Chapter 9

Romance Series 19229

BAB 9

“Nis…aku dah tahu semuanya.” Aku bersuara sebak. Walaupun aku kecewa dengan sikap Anisa, tapi aku tidak tergamak untuk memarahinya. Mungkin juga dia ada alasan yang kukuh mengapa dia berbuat begitu.

Lagipun selama ini, dialah tempat aku mengadu sebarang masalah. Malah dia jugalah yang paling memahami perasaan aku. Kawan ketika susah dan senang. Tidak hairanlah ketika meluahkan perasaan aku kepadanya, aku tiba-tiba saja berasa sungguh sedih.

“Sorry Dura…aku tak sampai hati nak beritahu kau. Memang salah aku.” Anisa memegang bahuku. Ada nada kekesalan dalam suaranya yang perlahan. “Dulu…dia menangis-nangis di depan aku. Sebab tu aku percaya dengan luahan hati dia.”

“Aku tak kisah, Nis. Mungkin dah nasib aku.” Kali ini air mata aku bergenang di kelopak mataku. Entah kenapa aku terasa sayu sangat-sangat.

“Aku harap kau bersabar. Mungkin juga dia benar-benar ikhlas. Mana tahu..Tuhan bukakan pintu hatinya untuk menerima Islam dengan sepenuh hati.”

“Ntahlah. Aku malas nak fikir lagi.”

“Mungkin kau boleh beri dia masa, Dura. Siapa tahu, dia benar-benar insaf dan bertaubat selepas ni. Lagipun tak ada salahnya beri dia peluang.” Anisa memujukku dengan lembut. Aku tahu dia rasa bersalah teramat sangat padaku.

Jika Navin benar-benar insaf, aku hanya mampu bersyukur. Namun untuk menerimanya kembali, adalah sesuatu yang agak sukar untuk aku lakukan. Aku tidak mahu memperjudikan perasaanku untuk orang seperti Navin. Biarlah semua ini menjadi satu pengajaran dan pengalaman kepada aku.

Perbualan kami terganggu dek bunyi telefon bimbit Anisa yang berdering. Aku hanya membiarkan dia menjawab panggilan itu tanpa mempedulikan siapa pemanggilnya. Namun bila melihat wajah Anisa yang berubah dan matanya bulat memandang aku, aku jadi tertanya-tanya apa yang telah berlaku.

“Navin ada kat hospital. Dia batuk berdarah.”

Berita yang disampaikannya itu betul-betul membuat aku darahku seperti berhenti mengalir. Jantung aku berdegup dengan kencang.

“Jom siap. Kita pergi melawat dia.” Tanpa menunggu jawapan dari aku, Anisa terus bangun menuju ke biliknya.

Aku serba-salah. Antara simpati dan benci. Tapi bila mengenangkan dia sedang sakit, aku rasa aku wajar melawatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience