Bab 15

Humor Series 9625

"Start your day with smile!"ujar seseorang di hadapan aku.

Mata aku dikerling keatas.Hmp!
"Masih lagi sedih sebab Mellow ke?Chillax Firash tu pets lover.So dont worry okay."ujar Idlan yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu.

Muka aku berkerut.
"Cet!Macam mana kau.."
"Duh,dia kawan aku mesti aku tahu"pintas Idlan.

"Andd...."
"Kau bagitahu yang aku ni kakak tiri kau eh"ujar aku pula.Muka toya ditayangkan.

"Yuuupp!"
"Yaaaahhhh!I told you already!Jangan bagitahu!"marah aku sambil memukul kepalanya.

Idlan yang duduk dihadapan cuba mengelak tapi tidak berjaya.
"Oii oii!Aku ter lah! Bukan sengaja pun.Rileks lah satu geng aku tahu"

Mata aku membulat.
"What?!The whole geng tahu!"Lagi sekali pukulan dihadiahkan.
Riuh kereta itu.Kesian Cik Mad tak dapat fokus nak memandu.

"Aduhhh sakit lahh!"Idlan mengaduh sakit sambil mengusap kepalanya.
"Hah padan muka kau!"ujar aku.

"Kau chill boleh tak?Geng aku tu pandai simpan rahsia lah.Sebab tulah kiteorang tak boleh ada rahsia sesama sendiri..orang cakap brotherhood gitu."

"Brotherhood taik korang"ujar aku menyampah.Tangan aku disilangkan.
Idlan mengerlingkan mata keatas.
Nak merajuk lah tu.Memang Hayla tak selalu merajuk..dia ni jenis cool je.Tapi dengan Idlan memang terserlah keperempuanan dia sikit.Nak mengedik,nak nangis,nak luahkan,nak mengamuk mesti semua dekat Idlan.

Kenal sangat dah kakak dia sorang ni.

Sampai di sekolah.Idlan dan aku berpecah dan masuk menuju ke kelas masing2.

Pintu kelas diketuk oleh aku.Cikgu macam biasa belum masuk lagi.Jadi aku pun ambik tempat duduk di meja aku sendiri.

Aku meraba2 bawah meja.Macam ada something je ni.Lantas aku mengeluarkanya.Ehh!Cadburry.Siap bernota lagi.

"Semanis2 coklat ini,manis lagi senyuman awak"
baca aku perlahan.

Lah mamat jiwang mana pulak lah yang letakkan ni bawah meja aku.

Lantas aku meletakkanya pula di bawah meja Natalein.Tersalah letak mungkin.Who cares.Memang terbaliklah dunia kalau ada orang yang suka aku kecuali otak dia ting tong ataupun dia buta.Lagi2 aku duduk kat sebelah meja budak perempuan yang terhot kat sekolah.Mesti secret admire Natalein gelabah sangat nak letakkan coklat ni bawah meja dia tapi terletak kat bawah meja aku pula.Tak pe meh aku tolong letakkan bawah meja Natalein.

Kemudian Cikgu pun masuk dan sesi pembelajaran pun bermula.Natalein masuk lambat sikit.

***
Aku dan Natalein berjalan beriringan ke kantin kemudian kami terdengar jeritan perempuan di tepi kami.Dah tahu dah siapalah yang lalu tu.

Nampaknya geng Firash sedang berjalan di sisi kami.Macam nak menuju ke sini je ni.

Yup betul!Diorang berhenti tepat2 dihadapan kami.Selalu kalau ketua akan duduk tengah2 eh?

"Dah dapat belum hadiah tu?"ujarnya memandang kami.Idlan yang berada di sebelahnya tersengih.

Aku terpinga.Huh?Hadiah mana pulak?
Natalein tersenyum sopan.Haih lawooo..

"Awak ke yang bagi coklat tu pada saya?"soal Natalein.

Satu squad diam tiba2.Dah kenapa pulak semua diam ni.

"Erkhem..tak bukan saya..tapi member saya ni"ujar Firash sambil memeluk erat Idlan di sebelahnya.Nampak mukanya terkejut beruk.Nak ketawa pulak aku.

"Ha?"Idlan memandang kearah Firash disebelahnya.Kemudian dia mengangguk beberapa kali.

"Haaa..ye..ye saya lah yang bagi awak"mukanya berona merah.Weewiitt.
"Seriusly?kau syok kat kawan aku?"soal aku tak percaya.

Idlan menunduk malu.
"Siap kau kat rumah"ujar aku perlahan sambil merenung tajam Idlan yang menunduk.

Natalein ketawa.Lalu diheretnya Hayla untuk pergi dari situ.

Maka mereka berdua meneruskan perjalanan ke kantin sambil Hayla tidak henti2 membebel pasal adik tirinya.

"Seriusly lan?Kau minat dia ke?"ujar Rafiq dibelakang Idlan.

Idlan diam lalu dia tersenyum sambil memerhatikan mereka berdua dari belakang.

"Parah dah kawan aku ni" Hilal yang berdiri di sebelah Firash hanya menggelengkan kepala.

"Gais dah jom makan.Berapa lama lagi nak berdiri kat sini?Cer kau toleh bangunan sana."Secara drastik kesemua mereka menolehkan kepala ke bangunan di sebelah mereka.

Bom!Berduyung2 perempuan menjerit sambil mengapai2 tangan kononya nak mencapai geng Firash ni.

"Woahh,jom blah cepat woi!"ujar Firash memulakan langkah blah dari situ.

***
Di rumah,Habis telinga Idlan bernanah dan hampir sahaja mahu meletup disebabkan aku.

"Can you please shut your mouth?"pinta Idlan sambil menutup telinganya.Tiada jalan.Kalau dia blah masuk dalam bilik karang makin panjang pula masalah ni nanti.

"Kau ni kan!Lansung tak bagitahu aku tahu!Kau kacau plan aku tahu tak!"ujar aku marah.

"Okay bagi reason kenapa kau marah sangat kalau aku suka Natalein?"ujarnya cuba berlembut.
"Okay first..kau rahsiakan feeling kau dekat aku.
Second kau tak bagitahu aku..third,kau tak nak shared dengan aku..fourth,Kau ganggu plan aku!"marah aku.Hah geram aku..penat tau nak rapatkan Firash dengan Natalein sekali ada orang kacau..menyiarap habis darah aku.

"Suka hati aku lah nak suka kat sesiapa pon!Kau peduli apa!"Marah Idlan pula.

"Masalahnya kau ganggu plan aku!"ujar aku dengan nada tinggi.

"Apa plan kau ni hah!?"soal Idlan pula.Makin geram pula.
"Ishhh!Kau tak payah nak tahu lah!"ujar aku terus naik ke atas bilik.

"Dah lah bagi coklat pun tersalah meja!"sempat aku mengejek nya.

Idlan mendengus kasar.Hish!
Mukanya diraup.Serabut!
"Coklat tu untuk kau lah gilaaa!"ujar Idlan geram.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience