Kring!!
Kring!!
Bunyi loceng telah menandakan waktu sesi pembelajaran sudah tamat bagi The British High School.
Ku Syaf Ariana dan geng Aspuri melangkah keluar dari kelas dan ingin menuju ke destinasi yang amat mereka terujai dari dalam kelas lagi iaitu block puteri. Mereka sudah terbayang bayangkan katil yang menunggu mereka.
Semasa mereka hendak melangkah keluar Ku Syaf Ariana bertemu dengan orang utan a.k.a Tengku Amirul Fareez.
Aku menjeling mamat tu. "Apahal syiot nak usya-usya aku sampai nak telan" bisik hati kecilnya. Aku dan yang lain lalu disebelah geng Aspura.
Aku malas nak cari gaduh ngan orang utan tu. Aku memandang Tengku Farah Adlina, Tengku Syafiqah, Iman Nadhirah dengan Nik Aira dok tersengih-sengih macam kerang busuk. Tapi paling yang teruk Nik Aira dengan Tengku Farah Adlina, muka terlebih sengih.
"Korang asal sengih-sengih, dah kena sampuk dengan jembalang mana ni?" soal Ku Syaf Ariana.
"Ishh kau ni Syaf hotstuff lalu depan kita tu" kata mereka bertiga. Tengku Syafiqah hanya membiarkan empat sekawan itu bicara malas ingin masuk campur.
Aku hanya membuat muka toya. "Actually kitaorang tak minat pun dengan geng Aspura tu sebab dorang tu sombong, acah, bongkak senang cakap macam ahli neraka lah. Lagipun Kitaorang just melting dekat muka diaorang yang hensem tak lebih pun lagi pun bukannya tergugat iman kitaorang " kata Nik Aira.
"Kan bagus kalau dorang tu senang ajak borak confirm aku tak keluar bilik sebab ajak dorang berborak" ujar Tengku Farah Adlina teruja dan disetujui oleh Nik Aira dan Iman Nadhirah.
"Gatal ahh korang ni spm pon tak habis lagi ada hati nak dekat anak teruna orang" kataku dengan sinis.
"Ishh kau ni Syaf" marah mereka bertiga. Tengku Syafiqah hanya menggeleng kepala melihat perangai keanakan anakan kawannya.
Setibanya di depan drom, mereka semua membaringkan diri dikatil masing masing kecuali Tengku Syafiqah pergi kearah beg kembali. Penat dengan persekolahan hari ini.
Iman Nadhirah mengambil bantal peluk mininya berwarna hitam dan meletakkan diatas perut. "we korang, siapa nak mandi dulu? " tanya Iman Nadhirah sambil memandang siling.
Nik Aira bangun dari baring dan berdiri menuju ke ampaian. "Biar aku mandi dululah. Badan aku pun dan melekit ni" ujarnya lalu masuk kedalam tandas.
Ku Syaf Ariana memandang Tengku Syafiqah dengan tanda tanya. "Ika dari tadi kau dok belek dekat beg tu. Kau ada tertinggal barang ke dekat dalam kelas? " tanyanya prihatin.
Tengku Syafiqah menghelakan nafas kasar kemudian dia berdiri semula menghadap Ku Syaf Ariana. "We aku nak pergi kelas, buku addmath aku tertinggal dekat bawah meja " kata Tengku Syafiqah dengan datar. Patutlah dari tadi diam disebabkan ini rupanya.
"Kau nak aku temankan ke? " soal Ku Syaf Ariana.
Tengku Syafiqah menggeleng kepala "tak pe lah biar aku pergi sendiri lagipun aku dah biasa jalan sorang sorang " tolak Tengku Syafiqah lembut.
"Baiklah kalau macam tu, hati hati ya" ucap Ku Syaf Ariana. Tengku Syafiqah hanya tersenyum nipis. Dia keluar dari drom dan menuju kearah kelas semula.
Perjalanan dari block puteri ke kelasnya amat jauh jadi amat makan masa sedikit.
Sepanjang dia berjalan dia memerhati sekeliling. Banyak sudah berubah dekat sekolah itu. Tiba tiba dia berhenti jalan, dia memegang dadanya yang tiba tiba berdegub kencang. Mata biru itu memerhatikan sekeliling kawasan.
"Kenapa aku rasa ada orang ikut aku dari belakang" bisiknya perlahan. Dia beristighfar dalam hati kemudian menarik nafas dalam dan menghembuskan perlahan.
"Ika kau just jalan sampai kelas tanpa pandang belakang. You can do it! " dia memberikan kata kata semangat untuk dirinya.
Dia berjalan kembali untuk menuju ke kelas 5Rajin. Baru sekerat jalan tangannya ditarik kebelakang. Dia memusingkan tangannya bagi terlepas kemudian dia menumbuk perut orang tersebut. Namun orang itu bijak. Dia mengelak dari serangan itu kemudian membalas kembali.
Tengku Syafiqah perasan tangan orang itu ingin menuju kearahnya segera dia tahan kemudian memusingkan tangan tersebut dengan kuat.
Ahhhhh!!!
Terbuntang mata Tengku Syafiqah apabila terdengar suara garau menyapa halwa telinganya. Cepat cepat dia melepaskan tangan tersebut.
Syed Anas menarik tangannya yang dipusing tadi oleh Tengku Syafiqah. Dia mengurut sedikit tangannya yang sakit sedikit. Tak sangka dia badan kecil seperti Tengku Syafiqah kuat.
Tengku Syafiqah memandang muka lelaki tersebut dengan muka serba salah sebelum bertukar menjadi dingin.
"Huh kau rupanya. Sedap dapat hadiah dari aku " tanya gadis itu sinis. Berasap telinga lelaki itu apabila gadis itu menyinis kearahnya.
Syed Anas memandang tajam kearah Tengku Syafiqah. "Sedap! Memang sedap. Kau asal ah suka suki nak buat aku macam tu? " soal Syed Anas garang. Tapi itu tidak membuatkan Tengku Syafiqah takut akannya.
"Pardon? " ujar Tengku Syafiqah.
"Hello, kau yang tarik tangan aku tiba tiba macam nak culik lepas tu nak salahkan aku " ujar Tengku Syafiqah dingin. Masing masing dalam suasana tegang. Siapa yang lalu berdekatan dengan mereka pasti akan rasa bahang panas. Gurau ii ??.
"Aku tarik kau pun sebab nak tegur kau " ujar Syed Anas datar. Tengku Syafiqah dengar berbulu telinganya.
"Hek, ya ya kau nak tegur aku tah tah sebernanya kau nak rasa tumbukan padu aku dekat muka pecah kau tu kan" kata Tengku Syafiqah sinis. Dia masih sakit hati tentang tadi.
"Hello muka macam Tom Cruise ni kau cakap muka pecah. Sah sah kau buta. Patutlah senior dengan junior lain takut dengan kau sebab kau ni hati batu tak de perasaan " Syed Anas memerli gadis itu kemudian memberikan senyuman sinis.
Tengku Syafiqah menggulingkan matanya "perasan muka macam Tom Cruise mamat ni" bisiknya dalam hati.
"Apa apa jelah aku sekarang nak balik drom buang masa je aku duduk sini lagi lagi ada ahli neraka dekat sini " tutur gadis itu dingin. Hatinya sudah mati untuk pergi kelas mengambil buku disebabkan lelaki itu. Dia berjalan meninggalkan Syed Anas yang sudah berapi mendengar ayat gadis itu.
Syed Anas memandang tajam pada belakang Tengku Syafiqah kemudian dia tersenyum sinis "its okay. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas kemudian " ujar Syed Anas tegang. Dia bergerak pergi ke drom dengan perasaan marah.
Share this novel