Chapter 12

Family Completed 11174

" Afiq, Haniez. Kamu berdua tahu tak kenapa papa panggil kamu berdua? " tanya Tan Sri Zulkipli.

" Kenapa papa? " tanya Tengku Afiq. Tengku Haniez sekadar menggelengkan kepala.

" Papa nak bagi ni" kata Tan Sri Zulkipli sambil menghulurkan sekeping kertas.

" Honeymoon?! " kata Tengku Afiq dan Tengku Haniez serentak.

"Yup. Papa nak kamu berdua pergi honeymoon ke korea. Papa dah siapkan semua dah kat sana " kata Tan Sri Zulkipli.

" Oh no " kata Tengku Haniez dalam hati.

" Bila flight kitaorang papa? " tanya Tengku Afiq.

" Lusa " jawab Tan Sri Zulkipli.

" Lusa?! " tanya Tengku Afiq dan Tengku Haniez serentak lagi. Memang sehati sejiwa.

" Yup. Flight pukul 3.30 petang. Jangan lupa pulak nak packing baju. Baik pack sekarang " jawab Tan Sri Zulkipli lalu berlalu menuju ke dapur.

*** Pilot VS Doktor ***

" Awak esok jangan lupa pulak tau " kata Tengku Haniez ketika mengemas baju.

" Awak?? " tanya Tengku Afiq.

" Ops sorry. Sayang. Esok jangan lupa tau " kata Tengku Haniez sambil membetulkan kesalahannya.

" Lupa apa? " tanya Tengku Afiq.

" Esokkan wawa tunang ngan Ridwan. Lupa? " jawab Tengku Haniez.

" Ouh ya. Haah. Ok, saya tak lupa" kata Tengku Afiq.

" Dah siap. Sayang, jom lepak halaman rumah " cadang Tengku Haniez.

"Hmm, kita mandi kat swimming pool nak?" cadang Tengku Afiq pula.

" Hmm. Tapi sayang jelah mandi. Saya tak nak mandi " kata Tengku Haniez.

" Alaa. Jomlah mandi. Mummy ngan papa baru je keluar. Papa teman mummy shopping. Kak Dira kat rumah dia. Kak Tifa kerja. Petang baru balik. Amir dengan Asyraf ikut mummy dengan papa. Kita dua je kat rumah " pujuk Tengku Afiq.

" Tengoklah dulu " jawab Tengku Haniez.

" Yeay. Saya gi tukar baju dulu " kata Tengku Afiq lalu berlari naik tangga.

" Dah siap. Jom " kata Tengku Afiq selepas selesai menukar baju.

" Sabar. Ambil tuala dulu. Baju spare, and apa apa keperluan " Tengku Haniez menahan Tengku Afiq daripada masuk ke dalam kolam.

" Ok " jawab Tengku Afiq.

*** Pilot VS Doktor ***

Tengku Afiq berenang di dalam kolam sambil ditemani Tengku Haniez.

" Sayang jomlah mandi. " panggil Tengku Afiq.

" Nantilah. " jawab Tengku Haniez.

" Ok. Awak sini kejap " panggil Tengku Afiq.

" Kenapa? " tanya Tengku Haniez sambil berjalan menuju ke Tengku Afiq.

" Tolong tengokkan ni " kata Tengku Afiq.

" Tengokkan apa? " tanya Tengku Haniez sambil mencangkung di tepi kolam.

" Takde apa. Tapi tolong mandi dengan saya " kata Tengku Afiq sambil menarik Tengku Haniez masuk dalam kolam.

" Sayang! Apa ni?! " marah Tengku Haniez.

" Kalau saya je basah tak adil. Awak pun kena basah sekali. Haha " kata Tengku Afiq sambil memercikkan air ke muka Tengku Haniez. Nasib baiklah Tengku Haniez tu pandai berenang.

" Ooo. That' s means tak adil jugak lah kalau awak sorang je yang percik air kat muka saya. Saya pun kena percik air kat muka awak jugak " balas Tengku Haniez lalu memercikkan air ke muka Tengku Afiq. Mereka bergurau senda di dalam kolam berdua.

*** Pilot VS Doktor ***

" Sunyilah rumah ni takde kak Haniez " keluh Tengku Iezkandar.

" Kak Miera kan ada. Pergi ajak dia jalan jalan " cadang Puan Sri Zariana.

" Bonda, bonda lupa ke yang kak Miera tu takde lesen lagi. Dulu pun Abang Rizwan dengan Abang Amir yang jadi driver dia kan " jawab Tengku Iezkandar.

" Betul jugak. Haa kalau macam tu ajaklah Abang Riz. Takpun Along. Haa takpun kita gi jalan jalan kat Sunway Pyramid. Nak? " cadang Puan Sri Zariana lagi.

" Dengan bonda je? " tanya Tengku Iezkandar. " Yelah. Dengan bonda lah. Kita berdua je. Bonda nak belikan something untuk Iez " kata Puan Sri Zariana lagi.

" Nak Nak! " Tengku Iezkandar terus bersetuju.

" Dah pergi siap " arah Puan Sri Zariana. Tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia segera menjawab panggilan tersebut. Rupanya Tengku Haniez yang menelefonnya.

Puan Sri Zariana: Hello, assalamualaikum.

Tengku Haniez: Waalaikummussalam, bonda. Haniez nak bagitahu something ni

Puan Sri Zariana: Bagitahu apa?

Tengku Haniez: Papa Afiq dah rancangkan honeymoon untuk kitaorang

Puan Sri Zariana: Baguslah tu. Bila flight?

Tengku Haniez: Lusa bonda

Puan Sri Zariana: Hmm. Kenapa tak esok je? Lagi cepat lagi bagus.

Tengku Haniez: Bonda ni. Main main pulak. Ok lah bonda, Afiq dah panggil ajak pergi barang. Assalamualaikum.

Puan Sri Zariana: Waalaikumussalam

*** Pilot VS Doktor ***

" Kenapa bonda? " tanya Tengku Iezkandar.

" Kak Haniez nak pergi honeymoon." jawab Puan Sri Zariana.

"Bila bonda? " tanya Tengku Iezkandar.
" Lusa " jawab Puan Sri Zariana.

" Pergi mana? " tanya Tengku Iezkandar. " Pergi mana tu bonda tak tanya. Nanti Iez call lah kak Haniez. Tanya eh. Dah jom. Tolong ambilkan beg bonda kat atas almari tu " jawab Puan Sri Zariana.

" Orait " balas Tengku Iezkandar.

*** Pilot VS Doktor ***

" Sayang, jom cepat. Nanti lambat pulak nak pergi majlis tunang rumah wawa " kata Tengku Afiq.

" Ya, saya dah siap dah ni " jawab Tengku Haniez.

" Dah jom. Masuk kereta " kata Tengku Afiq sambil membukakan pintu untuk Tengku Haniez.

" Terima kasih, sayang " ucap Tengku Haniez.

" Kasihmu diterima " jawab Tengku Afiq. Mereka pun menuju ke rumah Nur Najwa. Sampai di stesen minyak, kereta yang dipandu oleh Tengku Afiq membelok masuk ke stesen minyak.

" Awak nak isi petrol ke?" tanya Tengku Haniez.

" Tak. Saya nak pergi toilet kejap. Sayang tunggu sini tau. Jangan pergi mana mana " kata Tengku Afiq sambil memberi pesanan.
" Orait " jawab Tengku Haniez. Tengku Afiq melangkah masuk ke tandas lelaki. Tiba tiba ada sebuah kereta berhenti di belakang kereta Tengku Afiq diparkir. Pemandu tersebut keluar lalu menuju ke pintu hadapan kereta Tengku Afiq di mana Tengku Haniez duduk. Dia membuka pintu dan menekup mulut Tengku Haniez yang sedang membaca novel.

" Hahaha. Afieqa, mati kau harini " kata Nur Qistina ketawa jahat. Dia menyeret Tengku Haniez keluar dari kereta dan menuju ke keretanya. Tengku Afiq yang baru keluar dari tandas lelaki terlihat akan kejadian itu dan segera menyelamatkan isterinya.

" Qistina! Apa yang kau buat ni?! " tengking Tengku Afiq.

"Afiq! " Nur Qistina terkejut melihat Tengku Afiq tiba tiba muncul di belakangnya.

" Kau ni memang kurang ajar! " kata Tengku Afiq lalu menghadiahkan sebuah penampar yang hinggap di pipi Nur Qistina.
" Auch! " jerit Nur Qistina.

" Berambus kau dari sini! Sebelum aku panggil pihak polis! " Tengku Afiq memberi amaran. Mendengar perkataan pihak polis, dengan segera dia menghidupkan enjin keretanya dan bergegas melarikan diri kerana dia dikehendaki polis atas kesalahan cuba membunuh Tengku Haniez dahulu.

" Sayang, bangun sayang " kejut Tengku Afiq. Namun Tengku Haniez tidak sedar kerana mulutnya ditekup dengan kain yang dititiskan ubat tidur cecair. Mungkin dosnya terlalu banyak menyebabkan Tengku Haniez tidak sedarkan diri.

" Takde cara lain, aku kena bawa Haniez pergi hospital " kata Tengku Afiq lalu mengangkat Tengku Haniez masuk ke dalam kereta.

*** Pilot VS Doktor ***

Pintu bilik kecemasan dibuka.

" Tengku Haniez dah sedar. Dan kalau tak ada apa apa kesan, Tengku Haniez dah boleh balik harini " beritahu Dr. Naim.

" Terima kasih doktor. Boleh saya masuk dalam? " tanya Tengku Afiq.

" Boleh. Dr Nafeesha ada kat dalam. Dia nak bagi senarai ubat yang perlu Tengku Haniez makan " jawab Dr Naim.

" Terima kasih doktor. Saya masuk dulu " Tengku Afiq meminta diri untuk masuk ke dalam bilik kecemasan.

" Silakan" balas Doktor Naim.

" Doktor, bagaimana keadaan isteri saya? " tanya Tengku Afiq.

" Tengku Haniez dah boleh pulang. Tapi sebelum tu kena ambil ubat di farmasi terlebih dahulu. Ini senarainya " jawab Dr Nafeesha lalu menghulurkan sehelai kertas kepada Tengku Afiq.

" Terima kasih doktor. Kalau macam tu kami balik dulu " pamit Tengku Afiq.

Dr Nafeesha sekadar mengangguk. Tengku Afiq mengambil ubat Tengku Haniez sementara Tengku Haniez duduk di ruangan menunggu.

" Dah, jom balik " kata Tengku Afiq selepas selesai mengambil ubat. Tengku Afiq memimpin tangan Tengku Haniez dan mereka berdua berjalan bersama menuju ke kereta mereka.

*** Pilot VS Doktor ***

" Sayang, esok awak boleh tak nak naik flight? " tanya Tengku Afiq.

" Boleh lah. Saya tak apa apalah. Tak cedera pun. Tapi saya ada request lah. Awak boleh ikut tak? " jawab Tengku Haniez.

" Apa request tu? " tanya Tengku Afiq.

" Saya nak pergi rumah wawa sekarang ni. Maybe dah habis majlis, tapi saya nak pergi ucapkan tahniah dekat dia and nak bagi hadiah ni " jawab Tengku Haniez.

" Ok sayang. Anything for you " balas Tengku Afiq.

" Terima kasih, sayang " ucap Tengku Haniez.

" Sama sama kasih " jawab Tengku Afiq.

*** Pilot VS Doktor ***

" Congrats wa. Sorry aku lambat. Tadi ada hal sikit " ucap Tengku Haniez.

" Alah takpelah. Aku tak ambil hati pun. Aku tahu kenapa kau tak boleh datang tadi. Nafeesha bagitahu " kata Nur Najwa.

"Sorry tau. Jangan marah. " ucap Tengku Haniez lagi. " Alah. Takpelah. Kita pun mana tahu yang Si Qis tu nak buat macam tu kan. Nasib baik kau tak pape " jawab Nur Najwa.

" Hrrmmm. Tulah. Ha ni, Ridwan mana? I want to look at your fiance" tanya Tengku Haniez.

" Tulah. Aku pun nak tunjuk kat kau. Tadi dia ada kat sini. Sembang ngan abang aku. Kat luar kot. Jap aku panggil. " jawab Nur Najwa.

" Ok. Aku tunggu kat sini tau " balas Tengku Haniez.

" Sayang, saya rasa awak maybe kenal kot Ridwan tu. " kata Tengku Haniez.

" Fieqa, ni haa. My fiance, Ridwan" Nur Najwa memperkenalkan tunangnya kepada Tengku Haniez dan Tengku Afiq.

" Hai " Ridwan mengucapkan hai kepada Tengku Haniez dan Tengku Afiq.

" Sayang, awak kenal tak? " tanya Tengku Haniez kepada Tengku Afiq.

" Hurmm, ni dekwan kan? Dekwan 5G. Betul tak? " tanya Tengku Afiq.

" Yup, pandai kau teka. Eceh kau. Dulu pun kau ape guys? " tanya Ridwan.

" Apek jual sayur! " jawab Tengku Haniez, Nur Najwa dan Ridwan serentak.

" Ooo, kenakan aku eh. Takpe takpe. Kita kenakan Tengku Haniez pulak. Ape guys? " giliran Tengku Afiq untuk mengenakan Tengku Haniez.

" Ketua Pengawas Singa!! " jawab Nur Najwa, Ridwan, Tengku Afiq dan Tengku Haniez sendiri.

" Guys guys. Wawa pun ada jugak call sign dia. Ape dia? " Tengku Haniez pula dapat tiket.

" Wawa Si Lebah.Zzzzzz " jawab mereka secara serentak.

" Ceh. Korang ni sporting lah. Sehati sejiwa laki bini. " kata Nur Najwa.

" Wa. Aku nak bagitahu ni. Esok aku pergi korea. Honeymoon dengan apek ni " kata Tengku Haniez.

" Serius. Orait aku doakan cepat cepat baby tau " balas Nur Najwa. Terbuntang mata Tengku Haniez manakala Tengku Afiq tersengih sengih.

" Ok lah. Kitaorang balik dulu. Dah petang ni. Nak beli barang untuk esok. Tak beli lagi ni " pamit Tengku Haniez.

" Ha yelah. Fiance aku ni pun nak balik. Takut mak. Ok bye " balas Nur Najwa sambil bersalam salaman dengan Tengku Haniez.

*** Pilot VS Doktor ***

" Awak, opss sayang nanti kat sana apa plan kita? " tanya Tengku Haniez.

" Nanti sampai sana kita plan nak pergi mana eh. Sekarang kita fikir nak packing ni. Dah siap semua dah? " jawab Tengku Afiq.

" Dah. Siap dah semua. Jangan risau " jawab Tengku Haniez.

" Isteri mithali " jawab Tengku Afiq.

" Dah jom tidur " ajak Tengku Haniez.

" Jom, esok pagi pagi kata nak pergi rumah bonda kan? " jawab Tengku Afiq.

" Haah. Dah jom tidur " Tengku Haniez memejamkan matanya lalu terlelap. Tengku Afiq menyelimutkan Tengku Haniez.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience