BAB 21

Drama Completed 5869

“Assalamualaikum ibu,”

“Waalaikumsalam,sayang,” suara ibu kedengaran sendu dihujung talian.

“Ma,kenapa nie?”

“Laila balik sayang,atuk tengah sakit,” tangisan ibu mula pecah

“Ok ibu,kejap lagi Issabella balik dengan Airel,”

Talian diputuskan,Laila memandang suamainya dengan mata yang bertakung. Hasby yang memahami riak wajah Laila menyuruh dia bersiap untuk pulang ke rumah keluarga Laila.

Keadaan Villa Vantage sunyi ketika Laila sampai. Diruang tamu kelihatan Datuk Badlyshah sekeluarga sedang berteleku. Wajah muram terpancar diwajah masing-masing. Datin Mariam memberitahu bahawa selepas mereka berdua keluar dari rumah tersebut,Tengku Hafizi diserang sakit jantung. Seminggu lamanya dia ditahan diwad kecemasan. Sepanjang disana,hanya Mahfis yang sering melawatnya.

Sekarang ini Tengku Hafizi telah dibawa pulang kerumah tetapi dia sering meracau memanggil nama setiap nama ahli keluarganya termasuk nama Laila. Ketika Laila memasuki bilik itu bersama Airel,keadaan Tengku Hafizi amat menyayat hati. Tengku Hafizi meminta maaf kepada Laila kerana membuangnya dari keluarga. Dia telah mendengar segala kebenaran daripada Fezrol.

Ketika Laila keluar dari bilik kelihatan Mahfis berdiri di tangga.

“Issabella …,” Mahfis bergerak menghampiri Laila,” Abang nak mintak maaf pasal hari tu. Abang sedar yang abang tak sepatutnya kacau rumah tangga Issabella,”

Laila tersenyum mendengar kata maaf dari Mahfis,”Issabella dah lama maafkan Is. Lagipun kitakan satu keluarga. Bagi Issabella,dapat balik keluarga Issabella yang dahulu dah cukup,”

“Nanti Issabella tolong abang boleh?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience