Rate

Bab 7 Fikiran Izara

Drama Completed 203285

Malam ni aku tak boleh nak melelapkan mata. Kerana asik teringat apa yang telah ayah katakan padaku tadi. Otak aku asik memikirkan cara macam mana nak cari sorang lelaki yang boleh aku bawa bertemu dengan ayah.Tapi di fikiranku hanya terbayang Pak Cik Haziq sahaja yang mempunyai kriteria yang di cakapkan oleh ku pada ayah tadi.

"Adui macam mana aku nak buat ni? Ayah pun dah kenapa nak kahwinkan aku pula? Harap Pak Ngah boleh tolong aku supaya Pak Cik Haziq boleh suka dekat aku ni.Atau aku luahkan rasa hati aku ni dekat Pak Cik Haziq. Kalau dia sanggup nak bantu aku alhamdulillah,kalau dia tak mahu tolong, nampaknya aku kena lari dari rumah cari mak dan abang aku" Bebel aku sendirian di dalam bilik. Bukannya ada orang dengar pun aku membebel dalam bilik ni.

Entah pukul berapa aku tertidur aku pun tak pasti.Bangun pagi aku mandi dan sembahyang subuh dahulu sebelum pergi sekolah. Sampai di sekolah aku parking motorku seperti biasa. Aku lihat sudah ada Ardiana di tempat parking.

"Ardiana kau tunggu aku sat. Kita jalan sama-sama pergi ke dewan" Kataku sambil memadang pada Ardiana yang sudah berjalan dari tempat parking.

"Ya la,aku tunggu la ni" kata Ardiana sambil matanya memadang padaku.

Aku pun berjalan ke arah Ardiana.

"Aku rasa ujian hari mesti aku gagal punya. Aku dah tak ingat dah tentang ulangkaji yang kita buat semalam" Kataku pada Ardiana.

"La kenapa pula kau boleh lupa. Kan baru semalam je Darwisya ajar kita berdua" kata Ardiana agak hairan.

"Kepala otak aku ni asik terfikir pasal Pak Cik Haziq je malam tadi. Ni semua gara-gara ayah aku la nak kahwinkan aku bila habis ujian SPM nanti." Kataku pada Ardiana.

"Dah kenapa ayah kau nak kahwinkan kau pula ni? Dan apa-apa kena-mengena dengan Pak Cik Haziq pula?"tanya Ardiana.

" Ada kawan ayah aku yang sanggup nak bayarkan hutang ayah aku bagi habis. Tapi aku kena kahwin dengan kawan ayah aku tu la,jadi isteri nombor 2...Tak nak la aku,aku cakap dekat ayah aku yang aku dah ada pilihan sendiri. Dan aku tercakap dekat ayah aku yang pilihan aku tu pun boleh bayarkan hutang ayah aku tu macam kawan ayah aku tu.Tak pasal-pasal ayah aku suruh aku bawa lelaki pilihan aku tu jumpa dia bila ujian SPM dah selesai."Kataku panjang lebar pada Ardiana.

"Ala sekarang ni kau tak payah fikir dulu. Nanti lepas ujian SPM selesai baru kau fikir. Lagi pun masa panjang lagi dekat sebulan.Bukan ayah kau suruh kau bawa jumpa sekarang ni juga. Sekarang ni kau fikir pasal ujian SPM yang akan kau jawab nanti " Kata Ardiana padaku.

"Pandai la kau punya cadangan tak membantu langsung." Kataku.

"Betul apa aku cakap tu" Kata Ardiana lagi.

"Hey,kau orang ni tengah berbincang apa ni?" Soal Darwisya yang tiba-tiba datang ke arah aku dan Ardiana.

"Kawan kita ni ada masalah besar pula dah" Kata Ardiana pada Darwisya.

"Kau ada masalah apa pula Izara?Kalau masalah perlajaran aku boleh la bantu sikit-sikit." Kata Darwisya.

"Nanti waktu rehat baru aku akan cerita dekat kau masalah si Izara ni. Sekarang ni kita pergi dewan dulu" Kata Ardiana.

Aku,Ardiana dan Darwisya pun berjalan masuk ke dalam dewan peperiksaan. Ujian subjet hari ni aku main hentam je jawab. Nasib la betul tak betul jawaban yang aku tulis tu. Aku rasa kepala otak aku ni dah jem penuh dengan berfikir cara yang perlu aku lakukan untuk memberitahu pada Pak Cik Haziq yang aku menyukai dirinya.

Agaknya kalau aku memberitahu pada Pak Cik Haziq tentang perasaan aku padanya. Apa pandangannya pada aku nanti.Mesti dia fikir aku ni perempuan gatal yang tak tahu malu. Aku dengan Pak Cik haziq jauh berbeza bagaikan langit dan bumi. Alamak dah kenapa aku tertulis nama Haziq pula dah dekat kertas soalan aku ni,bisik hatiku bila melihat aku tak sengaja tertulis nama Haziq di tempat yang sepatutnya menulis jawapan.

Selesai waktu menjawab kertas soalan untuk subjet hari ini aku seperti biasa melepak bertiga bersama Ardiana dan Darwisya.

"Wei,cerita la apa dia masalah kau ni?Aku pun nak tahu juga ni" Kata Darwisya bila kami bertiga sudah sampai di tempat kami selalu melepak di dalam sekolah.

"Kau cerita la apa yang aku dah bagitahu dekat kau tadi pada Darwisya." Kataku pada Ardiana.

Ardiana pun mula la bercerita tentang masalah aku yang sudah aku ceritakan padanya tadi.

"Ala,kau minta bantuan dari Pak Ngah kau je. Lagi pun Pak Cik Haziq tu kawan rapat Pak Ngah kau ,susah apanya." Kata Darwisya memberi pendapat.

"Aku tak tahu nak cakap macam mana dengan Pak Ngah aku nanti." Kataku serba salah.

"Bila-bila nanti kami berdua temankan kau pergi jumpa Pak Ngah dan bagitahu pada Pak Ngah.Dan kau pun bagitahu pada Pak Ngah yang kau dah terangau sangat pada Pak Cik Haziq kawan Pak Ngah kau tu." Kata Ardiana.

"Ya lah,nanti aku akan cuba minta bantuan Pak Ngah aku la." kataku.

"Aku balik dulu ayah aku dah sampai tu" kata Darwisya sambil tangannya mula mengambil beg sekolahnya dan berjalan ke arah pagar sekolah. Kelihatan di luar pagar sudah ada kereta ayah Darwisya.

"Jom aku pun nak balik juga la" Kata Ardiana.

Aku pun mengikuti Ardiana berjalan ke arah tempat parking.Sampai di tempat kami berdua memarkir motor.Kami berdua pergi ke arah motor masing-masing untuk pulang ke rumah.

Sampai di rumah aku pun memarkir motorku dan aku pun masuk ke dalam rumah. Masuk ke dalam rumah aku lihat ayah tidak ada hanya ada ibu tiri dan 2 orang adikku.Ayah ku mungkin tengah kerja sekarang ni sebab tu tidak ada di rumah. Aku berjalan masuk ke dalam bilikku.

Bersambung...

Share this novel

Rafizah
2020-10-21 16:36:10 

mungkin dalam 60

lavender
2020-10-21 16:27:27 

semua brpa Bab??


NovelPlus Premium

The best ads free experience