Rate

Bab 3 Perjodohan

Romance Completed 278212

"Kalau ada yang tak jelas, Cikgu boleh terus bertanya dengan saya atau guru-guru yang lain." Cikgu Bakhtiar menjelaskan.

"Terima kasih Cikgu." Ucap Adib Umair sopan.

"Okay Cikgu, mari saya tunjukkan Cikgu  bilik IT, bilik ruang sukan dan perpustakaan sekolah ini." Sambil berjalan beriringan dengan Adib.

Adib hanya mengikuti langkah Cikgu Bakhtiar, melihat-lihat semua bangunan yang ada di sana untuk kemudahan Adib katanya. Kerana Adib nanti bukan sahaja akan mengajar kelas tingkatan 5, tetapi juga akan mengajar kelas tingkatan 3 subject matematik.

Setelah selesai berkeliling, Adib Umair bersedia balik kerumahnya. Tidak di sangka Cikgu Farah ada menunggu dia di bahagian parkiran kereta.

"Assalamualaikum Cikgu Adib, okay juga hari pertama mengajar di SMU ni?"

"Waalaikumussalam alhamdulillah okay Cikgu. Ohya siapa lagi nama Cikgu?" Ucap Adib sopan menunjuk Cikgu Farah menggunakan ibu jarinya.

"Saya Cikgu Farah, panggil Farah saja pun boleh." Sahutnya dengan senyuman.

"Oh, Cikgu Farah ya...minta tunjuk ajar ya Cikgu." Ujar Adib sambil membuka pintu keretanya.

"Saya balik dulu Cikgu."

"Okay, hati-hati." Sahut Cikgu Farah sambil melambai-lambaikan tangannya.

Adib Umair cuma mengangguk pelan kemudian keluar dari Sekolah Menengah Uthman tersebut.

Sesampainya dirumahnya, Adib melihat ada kereta lain yang terparking cantik di perkarangan rumahnya.

"Assalamualaikum, Adib dah balik." Ucap Adib Umair seraya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam warahmatullah." Laung orang yang berada didalam rumah.

Adib melihat ibu dan ayahnya duduk di sofa ruang tamu bersama tetamu mereka, sahabat sekalian rakan bisnes ayah Adib. Dan sedang menyantap beberapa jenis makanan yang ada diatas meja.

"Wah, yang di tunggu-tunggu dah balik." Sahut ayah Adib, Encik Amri Al-Baihaqi.

"Sini Adib, salam hormat bakal Umi mertua Puan Zulaikha dan abah mertua Adib Encik Muhaimin." Jelas ibu Adib Puan Saleha.

Adib langsung menyalam dan mencium tangan ibu dan ayahnya.

"Apa khabar untie, uncle sihat?" Ucap Adib sopan sambil bersalaman dan mencium tangan Umi dan Abah Anis.

"Wah, Adib baru balik kerja ya." Encik Muhaimin menyapa.

"Eya uncle." Sambil duduk bersebelahan dengan ayahnya.

"Tak payah panggil uncle, panggil saja abah dan umie Anis panggil umie."

Adib cuma tersenyum sambil mengangguk pelan.

"Anis mana abah?" Sambil matanya seperti tercari-cari kelibat seseorang.

"Oh, Anis tidak ikut. Lagi pun Anis tidak tahu menahu tentang perkara ni. Adib dah tahu jugakan rencana ni?" Sahut Puan Zulaikha pula.

Adib tersenyum membenarkan.

"Begini, abah dan umie datang ke sini cuma nak bincang soal perjodohan Adib dan Anis."

"Adib tidak ada masalah abah, mana yang baik Adib akan ikut dengan senang hati."

"Begini Adib, kami sepakat kamu akan diijab kabulkan dengan Anis Umairah tanpa pengetahuannya. Macam mana?" Sahut Puan Saleha sambil menoleh melihat Adib yang duduk ditepi suaminya.

Adib cuma mengangguk pelan.

"Adib ikut saja, tapi kenapa Anis tidak tahu?"

"Abah dan umie tidak mau mengganggu persekolahan Anis, dia sekarang tingkatan 5. Nanti dia dah habis exam baru kita jelaskan dengan Anis." Jelas Encik Muhaimin pada Adib.

"Jadikan Min anak kita disatukan terlebih dahulu? Takut ada orang yang sangkut dengan Anis." Seloroh En Amri sambil tergelak pelan.

"Jadi, sayakan walinya. Jadi kita nikahkan tanpa kehadiran pengantin perempuan macam mana?" Kata Encik Muhaimin lagi dengan senyuman.

Puan Saleha dan Puan Zulaikha cuma tersenyum mendengar perbincangan antara dua keluarga yang akan bersatu.

"Saya setuju, macam mana Adib mahukan? Kamu luluhkan hati Anis terlebih dahulu untuk terima kamu secara perlahan."

"Baik ayah, Adib ikut saja." Jawabnya dengan senyuman.

"Beruntung kita umie dapat bakal menantu seperti Adib, anak yang sopan dan bekerjaya pula." Tambah Encik Muhaimin sambil menepuk-nepuk lembut bahu Adib.

"Adib memang dah start mengajar di SMU kan?" Tanya umie sambil menatap mata Adib untuk mendapatkan kepastian.

"Eya umie, tadi Adib start masuk mengajar." Sahutnya hormat.

"Adib dah kenal Anis jugakan?"

"Kenal umie, tadi Adib ada masuk kelas Anis." Jelasnya dengan senyuman.

"Anis tu manja dan keras sikit, harap Adib boleh terima Anis seadanya ya." Kata umie dengan senyuman bahagia yang terpancar diwajahnya.

"Umie usah risau, Adib lihat Anis gadis yang baik dan sopan." Jelas Adib pula dengan senyuman mereng.

"Tunggulah kamu Anis." Batinnya berbisik sambil mengangguk pelan.

"Bila agaknya ijab kabulnya?" Sahut Puan Saleha.

"Macam mana kalau kita buat minggu hadapan saja, Adib kena ambil cuti sehari ya." Sahut Encik Amri.

"Baik ayah."

"Confirm ya minggu depan, sebab saya dengan umie Anis bercadang nak buat kenduri kesyukuran kecil-kecilan saja." Terang Encik Muhaimin.

"Betul, saya mahu hias-hias juga Anis. Sekurang-kurangnya ada dibuat kenang-kenangan nanti. Lepas habis exam SPM barulah kita sandingkan Anis dan Adib." Jelas Puan Zulaikha lagi.

"Confirm ke Anis tak tahu umie?" Sahut Adib inginkan kepastian.

Puan Zulaikha dan Encik Muhaimin mengangguk pelan membenarkan.

"Anis tak perlu tahu buat masa ni, yang Anis perlu lakukan sekarang ni cuma belajar." Sahut Encik Muhaimin tegas dengan pendiriannya.

"Ikha, ada bawa ke contoh cincin Anis?" Tanya Puan Saleha pada Puan Zulaikha.

"Ada Sal, ini dia." Sambil menghulurkan sebentuk cincin polos kepada Puan Saleha.

"Wah kalau orang perempuan sudah tidak sabar ya bermenantu!!" Gurau ayah Adib Encik Amri.

Semua orang yang ada didalam rumah tersebut tergelak heboh, terpancar rasa kebahagiaan diwajah mereka yang akan berbesan. Adib cuma diam mendengar gurau senda ibu dan ayahnya.

"Adib, ambil cincin pilih yang sesuai untuk Anis Umairah guna." Kata Puan Saleha sambil menghulur cincin tersebut pada Adib.

Adib menyambut huluran sambil menggangguk pelan.

"Kalau macam tu kami balik dulu ya, terima kasih dengan makanannya tadi sedap-sedap semua." Sahut Encik Muhaimin ingin mengundur diri.

"Alah, biasa saja tu Min...lain kali boleh bawa Anis ke sini jalan-jalan."

"Insya Allah, Sal kami balik dulu ya.!" Kata Puan Zulaikha pula.

Puan Zulaikha dan Encik Muhaimin pun bersalaman dan pulang kerumah.

"Umie dan abah dari mana?" Tanya Anis setelah melihat kedua orang tuanya sudah sampai dirumah.

"Kami dari rumah teman abah tadi." Sahut Puan Zulaikha selamba dengan senyuman yang menghiasi wajahnya.

"Lamanya Anis tunggu umie dan abah balik." Sahut Anis sambil menyalam tangan kedua orang tuanya.

"Kamu ni macam budak-budak, Anis sudah makan ke?" Sampuk Encik Muhaimin.

"Sudah abah, Anis bosan tiada kawan dirumah." Rengek Anis bermanja-manja.

"Jangan manja sangat, nanti jadi isteri orang tak boleh sudah perangai macam budak-budak." Gurau Encik Muhaimin tergelak kecil.

"Ihhh abah ni, Anis belum mau kahwin." Sahut anis manja sambil memuncungkan mulutnya.

"Abang jangan usik Anis la, nanti merajuk susah nak pujuk." Lembut suara Puan Zulaikha menyapa Encik Muhaimin.

Oh, Anis tidak ikut. Lagi pun Anis tidak tahu menahu tentang perkara ni. Adib dah tahu jugakan rencana ni?" Sahut Puan Zulaikha pula. Adib tersenyum membenarkan. "Begini, abah dan umie datang ke sini cuma nak bincang soal perjodohan Adib dan Anis." "Adib tidak ada masalah abah, mana yang baik Adib akan ikut dengan senang hati." "Begini Adib, kami sepakat kamu akan diijab kabulkan dengan Anis Umairah tanpa pengetahuannya. Macam mana?" Sahut Puan Saleha sambil menoleh melihat Adib yang duduk ditepi suaminya. Adib cuma mengangguk pelan. "Adib ikut saja, tapi kenapa Anis tidak tahu?" "Abah dan umie tidak mau mengganggu persekolahan Anis, dia sekarang tingkatan 5. Nanti dia dah habis exam baru kita jelaskan dengan Anis." Jelas Encik Muhaimin pada Adib. "Jadikan Min anak kita disatukan terlebih dahulu? Takut ada orang yang sangkut dengan Anis." Seloroh En Amri sambil tergelak pelan. "Jadi, sayakan walinya. Jadi kita nikahkan tanpa kehadiran pengantin perempuan macam mana?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience