"BYE bye mummy, daddy. Jangan lupakan adik. Maafkan salah silap adik. Sayang mummy daddy!" drama Samarinda ku telah bermula..
Aku sedih tau! Bukan aku tak biasa tapi sebab aku kena pergi dengan si singa tu.. Boleh pening
kepala..
"Abang, jangan lupakan adik.. Jangan sedih sebab takde sape bergaduh dengan abang. Ok. Jangan menangis.." Aku peluk abang. Haaa.. tu dia muka abang aku dah masam. Sebab apa? Sebab aku peluk dia tengah tengah airport ni.. Dia kata tak gentleman langsung.. Haha.. Padan muka..
Dia ni abang kesayangan aku. Nama dia Syaif Saiful. Berbelit belit kan lidah. Abang aku ni kerja kat syarikat daddy. Jadi Ketua engineer. Abang aku ni hensem jugak lah. Ikut keturunan. Macam aku. Macam mamat Korea. Petik jari, berbaris terus! Ok malas nak puji lebih lebih nanti abang aku kembang.
Abang aku pegang kedua dua belah pipi aku. Adui! sakitlah! Aku dah dapat balasan.
"Adik pergilah. Boleh abang main lompat lompat kat katil adik!" abang Tersengih.
"Mummy tengok abang ni." Kan aku dah kata nanti sikap mengada ngada aku dah keluar. Tengok!
"Syaif Saiful.." Mummy dah bersuara. Hahaha.
"Bluuueekk!!!" Aku jeling dia. Thank you mummy. Dah selamatkan adik!
"Ayyan, nanti tengok tengokkan Sara ok, dia ni bukan boleh diharap." Daddy bagi kata perintah kena ikut. Jangan tak ikut.
"Ok uncle. Aunty. Ayyan akan jaga budak kecil ni!" abang dah tergelak. Siapa budak kecil haha??!!
"Ok, kami pergi dulu eh. Bye. Assalamualaikum!" Aku melambaikan tangan.
"Adik, Ayyan, selamat berhoneymoon." Abang jerit. Siapa nak honeymoon dengan si singa ni ha.
Kesian bakal isteri dia ni, perangai macam singa!!
AKU rasa diri aku digoncang. Wei, janganlah kacau aku tidur.
"Sara.. Bangun kita nak sampai" Ya Allah, mengantuknya!!
Aku bangun tidur lalu memakai seatbelt. Berapa jam dah aku tidur.. Hmmmm lama jugak. 5 jam.
Bila kapal terbang landing, aku dengan bangga nya suruh Ayyan bawa turun beg aku. Haha.. nak buli jap!
Siapa yang ambik kitaorang nanti eh? Oh ya, kawan Ayyan lah siapa lagi.
"Boss, nak pergi tandas jap!" aku nak betulkan tudung yang dah macam bukan tudung.. Hehe..
Ayyan mengangguk dan dengan pantasnya aku pergi tempat yang dituju.
Setelah aku selesai betulkan tudung, aku tengok tengok jap kedai. Mana tahu ada yang berminat..
Bukk!
Aduii.. sakitnya. Aku jatuh terduduk. Bila aku pandang atas. Aku dapat nampak seorang wanita dan beberapa orang lelaki.
Aku bangun nak memarahinya. Tapi tak sampai seminit aku menjerit.
"Madhia Trisyia right?!" aku memeluknya. Teruja. Ni best friend Aku waktu belajar dekat UK. Dia memang asal UK kut. Cantik tau dia.
"Err.. Sara Saira?" Yes. dia ingat aku.
"Kau buat apa kat sini?" English language.
"Ohh, business. Ni anak buah aku." dia menunjukkan beberapa lelakii.
"Kau dah kaya ya!" aku balas. Aku gembira sangat sangat!
Aku cerita kan sebab apa aku datang sini. Dia hanya mengangguk faham. Sungguh aku rindu dia..
"Bye! Nanti jumpa lagi." Aku bagi nombor telefon.
Hari paling bersejarah buat aku.
Aku menuju ke Ayyan. Kesian dia duduk sorang sorang. Lama pulak tu.
"Sara Saira, Kau pergi mana hah?!!" alamak! singa dah sampai!!
Share this novel