Zayn mencium Gigi sejurus selepas filem kedua, 'Bad Neighbours' yang nyata bukan favorit Gigi hingga membuatkan dia terlena ketika menonton filem tersebut, sebelum terlena sempat dia mengomel mengatakan Zayn memang sejenis yang tak reti pilih movie yang best dan beberapa minit kemudia dia terlentok lena di dada Zayn.
Zayn menyukainya.
Sebaik sahaja filem itu tamat, dia mengangkat Gigi seperti pengantin lelaki mengangkat perempuan menuju ke bilik tidur lalu dibaringkan Gigi di atas katil. Dan sekali lagi Zayn mencium Gigi.
Zayn mulai tertanya-tanya adakah Gigi akan membalas ciumannya, apakah dia suka ciuman yang lembut atau memberahikan? Adakah Gigi akan suka jika dia menciumnya sambil tangannya membelai lembut rambutnya, menyentuh leher jinjangnya apakah dia suka jika lidahnya mulai menyentuh bibirya sebelum mulai merasa hangat kulitnya?
Zayn segera menampar pipi sendiri cuba menjauhkan dari imaginasi liarnya itu. Dia kemudiannya berlalu keluar dari bilik itu dan menuju ke sofa, melabuhkan punggungnya dan mematikan televisyen, serta-merta dia berada dalam keadaan gelap gelita, sunyi.
Dia menanggalkan bajudan seluarnya kemudian berbaring di atas sofa sambil cuba menutup matanya. Namun tak semena-mena fikirannya menerawang lagi; Bagaimana rasanya memeluk Gigi, mengucup leher sambil membisikkan, ''Selamat malam sayang, aku cinta padamu?'
''Pastinya indah bukan?'' jawab Zayn dalam hati.
Keesokan harinya, Zayn terjaga dek bunyi pung pang dari dapur. Dia bingkas bangun dan berjalan ke dapur, menggigil kesejukan tatkala kakinya menyentuh lantai yang sejuk. Dia melihat Gigi memegang kuali sedang memasak telur goreng. Gigi sudah tidak memakai baju tidur yang dipakainya semalam tapi kini dia sudah memakai baju-T leher V rona putih kegemaran Zayn dan Zayn tidak dapat menahan rasa gembiranya melihat 'panorama indah' di depan matanya saat ini.
''Buat apa Gi?'' tanyanya mengejutkan Gigi yang sedang membetulkan ikat sanggul di kepalanya. Mukanya bertukar merah saat berhadapan dengan Zayn yang saat itu hanya memakai boxer dan dia pula sedang memakai baju lelaki itu.
''A, aku nak buatkan breakfast untuk kau...''dia tersipu malu lalu mengepitkan kakinya dan kemudian cuba menarik-narik baju yang dipakainya berharap ia akan serta merta menjadi panjang demi menutup bahagian bawahnya.
Zayn masuk ke ruang dapur lalu duduk di sebelah dapur memasak. Dia tersenyum memerhatikan pipi Gigi yang sudah bertukar merah jambu - yang merupakan salah satu perkara yang disukainya tentang gadis itu. Pipinya sentiasa bertukar merah jambu seperti bunga mawar pink dan akan bertukar kemerah-merahan bila Gigi berdepan dengan situasi memalukan seperti ketika dia sedar dirinya tidak berbaju sewaktu kejadian mabuk tempoh hari).
''semalam, erm best,'' Zayn berbicara janggal namun Gigi mengangguk tanda setuju sebelum bertanyakan soalan pada Zayn, soalan yang sering bermain di fikirannya.
''Zayn, semalam kau ada cium aku?''
Share this novel