Bab 25 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Where there is hope, there is faith. Where there is faith, miracles happen.~

Beberapa bulan berlalu.

Baariq menunggu butir bicara dari Eshan. Nampak dari gaya renungan Eshan itu, macam ada yang dia tidak berpuas hati. Pasti banyak yang akan ditanya oleh Eshan nanti. Kali ini Baariq redha. Kesian dengan Eshan, kesian juga dengan Eshal.

"Kau sorok apa dari aku, Riq?" Eshan menyoal terus. Kali ini hatinya cukup yakin. Baariq ada sembunyikan sesuatu darinya. Bukan sahaja Baariq tapi semua orang. Dia yakin itu.

"Kenapa kau tanya aku macam tu Han?"

"Jawab dulu soalan aku, Riq!" Ternaik sikit nada Eshan. Dia resah, rasa macam semua orang sedang bermain wayang dengannya.

"Apa? Apa yang aku sorokkan dari kau?" Nada Baariq juga tidak kurang macam Eshan.

"Sarah. Mana dia?" Terus dia tebak Baariq dengan persoalan asalnya, malas mahu pusing-pusing lagi.

Baariq gosok belakang lehernya, lepas keluh dengan kuat. Sesekali matanya jeling Eshan yang duduk bertentangan dengannya. Seolah-olah bosan dengan pertanyaan Eshan.

"Sarah? Kenapa kau masih cari Sarah lagi? Sarah siapa dengan kau, Han?"

"Just answer my question, Riq!"

"Dan kau pun sama. Jawab soalan aku! Kenapa kau masih cari Sarah? Kau tak tahu ke Sarah tu dah kahwin? Sarah dah bahagia dengan hidup dia. Dah bahagia dengan anak-anak dia. Kenapa kau masih sibuk cari orang yang dah tak ada kena mengena dengan kau?" Baariq menempelak garang.

"Kau jangan cuba nak memperbodohkan aku lah Riq! Aku dah tahu apa yang dah jadi dengan Sarah. Apa dah jadi dengan Waeez, dengan anak-anak Sarah. Aku tahu semua tu cuma satu yang aku tak tahu. Aku tak tahu mana Sarah ada sekarang ni. Dan aku yakin, selama ni kau tahu Sarah ada dekat mana, kan?" Terus Eshan pangkah dakwaan Baariq.

Baariq diam, segaja bagi peluang kepada Eshan untuk menghemburkan segala yang lelaki itu rasa. Diamnya Baariq buat Eshan kembali mengendurkan bahunya yang sebentar tadi menegang erat.

"Aku dah siasat semuanya Riq. Aku dah tahu apa yang jadi pada Sarah lepas aku pergi sana. Aku dapat tahu dari Adham, Sarah balik dari Amsterdam dengan Waeez. Diorang cari aku tapi aku dah tak ada dekat sini. Diorang kena culik dengan orang-orang Waazin masa nak cari aku dekat Turki." Eshan mengedur.

"Serius... kalau aku dapat tahu awal yang diorang tak jadi kahwin, aku sanggup tunggu Sarah balik Riq walaupun masa tu aku terpaksa berdepan dengan Waazin." Sambung Eshan.

Baariq tetap diam. Itu semua dia sudah sedia maklum. Baariq juga sebenarnya tidak mampu menyangkal lagi tentang perasaan Eshan terhadap Sarah. Dia cuma mahu melihat sejauh mana usaha Eshan untuk mendapatkan jawapan darinya.

"Aku tahu kau pun tahu yang aku tengah gila cari Sarah. Keadaan aku yang blank macam ni pun aku tak pernah lupakan Sarah. Kau tahu apa maknanya tu Riq!" Makin lirih suara Eshan, menunduk. Ada rasa kesal terbit dalam hatinya selepas dia tahu tentang kebenaran itu. Cuma kali ini dia betul-betul mahukan perjelasan dari Baariq. Harapnya Baariq jangan berdalih lagi dengannya. Dia betul-betul mahu tahu dimana keberadaan Sarah.

"Kalau kau tahu Sarah tak lagi Sarah macam yang kau kenal dulu... kau rasa kau masih boleh terima dia, Han?"

Tengadah Eshan dengar soalan Baariq. Kening sudah berkerunyuk.

"Maksud kau? Apa... apa maksud kau, Riq?"

"Aku boleh bagitahu kau Sarah dekat mana... tapi kau mesti janji sesuatu dengan aku."

Eshan pandang Baariq. Menanti Baariq meneruskan katanya. Dada mula dipalu rasa tidak enak.

"Syaratnya... kau mesti kahwin dengan Eshal."

Terbuntang mata Eshan dengar syarat yang Baariq usulkan.

"Eshal?"

Baariq angguk laju. Tidak main-main.

"Tapi... kenapa? Kenapa sampai aku mesti kahwin? Dengan Eshal pulak tu..." Eshan bertanya hairan bercampur pelik dengan syarat yang Baariq tetapkan. Haruslah dia pelik. Kenapa mesti Eshal Maisarah? Tapi... Eshal itu... sepasang mata berkaca Eshal terbayang di ruangan mata Eshan. Ada sesuatu yang tersembunyi dalam anak mata itu. Eshan yakin itu!

"Sebab aku dah anggap Eshal tu adik aku. Aku serahkan adik aku kepada kau sebagai syarat untuk aku bagitahu kau dimana Sarah. Sebaik sahaja kau lafazkan akad nikah dengan Eshal, aku sendiri yang akan bawa kau kepada Sarah. Apa yang kau mahu buat dengan Sarah lepas tu, bukan lagi urusan aku. Boleh kau terima syarat aku?"

Lagi Eshan tergemap. Rasa macam Baariq tengah karang lawak pulak dengan dia sekarang ni tapi muka Baariq tu tak ada sikit pun tanda-tanda tengah melawak. Jadi Baariq serius?

"Kenapa susah sangat kau nak bagitahu aku dekat mana Sarah? Kenapa sampai aku perlu kahwin dengan Eshal? Kau ni dah gila ke apa Riq?" Tak semena-mena itu yang Eshan balas. Sedikit membentak. Macam tak logik pulak alasan Baariq tu. Ingat nikah kahwin ni perkara main-main?

Baariq lorek senyuman nipis. Perlahan dia tegakkan duduknya.

"Aku memang dah lama gila, Han. Cuma kau yang tak tahu. Bukan kau tak tahu tapi kau tak pernah nak ambil tahu pun! Aku jadi gila macam ni sejak kau tinggalkan aku. Kau faham tak?"

Eshan makin, tak faham. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Baariq? Dia tinggalkan Baariq?

"Kau tak tahu apa yang dah jadi dekat sini, Han. Kau tak ada masa Sarah tengah derita. Sarah tengah sakit. Kau tak ada Han! Sebab kau tak ada lah, aku jadi macam ni. Aku yang pikul amanat dari orang-orang yang sayangkan dia." Ternaik satu oktaf suara Baariq.

"Memang. Memang aku tahu Sarah ada dekat mana selama ni. Macam mana boleh aku tahu? Sebab aku... aku yang jaga Sarah. Aku yang kutip Sarah dan Waeez lepas Waazin tu seksa diorang. Aku yang ada dengan Sarah dan Waeez... sehinggalah hari Waeez meninggal. Semuanya berlaku depan mata aku! Aku yang kutip Sarah lepas Waazin dan Joanne tak guna tu campak Sarah macam kain buruk lepas dia rampas anak-anak Sarah. Aku yang jaga Sarah. Aku yang bagi Sarah kekuatan untuk dia bangun semula. Sebab tu... sebab tu bukan mudah untuk aku serahkan Sarah semula pada kau, Han. Bukan mudah. Kalau kau mahu tahu Sarah ada dekat mana, kau juga perlu korbankan sesuatu. Kahwin dengan Eshal dan terima seadanya Eshal."

"Tapi aku masih lagi tak faham. Kenapa kau nak aku kahwin dengan Eshal?"

"Sebab Eshal kekuatan Sarah. Eshal perlu ada dimana saja Sarah berada. Diorang diperlukan antara satu sama lain. Kau tak boleh ambil salah seorang."

Eshan blur. Masih. Tak. Faham.

"Kalau aku tak kahwin dengan Eshal?"

"Kau tak akan jumpa Sarah sampai bila-bila. Aku janji yang kau tak akan jumpa dia dan aku sampai bila-bila." Baariq sengaja ugut Eshan. Sengaja suaranya ditekankan, ada ketegasan disitu. Baariq akan lakukan apa sahaja untuk memastikan rancangan dia dan Nafla berjalan dengan lancar tanpa Eshan syak apa-apa.

Eshan sedikit tersentak dengan kata-kata Baariq. Sungguh tekad nampaknya Baariq.

"Yakin? Kau yakin aku tak kan jumpa Sarah tanpa minta bantuan dari kau?"

"Sarah ada dalam genggaman tangan aku, Han. Kau tak kan jumpa dia. Kalau sebelum ni aku berjaya sorok Sarah tanpa pengetahuan sesiapa pun, kau rasa aku tak mampu nak buat macam tu lagi?" soal Baariq dengan senyum sinisnya.

Giliran Eshan pula diam. Lama menimbang tara, akhirnya Eshan bersuara.

"Kalau aku setuju kahwin dengan Eshal?"

"Aku dengan senang hati akan serahkan Sarah pada kau, Han."

Eshan tarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan. Rasanya Baariq ni dah betul-betul gila!

"Kau tak takut aku akan buat Eshal derita? Kahwin dengan orang yang tak cintakan dia?"

Lihat senyuman di bibir Baariq itu makin meresahkan Eshan. Entah kenapa dia rasa Baariq memang dah tak betul!

"Kau bukan sejahat tu, Han. Aku kenal kau. Aku yakin kau boleh terima Eshal seperti mana kau terima Sarah dulu."

Terjongket sedikit bibir Eshan dengar kata-kata Baariq itu.

"Kau jangan samakan kasih aku pada Sarah akan sama dengan orang lain, Riq. No one can replace her side."

Baariq angkat kedua belah bahunya tanda malas mahu bertekak lagi. Habiskan makanan yang berbaki, masing-masing sudah bersedia untuk meninggalkan meja makan. Eshan terlebih dahulu mengangkat kaki. Panas juga hatinya bertekak dengan Baariq yang sengaja bermain tarik tali dengannya.

"Sebulan dari sekarang. Kau akan kahwin dengan Eshal."

Ayat Baariq itu mematikan langkah Eshan. Eshan kembali berpaling kepada Baariq yang masih setia berdiri di sisi meja makan. Ada senyuman bergentayung di bibir Baariq. Senyuman yang menjengkelkan Eshan.

"Kau tak perlu risau apa-apa, yang lain-lain aku yang akan uruskan. Cuma... make sure kau yang jadi pengantin lelakinya. No one can replace your place." Tambah Baariq sedikit menyindir sebenarnya.

Eshan tayang hot smirk.

"Jangan risau Riq. Aku bukannya pengecut. Setakat benda macam tu, aku rasa tak perlu orang lain handle. Aku sendiri pun boleh. Tapi satu je aku nak cakap... kalau tiba-tiba orang yang kau anggap adik tu bergelar janda dalam masa tak sampai sehari jadi isteri, kau jangan salahkan aku," ujar Eshan lalu melangkah keluar dari tempat itu.

Baariq hanya senyum di tempatnya. Melihat sahaja pemergian Eshan sehingga Eshan hilang dari pandangan mata.

"Kau tak kan buat Sarah macam tu Han. Aku cuma jalankan tugas aku. Selebihnya, kau akan faham sendiri bila tiba masanya nanti." Baariq berkata perlahan sebelum dia mencari telefonnya lalu mendail nombor telefon seseorang.

"Hello Cik Nafla. I'm done. Eshan dah setuju."

"Serius? Wah! Macam mana you buat Baariq? I as a his sister pun tak berani nak pujuk dia terima Eshal. Macam mana you buat?" Nafla menjerit kegembiraan dihujung sana. Sudah nampak sinar cahaya kejayaan kepada rancangannya.

Ternaik sedikit ulas bibir Baariq dengar suara dihujung sana menjerit kegembiraan.

"Segala rahsia adik you tu dalam poket i, Cik Nafla. I tahu macam mana nak handle Eshan. You jangan risau. Eshal macam mana? Dia okay? Macam mana operation tu?"

"Eshal... Alhamdulillah dia okay. Operation tu berjaya. Alhamdulillah... Doktor kata, tak lama lagi we can see 'Sarah' back! I tak sabar, Riq."

"Alhamdulillah. I... I tunggu you and Eshal balik. I tak sabar nak jumpa Sarah!"

"Ya... I pun sama. Tak sabar nak bawa Sarah balik ke pangkuan kita semua. Riq..."

"Ermm..."

"Riq... thanks..."

"Nope. Jangan berterima kasih lagi dengan i, Cik Nafla. Kita kena sudahkan kisah diorang dulu baru you berterima kasih dengan i."

"Oh.. okay..."

Diam seketika. Baariq menanti bicara Nafla seterusnya. Nafla pula berkira-kira untuk menyambung kata-kata seterusnya.

"Riq... you tahu tak?"

"What?"

"I cuma... i cuma nak you tahu... apa yang i cakap pada you dulu tak pernah berubah. Bye!" Terus saja talian dimatikan.

Baariq menjauhkan telefonnya dari telinga, dia pandang skrin walaupun Nafla sudah tiada lagi di situ. Seketika, Baariq menggeleng dengan telatah Nafla.

* * *

Eshan mundar mandir dihadapan Adham sehingga Adham sendiri naik pening lihat tingkah laku bossnya itu. Sesekali Adham mengeleng.

"Boss... boss tak pening ke duk ulang alik kiri kanan je dari tadi?" tegur Adham. Tak betah tengok Eshan begitu. Setengah jam sudah bossnya berkelakuan begitu. Siapa yang tak risau?

Eshan berhenti. Kepalanya ditalakan kepada Adham yang masih duduk di kerusinya. Eshan berdecit, kakinya dibawa dekat kepada Adham lalu melabuhkan duduknya di hadapan Adham.

"Ham, kau rasa kenapa dengan Baariq?" Eshan bertanya.

Kening Adham berkerut.

"Baariq, kenapa?"

Eshan tidak terus menjawab sebaliknya dia meraup mukanya.

"Boss?"

"Aku rasa Baariq dah gila."

"Hah? Maksud boss?"

"Entah. Aku rasa Baariq tu lain macam. Ada ke patut dia minta aku kahwin dengan Eshal kalau aku nak tahu dekat mana Sarah ada sekarang ni. Kalau kau jadi aku, kau tak rasa ke Baariq tu gila?"

Tergemap Adham.

"Baa... Baariq minta boss kahwin dengan Eshal? Kahwin dengan Eshal? Boss?" Dua kali Adham ulang sambil jari telunjuk kirinya disatukan dengan jari telunjuk kanannya. Minta kepastian sambil tayang muka tidak percaya. Yelah, beraninya Baariq minta Eshan buat macam tu!

"Ya. Aku dengan Eshal. Kau tak rasa ke macam benda tu tak logik?"

Adham mengangguk laju. Memang tak logik. Bukan tak logik Eshan disatukan dengan Eshal tapi macam tak logik saja Baariq berjaya ugut Eshan. Okay, sejujurnya Adham rasa nak tergelak bila difikirkan balik.

"Aku tak tahu apa yang Baariq tu fikir. Dia cakap kalau aku nak jumpa dengan Sarah, aku mesti kahwin dengan Eshal. Sebulan dari sekarang, aku dan Eshal akan kahwin. Kau rasa apa aku patut buat, Ham?"

"Emm... susah jugak ni boss..." Adham peluk tubuh. Jarinya mengetuk dagu, kononnya sedang berfikirkan sesuatu.

"Tapi, boss tak suka Eshal ke?"

Eshan tidak lekas memberikan jawapan kepada soalan Adham itu sebaliknya dia juga mula menimbang tara mencari jawapan.

'Dia tak suka Eshal ke?' Kalau tak suka, kenapa dia rasa dekat dengan Eshal walaupun mereka baru sahaja kenal? Eshan teringat kali pertama dia lihat Eshal, melalui panahan mata Eshal, Eshan rasa sesuatu. Seolah-olah sesuatu yang hilang telah kembali. Sungguh, Eshan suka lihat mata itu. Sepasang mata yang cantik. Dan mata itu juga seperti mata seseorang yang dia kenal.

Suara Eshal yang lembut dan sopan itu juga mengingatkan dia kepada seseorang. Suara Eshal selalu saja mengamitkan kenangannya dengan Sarah. Dia rasa senang dengan Eshal seolah-olah seperti masanya dengan Sarah dulu. Perbuatan Eshal juga banyak membuatkan dia kembali kepada masanya dengan Sarah. Nasi lemak pandan dengan ayam berempah! Itu masakkan kegemarannya dan Sarah selalu buatkan untuknya.

Sejujurnya, dia rasa senang dengan Eshal walaupun baru beberapa kali berpeluang 'bersembang' dengan wanita itu. Teringat masa dia tahu Eshal diserang, dia rasa takut. Dia takut Eshal diapa-apakan. Dia rasa menjaga Eshal itu tanggungjawabnya. Lihat air mata Eshal. membasahi pipi, buat hatinya terhiris pedih. Tapi kenapa dia perlu rasa semua tu? Dia sudah jatuh sukakan Eshal ke? Kalau itu bukan rasa suka, apa namanya rasa itu?

Baariq... Baariq... sempat lagi dia kenakan Syarat mcm tu dekat Han... Adehhh Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience