Bab 15

Romance Series 59136

Keriuhan bunyi suara anak – anak muridku memberikan suasana harmoni. Semestinya suara riuh tawa kanak – kanak merupakan satu ubat duka ketika kesunyian. Segala tekanan kerja seolah – olah hilang. Aku tenggelam dalam lamunanku sendiri melihat mereka bersiap sedia menunggu masa pulang. Pekakas di atas meja segera dikemas.

Aku menepuk tangan beberapa kali cuba menarik perhatian anak – anak muridku. Suasana riuh tadi mulai sepi, setiap mata memandangku. “Lupa ke tu?” soalku sambil memerhati satu per satu wajah mereka.

Laju satu per satu berhenti membuat kerja mereka. Kini masing – masing berlari ke belakang kelas mengambil tempat duduk. Aku hanya mampu tertawa melihat mereka berebut mahu duduk di kawasan depan. Perilaku mereka sememangnya comel sahaja di mataku. Tiada cacat cela.

“Mia,” kak Syaf menyerahkan board yang aku berpenat lelah siapkan. Setelah diperhatikan buat kali terakhir, aku mengangguk kecil dan membawanya secara terbalik kebelakang, tidak mahu mereka tahu apa yang berada pada board tersebut.

“Hai semua,” aku menyambung dengan riang.
Mereka menyambut ceria sahutanku, masing – masing menjerit seolah – olah melawan suara siapa paling nyaring. Suara yang sudah aku kenal, si kecil Budin. Badan sahaja kecil, tapi bila dia bercakap, nyaring suaranya tiada sesiapa boleh kalahkan.

“Tak sabar nak cuti ke tu?” tanyaku setelah meletakkkan board tersebut pada dinding dengan cermat. Aku mengambil tempat duduk di hadapan mereka. “Mesti cuti nanti lupakan cikgu kan.”

“Tak!” seru salah seorang dari mereka. Rayyan yang berada di depanku memelukku. “Tak akan lupakan cikgu cantik.”

Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala. Ada – ada sahaja mereka ni. Aku mengusap lembut kepala Rayyan. Seperti biasa, dia pasti akan berada di hadapan setiap kali sesi perkongsian nilai moral.

“Baiklah, tak banyak masa jadi cikgu hari ni nak kongsikan satu nilai penting bila kamu semua berkawan.”

Aku memerhati satu per satu wajah mereka. Mataku berhenti pada Aisyah yang sibuk memegang gula – gula di dalam genggamannya.

“Aisyah.”

Aisyah tersentak saat namanya diseru. Mukanya serba salah ketika memandangku semula. “Ya cikgu.”

“Sibuknya awak kat belakang tu.” Dia menunduk kerasa rasa serba salah. “Apa kat tangan tu?” soalku saja bertanya walaupun sudah pun ketahui isinya.

“Gula – gula, papa Aisyah beli masa outstation dekat Labuan hari tu cikgu.” Tangan kecilnya melambai – lambai menunjukkan gula – gula coklat Daim. Spontan Aisyah berlari ke depan, menuju ke arahku. “Ni untuk cikgu.”

Pemberiannya aku sambut. Kini dia tersengih, menampakkan barisan giginya yang ada rongak. Aku tertawa kecil melihat telatah Aisyah. Dia kemudian berlalu duduk di tempatnya. Tanganku menggenggam erat gula – gula tersebut.

“Siapa ada dapat gula – gula dari Aisyah?” soalku. “Kalau dah dapat angkat tangan.”
Semua segera mengangkat tangan mereka. “Saya!” jerit mereka tidak serentak. Ada sampai berdiri untuk menjawab soalanku.

“Sabar semua,” aku cuba menenangkan mereka. “Okey, turunkan tangan. Jadi hari ni cikgu nak kongsikan nilai yang dah jadi hari ni. Siapa nak tahu nilai apa cikgu nak cerita?”
Semua meneka, namun tiada yang menjawab betul.

“Cepat, siapa boleh jawab. Contoh dia tadi Aisyah dah tunjuk.”

Aku masih lagi menunggu mereka menjawab persoalanku. Mataku terlihat Budin mengangkat tangan dan melambai – lambai geram kerana aku terabaikan dirinya.

“Ya Budin?”

“Sharing is caring! Berkongsi kan cikgu?”
Ada – ada sahaja si Budin ni. “Pandai, tepuk semua kat Budin,” aku memuji dan mengarahkan semua memberikan tepukan untuk Budin.

“Baiklah, cikgu teruskan yer. Cikgu nak tanya, semua suka tak bila Aisyah bagi Daim tadi?”
Siapa jer tak suka kan? Makanan percuma kot, tengok lagi – lagi kanak – kanak macam dorang dapat coklat. Lagi suka.

“Aisyah,” kali ni aku menoleh memandang Aisyah kembali. “Apa perasaan berkongsi dengan kawan – kawan?” soalku.

Aisyah tanpa berfikir panjang menjawab bagai bertih jagung rancaknya. “Suka! Dorang pun suka Aisyah bagi coklat. Aisyah suka sangat! Kalau boleh nak buat hari – hari.”

“Nampak tak, yang memberi gembira, dan yang menerima lagi berlipat kali ganda gembira kan.” Semua mengangguk setuju denganku. “Jadi faham tak maksud berkongsi hari ni?” aku memandang satu per satu wajah mereka.

“Tapi cikgu, kalau asyik bagi, nanti habis lah.”

Budin menunduk sedih. Aku tersenyum, memang sudah menjangka salah seorang dari mereka akan berfikiran sedemikian. Aku merapatkan diriku dengan Budin. Bahunya ku sentuh perlahan.

“Benda yang Budin bagi memang akan habis, tapi ada hikmah lainnya tau.”
Budin mengangkat muka.

“Bila semua orang tersenyum gembira, tu balasan kita dapat. Kiranya kita dah buat baik untuk seseorang yang kita sayang. Dan hikmah lagi satunya, kita takkan pernah sedar, sebenarnya kita akan dapat berlipat kali ganda dari apa yang kita beri dalam diam.”

Aku mengeyitkan mata kepada kak Syaf. Laju kak Syaf berlari ke arahku dan membawa bungkusan besar yang telah akan siapkan.

“Tada, cikgu ada hadiah untuk semua!”

Riang tawa dari sorakan kesemua anak muridku membuatkan aku turut tertawa. Berebut – rebut semua mahukan hadiah yang aku bawa. Tak terlalu bernilai mahupun mahal seperti hadiah yang ibu bapa mereka berikan, tapi aku harap hadiah tu mereka dapat gunakan sebaiknya.

“Dan ni juga.” Aku menterbalikkan board yang tersandar di dinding. Satu per satu foto ku bersama mereka tertampal di situ. Dari hari pertama aku bersama mereka. “Cikgu akan tampal board ni kat sini, jadi kamu semua takkan lupa kenangan kita. Setiap hari boleh tenung gambar – gambar ni. Okey?”

“Baik cikgu!” jerit mereka. Board tersebut mulai dikerumuni. Semua sibuk melihat wajah mereka pada gambar tersebut. Gelak tawa mereka riuh, seolah hampir boleh meruntuhkan bangunan ni.

Tanpa aku sedari, diri aku didekati seseorang. Aku terkejut saat menoleh ke kiri, dia sudah berada di sebelahku dalam diam. Aku pantas melihat sekeliling mencari bayang kak Syaf.

“Hai cikgu.”

Adam tersengih, senyumannya entah kenapa baru aku sedari merupakan satu hal yang aku mahu lihat. Dadaku berdebar, namun aku tidak pasti sama ada kerana terkejut akan kehadirannya atau…

“Berkongsi yer.”

“Apa?” aku terpinga – pinga. Cuba memahami maksudnya.

“Pembelajaran hari ni, kita kena sentiasa berkongsi dengan orang lain kan?” dia menjawab. Senyuman di wajahnya masih tidak hilang.
Ingatkan apa lah tadi. Terkejut aku jadinya. Rupanya tentang pembelajaran nilai tadi. Tak sangka pula dia dengar. Kejap, dia dengar?

“Berapa lama awak ada kat sini?” aku berpusing memandang dia semula. Senyuman di wajahnya masih ada. Mungkin kali ini dia gembira kerana dapat mengenakan aku. Takkan dari tadi dia ada? Macam mana aku boleh tak sedar?

Adam berpura – pura memikirkan tentangnya. Tanganku pantas memukul lembut lengannya. Dia tersenyum lagi. “Dari hampir permulaan awak bercerita tentang berkongsi sampai sekarang.”

Aku menunduk menahan malu. Ni masalah aku, bila khusyuk dengan kerjaku sampai aku tak sedar sekelilingku. aku jadi segan pula bila dia tengok cara aku bekerja. Takut ada yang tak kena atau kurang. Walhal aku dah berikan segala yang aku mampu untuk menjadi pendidik yang baik.

“Tapikan, aku suka dengan apa yang kau ceritakan tadi. Sebab ada betulnya, ‘kita akan dapat berlipat kali ganda dari apa yang kita beri dalam diam’.” Matanya memandang tepat ke arahku. “Tanpa kita sedarkan,” sambungnya.

Bila Adam mengalihkan pandangannya, baru terasa aku boleh bernafas seperti biasa. Aku sendiri mampu mendengar bunyi pantas degupan jantungku. Jantung, jangan laju sangat. Kau kena berfungsi lama, sebab kau punca aku dapat rasa hidup ni lagi. Tenang.

“Betul tu, sebab tu kalau kita berkemampuan, ada berlebihan jadi sebaiknya berkongsi.”

“Kalau macam tu,” dia bersandar pada dinding sebelum menyambung, “mungkin kau patut berfikir untuk berkongsi dengan aku?”
Huh? Apa maksud dia?

“Berkongsi?”

“Urmm.” Adam mengangguk. “Berkongsi perasaan.”

Aku hampir tersedak dibuatnya. Dia ni serius ke? Mataku merenung tidak percaya kepada dia. Macam mana dia boleh nak cakap macam tu tanpa berfikir dulu.

“Lawak lah awak ni.” Komenku. Sedaya upaya aku cuba mengubah topik perbualan. Sekarang aku dapat rasakan pipiku mulai membahang panas.

Okey Mia, tenang. Jangan macam ni. Fokus.

Melihat ibu bapa mulai datang menjemput anak – anak mereka, aku segera meninggalkan Adam. Ni salah satu langkah terbaik untuk aku mengelak dari dia sebentar. Dia mesti fikir aku banyak kerja perlu dilakukan, jadi dia akan faham.

Muridku satu persatu mengucapkan selamat tinggal. Lambaian dan senyuman mereka tidak lekang dari bibir. Semua sibuk bercerita kepada ibu bapa mereka tentang pembelajaran hari ni dan hadiah yang mereka dapat dariku. Aku ikut teruju mendengar cerita mereka.

Kak Syaf turut sibuk menghantar ibu bapa keluar bersama anak mereka. Satu per satu, kelas mulai sepi dan kosong. Aku memerhatikan lagi agar tiada yang meninggalkan barangan mereka memandangkan seminggu cuti.

Orang terakhir yang tinggal ialah Adam. Dia sibuk melayan anak buahnya di satu sudut. Aku mendekati mereka. Tanpa sengaja ak mencuri dengar perbualan dia bersama Rayyan. Dari hal lukisan sampai ke mamanya Rayyan. Masing – masing seperti tenggelam dengan dunia mereka.

“Ehem,” aku berdehem untuk menyampuk perbualan mereka.

Sejujurnya aku tidak berniat mahu mengganggu. Namun, memandangkan bukan sahaja aku, tapi kak Syaf juga semestinya mahu pulang, jadi aku terpaksa juga mengganggu mereka.

“Kita orang kena kemas dan nak tutup kelas.”

“Maaf, tak sedar masa berlalu.’ Adam segera berdiri bersama Rayyan di sampingnya.

“Tak mengapa Encik Adam, bila duduk di kelas mungkin encik teringat zaman persekolahan dulu?” kak Syaf menyampuk dari belakang. Aku melihat kak Syaf memegang beberapa buah buku cerita di tangannya. Mungkin ada yang tersalah letak buku tersebut semasa membaca.

“Mungkin juga kak. Bila dah tua baru rasa menyesal sebab tak hayati zaman macam dorang ni.” Adam menunduk memandang anak buahnya sambil mengusap lembut rambut si kecil itu. “Macam mana Rayyan hari ni? Dia nakal ke? Apa perkembangan dia?”

Mata Adam menoleh memandangku. Aku sebolehnya mengelak dari memandang terus matanya itu.

“Rayyan, perkembangan akademik dia bagus. Tak ada masalah. Jadi encik janganlah risau.”

“Betul tu Encik Adam,” kak Syaf membelaku. “Rayyan bergaul baik dengan kawan – kawan dia, tak buat masalah dan dengar kata. Bertuah betul mama Rayyan ada anak yang dengar kata macam dia ni.” Pipi Rayyan dicuit lembut oleh kak Syaf.

“Alhamdulillah, bagus macam tu.”

Aku memilih untuk tidak menyampuk. Sesekali mataku mengerling ke arah Adam yang masih khuyuk bersembang dengan kak Syaf. Entah kenapa hatiku rasa lain. Perasaan yang aku sendiri tak boleh gambarkan saat melihat mereka rancak berbual.

Segera aku singkirkan perasaanku.

“Mia.”

Aku mengangkat kepala saat namaku diseru. Terpinga – pinga aku dibuatnya bila namaku disebut mengejut.

“Jom, aku nak belanja kau makan. Dengan Rayyan sekali.”

Pelawaannya membuatkan aku terkejut. Bukan kerana aku tak pernah keluar dengan dia. Tapi lebih kepada keberanian dia mengajak aku keluar di hadapan kak Syaf. Aku terdiam, dan otakku tiba – tiba tak tahu nak respond.

“Nak!” jawabku spontan setelah dicuit kak Syaf. Riaksi seperti memang berharap dia membawaku keluar. Ya Allah, malu aku depan kak Syaf, Adam dan Rayyan bila buat perangai macam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience