BAB 15

Family Completed 6948

“Haikal, calllah lagi. Dah malam dah ni, Adam tak balik-balik lagi. Mama risau!” gesa Datin Dahliah.

“Ma, dah banyak kali Haikal cuba tapi tak dapat.” ujar Haikal.

“Bawalah bersabar mamanya…” tegur Dato’ Firdaus.

“Tapi mama risau!” balas Datin Dahliah.

“Kami pun risau jugak.” ujar Dato’ Firdaus.

“Haikal, cuba kamu bagitahu mama, apa yang terjadi??” tanya Datin Dahliah.

Haikal memandang mamanya lalu tunduk. Dia tidak sanggup hendak menceritakan perkara sebenarnya. Biarlah apapun yang terjadi, biar semua itu menjadi rahsianya!

******************************

Fitri menggelengkan kepalanya sebelum meletakkan pinggan berisi nasi goreng di atas meja. Adam kelihatan mengelamun, langsung tidak menyedari kehadiran Fitri. Fitri menyiku Adam, membuatkan dia tersentak.

“Makan!” ujar Fitri cuak. Adam mengangguk perlahan lalu mengambil pinggan di atas meja itu.

“Kau ada call mama kau?” tanya Fitri lalu duduk dihadapan Adam. Adam terkaku seketika sebelum menggeleng. Fitri menghela nafasnya.

“Tak baik macam tu. Kau marah dekat abang kau, janganlah sampai babitkan parents kau.” tegur Fitri.

“Handphone aku tinggal dekat rumah, tadi aku keluar macam tu je, tak sempat nak bawa apa-apa. Ni pun nasib baik aku terserempak dengan kau kat tengah jalan tadi.” beritahu Adam.

“Tu bukan alasan, kau gunalah handphone aku ni hah.” ujar Fitri.

“Yela, yela, nanti aku call dia!” Adam membalas.

“So, sampai bila kau nak stay sini ni?” tanya Fitri.

“Alah, bagilah aku stay sehari dua lagi.” jawab Adam.

“Aku tak kisah tapi aku nak kau settlekan masalah kau dengan abang kau, aku tak nak kau jadi pelarian dekat rumah aku ni.” ujar Fitri.

“Nantilah, aku rasa aku tak dapat nak face to face dengan abang Haikal buat masa ni.” Adam berkata.

“Janganlah macam tu.” tegur Fitri.

“Kau cakap senanglah! Kau tak dekat tempat aku!” marah Adam.

“Kau ni, boleh tak kawal sikit rasa marah kau tu? Kau ingat kau je ke mangsa keadaan?!” tegur Fitri.

“Maksud kau?!’ balas Adam cuak.

“Kau kata abang Haikal tipu kau? Kau kata Sara tipu kau? Tapi cuba kau fikir dari sudut dorang…kau rasa apa yang dorang rasa masa tahu Sara tu perempuan yang kau suka? Tambah-tambah lagi abang Haikal…dia tahu pasal kau selalu hantar hadiah dekat perempuan yang kau suka jadi dia mestilah terkejut masa tahu yang perempuan tu Sara! Kawan baik dia, kawan yang pernah jadi girlfriend dia! Kau ingat dia tak terkejut ke?!” marah Fitri.

Mendengar kata-kata Fitri, Adam mati kata. Dia tidak memandang wajah Fitri lagi. Melihat wajah Adam begitu, Fitri tersenyum kerana dia tahu kata-katanya berkesan. Dia menghela nafas lalu menepuk lembut bahu Adam.

“Dengar cakap aku…lepas kau mandi nanti, kau call abang Haikal. Settlekan malam ni jugak. Kau cakaplah apa yang kau nak cakap nanti dengan dia, sekurang-kurangnya masalah tak lama. Kau tentu tak nak abang kau terganggu dengan masalah ni kan? Kau pun tahu dia banyak kerja…” tambah Fitri lagi.

Wajah Adam berubah saat mendengar itu. Tiba-tiba dia berasa bersalah. Rasa bersalah kerana terlalu mengikut perasaannya, rasa bersalah kerana berbuat sesuatu tanpa memikirkan keluarganya. Dia mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience