Sejak kecil , ibu bapalah yang mendidikku.
Menjadi guru mengajarkan aku
Apakah itu huruf dan nombor.
Semakin aku meningkan dewasa
Tanggungjawab mendidik kini digalasĀ
Oleh insan bergelar " guru "
Guru , insan yang sering mendiam marah
Terus bersabar dalam mendidik
Diberi sayang sekaan anak kandung.
17 tahun berlau sudah
Pelbagai memori terlakar indah
Pahit manis ditelan bersama.
Nasihat diberi , tidak terkira berapa.
Sedang hati terasa sebak
Akal fikirku aktif meimikirkan
Bahagianya nanti menyambung pengajian
Jasa orang tua , juga para guru
Tidak sabar ingin ku balas.
Sedar tidak sedar , perpisahan menghamiri kita
Suatu saat nanti kita , semua akan terpisah.
Mengejar mimpi-mimpi indah.
Buat guru-guru yang telah berusaha
Menjadi guru-guru terbaik buat kami
Menjadi penasihatn peribadi kami ,
Membentuk kami , menjadi insan berguna.
Terima kasih untuk semuanya.
Maafkanlah kami , atas setiap gurisan dihatimu.
Nakalnya kami , degilnya kami.
Pasti sudah melukai hatimu.
Maafkanlah kami , halalkanlah semuanya.
Dan buat para sahabat yang setia menemani
Disaat aku hampir berputus asa mengejar impianku
Terima kasih atas semangat yang kau salurkan
Terima kasih kerna telah mewarnai , zaman persekolahan ku.
Semoga yang terbaik saja buat semua.
Dan semoga talian yang dibina antara kita
Tidak terputus disini.
Share this novel