Fea tersenyum lebar. Dia tidak sangka, kedatangannya ke sini atas urusan kerja juga boleh diselitkan dengan bercuti. Tak salahkan? Fea tersengih sendiri.
**
Prakk! Drake membaling fail di atas meja, jatuh betul-betul di hadapan Fea.
Fea hanya menggerakkan bola matanya, menatap ke arah fail yang diberikan kepadanya. Kelopak matanya mengecil. Dia seperti kenal dengan fail ini sebelum hujung bibirnya terangkat.
Bola matanya terangkat lalu menatap wajah bengis Drake.
"Drake yang Fea kenal selama ni, keras hati dan tak mudah give up." Fea mengulum senyum.
"Dah fikir masak-masak ke nak serahkan projek ni pada Fea?" bukan niatnya untuk menyindir. Dia hanya cuma mahu abangnya tidak putus asa dalam menangani sesuatu projek. Itu adalah projek lama yang ingin diusahakan oleh abangnya. Kenapa harus dia yang ambil alih tugas ini?
"Jangan nak tunjuk pandai dekat sini. Buat dulu sebelum bersuara, baru tahu langit itu tinggi atau rendah" sindir Drake sinis sekali.
Fea mara beberapa langkah ke hadapan. Dia mencapai fail yang diserahkan kepadanya.
"Bila Fea boleh mula?" soalnya sekadar mahu berbasa basi.
"Esok" jawab Drake sepatah.
Tanpa bersuara, Fea memutar tubuhnya dan mahu segera keluar dari situ.
"Selagi belum dapat projek tu, jangan pulang ke sini" sambung Drake lagi.
Fea mengulum senyum sebelum melangkah keluar.
Sekali lagi dia menjadi tumpuan bagi staff-staff disitu. Fea hanya memandang ke arah mereka dan tersenyum. Kakinya melangkah ke bilik presiden. Dan ya, tindakkannya mampu membuat staff-staff disitu menganga.
"Tak mungkin teman wanita Tuan Drake berani masuk ke pejabat presiden tanpa temujanji" suara salah seorang staff wanita disitu.
Hanya dengan sekali ketukkan, Fea membuka pintu.
"Hai papa" Fea menjengah ke dalam ruangan kerja Rey.
"Fea. Come in" pelawa Rey dengan senyuman lebar.
Dinding cermin transparent yang dipasang, membuatkan sesiapa juga yang berada di dalam bilik Rey terlihat dengan jelas oleh staff-staff yang berada disekitar.
Sekali lagi staff-staff yang berada diluar ternganga bila melihat wanita itu berpelukkan mesra dengan presiden syarikat, Tuan Reynard.
"Papa tak rasa ke yang sekarang ni staff-staff papa sedang perhatikan kita?" Fea menyuarakan isi hatinya.
Ketika masih berpelukkan, Rey sempat menjeling ke arah staff-staff yang berdiri diluar dan sedang memerhati kearah mereka.
Saat melihat Tuan presiden memandang kearah mereka, masing-masing berlari dan duduk dimeja kerja masing-masing.
Rey dan Fea ketawa kerana geli hati.
Fea meletakkan fail yang diserahkan oleh Drake kepadanya.
Dahi Rey berkerut.
"Ini bukan ke fail projek dari Balbriggan,Ireland tu?" soal Rey sekadar mahukan kepastian.
"Ya, betul" ujarnya sambil mengangguk.
"Abang Drake yang arahkan Fea handle projek ni dan esok.." Rey menunggu kata-kata dari anak gadisnya.
"esok Fea akan terbang ke sana" sambung Fea.
Rey tidak mampu berkata apa. Hanya terdengar keluhan dari mulutnya.
Tapi tidak bagi Fea. Dia sekadar tersenyum.
"Papa jangan risaulah. Kebetulan Fiona tinggal di bandar yang sama. Jadi, Fea takdelah terkial-kial sorang-sorang dekat sana."
Wajah Rey nampak sedikit ceria.
"Betul ke ni?"
Fea mengangguk.
"Nanti Fea hubungi Fiona, maklumkan tentang hal ni"
"Baiklah" Rey menarik nafas lega. Anak gadisnya baru saja sebulan pulang ke sini dan sekarang, mereka terpaksa berpisah lagi.
"Papa jangan risau, Fea akan sentiasa update perkembangan terbaru sewaktu disana nanti."
Rey mengangguk setuju.
"Eloklah Fea pulang dulu, rehat. Esok Fea harus harung perjalanan yang panjang. Minta Janet siapkan luggage untuk Fea, ya." Fea sekadar mengangguk faham.
"Tapi sebelum tu, mari papa kenalkan Fea dengan staff-staff papa."
Kedua mereka bangun. Dan saat mahu keluar dari ruangan pejabat Rey, Fea berpapasan dengan Taylor.
Tatapan Taylor terhadap Fea langsung tidak berkelip. Dia terpegun melihat penampilan Fea yang semakin matang dan anggun. Berbeza dari hari konvokesyennya satu bulan yang lalu. Begitu juga penampilan wanita itu sewaktu dirumah.
"Taylor" panggil Rey.
Taylor tersedar.
"Tuan" sahut Taylor gugup.
"Hey, Taylor" sapa Fea ramah.
Taylor tersenyum lebar. Dari dulu hingga sekarang, Fea tetap wanita yang sama. Ramah dan tidak sombong. Itu antara sikap Fea yang telah menarik hati Taylor.
"Hi Fea. It's good to see you here" ujar Taylor tanpa mengalihkan pandangannya sedikit pun dari Fea.
"Sibuk?" soal Fea.
"Tak juga. Baru je selesaikan satu projek di St.George." beritahunya.
"Wow, congrats" ucap Fea bangga dengan pencapaian Taylor.
Fea menatap wajah lelaki dihadapannya. Penampilannya dan juga pembawakkannya lebih matang berbanding dulu. Fea tidak menafikan yang Taylor memiliki wajah yang sangat tampan.
Seperti yang dia tahu dari Rey, Taylor sebenarnya mempunyai darah kacukkan Korea dan Eropah. Sebab itu wajahnya tidak seperti orang Inggeris biasa.
Ini adalah kali pertama dia melihat Taylor bekerja di pejabat. Sebelum ini dia hanya melihat Taylor di mansion sahaja.
Rey hanya diam dan sekadar menjadi pendengar perbualan antara pembantu peribadinya dengan Fea. Rey begitu berpandangan terbuka. Dia tidak pernah melarang dengan siapa anaknya hendak berkawan dan berhubungan asalkan tindak tanduk anaknya tidak menjatuhkan aib dan maruah keluarga.
"Fea" panggil Taylor disaat Fea dan Rey mahu beredar.
"Awak free malam ni?" soal Taylor sesekali melirik ke arah Rey yang menatap tajam kearahnya.
"Kenapa?" Melihat riaksi dan tindakbalas Fea terhadap Taylor, membuat Rey sedikit tenang.
"Saya ingat nak ajak Fea dinner, bolehkan Tuan Rey?"
Itu yang paling digemari oleh Rey. Segala tindak tanduk Taylor, dia tidak pernah sesekali membelangkang dirinya sebagai majikan dan juga bapa kepada Fea. Lelaki itu sempat meminta izin darinya terlebih dahulu. Taylor seorang pekerja yang baik, berkaliber dan sopan. Dia hormat dengan sesiapa sahaja dan pandai bawa diri.
"Boleh. Nanti send location ya" Fea mahu beredar.
"Er..tapi.." langkah Fea sekali lagi terhenti.
"Biar saya saja yang jemput Fea di mansion" suara Taylor sekadar memberi pendapat.
Taylor sempat menjeling sekilas ke arah majikannya. Rey nampak sedang mengangguk setuju dengan cadangan Taylor.
"Nice. See you tonight, Taylor" ucap Fea sebelum beredar.
Taylor tersenyum lebar. Dia rasakan inilah saat yang paling sesuai.
Taylor berlalu.
"Minta perhatian semua" panggil Rey.
Semua staff yang berada disitu bangun, berjalan dan berkumpul di hadapan Rey dan Fea.
"Saya tahu, tentu kamu semua tertanya-tanya, siapa perempuan muda yang cantik manis ditepi saya ni, kan?"
"Siapa Tuan? Tak nak kenalkan dengan kami ke?" suara seorang staff lelaki.
Rey sekadar tersenyum.
Fea memandang ke arah Rey sebelum lelaki itu memberi isyarat anggukkan kepada anaknya.
"Hello, hai everyone" sapa Fea lembut sambil senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
"Salam perkenalan dari saya Aradea Fae Reynard, anak kepada presiden kita, Reynard Co Lockwood."
Staff lelaki tadi segera menundukkan wajahnya. Dia takut jika kata-katanya tadi mengundang rasa amarah dari majikannya.
"Sebenarnya saya pekerja baru disini dan akan ditugaskan dibawah seliaan Tuan Drake di bahagian hartanah." Fea sempat menjeling sekilas ke arah Drake yang berjalan ke arah mereka sambil kedua tangannya diseluk ke dalam saku seluar.
Staff yang lain sempat memberi laluan kepada Drake untuk berdiri disebelah adiknya.
"Maaf Tuan Drake. Kami fikir tadi, wanita ni teman wanita Tuan Drake."
Fea mengulum senyum, geli hati dengan andaian staff-staff disini terhadapnya.
Drake sekadar menjeling kearah Fea yang mentertawakannya.
"Yelah, selama ni, Tuan tak pernah bawa mana-mana perempuan ke pejabat. Sebab tu kami fikir, itu teman wanita Tuan Drake. Maafkan kami" suara seorang wanita.
Drake sekadar tersenyum.
"Nampaknya, kami masih ada peluanglah ye?" suara salah seorang staff wanita lain pula.
Fea menahan tawanya dari meledak. Baru sekarang dia tahu, abangnya ini sebenarnya punya ramai peminat di pejabat.
Drake sempat menoleh ke arah Fea yang mentertawakannya. Mukanya merah padam, malu bercampur marah.
Bersambung...
Hehehe.. Drake...Drake... Lelaki tampan idaman setiap wanita. Sungguh pun dia kerap kali ke pub, tapi dia tidak pernah menyentuh satu pun wanita untuk dibawa tidur. Banyak yang mahukan belaiannya, namun kesemua mereka tidak dipandang sedikit pun oleh Drake. Kenapa ya?
Share this novel