BAB 33

Romance Completed 43245

Tidak lama kemudian, Anis Raihanna berhenti meronta. Dia hanya membatukan diri. Wajah Afiq Raihan diperhatikan.

Nampaknya suaminya telah lena diulit mimpi. Penat memandu seharian barangkali. Tubuhnya dipusingkan menghadap suaminya.

Serta merta Afiq Raihan mengetatkan pelukan. Secara tidak langsung, Anis Raihanna terdorong ke tubuh sasa milik suaminya.

Dia menahan menggunakan kedua-dua belah tangan bagi mengelakkan kedudukan mereka semakin dekat. Pandangannya dijatuhkan ke arah mata suaminya.

Dia tersenyum nipis. Mata itulah yang selalu menjeling dirinya. Tangannya naik menyentuh kedua-dua belah mata Afiq Raihan.

Lalu, pandangannya dialihkan ke hidung mancung suaminya pula.Tak dinafikan Afiq Raihan mempunyai rupa paras yang tampan.

Wajah itu mampu menarik perhatian mana mana gadis yang melihatnya. Sekali pandang pasti ada yang jatuh hati pada pandangan pertama. Termasuklah...

Anis Raihanna.

Tak kira berapa banyak kali dia cuba menafikan perasaannya terhadap Afiq Raihan, dia tahu di  satu sudut hatinya dia mula menyayangi lelaki itu dalam diam.

Tetapi bukan dengan pandangan pertama, dia terus menyayangi lelaki itu. Layanan daripada suaminya yang membuatkan dia jatuh hati. Dirinya terasa selamat apabila berada di sisi lelaki itu.

Anis Raihanna sengaja menarik hidung suaminya. Terkerut dahi Afiq Raihan apabila lenanya terganggu. Anis menahan tawa. Seronok dapat mengenakan lelaki itu.

Bibir Afiq Raihan pula menjadi sasaran pandangan matanya. Bibir yang merah bak delima kerana lelaki itu tidak merokok.

Bibir itu juga yang selalu melontarkan kata kata yang menyakitkan hati Anis Raihanna. Tetapi dalam masa yang sama, kata-kata daripada lelaki itu juga yang sering menenangkan dirinya. Anis mengukir senyuman tawar.

Afiq Raihan merupakan suami yang sah tetapi sayang hati lelaki itu bukan miliknya. Pelukan suaminya dibalas.

Kehangatan pelukan tersebut membuatkan dia selesa dan selamat. Akhirnya, dia terlena didalam dakapan lelaki itu.

Selamat malam Afiq Raihan.

???

"Hana, bangun...Jom solat subuh" ajak Afiq Raihan.

Dia cuba mengejut isteri yang sedang lena. Terkejut beruk dia pagi tadi apabila Anis Raihanna tidur didalam pelukannya. Padanlah lena sungguh tidurnya semalam. Hahaha

"Ummm...kejap. 5 minit lagi aku bangunlah." balas Anis Raihanna dalam keadaan mamai.

Dia menyambung kembali tidur. Bantal disisinya dipeluk erat. Selimut ditarik sehingga paras pinggang. Dengkuran halus kembali kedengaran.

Afiq Raihan mengeleng kepala. Dah kenal sangat dengan perangai gadis itu. Otaknya ligat memikirkan cara untuk mengejut isterinya.

Bibirnya mengherotkan senyuman apabila idea nakal terlintas di fikiran.

"Hana bangun sekarang. Kalau tak aku angkat kau masuk bilik air." kata Afiq Raihan yang berbaur amaran.

Dia menyilangkan tangan ke dada. Dipandang isterinya yang masih lena diulit mimpi. Nampaknya gadis itu langsung tak terkesan dengan ugutannya.

Afiq Raihan terus mencempung tubuh isterinya. Langkahnya diatur ke bilik air di dalam bilik tidur mereka.

Anis Raihanna yang baru tersedar dari lenanya segera memaut pada batang leher suaminya. Terkejut dia apabila dicempung sebegitu.

Sesekali dia memukul dada Afiq Raihan supaya menurunkan dirinya. Namun hampa Afiq Raihan langsung tidak menghiraukan pukulan itu. Senyuman sinis terhias diwajahnya.

"Apa ni main angkat orang tanpa kebenaran! Kaki aku ni terseliuh je bukan patah. Turunkan aku!" marah Anis Raihan.

Geram apabila tidak dihiraukan oleh Afiq Raihan. Baru semalam dia mengakui cintanya pada lelaki itu, hari ni dah buat hal. Nak mati ke?! Bibirnya dicebikkan.

Sebaik tiba di bilik air, tubuh isterinya diturunkan. Diletakkan jari telunjuk diatas bibir isterinya.

"Jangan membebel pagi-pagi boleh tak? Lain kali aku kejut tu bangun. Bukan tidur balik. Kalau tidak, inilah padahnya." kata Afiq Raihan selamba.

Anis Raihanna memincingkan mata ke arah Afiq Raihan. Jari telunjuk suaminya dialihkan dari bibirnya. Ingat dia barang ke apa main angkat ke sana ke mari?

"Apa pandang-pandang? Tak puas hati?" soal Afiq Raihan sinis.

Anis Raihanna masih tidak membuka mulut. Dipandang lelaki itu bagai nak telan. Kalau boleh dah lama dia buat!

"Oh nak aku teman mandi sekali eh?" sambung Afiq Raihan lagi. Terukir senyuman nakal dibibirnya.

"Eiii, gatal! Pergi keluarlah! Kalau tak, aku jerit!" ugut Anis Raihanna.

Perangai suaminya kalau dilayan makin menjadi-jadi. Tak kuasa dia nak melayan. Penat!

"Eleh...marah eh. Sini jap." kata Afiq Raihan.

Dia menyuruh isterinya mendekatkan diri ke arah dirinya disedikit. Gayanya seperti mahu membisikkan sesuatu.

"Alah sini la kejap. Nak cakap something ni." sambung Afiq Raihan lagi.

Anis Raihanna ragu-ragu untuk menurut kata suaminya. Mamat tu memang tak boleh dipercayai! Ada saja akalnya.

Akhirnya, dia mengurangkan jarak kedudukan antara mereka berdua. Tak banyak sikit je. Kalau orang nak duduk antara mereka pun muat lagi.

Afiq Raihan mempamerkan riak muka menyampah. Ditarik Anis Raihanna agar rapat kepadanya. Takut sangat ke minah ni dekat dia.

"Sini telinga kau. Aku nak bisik something."

Anis Raihanna pasrah. Ikutkan je lah apa suami dia nak. Tak larat dah nak bergaduh pagi-pagi buta ni. Dah la solat subuh pun belum lagi. Haiih.

Afiq Raihan mendekatkan mulut ke telinga isterinya. Anis Raihanna hanya menunggu tutur bicara lelaki itu.

Chup!

Satu ciuman hinggap di pipi Anis Raihanna. Pipinya mula memerah. Matanya dibulatkan.

"Morning kiss...Hahahaha"  kata Afiq Raihan selamba.

Tawanya dihamburkan sepuas hati. Dia segera melangkah keluar dari bilik air tersebut. Mahu kena pelangkung dengan Anis Raihanna nanti kalau dia berlama di situ.

"Tak guna!" laung Anis Raihanna dari dalam bilik air.

Dalam masa yang sama, dia mengukir senyuman penuh makna.

???

Usai membersihkan diri, Anis Raihanna mencapai telekung. Dia melirik ke arah Afiq Raihan yang sedang bermain telefon pintar.

"Oi, jomlah solat. Tadi kau yang ajak kan." kata Anis Raihanna.

"Aku dah solat awal lagi tadi. Kau lah lambat sangat mandi." balas Afiq Raihan tanpa serba salah.

Dia kembali menilik kerja di telefon pintarnya. Anis Raihanna mencekak pinggang. Kenapa tak cakap awal-awal?

"Lain kali, pesanlah awal-awal. Aku mandi tadi pun paling kejap tau." rungut Anis Raihanna.

Dia segera menunaikan solat. Baru ingat nak berjemaah haihh.

"Eh, jap." panggil Afiq Raihan.

Dia menarik tangan Anis Raihanna. Mata Anis Raihanna membulat apabila tersedar tangannya dipegang oleh Afiq Raihan.

"Woi, batal dah wudhuk aku. Aku nak solat lah!" marah Anis Raihanna.

Dia melepaskan pergelangan tangannya daripada dipegang Afiq Raihan. Dijeling suaminya sekilas.

"Eh, sorry. Aku nak cakap kita balik hari ni. Kemas barang." balas Afiq Raihan. Dia tersengih kerang.

Anis Raihanna terus melangkah ke bilik air. Mahu mengambil wudhuk semula. Balasan daripada Afiq Raihan tak dihiraukan. Nanti-nantilah dia kemas barang.

Akhirnya, Anis Raihanna selesai menunaikan solat. Hatinya terasa lapang. Dirinya sungguh tenang setiap kali menunaikan solat.

Dia membuka telekung yang dipakai sebelum dilipat semula dan disimpan ke dalam beg pakaian.

Takut tertinggal pula memandangkan dia akan balik hari ni. Kalau ikutkan dia mahu tinggal lebih lama tetapi kerja Afiq Raihan masih bertimbun di pejabat. Dia bercadang untuk kembali menziarahi Tok Neknya lagi.

"Hana, Tok Nek suruh kau pakai kain batik. Senang nak urut kaki kau tu. Sakit lagi ke kaki kau?" soal Afiq Raihan yang entah muncul dari mana.

"Kain batik? Aku mana ada bawa kain batik. Kaki aku ni dah elok sikit daripada semalam. Sakit tu adalah sikit." balas Anis Raihanna.

Dia cuba mengerakkan sedikit pergelangan kaki kirinya yang terseliuh. Sakit yang mencengkam makin beransur hilang.

"Nah. Kain batik. Tu Tok Nek yang punya." balas Afiq Raihan.

Dihulurkan sehelai kain batik kepada Anis Raihanna. Anis Raihanna terus menyambut huluran tersebut.

Walaupun dia masih ragu-ragu untuk menurut. Perlu ke sampai pakai kain batik untuk berurut? Pergelangan kakinya sahaja yang terseliuh bukan keseluruhan kakinya patah.

"Aku nak pergi memancing dengan abah jap. Kau nak cakap apa apa lagi ke?" soal Afiq Raihan.

"Ada. Kenapa kau ajak aku tidur terus hah semalam? Aku nak makan pun tak puas tau!" luah Anis Raihanna.

"Oh pasal tu. Aku cuma nak elakkan ibu dengan Tok Nek tanya pasal keadaan rumah tangga kita. Kau tahu kan apa maksud aku?" balas Afiq Raihan menerangkan.

Anis Raihanna mengangguk kecil. Betul kata Afiq Raihan. Dia sendiri tak sanggup nak menipu keluarga mereka tentang kehidupan rumah tangganya.

"Jangan lupa kemas barang. Kita terus balik eh bila aku habis memancing dengan abah." pesan Afiq Raihan sebelum meninggalkan Anis Raihanna.

"Okay"

???

Anis Raihanna keluar dari biliknya dengan memakai kain batik. Dia berjalan dengan berhati-hati. Risau sekiranya kain yang dipakainya terlurut jatuh.

"Ha Anis. Keluar pun. Meh sini Tok urut kaki tu" panggil Tok Nek.

Anis Raihanna mempercepatkan langkah sambil memegang kain yang dipakai. Dia mana reti pakai kain batik ni.

Dia mengambil tempat disebelah Tok Nek. Kakinya dilunjurkan dihadapan wanita itu.

Lantas, Tok Nek membelek pergelangan kaki cucunya. Dia tersenyum.

"Siapa urut kaki Anis ni? Macam dah elok je Tok tengok. Rasa sakit lagi?" soal Tok Nek prihatin.

"Oh semalam masa Anis jatuh, Afiq tolong urutkan. Cuma tulah ada rasa sakit lagi. Tak banyak sikit je." balas Anis Raihanna manja. Dia tersengih.

"Sayang sangat Afiq dekat cucu Tok ni yer. Tak apa biar Tok urutkan. Mana tahu sembuh terus kan." balas Tok Nek.

Anis Raihanna tersentak dengan kata-kata wanita itu. Namun cepat-cepat dia mengawal riak mukanya. Dia mempamerkan senyuman palsu.

Afiq Raihan sayang dia? Dia tolong sebab simpati je. Berhenti berharap Anis Raihanna!

Tok Nek mula mengurut pergelangan kaki Anis Raihanna. Minyak panas telah disapu terlebih dahulu.

Anis Raihanna menonton televisyen sementara menunggu Tok Nek mengurut kakinya. Sesekali sekala dia ketawa kerana terhibur dengan rancangan televisyen tersebut.

"Hahaha, Tok cuba tengok tu. Lawak betul." kata Anis Raihanna sambil tertawa.

"Anis bahagia hidup dengan Afiq?"

Mati terus tawa Anis Raihanna. Dia menelan air liur yang terasa kesat. Soalan cepumas!

"Ermm, kenapa Tok tanya macam tu?" balas Anis Raihanna.

"Saja nak tahu. Tok risaukan cucu Tok ni. Tok tak nak kamu berdua rasa terbeban sebab berkahwin dalam keadaan macam ni. Anis faham kan maksud Tok?" kata Tok Nek.

Wanita itu mengelus lembut pipi Anis Raihanna. Rambut gadis itu diselak ke belakang telinga.

"Kalau Anis kata Anis tak bahagia? Macam mana?" balas Anis Raihanna.

"Kalau Anis tak bahagia, Tok nak minta maaf sebab tak dapat bagi cucu-cucu Tok bahagia. Maafkan Tok ya." balas Tok Nek sayu.

Dia menarik Anis Raihanna ke dalam pelukan. Kolam air matanya pecah menjatuhkan titisan air mata. Rasa sebak mula menyelubungi diri.

"Tok jangan nangis. Anis bahagia Tok. Anis betul-betul bahagia dengan Afiq." pujuk Anis Raihanna.

Dia membalas pelukan wanita itu. Resah dia apabila Tok Neknya mula mengalirkan air mata. Dia tak berniat untuk membuat wanita itu dilanda kesedihan.

"Betul ni? Anis tak tipu Tok kan?"
balas Tok Nek.

Dia mencari anak mata cucunya. Mahu mencari kebenaran disebalik kata kata Anis Raihanna.

"Ya, janganlah nangis Tok. Anis nak luangkan masa dengan Tok. Petang nanti Anis nak balik dah. Jangan nangis eh." pujuk Anis Raihanna lagi.

Tangannya menyeka air mata yang mengalir di pipi. Bibir mengukir senyuman bagi menenangkan Tok Nek.

"Lega hati Tok dengar. Sekurangnya bila Tok dah tak ada nanti Afiq ada jaga Anis. Janji dengan Tok yang Anis akan jaga rumah tangga Anis elok-elok, boleh?" pinta Tok Nek.

Anis Raihanna terkedu. Permintaan itu amat sukar untuk dia tunaikan. Apatah lagi mengikat janji dengan wanita itu. Rasa serba salah melanda dirinya. Apa aku nak buat ni?

"Tok, Anis akan cuba ya. Jangan risaukan Anis. Kesihatan Tok lagi penting tau." jawab Anis Raihanna mahu menukar topik.

"Tak apalah kalau macam tu. Tok bukan apa Anis, esok lusa mana tahu Tok dah tak ada. Tok cuma harap cucu Tok bahagia." balas Tok Nek.

Mereka berdua berpelukan bagai tiada hari esok. Kata-kata Tok Nek amat menyentuh hati Anis Raihanna.

"Anis cuba Tok."

???

"Hello, assalam Is. Kenapa kau call aku ni?" kata Afiq Raihan separuh berbisik.

Risau jika bapa mertuanya mendengar perbualan mereka. Matanya melirik ke arah Encik Zahid yang sedang leka memancing.

"Wassalam, Fiq. Aku nak bagitau yang aku dah tahu identiti perempuan tu. Semalam Fakhrul ada call." jawab Haiqal Iskandar.

"Ye ke? Alhamdulilah. Aku harap kes ni dapat selesai secepat mungkin." kata Afiq Raihan teruja.

Dia terasa mahu sujud syukur saja apabila mengetahui berita gembira tersebut. Tak henti-henti dia mengucapkan rasa syukur kepada-Nya.

"Afiq, aku nak tanya sesuatu boleh?" pinta Haiqal Iskandar.

"Oh, kau tanya banyak pun aku tak kisah. Hahaha" seloroh Afiq Raihan.

Haiqal Iskandar tertawa kecil.

"Aku nak tanya, kau cintakan Anis Raihanna?" soal Haiqal Iskandar.

Afiq Raihan terdiam. Dia tak menjangka soalan itu yang terpacul dari mulut Haiqal Iskandar.

"Eh, apa kau merepek ni? Takkanlah. Jangan risau, aku tahu apa aku buat." balas Afiq Raihan.

"Aku tak tahu kenapa aku overthinking sangat. Sorry kalau aku buat kau tak selesa"

Haiqal Iskandar menghela nafas lega. Hilang segala keresahan didalam hatinya.

"Tak ada apalah. Aku kena pergi ni. Kalau ada apa-apa call eh. Assalamualaikum." balas Afiq Raihan sebelum menamatkan panggilan.

"Fiq, jom balik. Dah petang ni. Kamu nak balik hari ni kan. Risau pulak kalau lewat sangat kamu sampai KL" kata Encik Zahid.

"Baik bah. Fiq kemas barang kejap." balas Afiq Raihan.

Dia mengemas segala peralatan memancing lalu disimpan ke dalam beg khas. Persoalan bermain di benak fikiran.

"Aku cintakan Anis? Tak mungkin"

???

Anis Raihanna memeluk ibu bapanya silih berganti. Afiq Raihan pula bersalaman dengan keluarga mentuanya.

"Jaga diri elok-elok. Anis dah jadi isteri orang. Jangan buat perangai. Kalau nak masuk neraka buatlah." kata Puan Aimi sambil menitipkan pesanan.

"Hahaha. Baik ibu!" balas Anis Raihanna.

Ibu dengan Afiq sama je. Suka sangat kaitkan syurga neraka. Sentap kejap sanubarinya.

Biasalah dia juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Dia menguntum senyuman.

"Dengar cakap ibu tu. Abah tahu Anis isteri yang baik kan?" kata Encik Zaid pula.

"Baik abah. Abah jaga ibu elok-elok tau. Jangan bagi ibu merajuk pulak." usik Anis Raihanna.

"Hahaha...ya abah akan jaga ibu elok-elok. Jangan risau." balas Encik Zahid.

Kini giliran Tok Nek pula untuk menitipkan pesanan kepada Anis Raihanna. Dia mengukir senyuman penuh makna.

"Ingat pesanan Tok. Tok sentiasa doakan yang baik-baik untuk kamu berdua. Cuma tinggal pilihan untuk kamu berdua nak hidup macam mana. Tok sayang cucu Tok. Ingat tu." pesan Tok Nek.

"Baik Tok. Anis pun sayang Tok. Jaga kesihatan Tok ya. Nanti kami datang lagi." pamit Anis Raihanna.

Tubuh Tok Nek dipeluk erat sebelum berpisah. Sempat juga mereka bersalaman.

Anis Raihanna segera memboloskan diri ke dalam kereta. Dia melambaikan tangan ke arah keluarganya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"Afiq, boleh tak kalau aku nak gosok baju kau sebelum pergi kerja esok." pinta Anis Raihanna sebaik sahaja kereta mereka keluar dari pekarangan rumah keluarganya.

"Kau kenapa? Buang tebiat? Tak pernah-pernah pulak jadi isteri mithali." sindir Afiq Raihan.

Pelik dengan perubahan isterinya. Tok Nek urut kaki Anis Raihanna ke brainwash otak isterinya?

"Salah ke kalau aku nak jadi isteri mithali. Aku pun nak masuk syurga" bidas Anis Raihanna. Dia memulangkan paku buah keras.

"Fine. Lantak kaulah nak buat apa. Jangan terbakar sudah la baju aku. Kalau tak, siap kau!" balas Afiq Raihan yang berbaur amaran.

Anis Raihanna mengukir senyuman.

"Anis janji Tok!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience