VS20

Drama Completed 85759

Daim memasukan barang didalam kargo besar Toyota Hilux nya. Mujur guna ‘four by four’, kalau tak, tahu lah mana nak letak barang Eva yang banyak.
Nak pergi dalam sebulan je, tapi minah tu bawa barang macam nak pindah selamanya ke Tembeling River.

“Dah letak semua ke barang aku Im?”

Daim angkat wajah, peluh yang menitis di sisi dahi diseka dengan jari.
“Kau ingat aku ni maid kau ke Eva? Kau senang je suruh aku susun barang kau, lepas tu kau belengang dengan handbag depan aku”

Eva memasukan tangkai tote kedalam lengannya. Pose model diberi. Sengaja.
“Kau yang paksa aku pergi dengan kau kan, so kau angkut la sekali barang aku.”

Pak!
Adesss!
Wajah Eva ditoleh memandang Dahlia yang entah bila wujud di belakangnya.
belakang bahu digosok laju. perit

“Kau kalau cakap dengan Daim boleh lembut sikit tak? Tak sedar lagi ke Daim tu suami kau.”
Dahlia silang tangan ke dada, panas dengan sikap anaknya yang masih tak berubah.

Eva juih bibir, malas berbunyi lagi. Dahlia selalu menangkan Daim, padahal mamat strawberry tu menantu je!
“Eva pergi dulu mama.”
Tangan dihulur, menyalami Dahlia sebelum melangkah ke bahagian penumpang.

Dahlia angguk kepala.
“Hati-hati kau kat sana, nanti sampai jangan lupa call mama.”

Clara yang hanya berdiri memerhati, datang mencuit bahu mama Eva.
“Jangan risau lah , Eva kan ada abang sado yang jaga dia.”

Bahu Dahlia bergerak-gerak saat tawanya terhembur.
“Ye lah! Mama lupa anak mama dah ada husband. Bertuahnya mama dapat menantu yang sado dan ganteng!”

Derrr....
Eva balik kan biji mata sebentar sebelum menoleh kepada Daim yang sedang mengikat canvas bagi menutupi barang didalam kargo pacuan empat rodanya.

Daim tiada reaksi. Sebenarnya dalam hati bangga bila Dahlia memuji lebih padanya.

Pintu penumpang dibuka, pemegang besi ditepi kereta dipegang, sebelah kaki Eva diletakkan keatas pemijak sebelum menolak badan memasuki kedalam.
Seusainya duduk diselesakan, nafas ditarik lelah.
“Im! Boleh tak kau tukar kereta rendah sikit! Susah betul lah nak masuk kereta kau ni! Kena memanjat bagai, macam lori!”

Daim menghampiri pintu belakang bahagian penumpang lantas memasukan beg galasnya.
“Kau nak suruh aku pakai kereta apa? Skyline? Yang rendah. Dua pintu tu? Kalau anak ramai nak letak mana?”

Anak?
Glup! Eva telan liur.

“Berapa orang cucu yang korang nak bagi pada mama?”
Dahlia mencelah, bibir mula senyum lebar.

Hah sudahh...
Eva didalam kereta terus diam bermain jarinya.

“Takpe... kalau cucu mama ramai, mama akan mintak papa beli kan bas untuk korang.”

Clara turut terkekeh gelak, tubuh Dahlia dihampiri dan memaut erat lengan wanita tua itu.
“Untie sponsor bas, Clara akan sponsor barang untuk modified bus tu jadi tempat korang anak beranak.”

“betul-betul! Untie setuju!”
Kepala Dahlia terangguk-angguk mengiyakan kenyataan Clara.

Daim terus menyorokan bibir . Lidah rasa nak potong!
Mulut ni nak tepuk-tepuk je!
Nakal sangat! Lain kali sebelum cakap tu, cuba fikir dulu!.
Aiishh!
“Im pergi dulu ye.”

“Malu lah tu!”

Shut up Kak Clay!
Daim pandang Clara dari hujung matanya. Perempuan tu tertunduk sambil menahan gelak.

Kaki pantas dihayun menuju ke tempat pemandu sebelum memanjat masuk kedalam kereta.

Tangan Daim menarik daun pintu untuk menutup, bergitu juga dengan Eva.

Eva dah buat muka cemberut. wajah Daim ditoleh.
“Kau nak cakap tu lain kali pandang-pandang lah sikit. Ikut sedap mulut je.”

Sekali lagi Daim menoleh kepada Eva, kali ni mata jatuh ke tali pinggang keselamatan Eva yang masih disisinya, tidak dipakai.

Spontan tali pinggang tarik dan dibawa menyilang kedada Eva sebelum di klip masuk ke sisi kiri wanita itu.

Eva kelu saat nafas Daim menampar wajahnya ketika raut lelaki itu melintasi mukanya.
Duduk ditegakan. Badan lelaki itu sedikit lagi menghimpit dua gunung milik Eva.

Seusai klip dimasukan, Daim kembali menarik tubuh dan tanpa sedar hidungnya bergesel lembut dengan pipi Eva.

Bola mata kaku sebentar memandang mata hazzel Eva yang juga turus padanya.
Wajah Daim mati dihadapan muka Eva.
Nafas mula hangat terasa menampar pipi masing-masing.
Liur pekat Daim diteguk perlahan.

Tok! Tok! Tok!

Hah!
Laju kepala Daim menoleh pada cermin tingkap disisi Eva.

Clara mengetuk kuat sambil bibir tersenyum lebar.
Mulut wanita itu dibuka menyatakan sesuatu sambil menujuk jam di pergelangan tanganya.

Daim Faham.
Clara menyebut perkataan ‘Go!’
Sepantas kilat badan ditarik dari tubuh Eva sebelum tegak kembali ke kerusinya.

Adess. Malu nya!
Tanpa melirik kepada Eva, tangan Daim memusing kunci dan menghidupkan enjin sebelum meninggalkan Dahlia serta Clara.

Lima minit perjalanan, keduanya masih sunyi.
Daim menutup penghawa dingin sebelum kedua tingkap di bahagianya dan Eva diturunkan.

Eva menoleh.

Daim perasan.
“Aku vaping sekejap.”
Hah! Padahal dia cuba tutup kalut dihati.

Sebelah tangan masih memegang stereng, dan sebelah lagi membawa hujung Vape Higar menghampiri bibirnya.
Nirkotin yang terisi didalam vape disedut dalam sebelum menghembus keluar tingkap.

Eva membetulkan duduk sambil menghela nafas panjang.
Nasib Daim bukak tingkap, kalau tak dia pun rasa lemas dengan kisah romantic sesaat tadi.

Bau buah strawberry menyentuh kuat rongga hidung Eva, menyebabkan wajah dikalih kepada lelaki disebelahnya.
“Im... bila kau nak berhenti merokok?”

Daim tak toleh, mata terus tumpu pada jalan.
“Aku tak merokok, aku vaping je”

“Merokok ngan Vaping sama je la, kau ingat aku bodoh?”

Bibir Daim menyembur tawa. Lawaknya menjadi. Sengaja.
“Aku dah cuba berhenti, tapi susah lah.”

“Kau kena berhenti jugak Im, kau sendiri tahukan keburukannya.”

Daim angguk kepala, lagi sekali hujung Vape dibawa kemulut dan menyedut kuat sebelum menghembus asap keluar. Last!

Penghawa dingin dibuka kembali dan kedua tingkap dinaikkan.
“Kau terus lah nasihat kan aku untuk berhenti merokok, kadang-kadang aku alpa Eva.”

Sekali lagi Eva menoleh.
“Dah bebuih aku nasihatkan kau dari dulu Im, bukan kau nak ikut.”

“Itu dulu, waktu tu aku hanya fikir kan diri aku, sekarang aku dah ada family. Aku kena fikirkan kau Eva.”

Eva gigit bahagian dalam bibir, kedua jari ditengah peha, dimainkan.

“Kau dengar tak aku cakap, Eva?”
Pandangan daim ditoleh sekilas.

“Aku dengar lah.”
Sekali lagi Eva lepas nafas.

Dalam hati mencari maksud ‘Family’ yang diluahkan oleh Daim.
Adakah itu tandanya Eva akan terus bersama lelaki disebelah ni selamanya?

Perjalanan diteruskan, Daim singgah sebentar di dewan kecil yang sering menjadi tempat untuk dia melatih anak buahnya yang terlibat dalam kelab lakonan lagak ngerinya.

Seramai 7 orang akan mengikuti Daim keTembeling River untuk menjayakan pembikinan filem disana.

Mereka menaiki van milik Daim dan mengekor Toyota Hilux lelaki itu dari belakang.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Banyak perkara yang Daim dan Eva bualkan.

Segala sengketa ditutup rapat. Kedua manusia itu cuba mencipta kenangan baru bagi merapatkan kembali hubungan mereka.

Eva mula selesa dan Daim pun seperti dulu kembali mengindahkan hubungan dengan lawak bodohnya sehingga gelakan Eva memecah ruang pacuan empat roda milik Daim.

Sampai di Excape Chalet, Daim memasukan keretanya diparking diikuti van yang dipandu oleh anak buahnya yang mengekor dari belakang.

Turun dari kenderaan, seorang kru menyambut.
“Bilik Cik Eva dah disediakan, Cik Eva share room dengan tiga orang lagi pelakon perempuan, is it okay?”

Laju Eva menganggukkan wajahnya lantas bibir mengukir senyum.

“Sorry la aku tak dapat arrange bilik kau dengan Eva Im”

Daim angkat muka.
Bahar berjalan menghampirinya.

Bahar adalah pengarah kedua bagi projek Filem ini.
Mereka berdua dah saling mengenali kerana Bahar selalu mengarahkan drama berunsur aksi dan sering kali meminta pertolongan dari Daim.

Makin lebar senyum Daim saat Bahar menghampirinya, huluran salam lelaki itu disambut.

“Crew ramai, bilik tak cukup, so kena share share la. Tapi Kalau kau nak tidur sebilik ngan Eva, Aku tolong booking kan resort kat sebelah ni hah?”
Bahar memaut bahu kental Daim sambil bibir melebar senyum.

“Eh! Takpe lah bro, lagipun aku tak lama lah, maybe seminggu lagi aku balik.”

Bahar menjarakan wajahnya, Daim dipandang senget,
“Kau biar betul bro. Shooting ni maybe makan sebulan. Siapa nak jadi stunt nanti?’

Bahu Bahar ditarik kembali oleh daim.
“Anak buah aku tak ikut balik, aku tolong setting kan apa yang patut, dah rasa clear, aku balik la. Banyak kerja la bro. Cafe aku sedang tunggu.”

“Habis tu kau tak tunggu Eva kat sini?”
Sempat Bahar menjeling Eva yang masih berdiri di sebelah Toyota Hilux.

“Kau tolong tengok-tengok kan Eva ye bro.”

Dahi bahar dikerut berlapis-lapis.
“Apahal pulak aku yang kena tengok, dia kan bini kau.”
Pelik.

“yelaa.. tapi kau kan bos, takkan taknak tengok anak buah kau kat sini.”

Kepala Bahar diangguk berkali-kali.
“ye la , yela. Aku TOLONG tengok kan je. Tapi kau pun kena jenguk jugak, takkan tak rindu separate dengan bini lama-lama”

Daim membesar mulut sambil matanya disepetkan menahan tawa.
Sekilas pandangannya dihala kepada Eva yang masih kaku memerhatikanya.

“Bahar, aku ada benda nak cakap dengan kau. Jom kita pergi tepi sungai tu jap.”
Bahu Bahar ditarik, hingga terkoncoh-koncoh lelaki itu mengikutinya.

Eva yang sejak tadi mendiamkan diri, mula buat muka cemberut.
Daim dah jauh meninggalkannya.

Dari percakapan lelaki itu, Eva dapat mendengar yang Daim tak akan lama di sini.
Kenapa lelaki itu tak memberitahunya awal-awal?

Takkan nak tingalkan Eva sorang-sorang?
Aishh! Baru ingat nak beromantika dalam hutan ni!
Tak gentleman langsung lah laki kau ni Eva!

Langkah diatur pantas menuju ke bilik. Hati kembali geram dengan sikap Daim!

****

“Bahar.. boleh aku tanya sikit pasal Zack?”

Bahar cantum kening, rokok dunhill yang tersemat di bibir dikeluarkan, lantas asap berkepul-kepul membelah udara.
“Zack mana ni? Yang stuntman tu ke?”

Daim angguk kepala.

“Pe hal dengan dia?”

“Err.. masa malam Fashion show yang aku kena tangkap reporter dalam bilik ngan Eva tu, kau ikut sekali kan?”

Kali ni kepala Bahar pula diangguk.

“Kau perasan Zack ada juga ke?”

Sekali lagi Bahar menyelit punting rokok kebibir dan menyedut dalam sebelum menghembus perlahan.
“Ada aku perasan Zack malam tu, dia dengan anak buah dia dua orang, dia ajak aku minum, tapi aku tolak. Habis dinner tu, anak buah dia kong kena arak. Tak senonoh betul, buat malu je.”

Daim lepas nafas, wajah diraup sekali. Bukan itu yang dia mahu dengar.
Gambar yang ditunjukan oleh Bella tempoh hari adalah Zack, dia mahu menyiasat lagi. Adakah Zack yang menelefon reporter malam tu, dan jika betul. Kenapa Zack perlu lakukan semua tu?

“Kau ada apa nak story ke bro?”

Laju Daim geleng kepala, selagi bukti belum dia dapat selagi tu mulutnya akan terkunci untuk bercerita.

“Zack tu memang selalu buat hal, perangai kalah artis popular. Padahal dia stuntman je. Kau tahu masa Encik Kushairy pilih club kau untuk join shooting ni. Zack datang kat office Encik Khushairy, mengamuk sakan sampai terpaksa panggil guard.”

Bahar mengeluh sebentar.
“Kerja Zack ngan anak buah dia bagus Im, but His don’t have attitude, selalu nak gaduh. Mentang-mentang lah dia belajar segala seni pertahankan diri. Suka-suka je nak show off bagi kita takut. Aku tak suka lah kerja dengan orang macam tu. Thanks god Encik Khushairy hired team kau untuk bantu aku.”

Kali ni Daim angguk kepala setuju.
Walhal dia pun takut jika Zack berkerjasama dalam filem ni memandangkan Eva turut berlakon.

Daim takkan benarkan apa-apa terjadi pada isterinya.

****

Malam kedua berada di Tembeling River.
Semua kru dijamukan dengan barbeku yang disediakan oleh pihak penganjur.

Esok bermula pengambaran mereka dan mungkin membawa hingga ke malam.

Eva duduk diatas ‘folder chair’ yang disediakan oleh kru untuk dia.

Sekarang dia kena berdikari memandangkan Zizie tak ikut sekali.

Bila dengar Eva akan masuk ke hutan, pondan tu terus buat muka.
“I taknak ikut la, nanti habis skin i kena gigit nyamuk. You pergi je lah, lagipun ada Daim dengan you kan, i duduk sini uruskan schedule you”

What ever...
Eva malas cakap banyak lagi, rasanya dia boleh berdikari walaupun tanpa pengurus peribadi disisi.

Eva pun jenis tak kisah siapa yang uruskan prop dan make up dia.
Dia percaya dengan semua team Encik Khushairy.
Bukan sekali Eva berkerjasama dengan lelaki itu. Dah berpuluh filem dan drama dihasilkan bersama.

Cuma sejak akhir-akhir ni dia lebih suka ambik drama berunsur aksi yang tak banyak lakonan pelukan atau sentuhan dengan pelakon lelaki.

Eva sebenarnya tak suka dipegang atau disentuh dengan mudahnya oleh lelaki lain melainkan... Daim Akli.
Huh! Gatal!

“Eva..”

Glup!
Panjang umur, baru je sebut. Macam tahu-tahu je Eva rindu Daim kan?

Mata Eva tak berkelip memandang Daim yang menghenyakkan punggung diatas rumput bersebelahan ‘Folder chair’ nya.

Kaki panjang lelaki itu dilunjurkan.

“Sayang dah makan?”

Sayang?
Eva pandang keliling.
Ramai kru yang berdekatan mereka sambil masing-masing berborak dan gelak ketawa.
Takkan kau tak tahu Daim cuba berlakon.

“Sayang...”

Mata Eva melirik jarinya di peha yang dah disentuh erat oleh tangan Daim.
Segera wajah kembali menoleh lelaki itu.
Daim senyum lebar.

“I tanya... you dah makan ke belum sayang?”
Bibir Daim makin mengorak senyum. Jemari sejuk Eva terus digengam. Sengaja
Ini lah peluang dia nak bermanja.

“Belum.”

Serentak Daim dan Eva mendongak memandang Kak Diana, kru pembantu yang banyak menguruskan kebajikan kru-kru yang lain.

Diana berdiri sambil menghulurkan pinggan plastik berwarna putih berisi beberapa ketul ayam kepada Eva.
“Eva request nak ayam dibakar garing-garing kalau boleh sampai hitam pun takpe.”

Eva senyum, huluran Kak Diana disambut. Memang dia mintak Kak Diana panggangkan ayam dia sampai garing, baru best nak makan. Ranggup krup krup.

Kak Diana senyum saat pinggan bertukar tangan, dia tak kisah melayan permintaan Eva. Lagipun Eva baik, tak sombong seperti artis lain.
“Akak rasa Eva ni mengidam kot, cuba cek, mana tahu positif ke?”

“Huk! Huk!”
Eva menunduk batuk sambil memegang dadanya,

Daim kat sebelah dah diam membatu.

“You preggy ke Eva? Boleh ke shoot nanti?”

Ahhh.. tertiber pulak Zanita kat depan ni turut bersuara.

Apa lagi, Bahar yang tengah berdiri jauh menghisap rokok datang menghampiri Daim dan kuat menampar bahu lelaki itu.
“Betul ke Im?”
Takut jugak nak terus kan pengambaran jika benar Eva mengandung, sudahlah banyak lakonan aksi.

Laju Eva geleng kepala, tapak tangan dilambai berkali-kali.
“Eva tak pregnant , Kak Diana ni ada-ada je la.”
Bibir cuba mengorak senyum paksa.

Bahar mengurut dada, sekali lagi bahu Daim ditampar.
“Buat masa ni kau kena pakai protection Im, lepas habis shooting ni baru lah kau harung laju-laju.”

“Huk! Huk! Huk!”
Kali ni Daim pula tertunduk menahan batuk.
Gilerrr!

Semua yang mendengar ayat Bahar membuah gelak.

Dalam terpaksa, daim menarik jua bibirnya untuk senyum.
Mata melirik Eva yang hanya tunduk.
Malu ooiii!

Eva makin tak keruan, jantung dup dup laju.
Rasa macam nak masuk bilik je, sorok muka bawah bantal.
Segera tangan menyentuh ayam dididalam pinggan yang berada di pehanya.
“Auwww! Panas!”
Jari Eva dibawa ke bibir dan dituip bekali-kali.

“Eva.”
Daim berpaling, jari Eva diambil dan dibawa kuhujung bibir sebelum ditiup berkali-kali.

“Auww sweetnya...”
Zanita dihadapan makin rancak bersuara.

Eva cuba menarik jarinya namun kejap Daim memegang.
Sehingga akhirnya dia membiarkan.

Bahar mengambil tempat bersebelahan Daim sebelum berborak dengan lelaki itu.

Eva kembali menyentuh-nyentuh sayap ayam didalam pinggan. Masih panas.

Daim pandang sejenak sebelum mengambil pinggan di peha Eva dan dibawa kepadanya.

Mata Eva kelu memandang pinggan ayamnya yang sudah berada digengaman lelaki itu.

Perlahan Daim mencarik isi ayam, sambil dituip berkali-kali dan diletakan kedalam pinggan.

Eva hanya memerhati kelakuan Daim.
Lelaki itu tidak memandangnya, mulut terus berborak dengan Bahar disebelah sambil jari masih mancarik isi ayam.

Ah! Bahagianya saat ni.

'I’will protect you Eva.'
Teringat kata-kata Daim sepuluh tahun yang lalu.

Jika benar, aku nak kau protect aku selamanya Im..

Mata Eva terus memandang sisi wajah Daim. Matanya sepet dihujung namun sangat tajam renungannya.

Alis mata yang tebal menampakan wajah maskulin lelaki itu. Hidung yang mancung tegak berdiri antara kedua rahang yang kekar.

Dan Eva paling suka bibir Daim, nipis dan lembap cuma agak gelap mungkin sebab lelaki tu kuat merokok.
Tapi Eva tetap suka. Pertama kali bibir itu menyentuh bibirnya, satu perasaan lain timbul serta-merta.
Perasaan itu bercampur baur antara rindu dan cinta dan antara kasih dan sayang.
Yang penting bukan nafsu semata.

Dia rindu kan bibir tu.

“Amboi Eva! Tak berkelip you pandang Daim sejak tadi?”

Eva pusing wajah, sekali lagi suara Zanita bertapak.

Hello wee! Takde watak lain ke yang nak mencelah selain Zanita?

Daim turut berpaling kearah isterinya.

Ketika mata mereka bersatu, Eva tunduk wajahnya.

Senyuman sekali lagi mekar dibibir Daim. Pinggan berisi kepak ayam yang dah dicarik-carik, dihulur kembali kepada Eva. Lengan wanita itu disentuh.
“You duduk sini ye sayang, i dengan Bahar nak vaping kat tepi sungai”

Eva tak menjawab, wajah terus tunduk. Tapi dia tahu, Daim dah tiada disebelahnya.

Fuhh... Nasib lelaki tu tak perasan aku pandang dia!

****


Suasana chalet semakin sunyi apabila malam semakin larut. Padahal baru pukul 10, kalau kat Bandar, jam-jam macam ni masih riuh.

Majlis barbeku hampir tamat, kebanyakan kru dah masih bilik. Eva masuk sebentar untuk mandi kerana baju dan badannya berbau asap, tak selesa nak tidur.

Seusai mandi, dia keluar semula. Hajat nak ambil angin malam.

Kaki menyusur pelahan melalui jalan batu kerikil hingga langkah mati di atas tebing menghala ke sungai dibawah.

Udara malam disedut. Rasa segar.

“Eva..”

Pantas Eva menoleh. Daim menghampirinya.

“Kau tak tidur lagi?”

Eva geleng kepala, tubuh membiarkan Daim menghampiri disebelahnya.

Daim turut menarik nafas menyedut segarnya hutan tropical dihadapan mereka.

Saat dia masih duduk di luar chalet sambil menikmati Vape perisa strawberrynya.
Mata Daim menangkap figura Eva yang keluar dari bilik dan berjalan menuju ke tebing sungai.

Dengan perlahan dia mengekor wanita itu.

“Jom kita duduk kat parkin tu”

Eva menoleh Daim disebelah lantas bola mata mengekor telunjuk lelaki itu yang mengarah kehadapan.

Ye.
Dibawah berdekatan sungai, terdapat sebuah parkin yang dibina untuk bersantai, kebetulan tiada siapa di situ.
Terus Eva mengangguk dan mereka berdua serentak mengatur langkah ke bawah.

Sampai di parkin, Daim memanjat naik sebelum membaringkan tubuhnya.
Eva turut sama dan duduk disebelah lelaki itu.

“Syoknya kalau tiap-tiap hari dapat rasa suasana macam ni.”

Eva berpaling sebentar, sebelum mengukir senyum mengiyakan kenyataan Daim.

“Kalau syok, kenapa kau nak balik awal sangat.”

Sebenarnya sejak mereka sampai semalam, Eva ingin bertanya. Namun tidak kesampaian.

Daim membawa kedua lenganya keatas dan disimpulkan sebelum meletakannya dibawah kepala sebagai alas.
“Aku banyak kerja la Eva.”

Diam. Mata Eva masih pandang kedepan, bunyi aliran sungai menjadi lagu untuk mereka berdua.

“Eva...”

Mmmm... Eva berpaling.

“Baring sebelah aku, tengok bintang kat langit, cantik..”

Glupp..
“Taknak la.. kotor.”
Ehley jual mahal la kau Eva!

Daim mengukir senyum, lantas lengan kirinya didepa keluar.
“Baring kat sini.”

Eva pandang bibir Daim yang dijuih kearah lengannya.
Nak suruh aku baring berbantalkan lengan lelaki ni?
Memang tak lah!

“Baring je la Eva, bukan aku nak buat apa-apa pun kat kau, kau takut apa? kalau betul aku nak buat, dah lama Eva. Sebelum ni pun bukan kau tak pernah baring atas lengan aku.”

“Siapa kata aku takut!”
Sekali lagi Eva telan liur, tapi sebab nak control punya pasal dia menurut.

Kepala dibaringkan keaatas lengan Daim, badan diluruskan dan mata tegak keatas memandang bintang.
Memang cantik.

Jeda.

Daim memejam kedua mata, uratnya tegang ketika rambut Eva menyentuh lengan kirinya.

Memang dia benarkan wanita itu menggunakan lengannya sebagai bantal, tapi tak sangka pulak Eva menurut pantas.

Sejak mereka berkahwin, entah kenapa jantung Daim tak pernah perlahan. Makin Eva dekat makin kuat jantungnya berdegup.

Cintanya pada Eva sejak dulu lagi bertandang namun getar jantung semakin kuat sejak hubungan mereka sah menjadi suami isteri.

“Im.. Kak Clay tu suka Firman ke? Atau diorang memang couple?”

Daim toleh sebentar Eva disisinya sebelum kembali menghadap langit hitam.
“Ye kot, aku pernah tanya tapi dia tak jawab. ”

“Kalau kau tanya, memang lah dia taknak jawab Im, kau lelaki, of couse Kak Clay malu nak cerita.”

Tawa Daim disembur.
“Kak Clay pemalu? Huh! kau pun kenal dengan perangai Kak Clay kan Eva? Takde nya dia malu bercerita. Lagipun Firman tu kan staf aku. Buat apa nak sorok”
“Sebab Firman staf kau lah, lagi Kak Clay nak sorok. Malu beb.”

“Malu apa nya, Firman tu aku kenal lama dah, bukan aku nak halang pun, Firman baik kot. aku pun suka diorang bersama. Macam kau, pernah tak kau malu bercerita pasal Lukas pada aku? tak kan.”

Kerongkong Eva bergerak kebawah saat nama Lukas meniti dibibir Daim. Badan dipusing mengiring kearah tubuh lelaki itu.
“Kenapa kau tak pernah halang aku untuk bercerita pasal Lukas?”

“Itu hak kau, mulut kau. Kau nak bercerita, kau cerita je lah aku tak halang.”

“Im...”

Daim memalingkan wajah, bola mata Eva ditatap.

“Dulu kau tak halang sebab kau Buddy aku, sekarang kau perlu halang Im, kau dah jadi Hubby aku. suami aku yang sah.”

Rahang kekar Daim bergerak-gerak mencari perkataan. Wajah Eva terus dipandang.

Lama mereka diam sebelum Eva kembali bersuara.
“Im..”

“Eva..”
Daim menyanyingi suara isteri
“Boleh ke aku halang kau dari terus bersama Lukas?”

Eva menangguk laju, mata terus berlawan pandang dengan suaminya.

Daim mengiring tubuh dan mendekatkan wajahnya pada raut Eva.

Eva hanya membatu. Makin rapat wajah Daim, makin kuat bibir bawahnya digigit, mata dikecilkan sehingga kulit dahi belipat-lipat. Dia tahu lelaki itu pasti ingin memagut bibirnya sekali lagi.
Eva rela.. tapi masih malu.

Bibir Daim mengukir senyum melihat aksi isterinya.
Lantas
Cup! Dahi wanita itu dicium rapat.

Mata Eva serta merta dibuka.
Jari mengosok tengah dahi kesan ciuman lelaki itu. Hangat.

Tubuh Daim kembali menelentang dan pandangan dihala kelangit.

Jantungnya kuat berlari, urat tegang berdiri. Tapi bila fikirkan dia dan Eva masih diluar mentelah lah mereka berdua disini masih berkerja.
Niat untuk meraih bibir lembap Eva terbantut.
Daim takut dia tak dapat kawal aksi yang seterusnya.
Dah lah bilik diorang ni lain-lain.
Sabar Daim Akli.

“Kita naik, dah lewat ni. Esok awal-awal pagi kau nak start shooting kan.”

Hah?! Macam tu je Im?
I want moreeee!
Dalam kepayahan, Eva mengangkat jua tubuhnya lantas menuruni parkin.
Hangat ciuman Daim masih terus terasa.

Kaki dihayun serentak menyusur tebing, namun bibir kedua mereka terus kelu berkata.

Kring. Kring.
Lamunan Daim mati, telefon bimbit didalam poket seluarnya berbunyi. Lantas tangan menyeluk dan mengeluakan sebelum mata menatap di skrin.
Farina?
Wajah dipaling sebentar kepada Eva disebelah.
“Kau masuk dulu, aku jawab phone.”

Eva turut berpaling dan belum sempat menjawab, Daim menukar arah melangkah jauh dari dia.

Perasaan kedu terus berlanjutan.
Kaki mati seketika.

Malam makin sunyi telinga Eva dapat menangkap sikit suara Daim.

“Hello Rina...”

Rina?
Farina ke?
Gigi diketap kuat!
Tak habis lagi ke perempuan tu nak kacau hidup laki aku!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience