Bab 3

Romance Completed 13565

Beg plastik berisi ikan kembung dijinjing Puan Maisarah sambil berjalan beriringan dengan Aqisha. Sepanjang melepasi gerai-gerai di pasar itu, mata Puan Maisarah melilau mencari bahan-bahan basah yang lain. Langkahnya terhenti pada sebuah gerai yang menjual udang dan sotong.
Telefon bimbit Aqisha berbunyi menandakan panggilan masuk. Lantas, Aqisha meminta diri untuk menunggu di parking kereta terlebih dahulu. Dia terpaksa merempuh manusia-manusia di hadapannya kerana ramai yang berpusu-pusu mencari bahan makanan. Tiba-tiba, Aqisha terlanggar seseorang. Telefon bimbit yang sejak tadi berada di genggaman hampir terjatuh tapi pantas disambut Aqisha. Pandangan tajam dilontarkan ke arah jejaka dihadapannya.

"Wei! Kalau ye pun dah lapar sangat, tengokla orang depan belakang kiri kanan. Tak payahla sengaja melanggar orang. Nasib baik telefon bimbit aku tak jatuh. Kalau jatuh, aku tuntut ganti rugi."

"eh, hello miss. Awak yang berjalan tak nampak depan. Mata tu lain kali tengok selautan manusia di depan, bukan asyik tengok handpone. Nasib baik awak langgar jejaka tampan, baik lah nasib awak sepanjang hari ni ye?"

"Ceh. Nasib aku baik bila langgar kau?? OPPA aku hampir jatuh tau disebabkan kau. Baik la sangat! Baik blah!"

"Cik Mok, bahasa biar kena dengan saiz badan eh? OPPA? Ni, oppa awak? Haha macam budak-budak kasi nama dekat handpone. Saya takde masa ni kena bergegas. Ada hal penting. Anyway, saya Tengku Emran. Awak?"

"hey Poyoman, pokemon, eh apa nama kau? Kuku? Arghhhh! Lantak la apa nama kau. Dengar sini, mulut kau tu jaga sikit eh. Walaupun badan aku mok, aku comel okay? Kau tu poyo je lebih! Ingat eh, aku benci kau sampai bila-bila!"

"awak ingat saya kesah awak nak benci saya? Saya terpaksa pergi sekarang. Ada jodoh, kita berjumpa lagi la ye? Bye, cik mok perasan comel."

Tengku Emran berlalu dengan senyuman sinis di bibir. Mata aqisha mengiringi langkah Tengku Emran. Mengelegak hatinya dengan jejaka tersebut.

"Ishhhhhhhh! Sakitnya hati aku!! Jangan harap aku nak jumpa kau lagi!" gerutu Aqisha, geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience