25

Romance Completed 95763

Jam menunjukkan 12 tengah hari. Ikram Benjamin membuka apronnya. Suhu api dapur gas direndahkan sedikit. Sementara menunggu sup tulang mendidih, dia perlu mengejutkan Anggun Dahlia. Setelah memastikan keadaan dapur dalam keadaan selamat, dia mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Sambil melangkah bibirnya tidak lekang dari senyuman. Oh, hati! Bahagianya rasa ketika itu. Dia tidak mahu hari ini berakhir dengan cepat.

Dia memulas perlahan tombol pintu biliknya. Senyap saja suasana didalam biliknya. Sudah pasti bidadarinya masih belum bangun. Diatas katil sana, Anggun Dahlia sedang lena dibuai mimpi siang. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Bibirnya tersengih melihat Anggun Dahlia yang masih pulas dalam lenanya. Perlahan saja tapak kakinya melangkah ke katil. Dia tidak mahu mengejutkan perempuan itu. Dia melabukan punggung dibirai katil.

“Serabainya rambut dia kalau tidur.” Dia tergelak kecil. Kemudian, rambut panjang yang menutupi muka Anggun Dahlia dilurut ke tepi dan diselitkan ke telinga. Raut itu diperhati lama. Sampai bila-bila pun dia tidak akan pernah puas menatap muka itu.

Pandangannya jatuh pada kening yang tersusun cantik. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Pandangannya turun ke hidung yang terletak elok. Tidak terlalu mancung. Tetapi cukup membuatkan dia mahu menggigit puncak hidungnya. Kemudian, dia memandang lama pada bibir merah jambu itu. Warna bibir yang asli. Tidak perlu mengenakan solekan tebal. Anggun dahlia tetap cantik dan anggun. Seanggun namanya juga.

Dia membelai lembut pipinya. Mukanya dirapatkan ke pipi Anggun Dahlia. Sebuah kucupan hangat melekat pada kulit pipi itu. Tidak cukup disebelah kanan, pipi kiri pula menjadi sasaran. Tubuhnya bergerak sedikit apabila terasa lenanya diganggu.

“Assalamualaikum bidadari abang.” Suaranya meniti ditepi telinga Anggun Dahlia.
Anggun Dahlia membuka kelopak matanya perlahan. Kelopak matanya digosok bagi menghilangkan kabur dimata. Dia memandang ke sisi. Ikram Benjamin sedang tersenyum ke arahnya.
“Em...wa…walaikumsalam.” Pipinya terasa panas. Dia menggigit bibir bawah. Malu mahu menatap Ikram Benjamin.

“Sayang okey?” Ikram benjamin menyorok senyumnya.

“O..okey. Dahlia nak mandi dulu.” Dia memalingkan mukanya ke arah lain. Comforter ditolak ke tepi. Dia turun dari katil sambil diperhatikan Ikram Benjamin.

“Kalau tak boleh berjalan, biar abang dukung sayang.” Bibirnya terlakar sengihan lebar. Suka melihat muka Anggun Dahlia sedang menahan malu.

“Tak payah. Dahlia sihat wal’afiat lagi.” Tubuh Ikram Benjamin yang berada didepannya ditolak sedikit ke tepi. Menghalang laluannya saja.

“Sayang malu ke dengan abang?” Dia masih lagi tersengih sendiri. Matanya memerhatikan Anggun Dahlia yang sedang menapak ke bilik air.

“Malas nak layan.” Anggun Dahlia mempercepatkan langkahnya. Laju saja pintu bilik air ditutup. Kemudian, dikunci. Tidak mahu lelaki menceroboh masuk seperti tempoh hari. Dia memandang ke cermin dinding. Tidak lama, bibirya menguntum senyuman. Kemudian, dia tersengih sendiri. Cepat saja mulut ditutup. Mana tahu, Ikram Benjamin sedang menantinya diluar. Mukanya ditekup dengan tapak tangan.

“Sukaaa!!!” Bahunya terhinjut menahan ketawa dalam diam. Hati oh hati, terima kasih kerana buat dirinya rasa dihargai. Badan dibersihkan dengan segera.
----
Tap! Tap! Tap!

Anggun Dahlia menapak menuruni tangga. Hidungnya menangkap bau masakan. Tiba-tiba berkeroncong perutnya minta diisi. Dari tangga itu dia cuba menjengah ke bawah. Mana tahu ada Ikram Benjamin disitu.

'Mana dia pergi?' Matanya meninjau disekeliling dapur dan kolam renang. Kosong. Dia terus menapak menuju bar. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya diatas bangku tinggi. Diatas meja bar telah siap tersusun pelbagai jenis makanan. Makanan ditinggal saja begini. Orangnya tiada.

Dia menongkat dagu menunggu kemunculan Ikram Benjamin.

satu minit.

Dua minit.

Tiga minit.

Empat minit.

Tap!

Pintu utama hadapan ditutup. Anggun Dahlia memusingkan badannya mengikut bunyi itu. Kelihatannya, Ikram Benjamin berjalan ke arahnya sambil kedua-dua tangan disorok pada belakang badannya.

"Abang pergi mana?" Keningnya bertaut pelik. Matanya jatuh pada tangan yang disorokkan.

"Keluar sekejap. Jom makan." Ikram Benjamin menarik senyum. Bagai tiada apa yang berlaku.
Seketika itu, suasana didapur senyap. Dia memandang Anggun Dahlia. Kemudian, dia menunduk semula sambil tersenyum.

Selesai makan, Ikram Benjamin bangun. Sepertinya ada sesuatu yang disorokkan. Anggun Dahlia masih belum sudah dengan suapannya.

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday, happy birthday. Happy birthday to...you." Habis saja nyanyiannya, dia menghulurkan sejambak bunga tulip putih kepada Anggun Dahlia.

Perempuan itu terpana. Sudu diletakkan diatas pinggan. Makanan yang belum siap dikunyah ditelan terus. Bersusah-payah dia mahu menelannya.

"Selamat hari lahir yang ke-27 tahun, bidadari abang." Bisikan itu lembut menerjah rongga pendengaran Anggun Dahlia.

"A...abang..." Matanya memandang pada bunga tulip. Cantik. Bunga kesukaannya.

"Hadiah yang tak seberapa dari abang untuk bidadari abang...dunia dan akhirat." Sebuah kucupan hinggap didahi dan pipinya. Lembut sentuhan itu.

"Terima...kasih sebab ingat hari lahir Dahlia." Matanya sudah berkaca.

"Syyy...jangan nangis. Apa saja tentang bidadari abang, abang sentiasa ingat. Takkan pernah lupa." Leher Anggun Dahlia menjadi sasarannya. Ciuman demi ciuman hinggap dileher jinjangnya.

"So, lepas ni abang dah boleh minta anak-anak, kan?" Keningnya dimainkan sambil tersengih nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience