BAB 28

Romance Completed 13565

Tetamu beransur pulang setelah majlis selamat rumah selesai. Keluarga Aqisha menjadi tetamu yang paling akhir sekali meminta diri. Aqisha bersalaman dengan Puan Sabrina serta Encik Kamal selepas mama dan papanya. Tengku Emran yang berada di belakang ibunya hanya melemparkan senyum ke arah Aqisha. Dia mengangkat jari kelengkeng dan ibu jari membuat tanda "call me" ke arah Aqisha. Aqisha hanya mengangguk kemudian segera melangkah membuntuti mama dan papanya keluar rumah.

"Terima kasih sudi datang Mai.. Lainkali jangan segan bertandang ke sini.."

Puan Sabrina bersuara seraya tersenyum ke arah Aqisha sekeluarga.

"Insyaallah Sab.. Kami minta diri dulu la ye.. Assalammualaikum.."

"waalaikummusalam.."

Jawap Tengku Emran sekeluarga.

° ° ° ° ° ° °
Pada malam itu Aqisha duduk di birai katil dan mengingat kembali permintaan Tengku Emran. Skrin telefon ditatapnya. Tengku Emran memaksanya untuk menyerahkan nombor telefonnya supaya senang mereka berhubung. Sedangkan Tengku Emran boleh sahaja datang ke rumahnya dan memberitahunya apa-apa sahaja perkara yang lelaki itu ingin katakan. Tetapi perkara itu nampak tidak manis dipandang orang yang tinggal berdekatan jika lelaki itu selalu berkunjung. Permintaan Tengku Emran tengahari tadi dikenang kembali. Dia sedaya upaya menahan tawa.

° ° ° ° °

"Awak tolong ajar saya tunggang basikal sampai saya reti."

Terhambur ketawa Aqisha saat itu juga. Perutnya ditekan menahan geli hati. Lelaki ini tak reti tunggang basikal? Kahkahkah lawak.
Tengku Emran yang geram ditertawakan begitu segera mencuit buih sabun pencuci pinggan ke pipi tembam Aqisha.
Aqisha yang tersentak dengan aksi Tengku Emran terhenti ketawa. Jelingan tajam dihadiahkan. Dia cuba membalas kembali mencuit buih di wajah Tengku Emran namun serangannya berjaya ditepis berkali-kali. Aqisha naik lelah. Dia berhenti seketika.

"cik mok penat? Lain kali jangan galak sangat ketawakan orang. Saya tahu perkara ni lucu bagi awak sebab saya dah besar panjang tapi tak tahu naik basikal. Kalau ikutkan hati, saya memang taknak luahkan perkara ni dengan siapa-siapa sebab saya malu. Bila saya luahkan kat awak, saya ingat saya boleh percayakan awak untuk tak ketawakan saya. Tapi ternyata saya silap. awak pun sama macam orang lain.."

Wajah Tengku Emran menunduk. Tiba-tiba hatinya sebak mengenangkan perkara itu.
Aqisha yang pada mulanya ingin memarahi Tengku Emran yang suka memanggilnya "Cik Mok" tidak jadi meneruskan niat. Timbul rasa kasihan di hatinya.

"Kalau saya taknak tolong awak macam mana?"

"Kalau taknak maknanya awak berhutang nyawa dengan saya. Permintaan saya taklah besar sangat. Saya cuma nak awak ajar saya sampai saya mahir. Awak pikir-pikirkan la dulu ye. Tapi ingat, saya nak jawapan awak secepat mungkin, cik mok.."

° ° ° ° ° °

Perbualannya dengan Tengku Emran siang tadi kembali menerjah fikirannya. Satu keluhan berat dilepaskan. Skrin telefon kembali ditatap. Tiba-tiba satu SMS masuk.

_Hai Cik Mok.. Macam mana? Setuju tak?_

Satu SMS dari nombor yang tiada dalam senarai kenalan Aqisha dibaca teliti. Melihat perkataan "cik mok", dia sudah tahu siapa yang menghantar mesej itu. Tangannya laju membalas mesej Tengku Emran.

_Ok. Deal. Saya ajar sampai awak pandai._

Bing.!! Mesej masuk lagi.

_Yes! Terima kasih awak. Saya memang harap sangat awak sudi. Alhamdulilah. Okay laa. Jumpa hujung minggu ni tau. Jangan lupa tu. Goodnight, sweetie. ^,^_

Mesej terakhir itu dibalas dengan ucapan "Goodnight too" oleh Aqisha.
Aqisha kemudiannya melabuhkan diri di atas tilam empuknya miliknya. Telefon bimbit diselit dibawah bantal. Tanpa sedar, matanya mulai memberat dan akhirnya dia terlena dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience