Bab 25

Fantasy Completed 13895

"kai.. Kamu tahu kenapa bonda suruh kamu balik?" puan erika memandang lembut wajah anak lelakinya.

"kai tahu bonda. Semua ni sebab ayah tiri perempuan tu kan? Kenapa bonda peduli sangat dengan dia?"

Wanita itu tersenyum. "kamu tak peduli ke?"

"bonda. Kai peduli sebab ayah dia punca semua  ni, kai datang tempat dia pon sebab nak balas dendam dekat bapak dia. Tu je" ujar kai lalu menarik nafas panjang.

"kalau macam tu.. Kenapa suruh dani datang?"

Zupp.. Kai tersentak. Bonda tahu?
"apa maksud bonda?"

"kamu tahu tak? Bonda rasa dia memang suka dani. Kamu terlalu keras hati." ujar puan erika lalu duduk di kerusi berhadapan anaknya.

"kai tak kisah pasal dia dengan dani. Yang penting sekarang kai dapat balas dendam untuk kita." lelaki itu mula memeluk tubuh. Matanya dialihkan dari memandang wajah bonda nya.

"baik. Tapi bonda nak satu hal"

Kai mengerutkan dahi memandang bondanya. "hal apa?"

"betul kamu tak kisah pasal dia? Kamu tak kisah kalau dani ambik dia?"

"bonda" kai hilang kata kata.

Puan erika tergelak. "kenapa? Tak tahu nak cakap apa?" wanita itu menggeleng perlahan.

"kai keluar dulu", ujar lelaki itu. Dia terus bangun menuju ke pintu bilik.

"kai." panggilan puan erika menghentikan langkah anak lelakinya.

"suruh dani balik lepas tugas kamu selesai. Lepas ni bonda nak kamu duduk dengan bonda di sini" wanita itu memberi arahan.

Kai diam tidak membalas. Terus lelaki itu melangkah keluar.

"hmm.. hati batu."
________________

"jane!" laung kai dari ruang tamu.

Terkocoh kocoh gadis itu berlari ke ruang tamu.
"ye tuan? Kenapa?"

"esok ikut aku. Aku nak selesaikan sesuatu dengan bapak tiri kau" arah kai dengan muka serius. Kedua tangannya di selukkan ke dalam poket.

Hah?! Jumpa pakcik jery? "tapi kenapa saya kena ikut?" soal jane yang masih terpinga pinga.

Kai tersenyum sinis. "sebab bapak tiri kau nak engkau datang sekali jumpa dia"

Jane menggeleng laju. "tuan, ayah saya akan bunuh saya nanti sama macam dia bunuh mak saya. Saya.. Tak nak pergi.." gadis itu memandang kai penuh berharap.

Kai hanya tergelak sinis. "bagus, besok aku bawak kau jumpa dia. Malam ni tidur lena ye sayang.." lelaki itu mengelus lembut rambut jane dan berlalu naik ke tingkat atas.

Jane memandang tidak percaya. Sampainya hati dia... Apa aku nak buat sekarang?!
_____________
Malam.

Jane tidak dapat melelapkan mata. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Air matanya tumpah. Sungguh dia perlukan seorang teman tika itu untuk diluahkan segalanya.

Terbit rasa rindu pada dani... Gadis itu teresak esak menangis seorang diri sehingga tertidur.
____________

Pagi

Tuk tuk tuk.. Pintu bilik gadis itu diketuk seperti hendak roboh.

Jane terbangun dari tidurnya. Pantas gadis itu membuka pintu. Tersembol wajah kai yang masam mencuka memandangnya.

"kai?"

"kau pergi mandi sekarang! Kalau kau tak keluar dalam masa 15 minit, aku pecahkan pintu bilik kau" lelaki itu memberi amaran. Dia memandang jane dari atas ke bawah.

Jane yang baru tersedar dia memakai gaun tidur  segera menyembunyikan badan di balik pintu. Panas wajahnya. "saya mandi dulu" Pap! Pintu ditutup segera.

"tuan.. Saya dah siap" meluru gadis itu keluar dan mengunci pintu.

Kai menjeling. "lembab. Dah cepat jalan" lelaki itu berjalan ke arah garaj kereta. Perlahan-lahan garaj itu terbuka. Kelihatan sebuah kereta sedang terletak elok di dalamnya.

Wow. Aku tak pernah nampak pon kereta ni? Tidak berkerlip mata gadis itu memandang.

Kai membuka pintu kereta dan masuk. Apasal pulak perempuan ni masih tercegat depan kereta? Pantas hon ditekan.

Prinn!!! Hon berbunyi kuat.

Jane terundur ke belakang kerana terkejut. Kuatnya bunyi kereta ni!

"hoi perempuan, kau masuk sekarang!"laung kai dari dalam kereta.

Jane mengangguk laju. Patutlah, asyik sangat dia tengok kereta. Pantas pintu kereta di buka dan gadis itu masuk. Jane menghadiahkan senyuman manis kepada kai.

Lelaki itu membalas senyuman jane dengan jelingan tajam. " jangan menyusahkan aku boleh tak?" tajam kai bersuara mematikan senyuman gadis itu.

"maaf tuan.."

Laju kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah agam itu menuju ke kampung sebelah. Destinati utama ialah rumah banglo usang di hujung kampung.
__________

"kai.. Kita tunggu pakcik jery di sini ke?" tanya jane sambil memerhatikan rumah banglo tempat tinggal kai sebelum ini.

"jom masuk" kai membuka pintu dan berjalan ke arah pintu utama rumah.

"tunggu lah saya!" cepat cepat jane keluar. Dia mengejar langkah kai.

Kai memerhatikan kawasan di dalam rumah agam itu. Semuanya tampak usang dan bersawang.

Jane berjalan rapat dengan lelaki di hadapannya. Rasa takut masih lagi menggunung. Gadis itu melihat kai naik ke tingkat atas. Aduh! Kenapa nak naik atas pulak?! Dipercepatkan langkahnya mengejar langkah kai.

Kai memandang pintu pintu bilik di hadapannya.
Dah lama aku tak jenguk rumah ni. Aduh! Kai menoleh ke belakang apabila belakang badannya di rempuh seseorang.

"maaf tuan" jane menundukkan sedikit kepalanya.
Kawasan di situ agak gelap jadi dia tak perasan kai ada di hadapannya.

"kau buta ke?" kai menggeleng. Baru dia hendak melangkah, hujung bajunya ditarik.

"tuan" jane berbisik..
"hati hati, kat rumah ni ada penunggu" bisik gadis itu lagi.

Lelaki itu tersenyum sinis. "kau pernah nampak ke?"

Pantas jane mengangguk. "saya dah pernah jumpa" balas gadis itu bersungguh sungguh.

"oh, macam mana rupa penunggu tu?" kai memusingkan badan ke arah jane. Menarik.

Jane mengigit bibir. Lantas di gadis itu berjengket cuba mendekatkan mulutnya ke telinga lelaki itu.

"penunggu tu rupa dia macam serigala, bulu putih. Badan dia besar sangat" bisik jane lagi.

Kai menahan gelak. "kau takut?"

Jane terdiam. Dia memandang sekeliling nya.

"kalau kau takut, kau tunggu sini ok" ujar kai dan berlalu meninggalkan gadis itu.

Pantas jane menarik baju kai. "tak nak, saya ikut tuan"  gerun dia seorang diri di situ.

"budak lembik" nada kai sedikit sinis namun jane tidak mengendahkan. Yang penting dia bukan seorang diri!

"tak ada apa apa, jom keluar" kai menarik tangan jane yang masih memegang bajunya.

"kai, kita nak jumpa pakcik jery kat mana sebenarnya?" tanya jane sejurus sahaja dia masuk ke dalam kereta.

Kai tidak menjawab. "kau nak balik rumah kau?" soal lelaki itu pula.

Pantas jane mengangguk. Lebar senyuman gadis itu. Ya, dia sangat rindukan rumahnya ketika itu.

Kereta meluncur laju bergerak menuju ke arah rumah gadis itu. Sepanjang perjalanan kai dan jane tidak bersuara.

"berhenti!" jane memegang tangan kai yang sedang memandu. Kai yang terperanjat menekan brek secara mengejut.

"woi nak mati ke?!" kai bersuara kuat lalu menoleh memandang gadis di sebelahnya.

"bukan.. Maaf tuan, saya cuma nak singgah kedai tu" jane menundukkan wajahnya sambil menunjuk ke arah sebuah kedai.

"kalau ye pun, bagi jela tahu tak payah buat aku terkejut. Kalau terbabas tadi macam mana?" marah kai lagi. Lelaki itu mendengus.

Jane hanya diam. Ye tahulah salah. Janganlah marah lagi!

"keluarlah cepat, pergi beli apa kau nak."

Cepat cepat jane keluar untuk membeli beberapa barang basah.
________________

Kai memberhentikan kereta di depan rumah jane. Matanya liar memerhatikan sekeliling.

Jane pantas turun dan membuka pintu rumahnya. Dia menoleh ke arah kai dan melambaikan tangan menyuruh lelaki itu masuk.

Gadis itu meletakkan barang dapur yang dibeli di dalam sinki. Ligat tangannya membasuh sayur dan ikan.

"kau buat apa?" tanya kai. Suara lelaki itu begitu dekat dengan telinga jane. Jane menjarakkan badannya.

"saya nak masak makanan tengah hari, kita makan kat sini ye tuan" ujar gadis itu sambil tersengih.

"hmm" balas kai dan berlalu ke ruang tamu. Lelaki merebahkan badan di atas sofa. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat.
__________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience