10.

Romance Completed 46657

"Kenalkan Saya Tuan Jamil yang menjaga Ketenteraan disini. Ni Jeneral Zulkifli dan Leftenan Uthman." Kata tuan Jamil memperkenalkan diri dan 2 pegawainya.

Dua Team dari 2 Syarikat memperkenalkan diri mereka. Keempat mereka adalah lelaki dan hanya mereka berdua perempuan.

"Hmm Assalammualaikum, Saya Aura Rasyid dan ni sahabat saya Melissa malik. Kami berdua mewakili dari Syarikat Usaha Bersatu Sdn Bhd." Kata Aura memperkenalkan diri.

Uthman melihat wajah Aura didepannya.

"Hmmm jangan nak tengok anak dara orang macam tu." Kata Tuan Jamil kepada 2 pegawainya dan 4 orang individu itu.

"Maaf Tuan." Kata Zul.

"Ok. Kita mulakan sekarang boleh?" Tanya Tuan Jamil.

Semua menganggukkan kepala serentak. Tuan Jamil berdiri dan menunjukkan 6 biji bangunan lama yang didiami oleh keluarga Tentera.

Zul menyerahkan kertas kerja yang disediakan oleh dia sendiri kepada 6 orang disisi dan didepannya.

Hampir sejam Mesyuarat diadakan, Akhirnya Tuan Jamil meminta Lakaran Binaan yang akan diberikan oada mereka.

Hanya dari Syarikat Aura sahaja yang memberikan Satu fail bersama satu pendrive yang memaparkan Bangunan 3D yang akan mereka bina dan gantikan bangunan lama itu.

Manakala didalam faik yang diserahkan Sebut harga dan Masa dijalankan tertera didalam fail tersebut.

Akhirnya Tuan Jamil berpuas hati dengan hasil kerja dari dua orang gadis didepannya dan bersetuju bekerjasama dengan Syarikat mereka.

"Mel. Aku gerak dulu." Kata Aura tergesa-gesa.

"Ok hati-hati. All the best tau." Kata Melissa.

Utuman melihat Aura yang keluar dari bilik mesyuarat terburu-buru. Dia mulai hairan dan bertanya pada Melissa.

"Kenapa dengan kawan awak tu?" Tanya Uthman.

"Oo dia dah janji dengan family dia. Nak cuba perubatan Akupuntur untuk menyembuhkan Kaki suami dia." Kata Melissa terus terang tanpa sembunyi.

"Ooo. Ok." Uthman berlaku keluar meninggalkan Zul dan Melissa didalam bilik Mesyuarat.

"Tahniah tau atas kerjasama ni." Kata Zul.

"Terima kasih." Balas Melissa.

"Lepas ni nak kemana?" Tanya Zul.

Melissa melihat jam ditangannya. Kira nak balik keofis namun dia rasa takkan sempat.

"Ermm balik kot." Kata Melissa.

"Jom Saya belanja awak makan. Kata Zul.

"Boleh juga." Kata Melissa menerima ajakan Zul.

Mereka berjalan beriring keluar dari bilik mesyuarat dan menuju ke kereta masing-masing.

Disisi lain Aura sampai ke rumah Mertuanya tepat jam 6 petang. Dia mulai menapak masuk selepas memakirkan keretanya dilaman.

"Assalamualaikum." Aura memberikan Salam.

"Waalaikumsalam. Aura Baru sampai?" Tanya Neily.

"Haah. Kejap tau Ma. Aura sediakan jarum yang Prof bagi Aura dulu." Kata Aura.

"Takpelah. Aura mandi dulu rehat kejap, Makan leoas tu barulah buat perubatan akupuntur tu." Kata Neily.

"Takpe Ma. Waktu macam ni ok sikit sebab urat dalam badan mulai lembut semula." Kata Aura yang mula menaoak naik kebilik Mateen.

Dia melihat Mateen yang sedang merenungnya. Aura hanya buat tak endah. Dia mengeluarkan Box Kayu hadiah dari prof. Robert semasa dia belajar dulu.

Dia duduk dilantai disisi Mateen yang sedang duduk dengan kaki lurus kedepan.

Neily dan Marzuki masuk kedalam bilik Mateen dan duduk dibirai katil sebelah Mateen.

"Kau nak buat apa ni bodoh??" Tanya Mateen.

"Kalau kau nak sembuh dan berjalan semula kau jangan nak banyak cekadak kat sana. Tengok je." Kata Aura emosi.

Dia mulai mengambil jarum dan mendiangkan diatas api mancis ditangannya.

Dia menekan nekan urat dikaki Mateen lalu menyucukkan Jarum itu dengan kata Bismillah.

Hampir 10 titik dikedua kaki Mateen dicucuk dengan jarum. Dia melihat jam ditangannya. Dah sampai waktu dia mencabut kesemua jarum itu.

"Aku nak kau bangun dari sini." Kata Aura.

"Kau gila ke. Atau kau nak bunuh aku." Tanya Mateen.

Aura yang marah mengambil buku berkulit keras diatas meja tak jauh darinya berdiri lalu menghempas kaki Mateen dengan kuat.

"Sakitlah Bodoh!!" Herdik Mateen.

"Kau rasakan sakit. Selama ni kau ada rasa sakit tak kalau kau tumbuk kaki kau tu?" Tanya Aura.

Mateen terpana begitu juga dengan Neily dan Marzuki.

"Lepas ni, Mama bantu urut kaki dia ni agar sistem darahnya kembali lancar." Kata Aura.

"Esok Aura buat lagi?" Tanya Neily.

"Tak boleh selalu Ma. Apa yang Aura buat tadi tu adalah membuang toksik dalam darah dan melembutkan urat yang dah mulai kembang sebab tak pernah bergerak. Kata Aura

" Jadi?" Tanya Marzuki.

"Mama urut setiap hari agar peredaran darah dia lancar. lepas tu tiap pagi, bawalah training berjalan sikit dari terperap atas katil tu macam patung bernyawa." Sindir Aura.

Neily tahu akan amarah dihati Aura. Namun dia tak mampu menyampuk walaupun sebatas ibu mertua.

"Aura nak bersihkan diri dulu." Kata Aura berlalu dari sana.

"Sampai bila nak perang?" Tanya Marzuki.

"Sampai mati." Kata Mateen.

"Jangan menyesal kemudian hari dah lah." Kata Marzuki lagi.

"Mateen takkan menyesal kalau lepaskan budak gemuk tu." Kata Mateen.

Marzuki dan Neily hanya mampu diam dengan kata kata anak tunggalnya.

Aura mendengar apa yang terucap dari mulut Mateen tadi. Jelas kerana masa Mateen berkata, Aura membuka pintu Kamar mandi kerana ingin mengambil sabun didalam begnya.

Airmatanya mengalir jua kepipinya. Kenapa tiap kali cacian dan hinaan yang keluar dari mulut lelaki ini selalu membuatnya mengalirkan air mata.

"Kalau dapat dilihat hati ni, Aku rasa tak payah menanti belah memang dah hancur lebur." Kata Aura menutup mulutnya agar tak kedengaran esakannya didalam kamar mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience