BAB 9

Romance Completed 4031

“Nurse, kenapa dengan pesakit ni?” Rania masih tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan. Dia mendesak jururawat tersebut untuk memberitahunya.

“Saya tak beberapa pasti sangat. Puan kena tanya Doktor Aziz. Dia lebih tahu. Apa yang saya tahu, pesakit ni kritikal dan dia sedang koma. Peluang untuk dia hidup 50-50 je.” Rania terkedu. Dia berhenti melangkah. Jururawat tersebut turut memberhentikan langkahnya.

“Kenapa boleh jadi macam tu?”

“Sebab kepalanya terhentak dengan dahan pokok. Tulang badannya pula banyak yang patah.”

“Teruk ke kemalangan tu?” Jururawat tersebut hanya menggeleng.

“Ni bilik dia. Tapi puan kena tengok dari luar sahaja. Doktor belum benarkan pelawat mendekati pesakit.” Pesan jururawat tersebut dan dia terus berlalu meninggalkan Rania. Rania merenung Shafie yang sedang terbaring. Rasa kesal mula menyelubungi dirinya. Semua ini terjadi kerana dirinya yang terlalu emosi.

“Nia.” Rania berpaling.

“Maafkan Nia, papa.” Ucap Rania setelah dia menghampiri ayahnya. Dia memeluk erat ayahnya. Cuba mencari kekuatan diri. Dia malu dengan dirinya sendiri kerana dialah punca semua ini terjadi. Dato’ Rashid memujuk Rania supaya Rania tidak terlalu menyalahkan dirinya.

“Kita naik atas. Keluarga Shafie datang untuk melawat kamu.” Ajak Dato’ Rashid.

“Syukurlah kamu hanya cedera ringan.” Ucap Siti Aishah. Rania menundukkan wajahnya. Dia tidak berani untuk menatap wajah ibu Shafie. Pelbagai perasaan berbaur di hatinya. Bersalah, sesal, terharu dan kecewa. Semuanya ada dalam dirinya. Ahli keluarga Shafie seakan redha dan pasrah dengan perkara yang terjadi. Rania benar-benar ralat.

“Akak janganlah murung. Kesian kat abang Shafie. Dia gadaikan nyawanya untuk selamatkan akak, alih-alih akak macam mayat hidup.” Tegur Adlin, adik bongsu Shafie. Rania tersentak. Terkejut dengan teguran tersebut.

“Kamu ni. Jangan cakap macam tu.” Tegur Siti Aishah. Adlin hanya tersenyum kelat dengan teguran tersebut. Rania hanya memandang. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus di lakukannya.

Rania bosan keseorangan di dalam bilik tersebut. Sekejap dia duduk, sekejap dia berjalan. Dia mundar-mundir Walaupun kecederaannya tidak serius, tapi dia masih perlu terus tinggal di situ untuk sehari dua sehingga doktor benar-benar puas hati dengan kesihatan dirinya. Rania merenung kosong dinding bilik tersebut. Dia benar-benar resah. Hatinya tidak keruan. Seperti ada sesuatu yang mengusik hatinya tika itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke wad Shafie. Dia menyelinap untuk masuk ke bilik Shafie. Lemah kakinya melangkah ke arah katil Shafie. Hatinya benar-benar sayu melihat keadaan diri Shafie. Hampir keseluruhan badannya berbalut. Rania merenung wajah Shafie. Air matanya mengalir perlahan-lahan membasahi pipinya.

“Maafkan aku Shafie. Aku tak sangka akan jadi begini.” Rania berkata lembut. Terdapat kekesalan dalam nada suaranya. Diperhatikan Shafie. Hatinya benar-benar sedih melihat keadaan sahabatnya itu. Dia duduk di birai katil sambil memegang tangan Shafie. Hatinya benar-benar tenang saat berada di sisi Shafie.

“Maafkan aku.” Ulang Rania. Lalu dia meletakkan kepalanya di atas tangan Shafie dan akhirnya dia tertidur di situ.

“Macam mana kamu boleh masuk?” tanya Doktor Aziz sebaik sahaja Rania membuka matanya. Dia terkejut tatkala membuka pintu dan Rania sedang tidur dalam keadaan duduk di sebelah pesakit.

“Balik bilik kamu dulu. Kami nak periksa keadaan dia.” Arah Doktor Aziz.

“Dia akan pulih ke doktor?”

“Selepas pemeriksaan baru saya boleh beritahu.” Jawab Doktor Aziz dengan tenang. Lalu Rania berlalu meninggalkan bilik tersebut dengan langkah yang berat. Fikirannya masih lagi memikirkan keadaan Shafie.

“Kenapa doktor?” tanya Rania sambil menarik kerusi berhadapan dengan dengan Doktor Aziz. Dia menjadi semakin risau bila Doktor Aziz mahu berjumpa dengannya secara peribadi di biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience