36

Romance Completed 95763

“Hey! What’s up, man? Kau buat apa dekat sini? Tiba-tiba muncul depan mata aku?” Soal Ikram Benjamin penuh teruja. Bahu Jimmy ditepuk perlahan.

“As usual… I am doing my job. But, since I am here, I just take a look around Istanbul. Bosankan hidup aku?” Jimmy tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik. Belakang kepalanya diusap.

“Itulah kau. Dari dulu selalu sangat fikir pasal kerja. How come I couldn’t reach you in Malaysia? I guess about six years, right?” Dia masih lagi ralit berbual dengan Jimmy.

“I got an offer to run a business in Japan. Ah, I think we better not to talk about my life okey? Full of boring. By the way, who is the sweetest one?” Dia tersenyum penuh makna merapati Anggun Dahlia.

Dia menghulur tangan untuk bersalaman. Tetapi cepat saja tangannya ditepis lembut oleh Ikram Benjamin.
“Ops! This one is my woman. So, don’t you dare to lay your hand on her. Haha.” Ikram Benjamin mengenyitkan mata pada Jimmy. Gurauan yang penuh bermakna.

“Really? Oh…wow, wow, wow! Your wife? Hahaha. Oh god! Orang secantik macam ni mana boleh kau biarkan dia bersendirian, Ben. I thought she is the one for me. But, she’s already yours, huh?” Dia tersengih sambil mengenyit mata pada Anggun Dahlia dihadapannya.

“Ehem. Abang. Dahlia pergi sana dulu boleh?” Anggun Dahlia mencelah. Sebenarnya dia tidak berkenan dengan perangai lelaki itu. Serupa buaya darat. Huh, tetapi yang ini spesies buaya tembaga tua yang tak sedar diri! Berani mengurat isteri orang depan kawan sendiri.

“Er…why not you stay here, sweety?” Jimmy terlebih dahulu bersuara. Dia baru saja mahu beramah-mesra dengan isteri kawannya. Tidak mungkin dia mahu melepaskan peluang. Oh, manisnya perempuan ini! Geram rasanya!

“Tak apa. Abang ada dekat sini. Jimmy ni kawan abang masa di akademi dulu. Dah lama tak berjumpa. Hari ni baru rezeki dapat jumpa dia.” Dia menggenggam kemas tangan Anggun Dahlia. Ikram Benjamin tahu perempuan itu tidak selesa.

Mana tidaknya, dari tadi Jimmy tidak berkelip memandang ke arahnya. Haih, ada yang makan penumbuk nanti! Dia sudah masak benar dengan perangai Jimmy. Pantang nampak perempuan manis-manis bak gula.
“Kau apa cerita, Jimmy? Takkan selama enam tahun kita tak jumpa, masih single lagi? Haha.” Perasannya tadi, lelaki itu hanya bersendirian dengan beg galasnya.

“Me? Married? Oh, stop it. Aku tak suka pegang pada komitmen yang besar. Sedangkan kerja-kerja aku melambak aku kena selesaikan. Lainlah kalau ada perempuan semanis isteri kau yang sudi bersuamikan aku. Hahaha.” Ketawanya terlepas sambil mata melirik ke arah Anggun Dahlia. Ah, susah betul rasanya mahu mengalihkan pandangan dari perempuan itu. Cantiknya dia bak bidadari. Yang pasti, bidadari itu cantik!

"Haha. Hey, come on! Takkan isteri aku pun kau nak caras? Hahaha.” Sebuah penumbuk dilepaskan pada bahu jimmy. Lelaki itu mengelak sambil tergelak besar.

“Shit, man! Hahaha. Maksud aku alangkah bertuahnya hidup aku kalau dapat beristerikan perempuan semanis dan berhijab macam isteri kau. Kau kan tahu berapa ramai perempuan datang dan pergi cuma nakkan duit aku. Kalau macam itu, I will say a big no to marriage! Ugh!” Matanya dijuling ke atas.

“Kau dah berapa lama kahwin? Tiba-tiba aku jumpa kau dengan isteri yang tengah mengandung macam ni.” Soalnya teruja.

“Dah nak masuk tiga bulan. Aku tak buat majlis besar-besaran pun. Just my family.” Ikram benjamin seraya menoleh dan tersenyum ke arah Anggun Dahlia yang berada disebelah.

“oh, I see. Eh, jom kita pergi minum? Takkan kita nak berbual dekat sini? Come, Mrs. Ben?” Dia mempelawa mereka berdua. Jam tangan dikerling sekilas. Dari tadi sudah 15 minit mereka berbual disitu.

“No,no! It’s okey. We got to go, Jimmy. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi. Anyway, glad to see you here. I am wishing you good luck for your future, dude.” Mereka berjabat tangan.

“Oh,poor! But, never mind. Macam yang kau cakap. Ada rezeki kita jumpa lagi. Rezeki yang macam mana pun aku tak tahu. Haha.” Rezeki? Ya, dia percaya pada rezeki Tuhan. Perkataan itu yang selalu disebut-sebut oleh Ikram Benjamin. Walaupun, dia bukan seorang lelaki Muslim. Tetapi manalah tahu jika satu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk mendalami tentang agama Islam.

“Ah, wait! Ben, kau masih guna nombor yang sama kan?” Jmmy mengeluarkan telefon bimbitnya sambil ditayang pada Ikram Benjamin.

“Yes! Give me a call kalau datang Malaysia.” Tangan ditabik pada Jimmy. Dia melangkah sambil memimpin tangan Anggun Dahlia.

Jimmy memeluk tubuh sambil memandang pasangan itu. Satu keluhan kecil terlepas dari mulutnya.

“Unfortunately, she’s not mine.” Sayang seribu kali sayang, perempuan itu bukan untuknya. Dia menebar pandangan ke ruang seni bina Hagia Sophia. Cantik. Setiap hasil tangannya berseni. Mampu memukau mata yang melihat. Seperti perempuan itu.

“Stupid! She is your bestfriend’s wife, Jimmy. Maybe someday the right ones will come to me. It’s okey, it’s okey dear self.” Dia menggumam sendiri. Dadanya ditepuk perlahan menenangkan rasa dihati.

Kakinya meneruskan langkah ke tampat lain pula. Dia datang ke sini untuk meredakan kekusutan dihati. Bukannya berduka cita.
---
“Abang. Dahlia tak sukalah dengan kawan abang tu. Miang! Dahlia kan isteri abang. Kenapa dia pandang-pandang Dahlia macam nak telan? Biadabnya!” Mulutnya sudah memuncung sedepa. Marah benar gayanya. Jentik sekali muncung itu nanti baru tahu.

“Hahaha. Abang minta maaf ya bidadari abang bagi pihak Jimmy. Perangai dia memang macam itu. Tak boleh nampak perempuan cantik sikit, mulalah dia dengan perangai nakal dia tu. Tapi dia tak miang pun macam yang sayang fikirkan. Just a bit naughty, I think.” Bibirnya menggaris senyuman.

“Eleh, dah tua bangka macam itu pun ada hati nak nakal-nakal lagi. Lainlah macam Dahlia ni. Muda remaja lagi. Bolehlah nak nakal-nakal dengan abang.” Terus saja dia melentokkan kepalanya pada lengan Ikram Benjamin. Mulutnya tersengih-sengih gembira.

“Hahaha. Amboi, sedapnya dia mengata si Jimmy tu tua bangka ya. Jimmy tu sebaya tau degnan abang. Jadi, abang ni pun tua bangka jugalah ya? Hmm?” Dia memicit kedua-dua belah pipi Anggun Dahlia sehingga perempuan itu memuncung.

“A..abang! Aaa! Le…lepaslah! Ish!” Dia menepuk kasar tangan Ikram Benjamin. Suka hati dia saja mahu memicit pipinya kuat-kuat. Dia ingat pipinya itu serupa ikan buntal ke? Kan tak pasal-pasal mulutnya automatik menjadi seperti ikan buntal juga. Memuncung kecil begitu.

“Taklah. Abang tak adalah tua bangka. Cuma tua aje. Hahahahaha.” Cepat saja Anggun Dahlia melepaskan pegangan tangan mereka tadi. Kini dia sudah menjarakkan dirinya dihadapan. Bimbang nanti pipinya akan dipicit seperti tadi. Sakit tahu!

“Sayang. Ke sini cepat. Ooo, dah mengutuk abang depan-depan, nak lari pula ya dia? Haha.” Ikram Benjamin mempercepatkan langkahnya menyaingi Anggun Dahlia yang masih terkekek-kekek ketawa.

“Hahaha. Tak nak! Abang jangan jalan dekat-dekat. Nanti abang picit pipi Dahlia. Sakit!” Sempat juga anggun dahlia menjelirkan lidahnya pada Ikram Benjamin.

“Aish! Kena juga sayang dengan abang ni nanti.” Geram pula dia dengan perangai yang satu itu. Setiap hari ada saja akalnya. Dia tersengih sendiri sambil menggaru kepala.

“Abang! Cepatlah! Lambatnya abang jalan? Macam kura-kura. Hahaha.” Dia berhenti didepan sambil bercekak pinggang dengan perutnya yang memboyot.

“Hahaha. Sayanggg! Eh, kura-kura ni juga yang sayang angaukan setiap masa tau. Jadi, jangan nak mengada-ngada sangat ya, ikan buntal abang ni! Haaa, geramnya!” Sekali lagi laju saja tangannya memicit pipi Anggun Dahlia. Sehingga perempuan itu terjerit kecil. Dia pula tergelak puas.

“A…abangggg!” Namun, belum sempat dia mencubit lengan Ikram Benjamin. Lelaki itu terlebih dahulu mengucup dahinya.

Cup!

Pergerakan tangannya turut terhenti sama. Tiba-tiba sengihannya melebar. Ah, dia suka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience